Popia Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Bila baca tajuk entry ni mesti ada yang ingat Nani dalam cubaan buat makanan jadi hipster. Hahah πŸ˜† Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. Eheh. Ini bukanlah spring roll lepas tu letak cheese dalam tu. Apa yang Nani nak kongsikan ni, ala ala kerepek popia cheese. Gasaklah nak letak nama apa pun yang pasti sedap dan nak buat pun tersangatlah senang. Dapur bujang katakan, semua resepi haruslah yang paling simple. Tak gitu? So bahan yang wajib ada mestilah kulit popia dengan serbuk cheese (alah yang selalu makan dengan wedges tu) Heheh. Serbuk cheese tu kalau rasa tak ada jual dekat tempat korang, boleh lah beli online. Dah ramai orang jual sekarang. 
Popia Cheese
Mula mula gunting kulit popia tu ikut saiz yang korang nak dan goreng dalam minyak panas. Nani hari tu sebab nak cepat main gunting aje ikut suka. Ehehe. Mana tak nya, bas pukul 12 tengah hari, pukul 10.30 pagi baru nak buat benda ni. Nasib baik ibu sudi tolong gorengkan, dapatlah jugak bawa balik sebalang popia cheese bagi kawan kawan rasa. Heheh. 
Popia Cheese
Agak agak kulit popia tu macam dah sejuk sikit, taburlah serbuk cheese tu dan gaul sampai sebati. Siap! Sedap tau korang, boleh lah try buat dekat rumah sebab tersangatlah senang. Kalau beli online orang jual RM30 sebalang rasanya. Sebelum ni ada jugak niat nak beli dekat Instagram tu tapi sebab macam mahal sikit, terus datang idea nak buat sendiri. Makan masa tengah layan movie, memang syok. Sedar sedar balang dah kosong. Hahah πŸ˜† Nani hari tu guna satu paket kulit popia tu dapatlah jugak dalam empat ke lima balang. Abah siap cakap nanti Raya buat aje ni hidang dekat tetamu. Hahah! Kemain sangat abah, puasa pun belum, dia dah cerita pasal Raya. Korang pun jangan lupa tau buat dekat rumah. Heheh. Selamat mencuba!

46 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe. Asyik popia nestum aje, kali ni tukar lain pulak πŸ˜†

      Delete
  2. Kakak masa raya hari itu buat ini Nani
    Yg gulung pun ada juga tapi yg gulung kakak letak nestum, gula dan susu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani suka jugak yang popia nestum tu tapi malas nak gulung gulung. Hahah! Lepas ni nak buat yang cheese macam ni je, senang.

      Delete
  3. tulah..kat luar memang mahal..kalau ada masa baik buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nani time ada mood rajin nak ke dapur boleh lah buat macam macam. Hehehe πŸ˜†

      Delete
  4. Wow. Menarik ni. Harus dicuba. Simple dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah kak Su. Memang sedap sangat πŸ‘πŸ‘

      Delete
  5. sedap mkn tu krup krap krup krap mesti susah nak berhenti mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Betul sangat ni, tahu tahu balang dah kosong πŸ˜‚

      Delete
  6. ni wat kudap2 kat ofis layannnn

    ReplyDelete
  7. Wahhh! Popia cheese pulak. Hihi. Menu baru nie :D

    ReplyDelete
  8. rupanya senang ja nak buat. aritu tngk kat fb, mcm susah. hrmmm, lagi baik buat sendiri drpd beli. tapi, kalau takda masa beli ja la πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mudah je nak buat ni. Nanti try lah buat. Hahah kalau busy sangat memang beli je lah yang paling mudah πŸ˜‚

      Delete
  9. Akak memang kalau buat mende ni, satu balang tu akak punya sorang hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sedap kan kak Farrah. Nani haritu menyesal pulak bawa balik satu balang je, tak cukup

      Delete
  10. Sempat lagi Nani berpopia cheese padahal dah nak naik bas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. Tu lah abah Nani pun dok cakap benda yang sama. Selagi ada masa, buatlah 😁

      Delete
  11. Ohhhh ni macam wondercheese tu eh? hehehe best ni! nak beli kat online memang mahal pun. nak cuba buat sendiri la nanti kalau rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul lah tu. Memang ni ala ala wondercheese tu tapi versi buat sendiri. Hehehe

      Delete
  12. akak dh lama simpan resepi bahan2 pun senang nk jumpa sbb dkt2 umah akak ada jual serbuk cheese tuh...
    tp nak buatnya tuh yg asik2 kelaut hehehe...

    tgk org jual mcm mahal sgt lak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Biasa lah tu kak Dana, nak buat kerepek macam ni memang kena ada mood rajin tu dulu.

      Memang mahal. Mungkin sebab cheese kot tu harga dia mahal semacam.

      Delete
  13. bleh x nk mohon hantaq skeping ja. plssss... plsss... hehehe..

    buat la video tgh kunyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahahahah. Jauhnyaaa nak hantar, sekeping je pulak tu πŸ˜‚

      Delete
  14. kalau makan ni tak perasan habis sebalang

    ReplyDelete
  15. laaa macam ni je ke cara membuatnya? punyalah senang. tapi kalau beli sebalang sampai RM30? baik goreng sendiri ja kan. rangup2 ni anak2 pun suka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Mudah je kan, jangan lupa try nanti πŸ˜‰ Sebab guna cheese tu yang diorang letak harga mahal kot. Hehee

      Delete
  16. sedap.. nak jugak.. kene beli online la yer serbuk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak. Kadang kadang ada jugak dekat kedai bakery jual serbuk cheese ni.

      Delete
  17. Owh ni ke resepi nya. Memang sedappppppppp..tak boleh nak stop kalau makan.Bahaya betul..hahah! aritu kitaorg rase tester ajer kat kedai. Lepas tuh budak2 ni gi perabih tester tuh smpi serdak pun depa tunggang kan jugak. Hadoiihhh la...hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sedaap sangat. Hahahhaha! Dasyat tu kak Nany πŸ˜‚ Lepas ni bolehlah ajak anak anak akak buat sekali. Hehehe 😊

      Delete
  18. Weiii ! Senang je rupanya ! Pantang ni nk buat la. Buat kudap / buat hidang kat tamu :$

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Buat tau mek, memang sedapp πŸ˜‰

      Delete
  19. pipia cheese ni mmng favourite! boleh buat kudap2 time tgh bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess my fav as well. Amboi dia punya fav sampai typo. Hahah πŸ˜‚

      Delete
  20. sedapwnyaaa dah lama tak makan

    ReplyDelete
  21. senang sangat tu...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kalau yang Nani kongsikan dalam ni selalunya yang mudah mudah je kak. Spesis tak suka jugak masak makanan yang complicated. Heheh :D

      Delete
  22. ooo popia cheese ni.. senang je eh...boleh la buat tuk kudap kudapan anak2 akk kt rmh hihihi

    ReplyDelete
  23. buat sendiri senang kan. jimat dan boleh dapat banyak lagi tu :)

    ReplyDelete
  24. Wahhh sedapni kalau layan mengunyah sambil menonton tv.. silap2 tak sedar dah kosong je balang hehee :)

    ReplyDelete
  25. uih macam senang je. syok buat ngunyah kat opis ni. bebudak pun kompem suka. Tapi mencik betul kulit popia tu hahahha. selalu ada problem dengan dia. terkoyak lah apa lah. maklumlah, ganas. hahahhaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page