Pertama Kali ke KLIA 2

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa buat trip ke Penang, memang itu lah pertama kalinya Nani jejakkan kaki ke KLIA 2. Sebelum ni tak pernah sampai pun sana sebab tak ada keperluan sangat kan. Heheh. Bila first time ni faham faham sendiri aje lah kan macam mana perasaan tu tambah pulak bila sensorang diri aje. Nani memang jenis yang suka explore semua benda sendiri tapi still lah ada jugak rasa takut tu sikit. Bila sorang diri, semua benda lah kena tahu. Memang Nani manfaatkan google sepenuhnya dan tanya macam macam soalan dekat kawan kawan. Hahah! Iya lah, kang tersilap ke apa ke satu hal pulak. Tapi hari tu alhamdulillah I'm survived walaupun sorang sorang diri travel dari Pahang ke Penang 😊
Pertama Kali ke KLIA 2
Cara Mudah ke KLIA/ KLIA 2 
1. KLIA Express
Hari tu Nani ambil KLIA Express nak ke KLIA 2. RM55 untuk seorang dan perjalanan mengambil masa dalam 30 minit macam tu. Tapi Nani rasa haritu macam tak sampai setengah jam pun. Heheh. Memang express lah, kalau korang dah terlewat boleh lah guna KLIA Express. Mahal sikit tapi selesa. Depends lah pada korang sendiri dan bajet yang korang ada untuk ke KLIA atau KLIA 2 ni.
2. KLIA Transit
Selain dari KLIA Express, boleh jugak menggunakan KLIA Transit tapi KLIA Transit ni akan berhenti dekat beberapa stesen dulu sebelum ke KLIA/ KLIA 2. Kalau untuk student boleh dapat less dalam 10% kalau tak silap Nani tapi dengan syarat kena tunjuk kad siswa. 
3. Bas Shuttle
Nak yang paling murah boleh ambil bas, cuma RM10 per person. Bas ni boleh naik sama ada di KL Sentral atau pun TBS. Tapi pastikan korang awal lah sebab risau pulak kalau nanti traffic jam ke apa. Who knows kan? 
Pertama Kali ke KLIA 2
Board macam ni memang ada merata rata jadi jangan risau. Korang boleh lah check dekat sini flight korang dan gate dah bukak atau pun belum. Nani hari tu flight pukul 3.15 petang tapi pukul 12.30 macam tu dah ada dekat sana. Hahahah! Memang awal sebab Nani tak check in lagi masa tu plus nak jalan jalan dalam KLIA 2. Bila lagi kan nak meronda ronda. Eheheh. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Cara Check In Tiket Flight
1. Self Check In Kiosk 
Ada banyak cara yang boleh kita guna untuk check in tiket flight ni. Macam Nani hari tu Nani buat self check in kiosk aje. Sekejap aje nak buatnya. Korang pergi aje dekat mesin yang ada dalam KLIA 2 tu kemudian korang klik dekat Check In. Lepas tu ikut aje step by step dan settle. Nanti keluarlah tiket flight macam dekat atas tu. Jangan risau, kalau tak tahu nanti akan ada pekerja dekat situ yang akan tolong. Memang diorang ada sepanjang masa dekat area kiosk ni dan kiosk ni tersangatlah banyak. Heheh. 
2. Web Check In 
Untuk web check in ni kalau Air Asia boleh buat dua minggu sebelum tarikh penerbangan. Yang ni lagi mudah, korang boleh print out sesiap dekat rumah. Nanti tak ada lah terkejar kejar sangat. Kalau tak ada printer, korang boleh check in dulu dan nanti mintak bar code. Bila dah sampai dekat KLIA 2, korang boleh pergi scan bar code tersebut dekat kiosk dan print. 
3. Counter Check In 
Untuk kaunter check in ni, korang kena check in paling lewat sejam sebelum penerbangan untuk flght domestik. Tapi yang Nani baca kalau kaunter check in ni akan dikenakan caj sebanyak RM10. Heheh. So kalau nak jimat boleh guna self check in dekat kiosk. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Ini gate perlepasan dalam negeri. Sebelum masuk nanti, akan ada kastam yang check kita punya tiket flight dengan kad pengenalan. Untuk Air Asia cuma dibenarkan dua bag aje yang boleh bawak masuk dalam flight. Kalau lebih memang kena bayar lah. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Kalau malas nak jalan boleh gunakan khidmat buggy ni tapi tengoklah priority tu untuk siapa kan. Heheh. Dekat sini semua kemudahan disediakan, memang selesa lah. Surau dengan toilet pun ada banyak dekat bahagian dalam ni. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Nani haritu dapat J14, ingatkan depan depan aje sekali jauh ke belakang. So nya nasihat Nani korang masuklah awal untuk elakkan drama berlari lari nak kejar gate. Hahaha! Betul ni tak main main, kalau dapat gate yang jauh letih woo nak jalan.
Pertama Kali ke KLIA 2
Ready to fly! Heheh. Nani hari tu beli tiket hot seat dapatlah masuk awal. Actually tak ada beza pun rasanya tiket hot seat dengan yang biasa. Sama aje sempit ruangnya. Hahah! Kelebihan hot seat dapat masuk awal je lah. Yang lain lain semua sama. Kalau korang jenis yang travel sorang, tak payah pilih seat sendiri pun tak apa, nanti diorang akan bagi random seat. Tapi kalau jenis yang nak duduk tepi tingkap korang pilih lah seat sendiri. Kalau Air Asia, seat yang paling murah dalam RM6 berapa sen entah. Sorry tak ingat dah. Itu aje lah yang Nani nak kongsikan. Kalau ada apa soalan, boleh drop dekat bawah. Mana yang Nani tahu, Nani akan jawab kan 😊

28 comments:

  1. pertama kali mesti pengalaman yang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Heheh. Lepas ni dah tahu lah macam mana kalau ke sana lagi

      Delete
  2. kan..mmg kena pergiawal..kalau tak berlari la.. hari tu masa akak pregnan 7 bulan.. dahla sampai lambat..nak jalan uih jauh.. flight ke ktrg gate yg lassssssst sekali..semput woooooo.. nasib baik buggy ada..tapi lepas buggy hantar kat lift tangga makkk oiiiiii jauh lagiiii..tekedek2 makyong berlari anak nak kejar gate..last2 sampai sana semua org duk relak2 lagii..semputttttttttttttttttttttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nangis kalau dapat gate yang last. Memang jauh sangat. Lagi lagi kalau ada yang bawak anak kecik. Fuhhh. Gigihnya kak berlari anak walaupun tengah pregnant. Heheh.

      Delete
  3. pttnye buat la travelator ke .. tak penant kaki nak berjln .. jauh kot nk pi gate kat klia2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh, boleh semput kalau dapat gate yang belakang. Hehehe. Kalau pergi awal memang boleh relax2 siap cuci cuci mata lagi. Hahah. Tengok je lah nak beli rasanya tak lah kot 😂

      Delete
  4. assalamualaikum...lama tak naik kapal terbang.. last naik 2010 pergi JB kenduri kahwin HQ office.. masa tu keje kerani securtiy kat kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir tujuh tahun yang lepas. Heheh. Boleh lah lepad ni buat trip ke mana mana pulak Cik Ash 😊

      Delete
  5. bgs nani share info2 nie..sgt detail tau..hehe..

    selalu hasben akak yg settle kan..penah sekali akak kene pegi langkawi berdua dgn qisya sbb hasben akak dh pegi dulu..first time buat semua sendri..dgn perut memboyot..start from scratch..dr naik erl smp la touchdown epot langkawi..neves semua ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Kannn. Kalau first time semua benda nak kena buat sendiri memang neves sangaat. Hahaha. Nani haritu macam macam tanya dekat orang. Punya lah risau 😂

      Delete
  6. Replies
    1. Nanti berkelapangan boleh lah ke sana kak. Heheh. Nak shopping pun boleh 😊

      Delete
  7. Replies
    1. Nanti berkelapangan boleh lah ke sana. Heheh 😊

      Delete
  8. akak tak penah sampai sana pun lg nani... lg sian tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo. InshaAllah nanti ada masa boleh lah pegi sana kak Dana. Heheh 😘

      Delete
  9. pernah naik bus nak ke klia. klia express blom pernah naik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun haritu memula ingat nak naik bas jugak. Tapi sebab mengenangkan tak check in lagi, tu yang ambil klia express. Heheh

      Delete
  10. Saya lebih prefer untuk web check in kot sebab nanti takdalah kalut. haha manalah tau jalan jem ke apa kan. Nanti tak sempat pulak nak check in dekat kiosk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul lah tu. Kalau gerak awal boleh lah check in kiosk. Tapi lebih selamat check in web lah 😀

      Delete
  11. pernah sampai untuk ambil dan hantar org jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Lepas ni boleh lah jalan jalan dalam tu pulak kak 😊

      Delete
  12. Kalau dekat KLIA2 nih penatnyalaa nak jalan. Luass. Hihi. Sekali je dapat naik yg knderaan dia tu, taktau panggil apa. Tu pun penat gelak dgn kawan sebab rasa macam kelakar naik bnda tu. :P

    Salam kenal dan follow sini. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Kalau dapat gate jauh ok gak kalau guna buggy car tu. Nani haritu jalan je. Heheh. Salam kenal jugak. Thank you sudi singgah sini 😘

      Delete
  13. Nanye siqah pun first time pergi KLIA2 3 bulan lepas kot. Itu pun sebab nak ambik kakak ipar yang pulang dari Kedah. Kalau tak, rasanya memang tak pergi lagi sampai sekarang. Hii.

    Cantik KLIA2. Besar dan banyak kedai. Shopping gak kat situ :)

    ReplyDelete
  14. KLIA 2 mmg cantik kan.. paling seronok bila dpt terbang hehee.. lama juga dah tak terbang ni huhu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page