Pengalaman Menginap di Tune Hotel, Danga Bay

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Tak habis lagi cerita dekat Johor hari tu. Hahah! Plan asal nak menginap rumah kawan Nani aje dekat Skudai. Tapi memandangkan Skudai tu agak jauh dan esoknya nak naik bas dekat Larkin, so kita orang decide bermalam dekat hotel area Danga Bay. Sebenarnya ada niat nak jalan jalan malam tu, tu yang sengaja pilih area Danga Bay. Hahah! Cari punya cari, Tune Hotel aje yang macam familiar sikit. Heheh. Dari Legoland nak ke Tune Hotel ni tak ada lah jauh mana pun, dalam 10 ke 15 minit macam tu aje Nani rasa. Nani book Tune Hotel ni melalui Traveloka tau, so dapatlah harga murah sangat sangat. Semalaman RM 105 untuk dua bilik (empat orang). Pada Nani serius murah sebab sorang bayar dalam RM 25 aje. Macam mana nak dapat harga murah macam ni? Korang kena book melalui App Traveloka. Download siap siap dekat phone korang okay. Memang jauh sangat beza harga dekat website dengan app ni. Kalau tak silap website dalam RM 173 untuk satu malam. Hari tu Nani guna sekali voucher yang available dekat web Traveloka so dapat lah RM 105 aje. Bilik pun selesaaaa sangat! 
Tune Hotel, Danga Bay
Nani check in dah petang, dalam pukul enam lebih macam tu. Dia punya staff pun peramah sangat. Memang tip top layanan dia orang. Dekat sini jugak ada 7Eleven, so senang kalau tetiba lapar ke tengah malam. Hahaha! Kedai makan pun banyak aje area sini.
Tune Hotel, Danga Bay
Dua katil single.
Ini lah bilik kita orang. Mula mula Nani ingat satu bilik tu muat untuk empat orang terus. Lol 😆 Rupanya dia bagi quad room untuk kita orang. Dua bilik tapi dipisahkan oleh pintu, macam biasa lah kan. So dapat dua single bed dan satu katil queen. Bilik air pulak dua. Berbaloi baloi okayy!
Tune Hotel, Danga Bay
Katil queen. 
Dalam satu bilik ni bukan setakat ada aircond aje, kipas pun ada. Jaraang Nani jumpa hotel yang provide macam ni. Selalunya air cond aje tau yang dia orang letak. 
Tune Hotel, Danga Bay
Tv pun berfungsi dengan elok, tak ada lah gambar kelabu asap ke apa. Hahah! Siap ada astro lagi. Tapi tak sempat layan sangat pun, malam tu balik aje dari jalan jalan terus tidur. 
Tune Hotel, Danga Bay
Toiletries, towel pun disediakan jugak. Lengkap lah semua benda dekat dalam bilik ni. Puas hati Nani dapat bilik yang macam ni. Walaupun untuk berehat aje, tapi kena lah jugak kan cari bilik yang okay dan selesa. 
Tune Hotel, Danga Bay
Hair dryer pun ada jugak disediakan. 
Tune Hotel, Danga Bay
Shower pun berfungsi dengan elok. Overall, Nani tak ada nak komen apa apa pun tentang Tune Hotel dekat Danga Bay ni. Daripada layanan staff sampai lah ke bilik semuanya Nani suka. Bilik pun bersih sangat, tak ada habuk sikit pun. Arah kiblat pun dia ada tunjuk, memang terbaik. Lepas ni kalau nak menginap, Nani akan pilih Tune Hotel dulu. Actually ni first time Nani menginap dekat Tune Hotel. Walaupun dia orang ada banyak cawangan, tapi baru ni Nani pilih Tune Hotel. Waktu check in Tune Hotel ni bermula dari pukul dua petang dan check out selewat lewatnya 11 pagi. Nani check out awal sebab lepas tu pergi makan Kacang Pool Haji, Larkin dulu sebeblum balik. Hahah! Korang pernah menginap dekat Tune Hotel? 

31 comments:

  1. lagi murah boleh dapat dengan traveloka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak Mai. Jimat banyak bila booking dengan Traveloka ni 😍

      Delete
  2. Assalamualaikum Dan Salam Jumaat sis inani hazwani

    Semoga hari ini Allah berkati hidup kita dengan limpahan rahmat

    Amin

    Bestnya dapat jalan jalan kan

    bagus juga Tune hotel ni

    Tak pernah lagi pergi menginap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Sekali sekala dapat berjalan memang seronok. Nani kalau berjalan ni paaaling titik berat bab penginapan. Nak cari yang murah pun, kena jugaklah tengok keselesaan bilik. Heheh.

      Delete
  3. boleh do consider juga bila ke sana. tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati dapat bilik selesa macam ni. Most welcomee kak 😍

      Delete
  4. Selesanya hotel dia. Rindunya danga bay. Masa bljr kt skudai tahun 2009 situ la port jln2 dgn mber2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesaaa sangat sangat. Dah boleh tu buat trip ke Johor pulak lepas ni. Hiks ;)

      Delete
  5. lepas ni boleh pilih tune hotel je.. sesuai la kalau nak backpackers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss! Recommended sangat untuk stay ni. Bilik bersih, luas, kemudahan pun semua disediakan. Senang lah kalau travel macam ni. Heheh 😁

      Delete
  6. siyesla rm105 je semalam? murahlaa, hotel pun nampak bersih jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee Mazni. Heheh. Murah kann? Booking dengan Traveloka sebab time tu ada promo dia orang bagi.

      Delete
  7. k.el pun stay kat tune hotel gak ms pergi USS ari tu..dengar kata bilik dia kecik nk solat pun payah..tp bila sendiri tgk..oklah besar jugak..siap k.el ketepikan katil tu kat dinding n letak toto lagi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang luas jugaklah bilik dia. Ada ruang nak solat apa semua. Eh puas hati lah senang cerita. Hehehe.

      Delete
  8. So kiranya Tune Hotel ni not bad la eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Murah dan selesa. Rasa tak nak check out pun ada. Hahah!

      Delete
  9. murah la nani, kalau rm105 utk 2 bilik mmg berbaloi2...

    bilik pun lawo, kemas, semua ada dlm tuh... selesa pun selesa kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Dana. Puas hati betul dapat harga macam ni.

      Delete
  10. Tune hotel memang selesa.. Murah dan rasa best je suasana dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Nani pun haritu first time stay dekat Tune Hotel ni 😊

      Delete
  11. dofollow blog nie..

    ooo bestnya, nak dwnld juga la app tu, senang kalau akak p jalan2...

    ReplyDelete
  12. murah dan selesa...berbaloi sgt ni...

    ReplyDelete
  13. bestnye..selesa sangat...harga pon berpatutan ea guna traveloka..lepas ni bolehlah download apps tuh

    ReplyDelete
  14. tak pernah stay di tune hotel lagi.Nanti boleh cuba. Nampak menarik lagipun harga berpatutan.

    ReplyDelete
  15. Mmg kalau tempah Hotel online lagi murah dari walk in... Tapi kami jenis tak merancang cuti... Main jalan je bila rasa nak jalan.. Hehe

    ReplyDelete
  16. mmg murah tu nani...nanti nak cuba la..

    ReplyDelete
  17. Memang murah dan berbaloi. Toiletries pun comel je tgk

    ReplyDelete
  18. hehehe nak ekon kena bayar kan ? ke dulu je Tune macam tu skrang da lain ? ngeh3.. konsep AA sangat tapi setuju part affordable and selesa. penah tido Tune Penang dengan KL.. okayla not bad =)

    ReplyDelete
  19. Siqah dah aim je TUne Hotel kalau ke JB nanti. DOakan Siqah dapat pergi JB. Lama dah tunggu nak ke sana. Hihi.

    ReplyDelete
  20. Hari tu masa dok cari danga bay 3 kali kak ana lalu depa tune hotel ni. Senang sgt nk cr sebab dekat tepi jalan besar kan.

    ReplyDelete
  21. Thank you untuk review ni! Sebab pernah berjalan2 ala2 backpack merentas johor ni..teringat nak check in dekat tune hotel tapi dok was2 ja masa tu. terima kasih untuk tips app tu sekali :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page