Homemade Biskut Raya

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah semakin terasa bahang nak sambut Aidilfitri ni kan. Radio pun dah mula mainkan macam macam lagu Raya. Nani macam biasa lah, sehari sebelum Raya baru balik kampung. Heheh. Korang pulak balik kampung bila? Apa apa pun, hati hati di jalan raya okay! Tahun ni sebab Nani cuti awal, buat kuih Raya pun awal lah jugak. Rajin dia lain maciam betul kali ni. Ehem. Mula mula nak buat empat jenis tapi bila dah tengok dengan kuih tunjuk lepas tu kuih yang orang sedekah dah banyak, so diskaun satu. Kita buat tiga jenis aje okay! Tiga jenis pun bila buat sensorang diri, rasa nak menangis hah. Hahah! Letih jugak lah tambah pulak bila buat time siang dengan bau yang semerbak tu dapat bayangkan tak macam mana. Tergugat iman lagi lagi time buat cookies. Heheh. 
Biskut Mazola
Biskut mazola ni fav abah Nani. Baru ni first time try buat sendiri. Tengok resepi macam senang sangat nak buat, sekali jauh tersasar dengan apa yang Nani fikir. Hahah! Tak susah mana cuma nak buat tu ambil masa yang lama. Tapi bila buat sendiri memang berbaloi baloi lah sebab cukup semua rasa. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi buat biskut mazola ni okay! Sekarang ni punya lah malas nak buat entry blog. Mood nak Raya sangat kaaan! πŸ˜†
Chocolate Chip Cookies
Biskut ni yang paling senang dan cepat nak buat. Heheh. Cuma bahan nak buat tu agak banyak dan mahal. Tahun ni Nani rasa harga barang nak buat biskut macam mahal sikit. Nangis nak bayar. Hahah! Korang kalau nak resepi Chocolate Chip Cookies boleh tengok SINI. Sedap tau korang cookies macam ni lepas tu crunchy pulak. Try lah buat, nak makan bila bila masa pun sesuai aje. 
Cornflakes madu ni antara yang paaaaaling wajib buat setiap tahun. Paling simple dan sedap. Hahah! Biasanya cornflakes madu ni antara yang laku keras dekat rumah. Dua kotak cornflakes tu pun dah boleh dapat banyak. Nani selalu guna tiga bahan aje nak buat, cornflakes, madu dengan butter. Ada sesetengah orang suka tambah gula lagi. Nani tak tambah pun sebab nanti extra manis tak sedap jugak. Heheh. Tiga jenis ni aje yang Nani buat, lain lain semua Nani tunjuk aje. Mak cik pulak jual biskut Raya, hah lagi lah mudah kan. Apa apa pun, semoga lebaran kali ini memberikan 1001 kebahagiaan buat kita semua. Ramadhan masih lagi berbaki beberapa hari ni, jom kejar untuk buat kebaikan! 😊

Menu Ramadhan

Assalamualaikum & Hello.
Berbaki seminggu aje lagi kita akan berpuasa. Kali ni Nani rasa macam sekejapnya masa berlalu, sedar sedar tinggal beberapa hari aje lagi nak sambut Hari Raya. Yang bestnya Ramadhan kali ni sebab dapat berbuka puasa dengan family hampir setiap hari. Kebetulan dapat cuti awal, memang seronok sungguh lah. Serius korang, Nani dah lama sangat tak dapat berbuka macam ni sejak tiga empat tahun lepas. Selalunya dapat balik pun bila nak dekat dengan Raya dah. Kali ni bila dapat berbuka dan bershaur dengan family, memang feel dia lain macam betul. Cuma itu lah, bila dah penghujung Ramadhan ni, dah mula dah fasa tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka apatah lagi bersahur. Hahah! Siapa alami benda ni jugak? Nani tiap kali fikir nak berbuka apa, mesti macam tepu sekejap otak. Awal awal dulu banyak jugak teringin itu ini, sekarang sampai dah tak tahu menu apa yang boleh dimasak lagi. 
Motip sangat tayang gambar makanan tengah puasa macam ni πŸ˜† Boleh lah kita throwback sikit sikit, mana tahu boleh bagi ilham untuk masak menu berbuka petang nanti. Gituu! Ada yang kecur air liur ke tengok udang dekat atas tu? Hehhe. Abah Nani lah beli sekilo RM25 kot ke RM15 entah, lepas tu terus lah buat masak lemak campur peria. Macam biasa, haruslah peria tu tak berapa nak laku sangat. 
 Minggu lepas ada sekali tu kiterang membeli aje dekat bazar Ramadhan sebab dah tak tahu sangat nak masak apa. So, dapatlah ayam percik (ambil bahagian kepak aje). Selalunya kalau beli lauk dekat bazaar ni mesti cari orang yang dah biasa beli aje. Bukan apa, takut terkena yang tak sedap membazir pulak tak habis kan. 
 Ini pun lauk beli jugak. Heheh. Rumah Nani jarang sangat masak pajeri nenas sebab tak semua pun makan. Kalau pajeri terung (opor terung) peh berebut rebut semua. Walaupun kadang kadang berbuka lima orang tapi kecoh dekat meja makan tu mashaAllah πŸ˜† Taksabar tunggu Sabtu ni sebab berbuka dekat kampung dengan satu keluarga besar. Yayy! 
Hari tu balik kampung nenek Nani buatkan kuih tako (tak sure ejaan dia macam mana). Hahah! Mula mula Nani ingatkan tepung pelita tau, tapi sebenarnya bukan. Kuih ni macam adik beradik tepung pelita lah. Ha gitu. Rasa dia lebih kurang sama aje, manis dan rasa berlemak gitu. Korang ada yang pernah makan ke kuih tradisional ni? 
 Sambal paru berlada. Fuhh yang ni paling sedap. Makan dengan nasi panas panas memang layan. Hahah! Nani kalau masak sambal ni, paru tu goreng dulu sampai garing lepas tu baru masukkan dalam sambal. Baru lah rangup aje paru tu nanti. 
Kuey teow goreng ni bukan masak untuk berbuka tapi untuk moreh. Heheh. Rumah Nani ni kalau berbuka mesti semua nak makan nasi. Jarang sangat buat mee goreng ke kuey teow goreng ke. Ini lah antar menu menu sepanjang berpuasa kali ni. Ada banyak lagi tapi tak ambil gambar pun. Hahah! Ada masa malas sangat, buka phone pun malas. Ini berbaki lagi beberapa hari Ramadhan, kena lah bagi otak kerja keras sikit menu untuk berbuka puasa dan sahur. Selalu sahur tak ada masalah sangat, simple simple pun makan jugak. Berbuka ni yang payah sikit kan. Heheh. Korang  pulak selalu berbuka puasa masak sendiri ke atau beli dekat luar?



Biskut Raya | Buat ke Beli?

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Saja nak sembang sembang kosong hari ni. Korang dah settle ke semua persiapan Raya? Nani memang tiap tahun minta mak cik yang jahitkan baju, jarang beli baju ready made kecuali jubah. Tahun ni tak ada lah persiapan beria sangat pun, sama macam tahun sebelum ni jugak. Bersederhana kan lebih baik. Gitu 😊 Baju semua dah settle, kuih Raya belum lagi. Tahun ni Nani macam lambat sikit start enjin nak buat biskut Raya. Hahah! Selalunya awal awal dah dalam kepala fikir nak buat cookies apa. Kali ni entah lah, macam kelaut sikit nak buat biskut Raya sendiri. Memang Nani ada jual jugak cookies Raya, tapi yang tu makcik Nani yang buat. Nani tolong jual aje sikit - sikit. Heheh. Mungkin hujung minggu ni baru nak start buat biskut Raya. Will see menjadi ke tidak weekend ni kan.

Semalam baru fikir nak buat biskut mazola. Nani panggil biskut mazola, ada jugak sesetengah orang yang panggil biskut kacang. Dah lama tak buat biskut tu, kena lah mengoogle balik resepi. Itu satu lah kot plan nak buat lain lain yang simple macam biasalah cornflakes madu dengan popia cheese. Kalau ada masa extra buat cookies chocolate chip. Haaa, memang kemain seronok dia listkan nak buat macam macam jenis kuih Raya tu kan tapi tak tahu lah menjadi ke tidak tu nanti. Nani ni spesis kalau datang time rajin dia, bersungguh nak buat. Tapi time malas memang satu apa pun tak nak buat. Hahah! Korang kalau ada resepi kuih Raya yang simple boleh lah drop link dekat bawah. Mana tahu ada masa, boleh tambah lagi kuih Raya nak buat. Eh eh πŸ˜†
Gambar atas ni sebagai hiasan aje okay. Ini salah satu biskut Raya yang Nani jual tapi area Pahang aje lah. Ada yang minta pos kan tapi Nani tak berani lah. Takut nanti sampai dekat korang jadi serdak je, kesian pulak. Tak nak tanggung risiko sebab cookies ni lembut sangat tekstur dia. Heheh. Korang dah plan ke nak buat kuih Raya apa? Ke main tunjuk tunjuk je. Nani ni pun plan memang macam gempak tapi end up nanti kuih tunjuk je tambah pulak mak cik Nani jual kuih Raya kan. Hahah! Untung ada mak cik yang jual biskut Raya ni sebab macam macam jenis kuih boleh makan. Ehehe. 
Weekend ni boleh lah kan habiskan saki baki persiapan yang tak siap lagi tu. Rasanya ramai lah kot yang akan start buat biskut Raya. Kalau korang rasa nak buat cornflakes madu dengan cookies chocolate chip boleh lah tengok resepi Nani dekat sidebar. Simple je awak resepi Nani, sebab kalau yang complicated Nani pun malas nak buat. Hahah! Harap harap harga bahan nak buat kuih Raya, tak naik lagi lah. Heheh. Korang nak buat kuih Raya apa tahun ni? 

Drama Andainya Takdir

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Alhamdulillah hari ni dah genap 19 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar, dah hampir ke 10 malam terakhir kita ni. Sekejap je kan korang masa berlalu. Awal puasa hari tu bertenaga lah jugak Nani, dah nak dekat hujung ni mashaAllah dia punya letih tu. Kadang lepas maghrib rasa nak tidur terus pun ada. Hahah! Tapi nan hadonya eh nak buat macam tu. Dua tiga hari ni cuaca panas kemain (dugaan bulan Ramadhan). Siap mandi pun boleh berpeluh lagi. Duduk dalam rumah pun berbahang aje rasa tambah pulak rumah Nani ni bila petang menghadap cahaya matahari. Ibu dengan abah Nani pun berbuka, air bergelas gelas minum. Heheh. Sebab cuaca panas terik, tekak pun dahaga sangat. Cikgu pulak kan. dekat sekolah memang sah lah banyak bercakap sebab nak mengajar. 
Macam dah terlari sangat pulak dengan tajuk dekat atas tu πŸ˜† Sepanjang bulan Ramadhan ni, rajin pulak Nani layan drama Andainya Takdir. Selalu kalau dulu dulu habis aje terawih, memang balik terus tidur. Hahah! Kali ni siap terawih, terus duduk depan tv nak tunggu drama Andainya Takdir. Shukri Yahya kot berlakon, gila tak tengok. Fav actor lah katakan. Kalau sebelum ni watak dia selalunya sweet tahap potong kaki & baik baik aje kan, macam dalam drama 7 Hari Mencintaiku tu dulu. Masa drama tu dulu aku pulak yang stress tengok dia kemain sabar isteri buat jahat dekat dia. Kali ni lain daripada yang lain sangat watak yang Shukri Yahya ni bawa. Tiap kali tengok Andainya Takdir, tak pernah komen yang murni murni aku bagi. Mesti sumpah seranah dengan watak dia. Hahah! 
Drama Andainya Takdir
Dah macam mana tak bengang bila watak dia asyik asyik cemburu dengan isteri dia yang berbual dengan lelaki lain. Masalahnya bukanlah berbual kosong pun tapi sebab tuntutan kerja. Lepas tu boleh pulak engko pukul dia macam tak ada perasaan. Heiii, walaupun dalam drama aje tapi aku ni sejenis yang menghayati tau. Hahah! Lagi lagi pulak bila watak dia tu berkesan sungguh. Rasa nak hempuk hempuk aje dia. Belum lagi watak mak dengan adik dia. Peh boleh urut dada tengok. Sekarang ni jadi tak sabar pulak nak tahu ending drama ni macam mana. Dah layan kan, kena lah tengok sampai habis. 
Tapi tu lah, agak agaknya dalam realiti kehidupan ni ada ke lelaki macam si Airil ni? Asyik dengar cakap emak dia lepas tu sejenis yang cepat naik tangan dekat isteri. Huwaa, minta simpang lah dapat suami macam ni nanti. Scary pulak membayangkan kalau dapat suami yang baran. Awak, awak tak baran kan? Eh eh eh πŸ˜† Korang layan tak drama ni? Kalau tak tengok lagi, boleh lah start layan. Hahah! Walaupun sakit hati, tapi best lah jugak sebab lakonan dia padu dan menjadi. 

Happy Birthday!

Assalamualaikum & Hello. 
Alhamdulillah bertambah lagi satu umur hari ni. Happy Birthday to dear self! Sebenarnya hampir hampir terlupa hari jadi sendiri sampai lah ibu yang ingatkan. Hahah! Makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian. Macam biasa, tak ada apa apa celebration pun, lagi lagi bulan puasa ni kan. Mungkin Raya pertama nanti boleh celebrate dekat kampung. Nak jugaaaak! Hahah! Tak ada lah, selalunya kiterang bila Raya pertama, mesti ada edisi sambut birthday. Ramai yang nak tahu berapa lah umur Nani ni berapa sebenarnya. Teka sendiri lah berapa tapi yang pasti dua lah dekat depan tu πŸ˜† Cuma satu satu nya harapan aku setiap tahun, nak bahagiakan abah dengan ibu dulu. Nak balas balik setiap jasa yang abah dengan ibu dah pernah bagi. Tiap kali fikir kan pasal ni, mesti rasa sebak sikit sebab selalu terfikir sempat ke tak. Mudah mudahan Tuhan pinjamkan abah & ibu untuk aku lebih lama.
Masih banyak yang Nani nak belajar dari hari ke hari. Kalau nak listkan semua sekali, satu entry pun tak cukup. Kadang kadang bila datang ujian dalam kehidupan pun, kena jugak belajar dari ujian tu. Melalui ujian baru lah dapat tahu diri kita di tahap yang mana. Tahun ni ramai betul yang wish suruh masak sedap sedap. Alahai korang, hakikatnya Nani sendiri pun tengah belajar lagi nak memasak. Tak ada lah pro sangat pun, tapi lepas lah kalau nak makan untuk tekak sendiri. Hahah! Kalau tengok Instagram tu memang lah nampak semua sedap sangat tapi nya tu pun setelah 342658 kali cubaan memasak resepi tu. Hahah! Mana yang berkelapangan Raya nanti, jemput ke rumah okay, inshaAllah ada rezeki boleh rasa air tangan saya yang tak seberapa tu 😊
Apa pun terima kasih untuk setiap kiriman doa & ucapan yang baik baik dari kalian. Dari malam tadi ada yang WhatsApp tapi baru sempat baca time sahur tadi. Hahah! Bulan puasa ni awal kita tido hahπŸ˜†Terharu sebenarnya dengan ucapan daripada kalian. Alhamdulillah diberi rezeki dikelilingi kawan kawan dan family yang sangat baik. Berkat bulan Ramadhan ni, dapatlah Nani tumpang sikit doa kalian. Mudah mudahan ada antara doa kita dimakbulkan oleh Dia. Semoga kalian juga dilapangkan pintu rezeki seluas luasnya, diberi kesihatan yang baik dan semoga apa yang korang doakan untuk Nani akan terpantul semula buat korang ye. Amin ya Rabb. Semoga hari ni akan jadi lebih baik dari semalam. 

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Assaalamualaikum & Hello.
Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!

Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)

SELAMAT BERSEGMEN

Resepi Air Soda Herbs

Assalamualaikum & Hello.
Bulan puasa ni memang entry resepi aje lah yang paling banyak Nani buat. Hahah! Korang pernah minum air soda herbs? Ada sesetengah orang panggil air detox. Tapi kalau detox dia macam healthy sikit kan airnya sebab guna air kosong. Tapi yang versi Nani ni siap guna air bergas, memang terus jadi tak berkhasiat. Hahah! Dulu lah Nani pernah beli sekali lepas tu tengok bahan yang dia guna macam senang aje nak buat. Apa lagi, google lah resepi tapi banyak pulak ajarannya. Tak jadi ikut resepi dekat google, Nani guna yang kawan ajar. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab senang sangat dan paling penting segar. Ini resepi yang kawan Nani ajar tau, kalau korang nak tambah bahan lain pun tak ada hal 😊 
Resepi Air Soda Herbs
Ini bahan - bahan yang diperlukan, asam masin putih, daun pudina, lemon, laici dan jugak air soda f&n dan jugak ais. Kalau ikutkan kena letak jugak serai tapi sebab serai dekat belakang rumah Nani ni hidup segan mati tak mahu jadinya Nani tak letak. Nak pergi keluar beli serai semata mata macam tak berbaloi. Hahah! So, kita guna apa yang ada πŸ˜† 
Resepi Air Soda Herbs
 Cara nak buat pun mudah sangat, korang campak aje semua bahan tadi dalam satu jug atau pun bekas lepas tu letak lah air soda tu. Nani tambah air kosong sikit sebab ada letak laici kan so dia jadi manis sangat. Mula mula Nani ingat tak nak tambah langsung air kosong. Hahah! Tapi serius, manis sangat sangat sampai tak boleh nak minum kalau tak letak air biasa. Boleh aje kalau ak nak tambh air kosong, tapi korang kena lebihkan sikit ais tu. 
Resepi Air Soda Herbs
Ini lah hasilnya air soda herbs yang Nani buat hari tu. Adik beradik Nani panggil air hutan belantara sebab banyak sangat bahan dalam air ni. Hahah! Kurang asam boi betul lah perangai πŸ˜† Air soda herbs ni memang segar sangat dan ada rasa mint sikit sebab letak daun pudina kan. Minum air ni memnag boleh buat mata tu segar sampai habis terawih. Hahah! Try tau korang buat memang sedap. Lagi satu, bahan tu boleh ikut suka kita nak letak banyak mana. Selamat mencuba! 

Resepi Bubur Chacha

Assalamualaikum & Hello.
Nani sebenarnya tak pernah try pun buat bubur chacha sebelum ni. Hari tu punya lah teringin nak makan bubur chacha, gigih lah google resepi sebab nak buat sendiri. Tak ada lah susah mana sangat nak buat bubur chacha ni (Ewah, dah pandai kemain lagi berlagak! Hahaha) Memang senang aje nak buat bubur chacha ni asalkan semua bahan ada. Kalau ikutkan resepi yang Nani baca hari tu, kebanyakkannya letak ubi keledek jugak. Nani macam biasalah, selalu menderhaka dengan resepi asal. Eh eh? Nak makan sendiri kan, boleh ikut suka kita lah nak letak apa pun dalam bubur tu. Lagi satu, malas nak keluar dah semata mata nak cari ubi keledek pulak. Jadinya kita guna lah apa yang dah sedia ada.  Gitu πŸ˜† Korang yang suka resepi mudah, boleh lah try ikut cara Nani ni. 
Resepi Bubur Chacha
Nani gunakan bahan dekat atas ni aje untuk buat bubur chacha. Mula mula sekali, sagu dengan chacha tu rebus lah dulu sampai kembang. Sebenarnya Nani pun mula mula tu tak tahu jugak bila chacha tu dah kembang. Hahah! Nak bagi mudah, rasalah dengan tangan. Agak agak dah kenyal tu, kira dah kembang lah. Ini teori yang Nani pakai okay πŸ˜† Dalam periuk lain, masukkan santan, gula melaka, gula kabung dengan daun pandan. Kacau sentiasa tau kalau tak nanti kuah bubur tu jadi tak berapa nak cantik. Heheh. Bila dah mendidih, masukkan lah chacha dengan sagu yang dah siap rebus tadi. Simple sangat kan nak buat bubur ni. 
Resepi Bubur Chacha
Ini lah hasil bubur chacha Nani. Dah pandai buat bubur sendiri, boleh lah try buat bubur lain pulak lepas ni. Kuah tu jadi agak pekat sebab ada sagu. Korang kalau rasa gula melaka dengan gula kabung tu tak manis lagi, boleh lah tambah jugak gula pasir. Bulan puasa macam ni, memang nikmat dapat makan bubur. Nani memang jenis yang suka sangat makan bubur macam ni. Heheh. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab simple dan sedap! 

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni dah cukup seminggu kita berpuasa, still maintain lagi tak tenaga tu? Heheh. Nani setakat ni sahur tak pernah terbabas lagi lah walaupun kadang kadang tu punya lah malas nak bangun. Ok lah sebelum mengarut tak tentu hala, jom lah kita berbalik dengan tajuk dekat atas. Kisahnya hari tu nampak iklan Manhattan Fish Market ni ada buat promosi dekat Twitter & apa lagi laju aje kawan ajak lepak dekat sana. Makan makan sebelum puasa katanya! πŸ˜† Nani sebenarnya jarang jarang sangat makan dekat Manhattan ni sebab harga pun boleh tahan jugak. Tisu pun kena bayar jadinya kalau makan sini ambil okay tisu tu bawa balik sebab dia dah letak siap siap atas meja. Hahah! Bila ada promosi boleh lah nak pergi Manhattan. Makanan memang sedap dekat sini lagi lagi dia orang punya dessert. Hari tu pergi time lunch hour, memang lama sikitlah nak tunggu makanan sampai.
Nani dah lupa apa nama dessert ni. Hahah! Tapi yang tu pisang goreng makan dengan ais krim dan jugak santan. Saja nak rasa and biasa biasa aje pada Nani. Sedap lagi dia orang punya brownies sizzling. Memang kalau boleh nak makan hari hari. Eh?
The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
 Nani selalu kalau datang sini mesti macam blur tak tahu nak makan apa sebab ada banyak sangat pilihan. Rasanya ini kali kedua Nani makan dekat Mahanttan cawangan Nu Sentral. Sini yang paling senang nak pergi sebab dekat dengan LRT & Nu Sentral ni tak krik krik. Hahah! Biasalah, kalau mall yang bersambung dengan LRT, memang tak pernah tak ramai orang.

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
 Fish & Chips.
Portion makanan dekat Mahanttan ni sangatlah banyak. Kalau tengah lapar, memang elok sangat makan dekat sini. Kawan Nani hari tu siap tapau bawa balik sebab tak habis makan. Tambah pulak bila ambil yang promosi tu, beli satu percuma satu. Actually, Manhattan ni selalu sangat buat promosi. Korang kena follow social media dia orang sebab mostly dia orang update dekat situ.

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
 Baked Rice & Fish
Pada Nani, yang ni boleh makan untuk dua orang sebab banyak sangat. Heheh. Sedap! Dekat sini memang mostly menu ikan dan jugak seafood macam lobster tu semua.

The Manhattan Fish Market di Nu Sentral
Mac & Cheese
Ini kid meals okay! Walaupun kid meals, tapi portion pun banyak jugak! Mac & cheese dekat sini lagi sedap dari yang dekat Kenny Roagers sebab tak plain sangat rasa dia. Hari tu Nani ingat portion untuk kid meal ni sikit je tau sekali bila dah sampai jauh betul tersasar. Bila ambil yang kid meal ni sekali dengan air tapi small portion yang tak berapa nak small. Murah jugak lah. Macam set yang mac & cheese ni dalam RM 9.90 tak termasuk lah GST semua tu. Heheh. Korang kalau minat makan menu macam ni, boleh pergi mana mana cawangan Manhattan Fish Market 😊

Giveaway Poskad Animasi Aidilfitri By Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Poskad Animasi Aidilfitri By Bonde Zaidalifah
klik SINI untuk join 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page