Mengidam Donat.

Assalamualaikum & Hello.

Malam tadi kemain rancak kawan kawan aku berborak dekat dalam WhatsApp. Bukan malam tadi je sebenarnya tapi tiap tiap malam. Ehek ! Kekadang sampai hang telefon bila tujuh lapan group yang aktif. Tengah tengah borak tu boleh pulak timbul isu pasal donat. Kah ! Dalam banyak banyak makanan donat jugak yang jadi topik nak dibincangkan. Hahaha
Awak ingat buat donat macam goreng cekodok ke. Haiyaa =,=

Buat roti pun sampai aku boleh main baling baling roti tu sebab keras ini kan pulak nak suruh buat donat. Kang jadi apa entah pulak dengan donat aku tu. Pernah dah dua kali aku cuba buat donat & dua kali tu lah tak menjadinya. Hahaha. Memula aku buat doh dia lembik gila sampai bila goreng dia jadi macam cekodok. Kali kedua aku buat adik aku cakap rupa dah ada tapi bila makan rasa tepung. Hahaha. Lepas pada tu bila aku nak makan memang pergi beli je dekat Big Apple. Tak kuasa aku nak membazir tepung buat donat tak menjadi. Eheh !

p/s : hari ni selesaikan urusan di Lembah Pantai. Doakan dipermudakan semuanya urusan aku. Nanti ada masa aku share urusan apa. Ehem ^^

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.


p/s : malam tadi masa otw nak pi bandar deejay asyik putarkan lagu nasyid pasal kahwin aje. Erkkk.

Nostalgia

Assalamualaikum & Hello.

Semalam jiran sebelah sana datang komen dekat blog Nani cakap Nani asyik dating je sampai tak sempat update blog. Hahaha. Ingatkan tak de orang perasan selama ni. Sorry lah kak, Nani diserang penyakit MALAS yang berganda ganda baru ni tu yang blog macam terabai sikit. Oh faktor asyik keluar pergi jalan jalan weekend tu pun penyumbang utama blog terabai. Entri tak sempat nak draft. Gitu. 

Dua tiga hari lepas kawan hantar gambar tulisan Nani masa darjah lima dulu. Peh tulisan yang dah bertahun tahun dulu dia still simpan lagi. Rasa macam nak peluk peluk dia masa tu jugak. Terharu sangat sebab kawan baik sendiri still simpan apa yang aku pernah tulis dulu. Tengok gambar kat bawah ni jangan gelak pulak. Hahah. Darjah lima zaman bebudak lagi kan. Main tulis tulis surat, tulis biodata. Sekarang bila ingat balik semula rasa kelakar sangat. 

Nostalgia sangat benda ni rasanya. Ingat lagi dulu tak pandai nak buat tanda dan yang macam ni "&" Kalau buat mesti jadi buruk macam dalam gambar tu. Hahaha. Darjah lima cita cita nak jadi peguam.Kemain besar lagi hajat tu kan. Rindunyaa zaman budak budak dulu. Eheh !

Jalan Jalan Weekend

Assalamualaikum & Hello.

Sejak dua tiga minggu ni asal weekend je mesti nak keluar. Pantang ada masa free weekend tu memang tak wujud lah muka aku dekat rumah. Grrrrr. Minggu lepas masuk Secret Recipe melayang duit 62.90. Semalam kaki aku rasa ringan nak masuk Domino's. Ewahhh. Nasib baik kali ni servis tip top dari yang aku pegi dulu .Aku jarang lepak dekat Domino's bila keluar tapi semalam tetiba rasa nak masuk situ. Wahai !

Memula aku rasa nak order lasagna tapi cancel sebab weekend depan aku nak buat lasagna. Hahaha. sudahnyaa aku order meatball sebab aku terliur nak makan meatball kat IKEA tapi tak dapat. T.T

Ni lava cake kawan aku punya. Aku dah tak boleh tengok kek sebab muak lepas makan dekat SR hari tu. Dia ada order spaghetti jugak tapi sebab dia lapar tak sempat aku nak ambik gambar. Sedih betul. Malas nak tarik tarik spaghetti dia kang dia tarik muka pat belas siapa nak hantar aku balik pulak. Orang dah mood punya baik kena layan elok elok. Eheh! Total damage kitorang makan berdua semalam 33 hengget. Separuh dari harga makan dekat Secret Recipe minggu lepas. Next week kita nak pergi mana pulak awak?

Dating.

Assalamualaikum & Hello.

Dua tiga hari lepas aku punya craving nak makan kek bukan main lagi. Sampai rasa tak lalu nak makan benda lain selagi tak makan kek. Hahahah. Nasib baik ada orang nak layan bawa gi Secret Recipe semata mata nak makan kek. Kekononnya hi - tea dekat SR lah hari tu. Eheh ! Lagi satu kalau beli kek dalam pukul tiga sampai enam petang dapat 50 % less per slice. Jimat woo. Satu harga kek boleh dapat dua slices kek lah lebih kurang. Tapi aku hari tu masuk dah pukul 5.30 pergi bayar pukul 6.30 tak daptlahh 50 %. Uhukkk T.T

Lama gila tak masuk resipi rahsiaaa ni sebenarnyaa. 

Sebab pergi dah petang kan so banyak kek yang dah habis. Tapi sebab nak makan kek punyaa pasal so order lah mana yang ada. Hiksss. Memula aku dah order cheese cake tu tetiba nampak pulak brownies. Order lah jugak brownies.Dasaaar kuat makan ! Hahaha !

Pada aku brownies dia hari tu tak berapa sedap. Huhu . kawan aku pun cakap cenggitu jugak. Tapi sebab dah order kan telan lah jugak. Total damage makan kek hari tu campur air apa semuaa 62.90. Pehh lepas ni memang tak pegi dah Secret Recipe. Hahaha. Tunggu bila teringin sangat nanti baru pegi balik. Wahaaa !

Nasi Air Pun Sedap !

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni I is teringin nak makan bubur. Tekak sekarang bukan main lagi macam macam nak makan. Heh. Sebab tak dek orang nak layan kehendak aku ni, so nya gigih cari resipi nak buat bubur nasi.  Buat bubur pun nak kena google ke Nani? Haruslahh sebab tak pernah masak bubur. Makan je selalu. Baca sekali imbas je cara nak buat kat blog Che Mat lepas tu terus masuk dapur masak. Yakin sangat kenn nak buat sampai baca sekali lalu je. Hiksss :P 

Tak jadi bubur tapi jadi nasi air. Hahahha. 

sebab confident sangat tadi kann nak buat bubur sudahnya jadi nasi air. Sedap jugak aihh tambah pulak dengan sambal kicap. Pehhh makan tak toleh kiri kanan depan belakang dah. Bubur aku tak jadi sebab aku tak kacau masa masak atas dapur tu. Huhu. Siap ambik tudung periuk tutup lagi kauu. Memang lah tak jadi bubur tapi jadi nasi. Hahah. Tak pe lepas ni boleh cuba buat lagi. Cubaan pertama menjadi lah jugak kann :D Bakal mak mentua I siap suruh masakkan lagi nanti. Ehhhh :P



Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.


Komen paling win setakat ni. Hahaha !









Laicikang & Pasembur Sedap !

Assalamualaikum & Hello.

Semalam nani ada buat entri pasal rombongan meminang tu kan. Masa nak pergi tu sempat lah singgah dekat Bera (salah satu daerah dalam Pahang) untuk sarapan. Sebab ada yang gerak awal pagi dari Kuantan so tak sempat nak breakfast. Kawan aku cakap Restoran Anjung Seri Bera yang kitorang pegi tu memang femes dengan pasembur dia. Alang alang dah sampai sana kan wajiblah cuba. 
pada aku pasembur dia sedap gila sebab kuat dia pekat & banyak. Aku pernah makan pasembur kuah dia macam nak tak nak je letak. Grrrr. Tapi abang Arz dengan Siti cakap pasembur pennag jugak yang sedap. sekali makan mesti tak nak balik. Pehhh ayat memang mengumpan nak suruh aku pegi Penang. mohon sponsor kan tiket flight pegi balik ke sana. Hahahah !

Laicikang semangkuk dua kupang !  Ehhh :P

Laicikang dia penuh dengan macam macam benda. Memang puas hati minum. Servis diorang pun ekspres so takyah nak tunggu lama lama. Kalau berkesempatan korang ke bandar Bera boleh lah singgah restoran ni rasa pasembur dengan laicikang powerr. Restoran ni memang kat tengah tengah bandar, senang nak cari. Aku pun ni kali kedua jejak ke sana & first time singgah restoran ni. 

p/s : minggu ni kawan kita fly ke negara orang. Tak dek lah dah orang nak jadi driver tak berbayar I bawak gi mana mana. Jaga diri awak elok elok kat sana *lap air mata*




Engagement Day

Assalamualaikum & Hello.

Sabtu baru ni kitorang konvo lapan biji kereta pergi meminang ke Negeri Sembilan. Aku wajib pergi bila ada event macam ni. Hahaha. nak ambik aura kononnya. sorang sorang bertukar status tinggal lah aku sensorang meratap di tepian gantang bujang. Ehh :P meriah benau majlis bertunang dekat sana plus makanan pun sedap. Nahh layan dua tiga keping gambar majlis bertunang minggu lepas.
aku rasa kalau aku yang duduk situ memang menggeletar habis jari. Hahahaha. 

Aku suka tengok veil yang dia pakai. Cantik & tak banyak sangat hiasan. Nanti time aku nak cari yang macam ni jugaklah. Ehem !

Congrats along & kak wana dah selamat bertunang. Makin bertambah besar Malek's Family lepas ni. Next event bulan enam pulak. Taksabarnyaaa oiii ! Dup dap dup dap !  

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Assalamualaikum & Hello.

klik SINI untuk join 

Saya nak menang giveway ni sebab saya tak pernah dapat ole ole dari kak aisya. Hahaha. boleh dak slogan gini? Hikhikhik :P

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
lepas ni mungkin lebih jauh lagi. *nanges dekat bucu katil* Hahaha :P


kredit to : BSA



Rezeki Berjiran

Assalamualaikum & Hello !

minggu lepas jiran depan rumah ni bagi pisang. aku pun suruh lah ibu buat pengat pisang sebab dah lama tak makan. mujur ibu rajin masa tu nak buat pengat pisang. nak buat sendiri takut tak menjadi sebab tak pernah masak pengat pisang. 
Sedap oii pengat pisang ni. kalau campur sagu lagi lahh umphh. Wahaa !  

aku tak tahu nama makanan ni apa. tapi aku tengok ibu masak pisang ni guna santan lepas tu biarkan sampai pecah minyak.bila dah balik rumah macam macam minta ibu masakkan. Eheh ! 

Nikmatnya Cool Blog !

Assalamualaikum & Hello.

minggu lepas kawan ajak jalan jalan pasar malam. memang berjalan semata mata sebab langsung tak beli makanan. Hahaha. aku macam tak dek napsu tengok makanan yang orang jual dekat pasar malam. biasanyaa macam macam nak beli bila gi pasar malam. Eheh !
sudahnya menapak ke kedai cool blog sebab pusing satu pasar malam tak beli apa apa. musim panas panas gini pekena cool blog nikmatnyaa tak terkata ohoii. Tetiba rasa nak minum lagi cool blog masa taip entri ni. Hahaha !

Giveway AVON Online

Assalamualaikum & Hello 


klik SINI untuk join 

Lawak Betul !

Assalamualaikum & Hello.

semalam ada kawan aku hantar gambar ni dekat wassap group. dah tak pasal pasal aku gelak sorang sorang tengok gambar dekat bawah ni. Hahaha !



Tahniah Juniors !

Asaalamualaikum & Hello.

minggu lepas aku sempat turun padang tengok adik adik bertanding dalam Pesta Pantun. bila tengok diorang bertanding tetiba rasa nak masuk balik. Hahaha. rindunyaa nak berpantun semula. masa sekolah aku tersangatlah aktifnya dengan pegang jawatan ketua pelajar lepas tu join pantun lagi. aku masuk pantun sejak form II. masa tu noob gila kot pasal pantun ni sebab bahasa dia pehh puitis jugaklah. Hahaha. masa form 4 wakil sekolah ke peringkat daerah dapat naib johan. masa aku form 5 pulun habis habis daerah dapat johan & peringkat negeri dapat naib johan. Wahaaa ^^
pernah melalui zaman macam ni. betapa berpantun di hadapan ramai orang tu mengajar erti keberanian.* walaupun dulu masa berpantun, pegang kertas tangan terketar ketar * Hahahah !
Tahniah juniors ! Selamat ke negeri ! 

Puteri selasih mengidam madu
Sayunya wajah tak mampu diurai
Teringat kekasih bertambah rindu
Kenangan menerjah hati terbuai 

Hahaha! Awak nanti kawen mohon baca pantun dulu kalau tak reti saya reject. Kah ! 

Wordless Wednesday : Terapi Stress

Assalamualaikum & Hello.

makan coklat sambil buat kerja memang umphhh. Hahaha. terliur jugak? jom laju laju buka instagram order dengan Cushy Candy  tak pun beli direct dekat Tesco IOI City Mall pun ada ^^

Kena Bahan Dalam Group !

Assalamualaikum & Hello.

Hari ahad hari tu banyak sangat group whatssap yang aktif. memang gitu lah selalu nya kalau sabtu ahad mesej masuk macam air yang mengalir. Hahahha. over nau nau perumpamaan Nani bagi. Haipp orang bahasa kan haruslah puitis puitis itu ada yaa. aku nak hantar gambar kawan aku dekat group lain sekali terhantar dekat group exchange feed yang tengah rancak borak kosong. Pehhh. terasa kebas dan membahang muka. Hahahah. *eh kalau gambar kawan je kenapa nak membahang muka. maaf tak dek jawapan untuk soalan tu. Eceh !
Si Anis dengan Kak Cik orang pertama yang perasan. Ehh dua orang ni boleh tahan jugak mengusiknyaa. blushing blushing dah pipi aku sorang sorang dekat bilik. Hahaha ! 
 
habis seniors dalam group keluar bagi respon. hahaha. malunyaa lahai. abang FR siap buat parodi lagi gambar yang aku salah hantar. Pehhh. lain macam betul keluarga EFG ni. Hahahah. kalau nak short screen semua yang diorang cakap memang banyaklah. nak tahu meriah ke tak EFG ni jom lah join. Hiksss :P korang pernah tak tersalah hantar whatssap? 


Tingkap Kereta Kena Pecah !

Assalamualaikum & Hello.

Kisah ni berlaku dekat pak cik aku jumaat minggu lepas. Pak cik aku berhenti solat dekat satu masjid masa dalam perjalanan nak ambil sepupu aku dekat kolej. lepas solat jumaat dia tengok cermin kereta dia pecah. Allahuakbar. bukan setakat kereta pak cik aku je tapi ada lagi tiga empat biji kereta lain yang kena. Hamba Allah mana entah yang buat kerja terkutuk ni. Heh !

Dia pecahkan cermin tingkap sisi. aku tak tahu motif dia buat benda ni. nak kata dia nak merompak, pak cik aku tak tinggal pun barang berharga dalam kereta.
 disebabkan perbuatan orang tu dah tak memasal melayang duit pak cik aku nak baiki cermin tingkap kereta dia. 

Lepas ni semua kena berhati hati lah. Jangan tinggal barang barang berharga dalam kereta sebab memang mengudang orang nak mencuri. Pak cik aku yang tak tinggal barang berharga ni pun kereta kena pecah cermin tingkap. sampai sekarang aku tertanya tanya apa motif dia buat T_T


Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :

Terima Kasih !

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah murah betul rezeki bulan lepas. Terima kasih bloggers yang kirimkan hadiah buat saya. Jom terjah blog mereka yang ohsem sangat ni ^^

ni ole ole dari thailand kiriman kak Suria Amanda 

medal tu pemberian dari Zumal & tasbih digital tu dari Kak Suhailah Hamid







Asam Pedas

Assalamualaikum & Hello.

dua tiga hari lepas aku baca entri kakak cantik, sis Julia Johari up entri pasal asam pedas dekat melaka. pehhhh air liur aku sikit lagi nak terkeluar. Hahaha. terliur betul tengok tapi jauh sangat nak pegi kan. tak berbaloi nak ke melaka cari asam pedas semata mata. aku bukanlah mak buyung yang mengandung sampai mengidam tahap dewa. semalam pulak Nadia buat entri asam rebus bendi. sekali lagi aku punya keliuran terjejas. so malam tadi berkampung lah aku dekat dapur masak asam pedas ikan pari campur bendi. ikan merah pun sedap buat asam pedas tapi tak dek pulak. 
taraaaaa ! mujur menjadi asam pedas aku malam tadi. Wahaaa ! sekali makan rasa tak nak bangun bangun dah dari kerusi. Ecehh ! sekali sekala buat dapur berasap menjadi lahh asam pedasnyaa.
cukup 100 orang minta nak makan asam pedas boleh buat perniagaan online ni. Hahahah. banyak sangat masa nya tuu kan sampai nak buat bis online. nak makan nasi tengah hari pun kadang kadang berkejar. Eheh ! 





DEEN Burger Bakar !

Assalamualaikum & Hello

petang selasa kelmarin sekali lagi terbang ke Kuantan untuk selesaikan urusan di Tanjung Lumpur. dengan internetnya nan hado memang nak menangis rasa. mujur pagi rabu dah gerak balik semula. sebab dah penat campur pulak malas petang semalam aku pegi melantak dekat DEEN Burger Bakar.
 
mula mula aku dah order air limau ais tetiba aku nampak ABC terus minta tukar dengan adik tu, Heh. tetiba aku rasa macam nak mengiyakan entri yang aku post dekat SINI dulu. Hahahah ! 
ni antara burger yang ada so boleh lah pilih mana yang berkenan dengan tekak korang. Wahaa !
Cheese Burger single jadi pilihan aku petang semalam. untuk yang single RM 7.50 sebiji ni.memang superb sedap dan kenyang sampai ke pagi esok. Ewah. kalau makan burger yang bertingkek tingkek tu kenyang sampai ke lusa agaknya. Hahaha ! cawangan diorang banyak dekat seluruh malaysia ni, boleh lah terjah mana mana yang berdekatan. 




Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page