Lepak di Restoran PappaRich

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Finally it's Friyay! Apa plan korang untuk weekend ni? Nani setakat ni belum ada apa apa plan lagi, cuma esok aje lah nak pergi wedding kawan masa zaman sekolah dulu. Iye telah masuknya waktu kawan kawan menamatkan zaman bujang dan kau masih relax jadi manusia single dan available. Hahah! Belum sampai seru lagi nak berumah tangga, mungkin lagi dua tiga tahun akan datang. Eh? Kuasa Tuhan kan, doa yang baik baik inshaAllah ada lah tu nanti. Heheh. So, entry hari ni pasal makanan lagi. Sekarang ni banyak betul keluar berjalan & ofcourse lah 'agenda' utamanya makan. Jalan jalan cari makan konsep dia. Hahah! Kali ni kita lepak dekat Restoran PappaRich pulak. Nama restoran pun ada perkataan rich, haruslah harga pun boleh tahan jugak kan. Hahah! Nani tak ada lah selalu sangat pun makan dekat sini, cuma bila teringin nak makan mee kari ke laksa ke memang sini lah salah satu tempat yang selalu dituju. 
Kali ni Nani makan dekat Restoran PappaRich di Melawati Mall. Actually PappaRich ni ada banyak jugak outlet dia orang. Kalau korang nak pergi nanti boleh lah check it out mana outlet yang terdekat dengan korang okay! Nani suka lepak dekat sini sebab ada banyaaak pilihan menu. Mostly menu dia orang ikut citarasa orang Malaysia lah, daripada breakfast sampai lah ke dinner semua ada dekat sini. Heheh. 
Menu yang paling Nani suka dekat Restoran PappaRich, dia orang punya mee kari. Portion banyak okay, memang boleh kenyang lah makan semangkuk mee kari ni hah. Harga semangkuk mee kari dekat sini dalam RM 16++ macam tu kalau tak silap. Nani dah lupa sebenarnya, resit pun dah hilang ke mana entah. Hahah! Tapi serious memang berbaloi makan mee kari dekat sini. Selalunya ada dua tempat aje yang Nani selalu pergi kalau tiba tiba teringin nak makan mee kari, sama ada dekat Restoran PappaRich tak pun dekat Old Town White Coffee. Heheh. Dua restoran ni antara yang sedap jugaklah pada Nani. Kalau korang tahu ada restoran yang jual mee kari boleh lah share dekat bawah ni okay! Next time boleh lah Nani try pulak. Thank you in advance! 

18 comments:

  1. Sedap mee kari dia ni... isi banyak mmg puas hati

    Ingatkan akak je suka tunggu hr jumaat... xsabar nk ddk melepak2 sampai isnin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Dana, memang kenyang makan mee kari dekat sini. Sedap pun iye jugak. Hahah! Siapa aje kan tak suka weekend, masa ni lah nak berehat puas puas.

      Delete
  2. ada satu sini, kat ayer keroh tu.
    tapi aida lom sempat lepak makan2 lagi, nani.
    sebab, old town punyer dekat ni hah dgn rumah.
    so, biasanya ter full stop singgah situ jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Old Town pun sedaaap. Kalau mee kari memang Nani akan pergi dua restoran ni aje sebab dua dua tak pernah mengecewakan. Sedaap!

      Delete
  3. Pernah try nasi ayam PappaRich je. Sedap gila! I didn't expect it to be so good!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Farah? Okay next time nak try nasi ayam pulak. Selalu makan mee kari aje dekat sini.

      Delete
  4. tetiba terlintas nak breakfast di white coffee ke apa nama kedai tu. Papparich ni ada satu kot kelantan tp tk sure kat mana. hehehe. thanks naniiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Nanti try lah mek, ikut tekak Nani memang sedap. Hiks.

      Delete
  5. Kalau Nad ni, mesti tak habis makan mee kari tu. Boleh tahan besar jugak portion dia. Confirm makan tak habis. Tapi kuah kari dia nampak cukup rasa. No wonder la favourite kak Inani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang portion dia besar Nad, hari tu pun makan tak habis. Hahah! Tapi puas hati lah sebab semua rasa cukup.

      Delete
  6. tak pernah lagi lah mkn kat paparich ni..tengok mee kari dia pun sdap..nti boleh try

    ReplyDelete
  7. sedap..mmg best mee kari kat Papparich ni...ahh rindu nak makan dan lepak kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kan, Nani pun suka. Alah Wangsa Maju dengan Melawati Mall tak jauh mana pun kak. Heheh.

      Delete
  8. makan mee kat papparich memang portion banyak. semangkuk boleh kongsi dua orang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau time lapar tu boleh lah kot semangkuk ni habis sorang. Hahah!

      Delete
  9. Alamak lama x money Pappa rich mama suka laksa dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page