Nene Chicken Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraaang! Selamat tahun baru semua. Ada yang masih bercuti ke hari ni atau pun masing - masing dah mula berkerja? Apa apa pun semoga tahun baru ni lagi baik dari yang sebelumnya. Kalau ada azam yang tak tertunai dulu, boleh lah bawa ke tahun ni, lagi lagi azam nak kurus tu. Hahaha! Korang celebrate tahun baru dekat mana semalam? Nani memang tak keluar celebrate dekat mana - mana pun sebab Jumaat lepas dah seharian berjalan. Keluar pagi, petang baru balik. Fuhh! Kaki pun boleh tahan jugaklah lenguh. Hahah! Mahu nya tak lenguh, dari KLCC berjalan sampai ke Bukit Bintang, dengan cuaca yang panas, orang pulak ramai, memang letih sikit lah. Actually hari tu Nani ke Bukit Bintang sebab nak redeem ticket museum. Nanti Nani share okay antara salah satu museum yang ada dekat area Kuala Lumpur. Sebelum masuk museum, wajiblah isi perut dulu kan. So kali ni kita orang pergi makan dekat Nene Chicken lagi. Disebabkan hari tu Jumaat, memang full house lah cerita dia. Nak order aje dah sekian lama beratur, belum part nak tunggu makanan siap. Dekat sejam jugak lah hari tu. Moral of the story, jangan lah pergi time lunch hour hari Jumaat, memang azab nak tunggu. Hahaha! Kalau kena waktu tu lapar sangat, memang boleh emo lah. 
  Kali ni order menu yang sama macam hari tu jugak, Nene Dosirak (RM 17.90). Kita orang pilih flavoured Freaking Hot. Ikutkan bila order set ni akan dapat kimchi dengan coleslow sekali tapi hari tu tak ada pulak. Mungkin dah habis kot sebab seriously memang ramai sangat orang hari tu. Ayam pun ikutkan bahagian wings tapi dapat chicken fingers. Still sedap dan pedas macam dulu walaupun ayam tu tak salut sos penuh. Cuma bila makan tak ada kimchi dengan coleslow tu rasa kering sangat.
Cheezy fries tu Nani saja tambah sebab nampak sedap. Harga RM 5.90  untuk satu kotak tu. Banyaak jugaklah fries dia letak sampai Nani tapau bawa balik. Iye lah dah kenyang makan nasi, lepas tu fries lagi kan. Overall, sedap aje cuma itu lah sebab tak complete macam yang Nani pernah order dulu so rasa macam alah tak bestnya. Heheh. Kalau korang nak tengok complete meal untuk Nene Dosirak ni, boleh klik link INI okay. Tapi tak boleh nak salahkan dia orang jugaklah sebab time tu customer ramai kan. It's okay, lepas ni tak nak dah pergi time hari Jumaat lagi lagi waktu lunch. Fuhh! Serik dah rasa. Hahah! Siapa sini suka jugak makan ayam Korea? Kita gengg! 

22 comments:

  1. mcm sedap la weih. ramai tengok ore upload gmbor ayam nene ni. ak pun nk terjebok samo la

    ReplyDelete
  2. ni yang orang dok sebut sedap2 tu kan.. hehe..
    nak kena cuba laaa nanti =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib masuk dalam list Siti. Sedaap dan berbaloi dengan harga.

      Delete
  3. First time tau pasal ni. Boleh cuba nanti sebab mmg plan nak ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah kak Ana, Nani suka ayam dekat Nene Chicken ni sebab pedas.

      Delete
  4. tingin nya try, tp takde kwn lah nk mkn kt sini... laki akak mana mau nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Kesian kak Dana, ajak adik kak Dana lah makan dekat sini.

      Delete
  5. whoaa boleh singgah next time myra in KL. #gengsukamakankorea jugak!

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass wajib masukkan dalam list untuk try tau Myra.

      Delete
  6. korean fried chicken sentiasalah yg paling sedap :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kann Mazni, hari hari makan also can.

      Delete
  7. Nene Chicken lagi? Hehehe :D Bila kita nak dapat peluamg cuba Nene Chicken ni? T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Nani memang jenis kalau dah suka tu repeat lah makan selalu.

      Delete
  8. nape kat penang takde nene hihi

    ReplyDelete
  9. Berselera pulak tengok ptg2 ni.. bolehlah singgah next week kt cni.

    ReplyDelete
  10. kenapa singgah di blog ni jam 2 pagi.. aduiii.. sedapnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sorry Busyra, nanti bila bila jalan jalan KL boleh try okay!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page