Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni nak cerita pasal kerabu maggi pulak. Heheh. Banyak betul entry makanan ni, semua nak tulis dalam blog. Hahah! Baru ni Nani balik kampung lepas tu sepupu ajak buat kerabu maggi pulak. Nani macam biasa, sentiasa ons bila bab makan. Dulu Nani dah pernah share Resepi Kerabu Maggi, tapi yang sepupu buat hari tu lagi sedap. Tapi memang betul pun kadang kadang yang orang buat lagi sedap dari kita punya. Hahah! Dulu Nani buat kerabu maggi ni jadi kering sangat, tapi yang sepupu ni buat sedap betul lah. Masa awal awal kerabu maggi ni famous, kemain susah nak jumpa maggi Thailand yang jenama Serda tu. Nani sampai suruh kawan yang dekat Kelantan tu tolong belikan. Hahah! Gigih betul lah cerita dia. Tapi sekarang dah merata tempat orang jual maggi tu. Setakat ni memang Nani pernah makan kerabu maggi yang guna maggi jenama Serda tu aje, selain daripada tu tak try lagi. Mungkin sedap jugaklah kot.
Kalau tengok daripada bahan bahan ni, memang banyak lah beza dengan bahan bahan resepi Nani dulu. Kali ni sepupu Nani siap guna hirisan daun limau purut, serai, limau dengan daun ketumbar. Next time kalau nak buat sendiri tahu dah nak tambah bahan apa. Dulu Nani tak letak pun semua segala jenis daun tu, letak bunga kantan dengan serai aje kalau tak silap. Bila letak daun ketumbar tu memang terus sedap dia jadi luar biasa. Hahah! Cara nak buat kerabu maggi ni, gaulkan aje semua bahan dekat atas tu dalam satu bekas. Cumanya sotong, udang, isi ayam dengan sosej tu korang rebus lah dulu okay.
Ini lah dia hasil kerabu maggi air tangan sepupu Nani hari tu. Cukup rasa masam, pedas apa semua. Paling penting mewah betul dengan macam macam lauk dia letak. Puas hati makan macam ni hah. Sekarang ni pun dah banyak orang jual kerabu maggi kalau pergi pasar malam tak pun festival Thai tu. Merata rata boleh jumpa cuma sedap dengan tak aje. Tapi kalau dah nama pun beli jangan lah expect seafood banyak macam kita buat dekat rumah pulak kan, lagi lagi kalau harga dua tiga ringgit aje. Memang tak dapat lah macam ni. Korang yang teringin nak makan kerabu maggi tu, boleh lah try buat ikut resepi ni okay! Serious sedap. Heheh.
Tergoda tengok. Sedap ni kerabu Maggie.
ReplyDeletesuka kerabu maggi..mmg puas hati buat sdiri..akak aritu tkde daun ketubar..sbb guna bahan yg ada je..ltk daun bawang hehe
ReplyDeletekalau pedas mmg sdap sgt..:)
ReplyDeletetak pernah lagi rasa kerabu maggi ni..tp yg sebelah sosej putih2 tu apo dio..mmg lau baut kerabu letak segala daun tu mmg ummphhh!!!
ReplyDeleteSedap pulak sampai2 sini tengok kerabu maggi ni.. terbuka selera... yummy! :)
ReplyDeleteKerabu Maggi ni kena buat pakai maggi Thailand ke? Kalau buat pakai maggi biasa je, boleh tak?
ReplyDeleteYa allah...tergodanya akak nani oiii.....sedapnyaaaaa....terus teringin tapi masih dalam pantang lagi...
ReplyDeleteoooo simple je yek cuma jnji ada megi tu yek... telan liur nengok kerabu megi ni oi... lagi2 tgk time lunch ni
ReplyDeletesedap nya nani nanti kena try buat sendiri pulakhuhuhu
ReplyDeleteyg ni kelantan memang paduuuuuu.
ReplyDeleteooi sedap ni weh walaupun x minat megi sngt.. kena pakai megi yang tu ja baru jadi.
ReplyDeletetapi kalo CT makan sorang xabes le.