Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru baru ni Nani telah mencuba satu lagi produk terbaru keluaran Althea Korea iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist. Excited betul nak try sebab ramai yang cakap bau body mist ni wangi dan segar sangat. Bila diri sendiri dah try, memang betul wangi sampai rasa setiap masa lah nak guna body mist ni. Hahah! Ibu dengan adik Nani pun suka dengan bau body mist keluaran Althea Korea ni sampai hari tu Nani kena order dua botol sekali untuk dia orang. Nani memang sejenis yang jarang sangat beli body mist secara online tau, sebab Nani suka nak try bau dulu. Tapi bila dengan Althea Korea ni, tak bau pun tak apa sebab mostly produk keluaran Althea jarang sangat mengecewakan. Nak bau dulu bukan apa, kadang kadang ada sesetengah body mist ni bau dia terlalu 'kuat' sampai rasa tak selesa pulak nak pakai. Nani suka bau body mist yang tak terlalu kuat, macam Stay Fresh Body Sparkling Mist ni lah. So hari ni Nani nak share dengan korang pulak apa yang best sangat tentang body mist terbaru keluaran Althea. Mana tahu nanti korang nak try jugak kan. Hiks. 
Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist
 Apa yang paling Nani suka sekali dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni sebab packaging dia yang mudah untuk kita dibawa ke mana mana. Macam Nani sendiri, memang sepanjang masa lah ada dalam handbag. Bila rasa badan dah bau semacam aje, memang wajib lah sembur body mist. Haipp bau semacam tu bukan sebab tak mandi okay, cuma iye lah kadang kadang bila kita berada dekat luar ni memang terdedah lah dengan macam macam bau yang tak diingini. Jadinya, body mist ni lah yang akan penyelamat nanti. 
Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist
Untuk pengetahuan korang, Stay Fresh Body Sparkling Mist ni merupakan kolaborasi antara Althea dan juga Titi Kamal. Eh siapa Titi Kamal ni? Titi Kamal merupakan selebriti yang terkenal di bumi Indonesia. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang sangat berbakat. Diinspirasikan oleh Titi Kamal, Althea telah mengeluarkan body mist ini. Hasil gabungan bunga rose, buah orange dan buah peach sememangnya menghasilkan bau yang sangat wangi dan segar. Sekali sembur aje memang dah buat Nani jatuh cinta. Haih, memang confirm akan beli lagi lepas ni. 
Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist
 Cara penggunaan body mist ini pun sangatlah mudah, korang spray aje pada bahagian badan untuk kekalkan bau yang wangi dan segar sepanjang hari. Macam yang Nani kongsikan dengan korang tadi, antara tiga bahan utama untuk body mist ini ialah bunga rose, buah orange dan juga buah peach. Nak tahu tak apa kelebihan setiap bahan ni? Okay, jom baca apa yang Nani nak kongsikan dekat bawah ni. 
๐Ÿ’—Damask Rose Water
Menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan juga memberikan bau yang wangi. 
๐Ÿ’—Orange Flower Extract
Menyegarkan segala deria bau.
๐Ÿ’—Elder Flower Extract
Menyejukkan dan menyegarkan kulit serta memberikan aroma yang wangi
Althea x Titi Kamal Stay Fresh Body Sparkling Mist
Best kan produk Stay Fresh Body Sparkling Mist keluaran Althea ni? Terdapat dalam 100 ml body mist dalam satu botol ni dan sangat sesuai untuk digunakan bagi semua jenis kulit. Paling best sekali, bau body mist ni sangat tahan lama so tak payah lah kita nak spray banyak kali. Heheh. Buat masa sekarang, memang ini lah antara body mist fav Nani. Untuk korang yang teringin juga nak beli dan try sendiri Stay Fresh Body Sparkling Mist keluaran Althea x Titi Kamal ni, korang boleh dapatkan di laman web Althea yang berharga RM 35 sebotol. Pada Nani, harga tu sangatlah berbaloi memandangkan kualiti body mist ni pun tip top. Nani pun sarankan korang beli juga sebab bau dia sangat segar dan best. Nak tahu lebih lanjut tentang body mist ni, korang boleh klik link dekat bawah ni okay! 
Website:
Facebook:
Instagram:

14 comments:

  1. Suka dengan bau dia. Segar dan wangi. Setiap hari wajib sembur sebelum keluar. Lama juga bau dia tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa, Nani pun suka dengan body mist keluaran Althea ni. Wajib pakai hari hari.

      Delete
  2. bestnya weii. mesti segar je rasa, kan?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Yass! Paling suka dengan bosy mist ni. Heheh :)

      Delete
  4. Replies
    1. Wangi semerbak kak! Tahan lama pulak tu body mist ni.

      Delete
  5. k.el dh try pakai mist ni..bau dia tak berapa nak kuat sgt..fresh n bau bunga n buah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Wangi sangat kak El. Nani pun suka dengan bau body mist ni ๐Ÿ˜

      Delete
  6. Suka bau yang lembut campuran bunga dan buah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa, Nani pun suka sebab bau fresh sangat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page