Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu lepas kita orang lunch dekat Nene Chicken Avenue K, terus berjalan kaki ke Bukit Bintang. Nani pun baru aje tahu ada satu laluan pejalan kaki (walkway) yang dari KLCC terus ke Bukit Bintang. Memang keluar aje dari walkway tu, terus sampai Pavillion. Tapi boleh tahan jugaklah jauh dia tu, dalam 15 minit berjalan baru sampai. Tapi sebab laluan ni berbumbung so tak ada lah rasa panas membahang sangat. Selama ni memang gigih sangat okay naik Monorail sampai sana, sekarang dah tahu ada short cut tak payah naik Monorail lagi dah. Heheh. So, kenapa gigih sangat berjalan sampai ke Bukit Bintang ni? Actually hari tu ada join contest dekat Instagram, tiba tiba menang pulak. Dapatlah dua tiket free masuk ke Museum Of Illusions ni hah. Tempat ni baru lagi buka, tak silap Nani dalam bulan Jun 2018 macam tu. Walaupun muka Nani ni jaraaang sangat masuk tempat tempat macam ni, tapi dah dapat ticket free tu memang tak lah nak tolak kan. Museum ni memang dekat sangat dengan Pavillion, Fahrenheit 88 semua tu. Boleh lah kalau nak shopping pulak kan lepas dah jalan jalan dalam Museum Of Illusions ni. Eh? Hahah! Tapi kita orang hari tu tak shopping pun, lepas jalan jalan terus aje balik. Seram lah kita tengok harga dekat tempat tempat macam ni. Hahaha! Mampu tengok aje konsep dia. Kah!
Museum Of Illusions ni terletak dalam Ansa Hotel tau so kalau korang nak pergi jangan lah pulak cari Museum Of Illusions punya signage, memang tak jumpa lah cerita dia. Korang kena masuk dulu dalam hotel tu, baru lah jumpa museum nya. Senang tak nak cari hotel ni? Senang sangat. Keluar aje dari Pavillion tu, lintas jalan terus jumpa hotel ni. Museum Of Illusions ni betul betul dekat sebelah Fahrenheit 88 tu. Kita orang pergi hari tu pergi hari Jumaat, so tak ramai sangat orang dalam museum ni. Plus, tempat ni baru jugaklah lagi, so tak ramai sangat kot orang yang tahu. Heheh.
Hari tu ada upload gambar ni dekat Facebook dengan Instagram, masing - masing komen, eh kecilnyaaa Nani. Hahaha! Ini lah yang dinamakan trick ye, memang mengecil terus masuk dalam museum ni. Hahaha! Oh ye, kalau korang datang sini jangan lah risau bab nak ambil gambar sebab ada ramai pekerja dia orang yang boleh tolong. Cuma itu lah, pekerja nya semua lelaki, sampai aku naik awkward lah nak posing beria hari tu. Hahaha! Bergambar pun behave aje. Kah! Selain dari port yang menarik untuk bergambar, dalam museum ni jugak boleh main game uji minda. Gitu!
Kalau korang tengok secara dekat, dalam frame tu ada macam macam jenis gambar tapi bila dah jauh dia sebenarnya bentuk muka seseorang. Nani pun hari tu lambat jugak lah nak perasan benda ni, lepas tu dah berjalan pergi sudut lain baru lah sedar sebenarnya tu gambar orang. Nama pun Museum Of Illusions kan, memang banyak lah trick yang ada. Museum ni ada dua tingkat tau, so boleh lah bergambar dan main game uji minda tu sampai puas. Kita orang hari tu banyak bergambar aje. Hahaha! Dalam kepala dah set memang nak pergi jalan jalan, relax kan minda sekali ada game yang kena berfikir ni automatic jadi malas. Hahaha!
Harga Tiket Museum Of Illusions Bukit Bintang
Dewasa:
RM 45 (Non MyKad)
RM 35 (MyKad)
Kanak - Kanak:
RM 35 (Non MyKad)
RM 25 (MyKad)
Eh tetiba jadi banyak pulak muka kan. Sesungguhnya hari tu aku pun amazed kejap lepas tengok gambar ni. Hahaha! Banyaaak lagi lah tempat yang best dalam ni. Ada satu tempat tu sampai rasa pening lah masuk situ sebab dia buat kita rasa berpusing pusing padahal jambatan tu elok aje tak bergerak. Hahah! Korang pun kena lah pergi jugak kalau nak tahu best ke tidak museum ni. Heheh.
Kalau tadi muka Nani jadi banyak, kali ni nampak kepala aje pulak. Hahaha! Kalau bawa anak anak pun sesuai aje tau sebab banyak tempat boleh bergambar. Cuma kalau yang nak main game uji minda tu dia complicated sikit lah. Heheh. Museum Of Illusions ni dibuka setiap hari tau bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Nani hari tu dekat dua jam jugaklah jalan jalan dalam museum ni. Heheh.
Overall, Nani puas hati lah jalan jalan dalam Museum Of Ilusions ni. Sekali sekala masuk museum kan, apa salahnya. Asyik jejak kaki dalam mall sepanjang masa pun tak jadi jugak. Hahah! So kalau korang tak tahu nak bawa anak anak berjalan hujung minggu dekat mana, boleh lah pergi ke Museum Of Illusions ni okay. Kalau tak silap Nani dia orang ada jugak harga untuk pakej satu keluarga. Mungkin korang boleh try check it out dekat website dia orang. Nani letak siap siap link website dengan alamat museum ni untuk rujukan korang. Jangan lupa ajak yang tersayang ke Museum Of Illusions ni okay!
Website: https://museumofillusions.my/
Phone Number: 03 - 2110 2654
Address:
Ansa Hotel Kuala Lumpur
101, Jalan Bukit Bintang
55100, Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
mcm muzium 3d art kat penang
ReplyDeletenti boleh singgah mai sini
Yass syok kak El boleh bergambar banyak banyak dekat dalam muzium ni.
Deletenice jgk tuh ye nani,kalau bwk budak2 msti seronok... pegi time2 takde cuti mcm skrg ni ok lah
ReplyDeletecuba pegi time cuti sekolah nngis
Haah kak Dana, rasanya kalau musim cuti memang ramai lah orang pergi sini. Hari tu pergi weekdays tak ramai sangat pun. Itu yang boleh bergambar banyak banyak dekat sini.
DeleteMenarik la Nani..akak nak bawak Dania la pi sini..apesal akak x nampak plak signboard padahal selalu je pi area situ shopping..hahaha...kena pi ni..at least boleh release kan tension Dania tak pergi mana- mana..maybe bleh check in kat mana- mana hotel jugak kan..boleh treat dia sekali...
ReplyDeleteHaah kak memang tersorok sikit muzium ni sebab dalam Ansa Hotel tu. Hihi. Kalau bawa Dania memang best lah, muzium macam ni suka lah nak pergi boleh bergambar sakan nanti.
Deletewahhh.. kemain sakan lagi ya...
ReplyDeleteHahah! Sekali sekala kak :)
Deletemacam menarik je..tunggu Faiq besar sikit bolehlah bawak mai sini
ReplyDeleteMenarikk sangat kak Mas. Heheh. Jangan lupa pergi tau!
Deletemenarikk ! :)
ReplyDeleteMenarikk sangat, okay jugaklah sekali sekala pergi muzium macam ni.
DeletePergi juga tahun lepas sebab dapat tiket dari kak Sally. For me, best juga untuk first timers! :)
ReplyDeleteKann, not bad jugaklah tempat ni. Nani hari tu banyak skip yang part uji minda tu. Hahaha! Dasar pemalas nak fikir.
DeleteTempat ni mmg menarik.. unik dan kreatif :)
ReplyDeleteKann, syok jugak sekali sekala pergi tempat macam ni.
DeleteDari sehari ke sehari nak g sini tak sampai2 juga. Nanti tak tahu nak ke mana boleh lah singgah sini. Nak bergambar puas2. Hehe
ReplyDeleteHahah! Syok jugak pergi muzium ni kak Ana. Lepas ni ingat nak pergi Muzium Selfie yang dalam Fahrenheit 88 tu pulakk.
DeleteBlm jejak ke tpt ni lg - so nice! 😉 Akak paling suka tengok gmbr kepala Nani atas piring tu - scary!
ReplyDeleteHahaha! The power of illusion kak!
Deletebestnya.. nice lah tempat ni :)
ReplyDeleteYass, untuk kaki bergambar memang nice Busyra. Hiks :)
DeleteHoho mama pernah pergi sini. Mmg best kan
ReplyDeleteBest kan kak, Nani pun suka dengan konsep muzium ni.
Deleteskarang dh byk tmpt yg mcm trick ni utk kita bergambar dgn kreatif kn...tk pernh lg singgah
ReplyDeleteHaah kak Amy, zaman sekarang muzium dah makin kreatif bukan pasal sejarah aje macam dulu dulu. Dekat area sini ada Muzium Selfie jugak, ingat nak pergi situ pulak nanti.
Delete