McFlurry Durian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sejak hari Khamis minggu lepas, memang 'viral' betul McFlurry Durian ni hah. Bila buka aje Instagram & Facebook mesti lalu dekat timeline gambar McFluury Durian. Nani yang mulanya tak nak beli pun terjebak sama jugak sebab terliur. Hahaha! Jumaat tengah hari tu terus terjah McDonald's. Gigih sangaat kan πŸ˜† Bukan apa, ada yang cakap bila nak beli dah sold out lah, ada aiskrim yang cair lah so aku pun pergi lah time tengah hari. Mula mula ingat nak drive thru tapi punyalah panjang barisan kereta tu, so Nani pun merajinkan diri masuk dalam. Hahah! Demi nak rasa aiskrim durian, sanggup okay! Lagi pun time tu dah habis lunch hour, orang dekat dalam tu pun dah tak ramai sangat. Nani pun terus aje lah beratur lepas tu order aiskrim dengan satu set ayam. Lepas dah bayar baru Nani perasan sesuatu. Agak agak apaa? 
McFlurry Durian
Sebenarnya bila dah siap bayar baru Nani perasan yang harga McFlurry Durian ni RM7.99 satu. Ohoi! Boleh tahan jugak harga untuk satu aiskrim durian ni. Hahah! Tapi logik jugaklah sebab durian kan, takkan lah dia orang nak letak harga murah murah pulak πŸ˜† Nani pun sedapkan hati sendiri "takpe lah mahal sikit, sekali sekala nak rasa." Hahaha! 
McFlurry Durian
Pada Nani okay lah rasa dia, cuma manis sikit daripada yang McFlurry Oreo. Nak cakap sedap sangat sangat tu pun tak jugak lah. Hahah! Eh ni ikut tekak dan citarasa Nani tau. Ada jugak yang cakap memang sedap betul. Depends pada setiap orang kan. Lagi pun ikut outlet Mcd tu jugak, ada je kadang kadang yang kureng sikit rasa dia. 
McFlurry Durian
Nani lagi suka McFlurry Oreo berbanding dengan McFlurry Durian ni. Hahah! Tapi why not kalau sekali sekala nak ubah makan yang durian pulak. Cumanya sila bertabah kalau korang beratur panjang takpun dah sold out. Biasalah, bila baru baru keluar ni memang cepat betul habis. Laku keras weh, iye lah sebab lain daripada yang lain khenn. Heheh! Nani sekali hari tu je lah makan, ada tu Nani tengok sampai dua tiga kali dah. Fuhh! Korang dah try ke belum McFlurry Durian ni? 


Kekal Ramping Dengan Hotpants Keluaran Jonlivia

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tak tentang Jonlivia? Hari ni Nani kongsikan dengan semua tentang salah satu produk keluaran Jonlivia iaitu hotpants. Sejak lepas Hari Raya Aidilfitri tu memang Nani langsung tak buat aktiviti senaman. Nak berjogging pun malas. Dah kenapa Nani?! Padahal masa Raya hari tu kemain lagi macam macam yang dimakan. Hahah! Disebabkan berat badan dah mula naik, makanya harus lah gigih nak buang balik lemak lemak degil tu. Tambah pulak tak lama kita nak sambut Hari Raya Aidiladha, nanti bertambah lagi berat, memang masalah πŸ˜† Bila nak melakukan aktiviti senaman ni haruslah ada pakaian yang sesuai kan. Takkan nak pakai jeans untuk berjogging, mana jadi! So, kali ni Nani try memakai hotpants keluaran Jonlivia untuk berjogging. Selalunya pakai track suit aje, tapi kali ni nak try hotpants pulak sebab baca review ramai yang cakap hotpants ni lagi selesa berbanding track biasa! So, kali ni Nani nak share kelebihan hotpants dengan korang. 
Sejujurnya Nani tak pernah memakai hotpants sebelum ni. Selalunya Nani akan pakai palazo, track takpun seluar slack. So, bila perrtama kali pakai nak try pakai hotpants ni memang rasa teruja sangat. Lagipun sebelum sebelum Nani selalu set dalam kepala yang hotpants ni ketat dan mesti tak selesa nak pakai untuk buat aktiviti senaman. Tapi apa yang Nani fikir selama ni jauh sangat tersasar sebab hotpants Jonlivia ni selesa sangat awak. Dah lah ringan lepas tu selesa pulak, memang suka lah pakai. Lepas ni memang no more track suit untuk jogging. Hahah! Dah ada hotpants yang jauh lagi selesa, mesti lah itu yang jadi pilihan kan. 
Material yang digunakan untuk hotpants ni pun jenis yang berkualiti tinggi (85% Neoprene & 15% Nylon). Material yang berkualiti tinggi ni memang tahan lasak dan susah untuk koyak berbanding bila kita memakai seluar track biasa. Kalau korang nak tahu, hotpants ni jugak mampu mengecilkan peha dan jugak betis. Memang banyak lah kelebihan hotpants Jonlivia ni.
Kalau korang tengok, memang lah hotpants ni fit mengikut bentuk badan kita, tapi tetap jugak selesa. Langsung tak menyukarkan Nani untuk melakukan aktiviti. Paaaling best, dapat mengeluarkan peluh dengan banyak. Tapi jangan risau, sebab hotpants ni jugak mempunyai fungsi yang dapat menyerap peluh. Jadinya sepanjang kita melakukan aktiviti tu memang selesa aje. Tak ada pun rasa gatal gatal. Biasanya kalau pakai seluar yang jenis ketat ni, kadang kadang akan meninggalkan kesan seperti ruam dekat kaki. Tapi semua tu tak terjadi dengan menggunakan Jonlivia hotpants ni. 
Selain digunakan untuk waktu bersenam, hotpants ni jugak sesuai dipakai untuk bersiar siar. Sambil berjalan jalan tu boleh lah jugak kan bakar lemak dekat bahagian kaki. Hotpants Jonlivia ni datang dengan pelbagai saiz, daripada saiz xs sehingga lah saiz 4xl! Memang best sangat kan sebab semua orang boleh beli dan pakai hotpants ni hah. 
Dekat bahagian belakang hotpants ni jugak terdapat poket yang kecil. Memang mudah lah untuk kita letak barang barang peribadi seperti telefon, kunci kereta, duit dan sebagainya. Iya lah, takkan masa berjogging nak bawa beg pulak kan. Bila ada poket kecil macam ni, memang senang sangat. 
Ini antara review dan pandangan Nani tentang hotpants Jonlivia ni. Jahitan kemas dan memang susah nak jumpa hotpants yang berkualiti dan bagus macam Jonlivia. Korang pun patut jugak untuk cuba! 
Selain daripada hotpants ni, terdapat pelbagai lagi koleksi pakaian yang sesuai untuk bersukan di Jonlivia. Kalau nak tahu lebih lanjut, lepas ni boleh lah korang laju laju terjah website Jonlivia okay! Dan istimewa nya sempena Bulan Kemerdekaan ni, Jonlivia memberikan diskaun untuk setiap pelanggan yang membeli. So, kalau korang nak beli dengan harga yang jauh lebih rendah dan murah, boleh lah beli sekarang! Memang tak menyesal beli produk yang berkualiti dan bagus macam ni. Lagi pun apa salahnya melabur sikit untuk dapatkan pakaian yang lebih selesa sewaktu bersenam. Hari ni gaji kan, boleh lah terus klik klik dekat website Jonlivia. Eh? πŸ˜† Jangan lupa jugak untuk follow social media Jonliva dekat bawah ni okay! Jom dapatkan sehelai hotpants Jonlivia ni!
Website : www.jonlivia.com
Youtube : Jonlivia 
Facebook : Jonlivia
Instagram : Jonlivia 


Kenduri Kahwin

Assalamualaikum & Hello.
Kebiasaannya bila kenduri, memang tuan rumah lah yang paling sibuk sekali. Dari sebelum majlis sampai lah selesai majlis pun macam macam nak kena buat. Nani sehari sebelum kenduri memang malam tu awal lagi dah 'tumbang.' Bukan apa, badan dah tiga hari berturut turut buat kerja, so bila dah penat sangat memang satu benda pun tak jalan. Tidur aje lah jawapan dia kan πŸ˜† Esok pagi pagi pukul lima lebih macam tu dah kena kerah bangun. Hahah! Biasa lah kan, nama pun kenduri jangan mimpi nak tidur lama lama walaupun dekat kampung paling syok membuta lepas subuh tu. Dia punya sejuk tu, pasang kipas nombor satu pun nak berselimut lagi. Syok! Nani dengan dua tiga orang mak saudara pagi tu kena settle kan bahagian makanan pengantin. Kali ni tak buat banyak pun, tiga jenis lauk aje sebab lauk yang hidang dekat tetamu pun dah banyak. Masak banyak banyak pun nanti, bukan sempat pun pengantin tu nak makan semua. Hahaha! 
Siap siap dah bagi tugasan apa semua, Nani kena uruskan udang goreng siap dengan deko! Weh dah lah paaaling tak pandai bab bab deko, lepas tu nak kena buat pulak. Sudahnya Nani letak aje salad dekat keliling pinggan tu & cucuk udang pada lidi. Alah, macam yang biasa orang lain buat tu. Buat aje lah kan mana yang sempat. Tapi satu gambar pun tak sempat nak ambil sebab handphone dah campak pergi mana entah time tu. Busy sangat sampai tak banyak pun bergambar. Hahah! 
 Kenduri hari tu kita orang pasang 9 buah khemah & dapat bayangkan tak betapa ramainya undangan tu kan. Memang kejap kang berlari masuk rumah ambil goodies bag bawa keluar. Nenek Nani cakap bawa keluar sikit sikit sebab tak ada tempat nak letak. Huhi. Memang multi tasking lah senang cerita hari tu. Tambah pulak bila engko salah sorang cucu yang dah besar, hah lagi lah macam macam kena buat. Zaman berlari lari, main main tu dah tak ada okayyy! 
 Tempat bergambar untuk tetamu. Kain belakang tu lupa dah nama dia apaa. Hahah! Sepupu Nani beli dekat Instagram RM 25 kalau tak silap sehelai. Ke RM35 entah. Style kan sekarang orang guna kain macam tu as background untuk bergambar. Kerus rustic tu pun dia tempah satu set RM 130. Hahah! Gigih kan, punya lah nak meriahkan majlis. Lagi pun nanti dia nak buat servis rustic ni jugak.
 Buah ni pun sepupu Nani jugak yang ukir. Siap pergi kelas okay belajar. Weh Nani kagum gila tengok! Sebab Nani bukan jenis yang tangan berseni dan lembut nak mengukir macam ni. Dia pun dekat semalaman mengukir baru siap. Kalau Nani, menangis lah nak siapkan. Hahahah! 
 Time kenduri tu jugak nenek Nani panggil orang main gendang dan bersilat. Lama sangat dah Nani tak tengok ada benda macam ni dekat majlis perkahwinan. Faham faham aje lah kan bila orang lama ni, ofcourse dia orang nak sesuatu yang tradisi tu ada jugak buat. Iya lah, kalau tak nanti ada pulak yang tak kenal tradisi lama ni kan. 
 Barakallah paksuu & maksu. Semoga Allah limpahkan rahmat, sakinah dan mawaddah untuk perkahwinan kalian. 
Hari tu ada yang komen dekat entry sebelum ni cakap paksu Nani nampak muda. Hahah! Dah 28 tahun ni hah, tak ada lah muda sangat. Memang umur pak su ni dengan anak buah tak jauh sangat. Selang dua tiga tahun aje. Heheh. 
 Kek ni mak cik Nani yang buat. Bunga tu fresh punya, bukan plastik okay! Hahah! Ada jugak yang mak cik Nani petik bunga dekat laman rumah nenek Nani πŸ˜†
Ini pulak kek red velvet & carrot cake untuk tetamu. Sebelah tu booth air krim & roti canai. Macam macam makanan ada hari tu. Seronok tengok tetamu makan 😊 Dekat felda ni, pukul 11 pagi macam tu dia orang dah start makan. Memang awal lah. Lepas tu pukul tiga lebih macam tu dah start buka khemah. Tapi sekejap gila dia orang buat kerja sebab ramai yang tolong. Cuma tinggal pinggan mangkuk yang dah siap basuh tu aje tuan rumah kena kemas & bahagian dalam rumah kan. Ehehe. Kenduri kali ni memang terasa penat dia. Hahah! Sampai nenek Nani cakap, cucu dia yang nak kahwin lepas ni kena tunggu setahun dulu. Bagi hilang bebetul penat kenduri kali ni. Ha dengar tu awak? Eh πŸ˜† Apa pun, alhamdulillah dah selesai majlis ni. Meriah dan seronok sebab dapat kumpul with the whole family. Masa ni lah baru dapat tengok muka saudara mara yang dah lama tak berjumpa tu. 

Tradisi Rewang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang ni memang jarang jarang jumpa tempat yang ada buat tradisi rewang bila kenduri kahwin atau pun majlis tertentu. Zaman sekarang memang selalu nya orang akan ambil pakerj katering. Kan? Tapi kalau dekat kampung still lagi ada aktiviti merewang ni dan memang meriah sangat waktu tu. Rumah nenek Nani pulak dekat felda, lagi lah ramai jiran yang datang tolong. Empat hari sebelum kenduri pun dah terasa meriah, sebab dia orang dah start datang hantar barang barang yang dia orang nak sedekah & tolong kemas apa yang patut. Kita orang yang tuan rumah ni pulak sampai tak ada kerja nak buat untuk memasak tu semua. Cuma settle kan bahagian goodies bag, bunga telur macam tu aje. Seronok dapat tengok suasana macam tu, sampai kan semua jiran nenek Nani tu pun Nani panggil 'nenek' jugak. Hahahah! Iya lah, nak panggil mak cik macam tak kena pulak. So gasak lah semua ku panggil nenek πŸ˜† Sebelum majlis memang dah bahagi tugas siap siap, memang smooth aje semua. 
Nasi manis ni buat dua hari sebelum kenduri. First time seumur hidup tengok orang buat nasi manis. Daaan baru ku tahu jugak nasi manis ni ada banyak nama. Kalau belah utara, orang panggil pulut kacau kan, ada jugak sesetengah orang yang panggil wajik. Nani duduk sekejap aje dekat kawah ni pun dah tak tahan dengan asap + panas, tapi nenek tu semua steady je weh. Omg! Nani duduk kejap, tolong kacau sekali lepas tu ambil gambar & masuk rumah. Heheh. Lagi pun ramai time tu yang tolong kacau, so kita undur diri. 
Saja nak ulang tayang gambar gulai keladi hari tu. Ni pun nenek nenek tu yang masak. Senang cerita, memang semua makanan sepanjang nak kenduri dan hari kenduri semua nya air tangan jiran jiran nenek Nani. Dah lah laju gila dia orang masak. Kejap kang tengok lauk ni dah siap, lepas tu nanti eh dah hidang atas meja. Fuhh! Bila banyak tenaga kerj, memang kejap aje kan jadi. 
Sehari sebelum kenduri paaaling sibuk sebab hari tu lah dia orang datang tolong potong bawang, sediakan bahan bahan untuk kenduri esoknya. So kita orang satu family masak laksa dengan cucur udang. Kuah laksa ni malam tu lagi dah masak sebab sedap sikit bila kuah ni masak awal. Nenek Nani cakap tak ramai yang datang sekali ramai. Habis licin 10 bungkus laksa hari tu. 
Hari tu dapat lah jugak makan durian seulas sorang. Hahah! Kali ni durian dekat kampung Nani tak berapa menjadi sangat. Ini pun durian dekat rumah mak cik Nani. Dapat lah makan sikit sorang. Nak beli mahal sangat, sampai sekilo RM 15. Itu pun buah belum tentu elok. Apa pun memang kenduri kali ni, paling terasa penat dia tapi tetap lah seronok. Heheh. Maklumlah dah lama tak kenduri besar, ini pulak adik bongsu ibu Nani so tetamu tu mesti lah ramai jugak kan. Nani dah seminggu habis kenduri, baru rasa normal balik. Kah! Nasib baik ada jiran jiran nenek Nani yang tolong. Seronok bila kenduri dekat kampung ni sebab ada rewang lah. Korang amalkan lagi tradisi rewang ni? 

Memori Pajeri Nenas

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani memang spesis yang suka layan drama drama Melayu ni. Tapi bukanlah semua, ada jugak yang Nani tak tengok. Tambah pulak kalau pelakon tu biasa biasa aje, lagi lah Nani tak layan. Baru ni ingat tak nak pun layan Memori Pajeri Nanas ni sebab nak kena langgan kan. Langgan pulak bukan free, kena bayar lah (macam tak biasa dengan Astro) πŸ˜† Tapi lepas tengok promo Memori Pajeri Nanas ni terus rasa nak tengok tu kemain membuak buak. Hahaha! Barisan pelakon pun boleh tahan hebat jugak, jadi nya tak boleh tidak kena jugak tengok. Watak utama dalam cerita ni Alif Satar, Tiz Zaqyah dengan Siti Saleha. Tapi ini bukan drama cinta tiga segi ke atau pun cintak tak berbalas okay! Hahah! Ini cerita pasal kehidupan dalam sebuah rumah tangga yang ada macam macam rencah. Gituu. Daripada awal sampai habis, semua scene best. 

Sinopsis 

Mengisahkan Chef Armand (Alif Satar) begitu dikenali dengan resipi makanan hebat beliau. Sajian tradisional yang disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran-restoran terkemuka di ibu kota. Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan sehinggakan mereka berkehendakkan lebih pilihan menu dari Chef Armand. Semuanya dilihat sempurna pada diri Armand. Seorang tukang masak yang hebat, bekerjaya, muda, dikurniakan seorang isteri yang cantik dan keluarga yang berlatarbelakangkan orang baik-baik.

Namun begitu, itu adalah sekadar luaran dan tidak mencerminkan apa yang terbuku di hati Armand. Armand mula kehilangan sentuhan masakannya. Mahligai perkahwinan yang dibina antara Armand (Alif Satar) dan Kayla (Tiz Zaqyah) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing. Armand merupakan seorang Chef dan perunding makanan untuk restoran-restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala isterinya, Kayla pula merupakan seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat (agensi pengiklanan). Tuntutan tugas menjadikan kedua-dua mereka sentiasa berada di dalam keadaan tertekan sehinggakan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama. 

Keadaan dilihat menjadi semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan telefon di antara Armand dan kawan baiknya, Camelia (Siti Saleha) yang turut merupakan bekas teman wanita Armand. Kayla mulai cemburu dan hubungan mereka semakin berantakan sehinggakan beliau ingin berpisah dari Armand. Berjayakah Armand memenangi kembali hati Kayla?
Memori Pajeri Nenas
Rasa banyak sangat benda boleh belajar daripada movie ni. Macam biasa lah kan, kalau dalm rumah tangga mesti ada pasang surut apa semua. Mula mula tengok macam geram jugak lah sebab Armand (Alif Satar) dengan isteri dia Kayla (Tiz Zaqyah) asyik nak bergaduh aje hari - hari. Benda kecik pun nak gaduh sebab masing - masing busy lepas tu tak ada masa nak spent time together. For me lah kan, kalau sibuk macam mana pun kan, at least kena cari masa jugak untuk berborak dengan partner. Kalau seorang ke hulu seorang ke hilir, dah macam masing - masing buat hal sendiri pulak. Rasa nya ada aje kan kes macam ni sekarang. Huhu. Nani pernah baca dalam buku ni, ustaz tu cakap dalam rumah tangga ni, komunikasi paaaling penting sekali.

Overall Nani suka jalan cerita Memori Pajeri Nanas ni dan suka gila dengan watak Chef Armand. Dah lah ada rupa, pandai masak pulak tu. Hahah! Sepanjang movie ni asyik terliur aje tengok dia dengan Chef Camelia masak macam macam. Yang paling rare sekali rendang cendawan kalau tak silap. First time tengok Alif Satar bawa watak yang lain daripada yang lain. Tapi ok sangat dia berlakon. Tak nampak kekok pun pegang pisau, memasak tu semua. Sukaa lah tengok. Korang kalau nak tengok boleh lah langgan di Astro okay! Bayar RM 15.90 dan tengok lah sampai lebam selama 48 jam tu. Hahah. Ke korang dah tengok? 

Resepi Roti Puri Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Petang semalam rancak dia orang berborak pasal roti puri ni dalam group WhatsApp. Nani pernah lah tengok orang post gambar roti puri ni tapi tak pernah pulak terdetik nak buat. Heheh. Bukan apa, Nani ingatkan susah sangat nak buat roti puti ni hah. Sekali bila tengok bahan bahan dan cara nak buat roti puri ni, baru lah Nani tahu yang nak buat dia sangatlah simple. Dah lah sedap sebab rangup, terus rasa menyesal sebab lambat bebenor baru tahu resepi yang mudah macam ni. Memandangkan cara nak buat roti puri ni mudah, so Nani nak kongsikan dengan korang pulak hari ni. Mana lah tahu ada yang nak try pulak buat dekat rumah kan. Nak buat untuk minum pagi ke, minum petang memang sesuai sangat. Ada pulak kuah kacang dhal memang layan. Kalau malas nak buat kuah dhal, goreng sardin pun ngam jugak. Let's check it out resepi dekat bawah ni okay! 
Nani semalam kuah kacang dhal ada, kuah gulai lemak ada, sambil ikan bilis pun ada. Layaan betul makan. Lagi pun semalam birthday ibu, so kita hadiahkan ibu hidangan lain daripada yang lain sikit. First time semua orang dalam rumah ni makan roti puri. Hahah! Dah makan, suruh buat lagi nanti. Ha sudah, semua dah terkena penangan roti puri nampaknyaa πŸ˜†

Bahan bahan untuk buat roti puri ni tepung gandum dua cawan, satu sudu teh yis, satu sudu teh minyak masak dan garam secukup rasa. Masukkan semua sekali dalam satu bekas lepas tu letakkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lepas tu biarkan sekejap dalam 20 ke 30 minit. Nani letak dekat luar aje, tak payah masukkan dalam peti ais pun. Nani ada jugak baca, kalau tak nak letak yis pun boleh. Nanti boleh lah try buat yang tak letak yis pulak.

Lepas tu, ambil sedikit doh tadi dan canai nipis nipis. Kalau ikut resepi yang Nani baca tu, lepas dah canai terus goreng dalam minyak yang dah panas. Pastikan minyak tu betul betul panas, kalau tak nanti tak jadi kembung roti puri korang. Lagi satu, bila dah masukkan dalam minyak panas, kena tekankan sedikit supaya semua bahagian kena minyak.

Masa masuk dalam kuali semalam, nervous jugak takut tak kembang. Hahah! Sekali menjadi roti puri ni. Kemain seronok sangat. Cuma eloknya buat dua orang. Sorang canai doh, sorang goreng. Kalau dah pro, boleh aje buat seorang diri. Bukan apa, Nani baca resepi asal tu dia cakap lepas canai terus goreng. Jangan canai habis semua doh baru goreng nanti dia tak berapa menjadi. Mungkin lah kot kan. Korang boleh lah try pulak resepi mudah ni dekat rumah. Memang simple, bahan bahan pun semua dah ada dekat dapur tu kan. Mungkin yis aje lah kot yang nak kena beli. Heheh. Selamat mencuba! 

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....

Gulai Keladi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kejapnya rasa dah hari Jumaat pun hari ni. Nani minggu ni macam ting tong sikit. Eh yeke sikit? Hahah! Macam banyak aje. Serius lepas kenduri haritu hari hari rasa nak tidur awal sebab penat tak hilang lagi. Bukan apa, bila dah lama tak kenduri besar memang penat tu lain macam betu. Badan pun tak berapa sihat, demam & selsema. Hari ni baru rasa dah sihat sikit. Sorry tau mana yang singgah sini tapi Nani tak balas balik. InshaAllah weekend ni Nani pergi baca entry korang okay! Hari ni nak share dengan korang salah satu menu masa rewang dekat kampung hari tu. Kita orang satu family dengan jiran jiran nenek Nani sekali masak gulai keladi. Kalau dekat Pahang ni selalu aje jumpa gulai keladi ni cuma kena pandai pilih lah sebab kadang kadang ada jugak yang jenis gatal tu. Dulu pernah sekali ibu Nani masak, baru jamah dah gatal tekak. Buang saja satu periuk gulai. Huhu. 
Gulai Keladi
Hari tu buat dua jenis gulai keladi ni. Satu masak tempoyak dan satu lagi buat masak asam rebus. Merewang dekat kampung ni meriah sangat. Rasa macam kenduri dah sebab ramai sangat orang kampung datang tolong. Nanti lah kalau sempat Nani buat entry pasal rewang hari tu. Kemain banyak nak cerita, macam banyak sangat masa dia tu kan. Hahahah! 
Gulai Keladi
Nani memang selalu makan gulai keladi tempoyak ni. Campur pulak dengan ikan bilis sikit, apak sedaaaap! Ada nasi panas, ikan masin sikit fuh bertambah tambah makan. Hahah! Ada lauk lain pun tak pandang dah. Masakan kampung macam ni memang tak boleh nak tolak. 
Gulai Keladi
Nani jarang jarang makan keladi masak asam rebus ni. Dulu pernah tengok orang buat tapi tak pernah rasa. Hari tu pun tak rasa jugak, sebab gulai tempoyak tu lagi menyelerakan. Hahah! Hari tu buat gulai asam rebus ni jugak sebab ada yang tak makan tempoyak. Keladi pun ada banyak, so buatlah dua jenis gulai. Nasib baik dapat keladi yang tak gatal. Kalau tak, tak dapat bayangkan macam mana. Hahah! Dah lah nak jamu orang makan tengah hari πŸ˜† Korang pulak pernah tak makan gulai keladi macam ni? Selalu masak tempoyak ke masak asam rebus? Atau ada gulai lain lagi yang boleh buat. Jom lah kongsi sikit! 

Melting Cheese Cake

Assalamualaikum & Hello.
Kalau sebut pasal cheese cake ni memang jarang sangat jumpa yang tak sedap. Selalunya yang Nani makan semua kena dengan tekak & citarasa sendiri. Heheh. Cuma kalau selalu sangat makan boleh muak jugak sikit πŸ˜† Dulu pernah jugak berhajat nak buat cheese cake sendiri sebab tengok resepi macam mudah dan senang sangaat. Sekali dah try, baru tahu macam mana. Tak menjadi weh Nani buat cheese cake hari tu. Nangis dalam hati mengenangkan harga beli bahan bahan tu mahal gila. Hahah! Lepas daripada tu, taubat dah tak nak buat sendiri. Kalau teringin sangat, beli aje dekat kedai. Mungkin kena masuk kelas buat cheese cake dulu lah lepas ni. Lupakan pasal cheese cake tak menjadi tu, hari ni Nani nak share dengan korang pasal melting cheese cake. Nani baru tahu wujudnya melting cheese cake ni sebab minggu lepas mak cik Nani buat. Cheese cake pun dah ada macam macam jenis sekarang! 
Kalau dulu dulu orang selalu jual cheese cake yang biasa tu kan, dengan cheese yang meleleh tu peh memang sedap! Tak lama lepas tu muncul pulak Japanese cheesecake yang gebus gebas. Sekarang ni melting cheese cake pulak. Apa bezanya melting cheese cake dengan cheese cake yang lain lain? Beza dia topping melting cheese cake ni ada macam macam jenis buah. Kalau korang tengok dekat gambar bawah ni ada buah mangga, kiwi, strawberry dengan anggur. Dekat lapisan bawah sekali tu pulak ada biskut oreo yang dah dihancurkan. Sekali suap memang rasa nak lagi. Tak tipu tau korang! Sedap sangat sangaaat! Heheh. Kalau tengok dekat Instagram pun, dah ramai orang jual melting cheese cake ni. Boleh lah korang pergi check it out lepas ni okay!
Melting Cheese Cake
Hari tu mak cik Nani saja try buat & bagi kita orang rasa. Dah dapat rasa, terus nak suruh dia buatkan lagi. Hahaha! Pada Nani kalau buah kiwi tu manis, memang nice lah. Tapi kalau dapat yang masam macam tak berapa nak kick sangat rasa dia. Tak sempat pun nak minta resepi dengan mak cik Nani sebab masing masing busy dengan macam macam kerja untuk kenduri. Lepas ni lah nak tanya dia macam mana nak buat melting cheese cake. Mana tahu tiba tiba nanti datang mood rajin nak try buat sendiri pulak dekat rumah. Hahaha! Try buat aje lah, jadi atau pun tak, tu cerita kedua. Korang dah try rasa ke melting cheese cake ni? 

Milo Cube Viral

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Rasanya dah dua tiga bulan jugak orang bercakap cakap pasal Milo Cube ni kan. Nani masa mula mula Milo Cube ni ada jual, memang teringin sangat nak rasa. Tapiiii harga dia mashaAllah mahal. Bukan nak berkira sangat bab makanan ni tapi kalau sampai RM 50 satu paket orang jual, macam tak berbaloi pulak nak beli kan. Heheh. Kalau kongsi ramai ramai mungkin lah boleh jimat. Itu dulu lah masa mula mula Milo Cube ni viral dekat Malaysia. Time tu bersepah sepah orang jual dekat Instagram tapi susah nak jumpa yang harga bawah daripada RM40 macam tu. Kena pandai lah cari dekat Instagram mana yang jual dengan harga berpatutan. Sekarang ni kalau nak beli murah murah je orang jual. Baru ni mak cik Nani beli dekat Subang, baru RM 9 untuk sepaket Milo Cube ni hah. Muraaaah gilaa! Memang selalunya macam tu lah, bila mula mula keluar harga memang mahal sikit, lama lama dia akan jadi murah jugak. 
Milo Cube Viral
Kecik macam ni aje hah Milo Cube ni. Nani pun mula mula dulu ingat besar sangat sebab mostly jual harga mahal kan. Rupanyaa alahai sekali ngap aje dah selamat telan semua. Hahahah! Tak ingat ada berapa biji dalam satu paket tu. Sama ada 50 atau 100 biji, Nani pun terlupa nak tengok sebab hari tu masing masing berebut nak rasa Milo Cube ni hah. Tak silap dekat SACC Mall minggu lepas pun dia orang ada buat jualan murah untuk coklat macam Milo Cuba, Kit Kat & macam macam lagi lah. Nani pun tak sempat pergi sebab time tu dah dekat Pahang, busy buat persiapan untuk majlis kahwin. 
Milo Cube Viral
Rasa Milo Cube ni sama aje macam milo biasa tu. Cuma yang ni macam manis sikit daripada milo yang serbuk tu pada Nani. Hari tu Nani makan macam tu aje, tak bancuh dalam air pun. Dulu ada jugak Nani baca kalau nak bancuh air, kena guna air yang betul betul panas. Kalau tak, lambat pulak Milo Cuba ni nak cair. Lepas ni nak suruh mak cik Nani orderkan lagi lah sebab harga dia boleh tahan murah compare kalau beli thru online. Kalau online selalunya RM 50 untuk satu paket Milo Cube ni lepas tu tambah postage lagi. Fuhhh! Korang pulak dah pernah rasa ke Milo Cube Viral ni? 

Pulut Hijau Kuning

Assalamualaikum & Hello.
Minggu ni memang banyak cerita pasal makanan aje. Murah sangat rezeki, macam macam orang bagi. Hari tu Puding Raja Pekan, kali ni pulut hijau kuning pulak. Nama tu Nani yang letak okay!  Hahah! Pulut kuning tu memang dah biasa sangat lah kan kita makan, sekali dia bagi pulut hijau. Lain daripada yang lain sangat kan. Buka aje tupperware, tercenggang kejap tengok warna pulut tu. Kemain menyerlah sangat warna hijau. Mula mula Nani macam eh apa rasa pulut hijau ni? Sedap ke kalau makan? Lol πŸ˜† Rasa pulut tu lah jugak cumanya dia warna hijau. Sama macam pulut pulut lain. Ini memang first time Nani jumpa pulut hijau yang dimakan bersama dengan rendang. Selalu kalau pulut yang kita makan dengan rendang ni pulut biasa tu tak pun pulut kuning. Dua ni aje lah yang Nani selalu jumpa. Lain lain warna tak pernah lagi Nani tengok.  
Kawan Nani cakap dah macam pulut Kedah sebab warna hijau kuning tu. Hahah! Tahu lah tu warna negeri Kedah kan πŸ˜† Walaupun warna kemain menyerlah, tapi rasa tetap tip top. Makan pulak dengan rendang ayam kampung memang ngam sangat! Malam tu tak makan nasi dah kita orang. Makan pulut dengan rendang ni aje pun dah kenyang. 
Fefeeling macam Hari Raya sangaat! Hahah! Siap ada rendang ayam apa semua kan. Nani jarang makan rendang ayam kampung ni sebab abah tak makan so tak pernah pun ibu buat. Hari tu masa mula mula makan Nani ingatkan tu daging sebab tak rasa macam ayam pun. Pandai mak cik ni masak sebab ayam kampung tu lembut aje. Sedap! Moga murah rezeki orang yang memberi pulut dan rendang ayam ni. Seronok sangat bila dikelilingi orang yang baik dan suka memberi. Korang pernah ke jumpa pulut yang warna warni macam ni? 

Bawal Organza | Trend Tudung Terkini

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat tudung bawal dekat sini? Haa, selalunya kita pakai bawal biasa biasa aje kan, apa kata lepas ni try pakai bawal organza pulak! Eh bawal organza tu bawal yang macam mana pulak. Bawal organza ni antara bawal yang paaling senang nak iron, paaling senang nak bentuk. Dah semua senang ni siapa yang tak suka kan? Lagi lagi part yang paling senang nak bentuk tu. Percayalah, kalau tudung tak menjadi pagi tu memang satu hari engko akan rasa badmood. Kaan? Lepas tu rasa semua benda tak jadi. Hahah! Dengan adanya bawal organza ni, tak payah risau lagi dan kalau tudung tetiba tak jadi bila nak pergi kelas atau pun pergi kerja. Lepas ni memang hari hari korang mesti akan ceria bila pakai bawal organza. Dekat mana boleh beli tudung bawal organza ni? Haa korang boleh lah scroll dekat Instagram @thekasyaf.co sanaa! 
Bawal Organza
Kasyfi bawal organza ni didatangkan dengan lima pilihan warna yang dekat atas ni. Paaaling best, semua warna ni warna yang Nani suka sebab boleh match kan dengan macam macam warna baju. Material yang digunakan pun memang jenis premium dan berkualiti tinggi. Dijamin selesa aje bila pakai dan terletak elok aje dekat atas kepala tu. 
Bawal Organza
Manis sangat kan tengok model ni gayakan bawal organza. Oh ya, bawal organza ni bidang 45 tau, standard tudung tudung bawal lain jugak. So memang sesuai lah untuk semua orang pakai. Nak buat macam macam style pun boleh. Ikut suka masing masing! 
Bawal Organza
Memang confirm korang akan jatuh cinta dengan Ksyfi Bawal Organza ni. Serba serbi best. Nak hadiahkan untuk mak, adik, tunang, isteri pun boleh! Mesti dia orang makin sayang lepas dapat tudung bawal organza ni. Ehem. 
Bawal Organza
Harga sehelai bawal organza ni RM 35. Nakk lagi murah boleh mentioned nama Nani. Eh? Mana lah tahu boleh dapat diskaun kan. Hahah! Tapi serius tudung ni nampak selesa dan elok sangat. Nak bentuk pun senang, tak payah berlama lama nak betulkan tudung depan cermin. Mana yang baru nak berjinak jinak pakai tudung bawal tu pun, boleh lah beli bawal organza ni.
Bawal Organza
Dekat atas ni perbandingan Kasyfi bawal organza (KIRI) & bawal organza yang orang lain jual (KANAN). Memang Kasyfi bawal organza ni tak jarang langsung kalau korang beli melalui @thekasyaf.co 😊 Kalau beli mahal mahal tapi jarang, dah satu hal pulak nak kena pakai inner apa pulak kan. Tunggu apa lagi tu, boleh laju laju terjah Instagram dia orang takpun nak lagi cepat, WhatsApp aje dia orang okay! Confirm akan dilayan secepat mungkin. Jangan lupa jadikan Kasyfi Bawal Organza ni sebagai salah satu koleksi korang!
Instagram : @thekasyaf.co
WhatsApp : 017 980 3964


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page