Kenduri Kahwin

Assalamualaikum & Hello.
Kebiasaannya bila kenduri, memang tuan rumah lah yang paling sibuk sekali. Dari sebelum majlis sampai lah selesai majlis pun macam macam nak kena buat. Nani sehari sebelum kenduri memang malam tu awal lagi dah 'tumbang.' Bukan apa, badan dah tiga hari berturut turut buat kerja, so bila dah penat sangat memang satu benda pun tak jalan. Tidur aje lah jawapan dia kan 😆 Esok pagi pagi pukul lima lebih macam tu dah kena kerah bangun. Hahah! Biasa lah kan, nama pun kenduri jangan mimpi nak tidur lama lama walaupun dekat kampung paling syok membuta lepas subuh tu. Dia punya sejuk tu, pasang kipas nombor satu pun nak berselimut lagi. Syok! Nani dengan dua tiga orang mak saudara pagi tu kena settle kan bahagian makanan pengantin. Kali ni tak buat banyak pun, tiga jenis lauk aje sebab lauk yang hidang dekat tetamu pun dah banyak. Masak banyak banyak pun nanti, bukan sempat pun pengantin tu nak makan semua. Hahaha! 
Siap siap dah bagi tugasan apa semua, Nani kena uruskan udang goreng siap dengan deko! Weh dah lah paaaling tak pandai bab bab deko, lepas tu nak kena buat pulak. Sudahnya Nani letak aje salad dekat keliling pinggan tu & cucuk udang pada lidi. Alah, macam yang biasa orang lain buat tu. Buat aje lah kan mana yang sempat. Tapi satu gambar pun tak sempat nak ambil sebab handphone dah campak pergi mana entah time tu. Busy sangat sampai tak banyak pun bergambar. Hahah! 
 Kenduri hari tu kita orang pasang 9 buah khemah & dapat bayangkan tak betapa ramainya undangan tu kan. Memang kejap kang berlari masuk rumah ambil goodies bag bawa keluar. Nenek Nani cakap bawa keluar sikit sikit sebab tak ada tempat nak letak. Huhi. Memang multi tasking lah senang cerita hari tu. Tambah pulak bila engko salah sorang cucu yang dah besar, hah lagi lah macam macam kena buat. Zaman berlari lari, main main tu dah tak ada okayyy! 
 Tempat bergambar untuk tetamu. Kain belakang tu lupa dah nama dia apaa. Hahah! Sepupu Nani beli dekat Instagram RM 25 kalau tak silap sehelai. Ke RM35 entah. Style kan sekarang orang guna kain macam tu as background untuk bergambar. Kerus rustic tu pun dia tempah satu set RM 130. Hahah! Gigih kan, punya lah nak meriahkan majlis. Lagi pun nanti dia nak buat servis rustic ni jugak.
 Buah ni pun sepupu Nani jugak yang ukir. Siap pergi kelas okay belajar. Weh Nani kagum gila tengok! Sebab Nani bukan jenis yang tangan berseni dan lembut nak mengukir macam ni. Dia pun dekat semalaman mengukir baru siap. Kalau Nani, menangis lah nak siapkan. Hahahah! 
 Time kenduri tu jugak nenek Nani panggil orang main gendang dan bersilat. Lama sangat dah Nani tak tengok ada benda macam ni dekat majlis perkahwinan. Faham faham aje lah kan bila orang lama ni, ofcourse dia orang nak sesuatu yang tradisi tu ada jugak buat. Iya lah, kalau tak nanti ada pulak yang tak kenal tradisi lama ni kan. 
 Barakallah paksuu & maksu. Semoga Allah limpahkan rahmat, sakinah dan mawaddah untuk perkahwinan kalian. 
Hari tu ada yang komen dekat entry sebelum ni cakap paksu Nani nampak muda. Hahah! Dah 28 tahun ni hah, tak ada lah muda sangat. Memang umur pak su ni dengan anak buah tak jauh sangat. Selang dua tiga tahun aje. Heheh. 
 Kek ni mak cik Nani yang buat. Bunga tu fresh punya, bukan plastik okay! Hahah! Ada jugak yang mak cik Nani petik bunga dekat laman rumah nenek Nani 😆
Ini pulak kek red velvet & carrot cake untuk tetamu. Sebelah tu booth air krim & roti canai. Macam macam makanan ada hari tu. Seronok tengok tetamu makan 😊 Dekat felda ni, pukul 11 pagi macam tu dia orang dah start makan. Memang awal lah. Lepas tu pukul tiga lebih macam tu dah start buka khemah. Tapi sekejap gila dia orang buat kerja sebab ramai yang tolong. Cuma tinggal pinggan mangkuk yang dah siap basuh tu aje tuan rumah kena kemas & bahagian dalam rumah kan. Ehehe. Kenduri kali ni memang terasa penat dia. Hahah! Sampai nenek Nani cakap, cucu dia yang nak kahwin lepas ni kena tunggu setahun dulu. Bagi hilang bebetul penat kenduri kali ni. Ha dengar tu awak? Eh 😆 Apa pun, alhamdulillah dah selesai majlis ni. Meriah dan seronok sebab dapat kumpul with the whole family. Masa ni lah baru dapat tengok muka saudara mara yang dah lama tak berjumpa tu. 

21 comments:

  1. berkenanlah kerusi rustic tu..berapa harga lau nak order

    ReplyDelete
  2. wah...menarik la majlis macam ni..lama akak x tengok majlis yang ada macam2 program...

    ReplyDelete
  3. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi link kami
    di https://goo.gl/H1aMqm

    ReplyDelete
  4. Memang seronok macam ni Nani bila semua kita bergotong-royong buat sendiri. Walaupun penat, keseronokan tu memang tak dapat dinafikanlah. Masih ada lagi ya yang amalkan tradisi rewang ni. Kira ohsemlah keluarga Nani hampir semua sediakan sendiri.

    Mudalah lagi pakcik Nani kalau belum 30 tahun. Kalau 28 tahun dah tua, masalah tu Nani ^_^

    So next year, turn Nani ke? Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. seronok lah ramai2 gitu kan nanie, tp bila dh rewang tu penat lah sampai kadang nk mkn pun tak sempat./..

    mana gambo udang yg nani gubah tu nk tgk la jgk kan
    tahniah utk pantin baru yek

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak tunggu nani kahwin.. hihi

    ReplyDelete
  7. Meriah betul tengok majlis ni nani! btw kek tu besar and cantik ngatttt.
    Photo booth tu pun tak crowded and cantikkkkk! :)

    ReplyDelete
  8. Meriahnya! seronok bila buat rewang ni cuma satu jelah. Penatnya zup sampai ke atas. Memang penat gile. Walaupun penat, perasaan buat tu memang bermakna. Gelak tawa keluarga, masing-masing kalut dan sibuk dengan tugas, stress sama-sama, yang nie semua memang tak ternilai.

    ReplyDelete
  9. Murahnyaaa cousin kak Nani beli mende alah (lupa nama jugak haha) kain photobooth kat ig tuuu. Ig mana kak Nani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naddd! Sorry sangat, baru ada masa nak reply. Nad boleh tengok dekat Ig Tapestryad.co Haritu murah sebab promosi, sekarang ni dah jadi 45 balik sehelai. Hehehe :)

      Delete
  10. kain tu nama dia tapestry! Sekarang dah makin murah dah. Masa awal muncul dulu satu kain harga 65 tu yang malas nak beli tu. Anyway, tahniah paksu & maksu Nani. Semoga bahagia hingga ke jannah :D

    ReplyDelete
  11. Seronoknya sebab saling tolong menolong. 9 buah khemah? besar tu jemputan tetamu. Apa2 pun semoga pasangan pengantin bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  12. Paah kawin dulu pun tema rustic tapi pakai pakej la... Takde la nak buat sendiri... Kikiki...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/23/soya-bahaya-untuk-cyst-fakta-atau-mitos/

    ReplyDelete
  13. Best gi jemputan kawin ni. Selain sbb mkn free best tgk pakaian pengantin n acara yg ada dlm kenduri tu

    ReplyDelete
  14. Tuan rumah mmg bizikan kalau ada majlis ni. Sebulan pun belum tentu hilang lagi penat tu Nani...Pengantin jugak yg seronok hihi...

    Cantik pengantin dan warna baju pengantin tu Nani pepel biji kundang ek.

    ReplyDelete
  15. Mudanya mak su Nani. Untung dia Ada anak sedara Dan sedara lain Yang bertungkus lumus gitu sekali. Apapun mmg nampak meriah Dan semua seni menjadi

    ReplyDelete
  16. Bestnya bila kenduri macam ni. Ramai-ramai bergotong royong. Baru best bila dapt berkumpul mcm ni. Kdg2 masa raya pun kita tak dapat nak berkumpul semua sedara, tapi bila kenduri boleh. Hargailah ahli keluarga dan saudara mara kita semntara merekaasih hidup

    ReplyDelete
  17. Bila ada kenduri kahwin memg tidur tak cukup pu ya. Belum tambah lagi penat badan.

    ReplyDelete
  18. Wahhh Pakcu sebenornya lama dah tak ke kenduri Kahwin macam ni, dulu-dulu duk kampung tetiap minggu ada, hihihihi

    ReplyDelete
  19. Kenduri kahwin adalah kenduri besar. Memang patut kena jarak setahun gak lah before wedding seterusnya. Hehe.

    ReplyDelete
  20. wahhh. cantik baju pengantin ni. hehe berkenan xD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page