Melting Cheese Cake

Assalamualaikum & Hello.
Kalau sebut pasal cheese cake ni memang jarang sangat jumpa yang tak sedap. Selalunya yang Nani makan semua kena dengan tekak & citarasa sendiri. Heheh. Cuma kalau selalu sangat makan boleh muak jugak sikit πŸ˜† Dulu pernah jugak berhajat nak buat cheese cake sendiri sebab tengok resepi macam mudah dan senang sangaat. Sekali dah try, baru tahu macam mana. Tak menjadi weh Nani buat cheese cake hari tu. Nangis dalam hati mengenangkan harga beli bahan bahan tu mahal gila. Hahah! Lepas daripada tu, taubat dah tak nak buat sendiri. Kalau teringin sangat, beli aje dekat kedai. Mungkin kena masuk kelas buat cheese cake dulu lah lepas ni. Lupakan pasal cheese cake tak menjadi tu, hari ni Nani nak share dengan korang pasal melting cheese cake. Nani baru tahu wujudnya melting cheese cake ni sebab minggu lepas mak cik Nani buat. Cheese cake pun dah ada macam macam jenis sekarang! 
Kalau dulu dulu orang selalu jual cheese cake yang biasa tu kan, dengan cheese yang meleleh tu peh memang sedap! Tak lama lepas tu muncul pulak Japanese cheesecake yang gebus gebas. Sekarang ni melting cheese cake pulak. Apa bezanya melting cheese cake dengan cheese cake yang lain lain? Beza dia topping melting cheese cake ni ada macam macam jenis buah. Kalau korang tengok dekat gambar bawah ni ada buah mangga, kiwi, strawberry dengan anggur. Dekat lapisan bawah sekali tu pulak ada biskut oreo yang dah dihancurkan. Sekali suap memang rasa nak lagi. Tak tipu tau korang! Sedap sangat sangaaat! Heheh. Kalau tengok dekat Instagram pun, dah ramai orang jual melting cheese cake ni. Boleh lah korang pergi check it out lepas ni okay!
Melting Cheese Cake
Hari tu mak cik Nani saja try buat & bagi kita orang rasa. Dah dapat rasa, terus nak suruh dia buatkan lagi. Hahaha! Pada Nani kalau buah kiwi tu manis, memang nice lah. Tapi kalau dapat yang masam macam tak berapa nak kick sangat rasa dia. Tak sempat pun nak minta resepi dengan mak cik Nani sebab masing masing busy dengan macam macam kerja untuk kenduri. Lepas ni lah nak tanya dia macam mana nak buat melting cheese cake. Mana tahu tiba tiba nanti datang mood rajin nak try buat sendiri pulak dekat rumah. Hahaha! Try buat aje lah, jadi atau pun tak, tu cerita kedua. Korang dah try rasa ke melting cheese cake ni? 

10 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi rabu & apa khabar sis inani hazwani

    Wah nani buat kek cheese leleh ya

    Siap tabur dengan buah buahan berwarna warni

    Memang tambah semangat nak makan tu

    Cuma kalori mesti banyak

    Hehe

    ReplyDelete
  2. akak ni apa2 yg ada cheese compom sedap hehehe... lagi2 ada buah, mmg menghilangkan muak n lemak cheese tu klu boh buah2 gitu

    ReplyDelete
  3. Kita xleh orang sebut cheese trus triggered nak beli, nak try n nk buat. Hantu cheese. hehe. Cheese ni mmg sedap, buat pape resepi pakai cheese mmg smua sedap. Yummy

    ReplyDelete
  4. wuu lawa warna-warni :D

    samala kak nani, dulu saya penah buat kek pastu tak jadi, sampai sekarang merajuk taknak buat kek dah ahhaha

    ReplyDelete
  5. alahaii..akak yang tengok ni pun dah melting..

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  6. Cheese cake kena mkn skit2 supaya xmuak.. Nk senang wat cheese cake yg non bake.. Yg jenis sejukkn.. Yg tu insyallah menjadi.. Akak dlu2 slalu la wat oreo cheese cake.. Kalo cheese cake yg bakar xpernh try sbb takut xmenjadi hehe

    ReplyDelete
  7. ya allah baru je makan haritu! Sedapnya makan banyak pun tak muak. Nanti nak order lagi

    ReplyDelete
  8. Sedapnye melting cheese cake. Tapi cepat muak bagi akak la.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah rasa lagi melting cheese cake ni. Tapi confirl la sedap sbb ada cheese mcm tu. Mesti tak sedar makan banyak hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page