Hair Mist Keluaran Astraea Beauty Mampu Merawat & Mengatasi Masalah Rambut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Bila cakap pasal penjagaan diri ni, bukannya muka aje yang kita nak kena jaga tapi dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki. Selalunya ramai orang yang anggap rambut tu tak penting sangat, asal shampoo aje, okay dah settle. Pada Nani, sekurang kurangnya untuk rambut kena pakai shampoo, conditioner dan jugak serum baru lah rambut tu sihat. Cuma yang jadi masalah bila nak cari produk yang sesuai untuk kita pakai. Susah wak nak cari produk yang betul betul okay lagi lagi kalau jenis rambut yang cepat kusut bila kering. Satu lagi, kita kan bertudung so kadang kadang tu bila rambut still lagi basah & dah nak kena bersiap untuk keluar memang rambut akan cepat berbau dan kepam. Korang pun mesti ada masalah yang sama jugak kan? So hari ni Nani nak share dengan korang satu serum yang Nani sendiri dah try pakai. Berkesan okayy! Nani baru guna dalam dua minggu macam tu, nampaklah perubahan tu. Still ada lagi rambut kusut tapi tak lah macam dulu dah, memang jatuh cinta lah dengan serum keluaran Astraea Beauty ni hah. Korang pun seriously wajib try sebab memang best sangat! Tak macam serum yang Nani dah pernah try sebelum ni. 
Kelebihan Hair Mist by Astraea Beauty:
๐Ÿ’™Mengurangkan dan merawat masalah rambut bercabang
๐Ÿ’šMengurangkan masalah kulit kepala dan rambut kering
๐Ÿ’—Mengurangkan masalah rambut kusut dan kasar 
๐Ÿ’›Mengurangkan masalah rambut berbau dan kepam
๐Ÿ’œ Mengatasi masalah kulit kepala gatal
Bila Nani cakap best, maksudnya memang betul betul best dan berhasil bila pakai tu. Memang recommended untuk korang pun try jugak. Bukan senang nak jumpa produk yang best dengan harga mampu milik. Ingredients yang digunakan pun semua ada kelebihan tersendiri. Korang boleh check it out dekat bawah ni okay!
Witch Hazel
Merawat masalah rambut kering
Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala
Castor Oil
Mengatasi kulit kepala kering
Mengatasi kurap pada kulit kepala
Menghitamkan, menyuburkan dan menebalkan rambut
Membuat rambut lebih berkilau
Almond Oil 
Memelihara kesihatan kulit kepala
Mencegah rambut gugur
Memperbaiki kerosakan rambut
Membersihkan kulit kepala
Memberi kilau pada rambut
Pro Vitamin B5
Melembapkan rambut
Merawat rambut rosak
Menjadikan rambut lebih sihat
Coconut Oil
Menyihatkan kulit kepala
Merawat masalah kelemumur
Merawat masalah rambut bercabang

Ini pulak antara feedback yang dah pernah try guna hair mist ni. See, macam yang Nani cakap tadi lah, rambut pun akan jadi wangi aje bila pakai. Oh ye produk ni bukan aje untuk wanita aje tau, lelaki pun sesuai jugak untuk pakai. Boleh lah ajak suami, tunang, abang, adik semua beli and try produk ni nanti. Hiks :)

Harga : RM 25 sebotol
Harga promo : RM 15 sebotol (sehingga 30 September)
Untuk korang yang ada masalah rambut tu, boleh lah try pulak guna hair serum ni okay! Daripada beli produk yang harganya boleh tahan mahal tu, baik korang guna produk ni. Memang berkesan dan sesuai sangat dengan Nani. Belum cuba belum tahu kan, so baik korang beli sekarang sementara dia orang tengah buat promotion ni. Ajak sekali kawan kawan beli okay! Nak guna hair mist ni pun senang sangat, spray aje dekat rambut lepas dah siap mandi. Memang dah jatuh cinta betul lah dengan hair mist keluaran Astraea Beauty ni hah, korang pun confirm akan jatuh cinta jugak lepas dah try nanti. Tunggu apa lagi tu, cecepat dapatkan hair mist ni tau! Untuk pembelian korang boleh dm dia orang melalui Twitter & Instagram. Nak lagi mudah, klik aje link dekat bawah ni okay!

Resepi Inti Karipap Kentang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Fuhh lama betul hilang dari 'radar' hari ni baru ada masa sikit nak duduk menghadap blog sendiri. Ingat weekend hari tu dapat lah jugak taip satu dua entry, sekali demam dengan pakej selsema pulak. Memang tak jadi apa lah bila tak sihat ni kan, satu kerja pun tak jalan. Mungkin sebab cuaca yang tak berapa nak menentu ni, tu yang mudah sangat sakit. Nak update blog time weekdays lagi lah tak sempat. Berganda ganda kerja nak buat sampai rasa 'me time' pun tak ada. Hahah! Baru ni time tak sihat tu lah baru dapat rasa nikmat berehat yang betul. Tidur cukup, makan aje tak berapa nak cukup sebab selera hilang. Hari ni baru rasa dah recover sepenuhnya. Alhamdulillah! Badan pun ada limit dia jugak kan, pnce bila dah penat sangat tapi push jugak buat kerja itu ini, tu lah yang buat kita jatuh sakit. Korang pun jaga diri elok elok, make sure dapat rehat yang secukupnya. Wah siap buat pesanan penaja lagi kan hari ni. Hahah! Okay lah hari ni Nani nak share Resepi Inti Karipap Kentang yang dah lama gila duduk dalam draft entry ni. Hahah! Bulan lepas buat karipap, baru ni ada masa nak share resepi. Phew! Korang boleh lah simpan resepi simple ni siap siap okay!
Ini lah rupa inti karipap kentang yang Nani buat hari tu. First time jugak try buat inti kentang ni, berdebar jugaklah kita ni hah sebab takut tak jadi. Hahaha! Boleh check it out bahan bahan dekat bawah ni okay! 
Bahan - Bahan:
Bawang besar (potong dadu)
Ubi Kentang (potong dadu)
Cili Kisar (ikut suka nak letak banyak mana)
Serbuk Kari (tiga sudu makan)
Serbuk Cili (tiga sudu makan)
Daun Sup (optional) 
Cara - Caranya:
1) Panaskan minyak masak, lepas tu tumiskan bawang besar tadi sehingga layu. Nani hari tu lebihkan sikit bawang ni sebab bau dia wangi. Tapi depends pada selera korang lah, kalau tak suka bawang boleh kurangkan. 
2) Bila bawang dah layu, boleh masukkan cili kisar tadi. Tumis sampai garing sikit. Selalu dalam lima ke 10 minit macam tu cili dah garing sebab kita letak sikit aje kan. Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Nani suka bancuh dengan air siap siap sebelum masuk dalam kuali. Ada sesetengah orang dia letak aje, tak bancuh dengan air. Ikut suka masing masing okay!
3) Kemudian masukkan ubi kentang dan tambah air. Masaklah sampai kentang tu lembut. Selagi kentang tak lembut, tambah air tau! Jangan lupa masukkan garam jugak.
4) Last sekali taburkan daun sup. Kalau tak nak pun tak apa. 
Siappp! Ini lah hasil karipap inti ubi kentang yang Nani buat hari tu. Karipap ni sedap buat banyak banyak lepas tu frozen kan dia. Time nak makan, goreng aje kan senang! Korang boleh lah try buat jugak karipap ni, serius berbaloi betul bila buat sendiri. Oh ye, karipap ni nampak sama aje saiz dia sebab Nani guna acuan hari tu. Tak pandai jugak nak kelim karipap sendiri. Hahahah! Hari tu ada jugaklah try buat kelim tu sendiri, tapi tak menjadi weh. Makin buruk ada lah Nani tengok. So kalau korang pun jenis 'keras tangan' macam Nani, beli aje acuan karipap tu okay! Selamat mencuba! 

Best Bouquets And Great Flower Arrangements From A Better Florist Malaysia

Assalamualaikum & Hello.
Hi everyone! Hi everyone! One of the most common items people usually gift are flowers, therefore, it’s no wonder there’s a florist on every corner. And every one of us has a favourite florist, that they love more than the other one, and it’s all for one simple reason. Either they have more beautiful flowers, more options, gifts in their offering as well, or a crazy fast delivery. But, if you like all of these, and you’ve dreamed of finding a florist that has it all, then you have to take a look into A Better Florist. A Better Florist is the best Malaysian flower delivery and they are so different from other florists, it’s no wonder they have made a lot of top lists online. 
Whether as a Singapore flower delivery or an UAE flower delivery, ABF knows exactly how to cater to their customers in all fields. Up until A Better Florist, I never realised how all of these things matter and impact your shopping experience. A Better Florist took every single part of their service and kicked it up a notch, so that you have a florist that has it all. 
Firstly, you’ll notice that their flowers are exquisite. Although they do not have so many options, I actually don’t mind it. It makes shopping so much easier, especially if you’re indecisive like me. Everything is easy to find on their website, which is what I also love. I am the kind of person that loves online shopping above all, and when a brand has a great, fast, and simple website, I’m all about it. 
The flowers are always fresh and perky, which is also fantastic. It also helps that they have a flower delivery that comes to you on the same day, so your flowers are just as fresh and alive as they are at the store on that day. They are actually quite famous for their flower delivery, given that it’s free and it’s super fast. 
Whether it’s their KL florist, the Ipoh florist and Penang florist, or even the JB florist, they have gift options as well, such as some of the best hampers and fruit baskets in Malaysia. Although this isn’t exactly unique for a flower delivery to offer gifts, I think A Better Florist just does it better. I’ve seen a lot of people rave about their baby hampers, but I personally haven’t ordered it yet as I haven’t had the opportunity. However, it does look beautiful. 
The bottom line is, whether it’s their UAE florist, or their HK florist that has amazing HK flowers, A Better Florist is a real breath of fresh air when it comes to flower shopping. It changes the entire experience for you, and you’re finally introduced to something new and different, and it’s more than obvious. I highly recommend A Better Florist. 

San Francisco Coffee di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat kembali berkerja hari ni. Heheh. Dah habis dah 'long weekend' selama dua minggu berturut turut. Heheh. Seronok betul tengok orang lain pergi bercuti sana sini, Nani pun berjalan jugaklah tapi jalan jalan mall. Hahah! Punya lah ramai orang, rasa rimas pun ada nak cuci mata. Public holiday kan, semua tempat penuh, lagi lagi restoran dalam mall tu hah. Moral of the story, time public holiday tak payah lah berangan nak masuk mall, baik lah duduk berehat dekat rumah sampai naik bosan. Hahaha! Actually hari ni nak share dengan korang pasal San Francisco Coffee ni hah. Nani baru first time try air dekat sini, sedap jugak rupanya. Kalau tak menang giveaway Sally hari tu, rasanya sampai ke sudah lah aku tak tahu kesedapan air dekat SF Coffee ni hah. Hahaha! Thank you Sally pilih kita sebagai pemenang hari tu. Hiks :)  Lepas dah try SF Coffee ni rasa macam nak minum hari hari pun ada. Sedap sangat okay! Korang pun memang patut try! 
Hari tu Nani redeem voucher yang buy one free one, dapatlah dua cup ni hah. Minum lah sampai kenyang. Hahaha! Nani pilih Extreme Mocha & Extreme Latte hari tu and dua dua sedap. Latte dia tu memang boleh buat orang ketagih. Hahah! Nani hari tu pergi cawangan dekat Melawati Mall, rasanya banyak jugak dah oulet dia orang sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor ni. 
Harga untuk Extreme Mocha & Extreme Latte ni RM 16.50 untuk yang regular size. Ala ala Starbucks jugak lah ni, tapi lepas dah try SF Coffee ni, Nani lagi suka dia orang punya. Next time boleh lah datang minum sini lagi, tapi bukan tengah tengah bulan lah yang pasti. Hahahah! Banyak jugak menu lain yang ada dekat sini termasuklah heavy meal. Hari tu sebab baru lepas makan dekat Chicken Plus so tak order lah benda lain. Lain kali boleh lah kita try menu menu dekat SF Coffee ni pulak. Korang pernah tak try air dekat San Francisco Coffee ni? 


Aveeno Daily Moisturizing Lotion Dapat Membantu Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Mood bekerja lagi ke tu atau dah sibuk fikir nak jalan jalan mana weekend ni? Heheh. Alang alang dah sebut pasal jalan jalan ni kan, nak tahu jugak, kalau orang kalau keluar jalan jalan atau pun pergi bercuti apa benda barang yang korang tak akan tinggal? Kalau Nani, haruslah skincare & jugak lotion tangan. Dua benda ni wajib bawa sekali dalam beg, tak kira lah jalan jalan shopping mall ke atau pun pergi bercuti. Cuma kalau bab lotion ni Nani memilih sikit orangnya. Hahah! Iye lah, kita yang nak pakai kan, mesti lah memilih. Setiap kali nak beli lotion Nani akan cari lotion yang jenis tak melekit dan cepat serap. Kalau yang jenis melekit ni selalunya lepas pakai tu mesti rasa nak basuh semula sebab tak selesa. Setakat ni cuma ada beberapa jenis lotion aje yang 'serasi' dengan Nani. Cuma itu lah, bila pakai yang sama aje ni bosan jugak kan. So, kali ni Nani try pulak guna lotion keluaran Aveeno ni hah.Actually ni first time Nani nak try lotion keluaran Aveeno, baca feedback orang lain ramai jugak yang cakap best sebab lotion ni menggunakan ramuan semula jadi yang bermutu tinggi. Menarik kan? 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion.
Paling best sekali lotion ni sebab dapat membantu mengatasi masalah kulit kering dalam masa 24 jam. Bukan itu aje tau, kita jugak boleh nampak peningkatan kulit yang ketara dalam tempoh dua minggu. Nani lagi lah suka produk yang bagi kesan cepat macam ni, tambah pulak lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi, confident nak guna kan. Untuk pengetahuan korang jugak, moisturizing lotion Aveeno ni jenis yang tidak berminyak dan bebas pewangi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Nani suka lotion yang jenis picit macam ni sebab senang dan Nani rasa sebotol ni boleh tahan dua bulan macam tu tak pun lebih lagi. Heheh. Pengalaman Nani sendiri bila guna lotion Aveeno ni memang dapat rasa lah kulit jadi lebih lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi. Memang puas hati lah guna lotion ni, surely akan repurchase bila dah habis nanti. Nani kalau dah 'jatuh cinta' dengan produk macam ni memang akan beli lagi even kalau harga dia agak pricey. Tak salah pun melabur sikit duit untuk produk yang bagus macam Aveeno ni. Heheh. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Macam yang Nani cakap tadi, moisturizing lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi yang bermutu tinggi dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering, rengsa dan gatal. Produk ni jugak selamat untuk kulit bayi tau, memang berbaloi beli sebab satu family boleh guna. Korang boleh tengok dekat bawah ni tiga ramuan unik yang terdapat dalam produk Aveeno untuk memberikan sehinggan 9x kuasa anti oksida. 
๐Ÿ’œ Colloidal Oatmeal - Mengekalkan kelembapan. 
๐Ÿ’œ Avenanthramides - Melegakan dan meredakan rengsa kulit. 
๐Ÿ’œ Minyak Oat - Mengkukuhkan lapisan kelembapan semula jadi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion (RM 44.25)
Banyak kan kelebihan moisturizing lotion Aveeno ni, Nani memang recommend lah untuk korang guna jugak. Produk jenama Aveeno ni berasal dari Kanada, jadi susah sikit nak cari kalau dekat kedai atau pasaraya biasa, tapi korang boleh dapatkan di AEON Wellness, Caring Pharmacy, Guardian tak pun Watsons. Heheh. Kulit tangan dan badan pun kena jaga jugak okay, bukan muka aje so kena lah cari produk yang bagus jugak baru lah kulit lembut aje sentiasa. Jangan lupa okay dapatkan Aveeno Daily Moisturizing Lotion ni! Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh check it out laman web Aneeno dan jugak Facebook Aveeno Malaysia dekat bawah ni. Have a great long weekend again peeps! 

Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni sana sini orang share gambar cempedak goreng, memang tengah musim kan. Setiap kali tengok cempedak goreng ni mesti terliur jugak walaupun baru aje lagi makan. Hahah! Cempedak ni memang fav betul, makan hari hari pun boleh. Nani paling suka kalau dapat cempedak yang isi tu banyak dan buah pun besar besar, puas hati sangat goreng. Tapi itu lah setiap kali beli bukan boleh tengok pun dalam tu banyak mana isi nya kan, ikut rezeki lah. Selalunya kalau buah yang kecil & tak banyak mana pun isi nya Nani makan macam gitu aje. Tak berbaloi rasa nak goreng sebab sikit sangat. Hahah! Goreng cempedak sendiri jugak yang rasa puas hati makan, bila beli tu kadang kadang tepung aje yang tebal, mahal pulak tu. Nani pernah share dulu dekat pasar malam area PJ tu seringgit seulas okay cempedak yang dah siap goreng macam ni. Kemain lagi harga, baik lah beli sebiji betul buah cempedak ni lepas tu goreng dekat rumah sendiri, ye tak?
Cempedak Goreng
Ini lah rupa cempedak goreng Nani hari tu. Tengok gambar ni pun rasa nak cari lagi cempedak. Hahaha! Tapi tu lah, mana entah nak beli kalau dekat area KL ni kalau tak pergi pasar. Ibu Nani dia 'bising' bila tengok Nani hidang cempedak sekali dengan penapis minyak tu. Dia kata orang dulu dulu aje buat macam ni. Hahah! Alah, kita terpengaruh tengok orang yang masak dekat Instagram tu selalu buat macam ni bila ambil gambar. Nak jugak buat benda yang sama. Hahahah! 
Cempedak Goreng
Nani punya versi cempedak goreng ni senang sangat nak buat, guna tepung gandum, garam, pewarna kuning sikit dengan air. Campur aje semua sekali, bancuhan tu cair cair aje lepas tu goreng lah dalam minyak panas. Kalau tak nak letak pewarna kuning, guna lah serbuk kunyit tu. Kalau tak nak jugak, tak payah letak. Hahah! Banyak jugak okay versi nak buat cempedak goreng ni hah, ada yang campur tepung jagung lah apa lah, ikut suka masing masing kan. Asal menjadi cempedak goreng tu dan sedap dimakan settle lah. Cempedak goreng ni makan time petang memang layan sangat, sesuai sangat dengan cuaca sekarang yang asyik mendung & hujan tu. Perut pun kejap kejap kang lapar aje kerjanya. Hahah! Korang minat tak cempedak goreng macam ni? 

Boat Noodle di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Macam mana dengan long weekend baru ni? Nani sampai naik bosan tak tahu nak buat apa. Hahah! Banyak sangat cuti yang bersambung macam ni tak syok jugak bila tak tahu nak pergi mana. Cuti empat hari, ada sehari tu aje Nani keluar jalan jalan pergi KLCC sebab kawan ajak tengok Munafik 2. Tak tahu lah macam mana aku boleh setuju nak tengok cerita hantu ni. Hahah! Nani memang bukan jenis yang layan sangat horror movie ni, lagi lagi tengok dekat wayang kan dengan sound system dia yang boleh tahan kuat tu memang rasa 'menyesal' jugak lah sikit. Dasar penakut! So jangan lah korang tanya macam mana jalan cerita dia apa semua sebab banyak scene yang Nani tak tengok. Hahaha! Siapp tutup muka dengan tudung okay sepanjang layan movie tu, dah nak dekat hujung hujung tu baru berani sikit sebab dah tak ada scene rasuk apa semua. Kahkah. Taubat tak nak dah tengok horror movie macam ni. Bila dah keluar tengok wayang semua ni, wajib lah ada makan makan sekali. Macam biasa kalau pergi KLCC tak banyak sangat pilihan tempat makan yang sesuai untuk rakyat marhaen macam Nani ni. Hahaha! Boat Noodle aje lah yang mampu masuk. 
Boat Noodle
Roselle Tea & Blue Butterfly (RM 5.20)
 Kali ni try dia orang punya punya air yang ni pulak, selalunya pilih Green Tea tak pun Taro Milk Tea tu. Plus, hari tu Nani makan nasi, kalau minum air yang jenis ada susu ni cepat kenyang. Heheh. Not bad jugak lah rasa air yang ni, sedap! Dulu Nani pernah try Mango Smoothie Boat Noodle ni tapi biasa biasa aje rasa dia, tak ada lah wow sangat. Tapi yang ni sedap!

Boat Noodle
Kra - Pow Chicken Rice (RM 12.20)
Kawan Nani order yang ni, macam biasa lah tak pernah mengecewakan rasa dia. Heheh. Dulu Nani rasa dia orang macam ada menu nasi dengan ayam kari hijau & kari seafood (ye kot ni nama dia hahah) tapi sekarang dah tak ada pulak. Banyak jugak menu menu baru yang ada & Nani tak pernah try lagi. Next time mungkin. Hiks.

Boat Noodle
 Kaw Pad Super (RM 13.10)
First time Nani try menu Boat Noodle yang ni, nasi goreng versi Thai gitu. Ada udang dalam empat ke lima ekor dalam nasi goreng ni dengan telur mata tu. Sedap, memang mengikut citarasa Nani lah cuma nya tak pedas sangat. Heheh. Tambah lah cili flakes sendiri, memang berasap lah telinga lepas tu. Hahah! Nampak aje macam sikitnya nasi dia tapi banyak okay.

Boat Noodle
Sangkaya (RM 7.10)
All time fav dekat Boat Noodle ni. Setiap kali makan dekat sini memang wajib order Sangkaya. Dulu pernah jugak lah berangan nak buat sendiri dekat rumah Sangkaya ni, siap minta resepi dengan kawan lagi. Tapi itu lah, sampai ke sudah simpan resepi tu dalam phone aje. Hahah! Dah makan nasi, makan sangkaya lagi fuhh kenyang sampai ke petang hari tu. Kita orang ada jugak redeem ayam goreng apa entah namanya tapi terlupa nak ambil gambar. Hahah! Ayam tu sampai last sekali hari tu, terus lupa. Macam biasa lah, Boat Noodle ni tak pernah mengecewakan. Dah banyak outlets dia orang, Nani suka pergi yang dekat Avenue K ni (sebab paling dekat). Heheh. Apa menu fav korang kalau makan dekat Boat Noodle ni? 

Restoran Chicken Plus di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally, it's Friday! So, apa plan korang untuk long weekend ni? Heheh. Tak ada apa apa plan lagi? Hah kalau tak ada apa apa plan lagi, ajak lah yang tersayang pergi makan ayam goreng Korea dekat Chicken Plus. Baru ni Nani jalan jalan Melawati Mall, lepas tu ternampak ada Restoran Chicken Plus ni hah. Baru buka lagi rasanya sebab before this tak pernah nampak pun. Sebelum masuk tu, kita orang baca jugak lah feedback orang lain pasal Chicken Plus ni. Heheh. Mostly review dekat Facebook & Twitter cakap sedap & portion pun besar. So, tak payah fikir banyak banyak kali terus aje lah pilih makan dekat sini. Biasanya tempat baru macam ni excited sikit nak try. Restoran Chicken Plus ni dekat level tiga tau, betul betul sebelah Mr. Dakgalbi. Rasa macam dia orang gabung dua kedai pun iye jugak sebab pekerja dia macam sama aje. Heheh. Nani hari tu pergi lepas pukul lima macam tu, ramai jugak orang tapi service laju okay! Apa yang menarik dekat sini? Jom tengok dekat bawah! 
Chicken Plus di Melawati Mall
 Credit: Facebook Chicken Plus
Chicken Plus di Melawati Mall
 Ini lah antara menu yang ada dekat Chicken Plus ni, lebih kurang aje dengan restoran Korea yang lain. Pada Nani harga dia berbaloi lah dengan portion yang dihidangkan. Sedap pun sedap. Tapi citarasa masing - masing kan, tak tahu lah kalau korang tak minat. Heheh. Nani hari tu ambil Boneless yang regular & 12pcs Wings. Lepas dah pilih ayam boleh lah pilih flavors pulak. Pizza pun ada jugak okay, next time nak try pizza dia orang pulak. Memang nak repeat lagi sebab sedapp! 
Chicken Plus di Melawati Mall
 Bongbong (Grape) RM 5.50
First time minum air Bongbong ni, sedap jugaklah sebab masam masam manis gitu tapi tin dia kecik sangat, tak cukup. Hahaha! Nak beli dua memang tak lah cerita dia. Ada banyak lagi air lain yang all the way from Korea, korang boleh tengok dekat Instagram dia orang okay! 
Chicken Plus di Melawati Mall
Butter Rice (RM 5.00) & Steam Rice (RM4.00)
Mula mula Nani ingat butter rice dia orang yang macam Melayu punya version rupanya salah tekaan aku. Hahaha! Butter rice dia orang yang ada kicap & butter seketul tu (kiri). Oh ye, kita orang order nasi ni untuk empat orang tau. Setiap satu bekas nasi tu untuk dua orang makan. Banyak okay nasi tu sampai tak terhabis semua. Plus nasi macam ni buat kita cepat kenyang. Kalau korang jenis yang makan sikit baiklah order nasi untuk sorang makan and share berdua. 
Chicken Plus di Melawati Mall
 Nani hari tu pilih flavor Hot Shocking (kanan) dengan Yang - Nyuem (kiri) lepas tu add on Cheese Falls (RM 9.00). Selain daripada Cheese Falls, ada jugak Cheese Fondue (RM 19.00). Tapi Nani macam tak suka sangat yang ada cheese tu sebab flavor ayam tu tak berapa nak rasa sangat. Heheh. Hari tu saja add on cheese sebab nampak macam sedap aje tengok orang lain makan. Itu yang gedik jugak nak try. Hahah! 
Chicken Plus di Melawati Mall
  Hot Shocking (12pcs Wings)
Seriously recommended untuk korang try flavor yang ni. Walaupun dia cakap dekat situ spicy, tapi tak ada lah sampai terbakar lidah pun. Hahaha! Just nice gitu. Ayam pun besar jugak dekat sini, memang puas hati. Next time nak datang lagi try flavor yang lain. Flavor creamy onion dia orang pun nampak sedap. Ada yang pernah try tak? Heheh. 
Muka puas hati lepas makan ayam goreng berketul ketul. Hahah! Tempat selesaa dan luas, memang best lah makan dekat sini. Mana yang suka makan ayam goreng Korea tu wajib masukkan Chicken Plus ni dalam list korang. Tak sia sia lah pilih nak makan dekat sini hari tu. Makan dekat tempat baru macam ni, dua benda aje boleh expect, sama ada kau nak datang lagi next time atau pun masuk dalam senarai black list terus. Hahahah! Nasib baik memenuhi citarasa tekak Nani, so boleh repeat lagi lain kali. Nani tak sure dekat mana lagi ada outlet Chicken Plus ni, yang Nani tahu dekat Melawati Mall aje. Mungkin korang boleh check it out dekat Facebook dia orang. Heheh. Okay itu aje nak share dengan korang hari ni, have a great long weekend everyone!

Traveloka Sale-abration & Matta Fair 2018

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Bulan September ni banyak betul cuti, Nani ada jugak terfikir nak buat short vacay dengan kawan kawan. Bila ada cuti umum macam ni aje lah boleh bercuti ramai ramai, kalau tak susah jugak nak plan sebab masing masing busy dengan komitmen sendiri. Salah satu negara yang ada dalam wishlist Nani, Singapore! Kalau ikutkan Singapore ni tak ada lah jauh mana pun, sempadan dengan negeri Johor lagi. Kalau yang duduk dekat Johor tu memang boleh ulang alik lah Singapore - Johor, punya dekat kan. Untung sangat sangat yang duduk Johor tu, bila bila masa boleh masuk Singapore. Lagi pun Nani dah lama sangat tak pegi bercuti, mungkin dah sampai 'seru' nak jalan jalan pulak. Hadap kerja yang banyak ni memang tak akan pernah habis. Boleh lah nanti nak recommend dekat kawan kawan untuk jelajah Singapore pulak. Banyak jugak tempat yang menarik & best dekat Singapore, hasil baca pengalaman kawan kawan yang dah pernah jejak Kota Singa tu. Heheh. Kalau menjadi lah plan Nani ni, memang ada a few places yang Nani nak sangat pergi nanti dekat sana. Korang pun kalau nak jalan jalan Singapore, wajib masukkan tempat tempat dekat bawah ni dalam list korang okay!
1) Universal Studios Singapore.
Dalam banyak banyak tempat yang ni memang antara wajib pergi dan tarikan utama lah dekat Singapore. Selalu tengok kawan kawan Nani yang travel ke Singapore mesti datang sini. Paling penting nak bergambar dekat globe depan pintu masuk tu. Hahahah! Pada Nani walaupun harga nak masuk sini agak mahal tapi berbaloi lah sebab boleh explore & main banyak benda okay. Kalau dah pergi Singapore tapi tak masuk sini macam tak lengkap aje percutian ke Kota Singa tu. Heheh. Rasanya macam kena buat trip bermalam jugak lah kalau jadi ni nanti. Ye lah, paling tak pun mesti lah seharian habiskan masa dekat sini kan.
2) Merlion Park.
Ini pun antara tarikan orang ramai jugak bila ke Singapore. Dekat Merlion Park ni paling famous haruslah patung singa tu kan. Semua nak bergambar dekat situ bila ke Singapore. Hahah! Mostly orang datang sini untuk bergambar aje lah, cuma kawan Nani ada cakap tempat ni agak crowded sikit especially bila time cuti.
3) OCBC Skyway.
Nani baru aje tahu kewujudan OCBC Skyway ni sebenarnya, itu pun lepas tengok rancangan apa entah namanya dekat Astro. Serius nampak macam best pulak bergambar dekat atas tu kan walaupun sebenarnya Nani ni gayat jugak kalau tempat tinggi sangat macam ni. Hahah! Kalau tak nak naik pun tak apa jugak sebab dekat bawah tu ada macam tempat untuk kita duduk & bergambar. Waktu malam pun siap ada light show performance lagi, confirm lagi cantik.
4) Restoran Zam Zam Singapore.
Orang kata kalau dah pergi satu negara tu rugi lah kalau tak try dia orang punya local food. Walaupun makanan dekat Singapore & Malaysia ni lebih kurang aje tapi wajib juga lah cuba makanan famous dekat tempat orang. Bila lagi kan nak try murtabak yang selalu disebut sebut orang ni. Nani pulak memang jenis yang suka bab bab makan macam ni. Hahah! Lagi pun tak tahu kan bila pulak dapat jejak Singapore, so bila dah sampai wajib lah try semua benda baru lah worth percutian kita tu nanti.
Ini antara tempat yang dalam list utama Nani lah nak pergi. Tak kira apa pun yang jadi, empat tempat ni wajib singgah. Hahah! Untuk trip ni nanti, memang Nani nak naik flight lah, cepat sikit kan sampai. Heheh. Yang paling best sekali sekarang ni Traveloka ada buat Traveloka Sale-abration 2018 yang mana kita boleh dapatkan diskaun sebanyak 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Serius boleh jimat banyak dekat sini so nanti boleh shopping lebih sikit dekat Singapore. Eh? Hahah! Oh ye, diskaun ni valid bila korang buat tempahan bermula 4  September sehingga 10 September ni aje tau, tapi tarikh penerbangan tak kisah pun bila bila. Pada Nani memang boleh jimat berganda ganda sangat dengan Traveloka Sale-abration ni sebab dah macam Matta Fair punya harga okay!
Untuk hotel pun sama juga lah, boleh book dengan Traveloka alang alang dah ada diskaun tu kan, senang! Nak travel ni kena pandai pilih jugak hotel yang harga berpatutan dan murah. Korang kalau tak tahu nak cari hotel, boleh check it out aje terus dekat https://www.traveloka.com/ms-my/hotel Boleh refer situ mana hotel yang menarik dan ikut bajet kita. Tak sabar betul rasa nak jelajah Singapore dengan kawan kawan nanti. Korang yang dah pernah pergi Singapore tu boleh lah share dengan Nani mana lagi tempat yang best dekat sana, nanti kalau ada masa boleh jugak Nani pergi. Heheh. Korang pun jangan lupa check it out Traveloka Sale-abration ni, rugi sangat kalau tak grab peluang keemasan macam ni.

Cendol & Laksa

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Tengah kira lagi berapa hari nak cuti ke tu? Hahah! Maklumlah weekend ni kan panjang sikit cuti sampai hari Selasa depan. Tengok orang lain kemain lagi plan nak jalan jalan sebab cuti empat hari. Nani hari tu ingat nak stay dekat hotel dekat Shah Alam sana semalam dua tapi sebab lambat sangat book, ambik kau harga dah jadi RM 2++ semalaman. Hahah! Terus rasa menyesal betul tak book terus masa harga RM 156 hari tu. Bilik dah lah besar, boleh stay empat orang lagi. Sobs. Nanti lah tunggu bila bila free, kita buat weekend getaway. Hiks. So cuti empat hari ni kita layan movie aje lah nampaknya. Panjang pulak intro hari ni, padahal nak cerita pasal cendol dengan laksa aje pun. Hahaha! Sekarang kan cuaca panas membahang sangat, tekak pun asyik nak minum ais aje. Serius panas sangat cuaca, lagi lagi kalau pukul dua ke atas. Fuhh! Boleh sakit kepala jalan tengah panas. Bila panas macam ni memang sedap sangat layan cendol semangkuk kann. 
Cendol semangkuk macam ni baru dua ringgit awak dekat Pahang. Cendol banyak, guna santan pulak haih memang serba serbi lah sedap. Paling suka pergi gerai yang jenis tak berkira dengan pelanggan macam ni. Ada tu kadang kadang kalau beli cendol, alahai macam nak tak nak aje letak isi cendol tu. Lepas tu harga kemain lagi dia letak. Hahah. Nani jenis berkira sikit kalau bab makan ni, kalau mahal sedap I don't mind tapi kalau mahal lepas tu rasa biasa biasa, geram jugak lah kita ni hah. 
Dapat cendol dengan laksa semangkuk memang ngam sangat. Terus kenyang sampai malam. Hahaha! Laksa tu tiga ringgit aje, portion kemain lagi banyak okay. Laksa pun sedap sebab isi ikan banyak. Puas hati betul makan macam ni. 
Ada jugak order bihun sup daging hari tu, pun sedap jugak. Next time balik Pahang tahu lah dah nak cari dekat mana minum petang. Heheh. Betul lah orang cakap kadang kadang gerai yang biasa biasa bawah pokok tu lagi sedap daripada restoran mahal mahal. Memang betul sangat lah tu, patut lah ramai orang makan dekat sini. Sedap rupanya, portion pun tak kedekut langsung. Puas hati lah kita, dah lah murah kemain. Dekat Gombak ni mimpi lah nak jumpa yang macam ni. Hahah! Musim panas ni memang syok layan cendol dengan laksa macam ni kan? 

Koleksi Clutch Simple & Cantik di BAGINNING

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang kaki shopping tak dekat sini? Macam tak percaya aje kalau ada yang tak minat shopping lagi lagi kalau perempuan. Eh? Kalau tanya Nani apa yang Nani selalu beli online ni semestinya kasut tak pun handbag. Beli online lagi mudah dan jimat masa kan, tak payah nak bersesak sesak dengan orang lain dekat kedai. Heheh. Hari ni Nani nak ajak korang cuci mata dekat website BAGINNING (https://baginning.com/). Nani pun sebenarnya baru aje lagi tahu pasal BAGINNING ni hah. Seriously masa mula mula masuk website dia orang terus rasa rambang mata sebab macam macam jenis koleksi bag yang ada. Semua nampak cantik pulak tu. Dah nama pun perempuan kan, handbags memang tak boleh berpisah, wajib ada dan dibawa ke mana mana! Gittew! Selain daripada koleksi handbags, dia orang ada jugak koleksi purse, backpack dan macam macam lagi lah. Lepas ni korang boleh terjah website BAGINNING ni okay. Mana lah tahu ada yang tengah nak cari handbag baru ke atau pun nak beli kan untuk yang tersayang. 
 Kalau korang pun jenis yang suka buat koleksi handbags semua ni memang wajib terjah website BAGINNING. Selain daripada koleksi bag dia orang yang simple dan cantik, ada jugak koleksi yang kita jarang jumpa dekat Malaysia ni. Nani ni pun dah dua tiga terjah website dia orang sebab nak cuci mata. Hahahah! Cantik cantik wak koleksi dia orang, memang berkenan kita tengok. Tunggu lah masuk aje nanti duit gaji nak beli satu dua beg dekat sini. Heheh. 
 Tengok lah material bag pun dah ada berjenis jenis belum tengok lagi koleksi yang ada, mahunya tak rambang mata dekat situ. Hahaha! Antara material bag yang dia orang ada ialah denim bag, leather bag, canvas bag dan macam macam lagi. Tapi kali ni Nani bukan nak beli handbag sebab handbag dah banyak sangat sampai tak terpakai semua. Eheh. Kali ni nak Nani cari clutch pulak. Dah lama sebenarnya nak beli sebab tengok orang lain pakai macam cantik aje, kita pun nak jugaklah ada satu.
 Cantik cantik kan koleksi dia orang ni, warna pun ada banyak pilihan. Kalau korang tak tahu nak pilih warna apa nak beli, jangan risau sebab korang boleh pilih bag based on ocassion korang. Senang lah sikit kan kita nak pilih, tak ada lah nanti pakai bag yang salah pergi mana mana event. Heheh. Nani dah jumpa satu clutch yang paling Nani berkenan. Rasa memang nak beli lah sebab cantik, kualiti pun nampak tip top. Nak tengok ke? 
 Ini lah yang paling Nani suka tu. Simple tapi nice sangat. Warna pun soft aje, alang alang tak pernah ada lagi koleksi warna pink boleh lah kita purchase yang ni. Heheh. Macam yang Nani cakap tadi, dekat sini ada macam macam warna, korang boleh pilih yang mana satu korang minat. Heheh. Warna yang paling hot selling atau pun yang paling orang minat haruslah warna Gold dan jugak Merah. Korang boleh klik link ni (https://baginning.com/c/clutch/) kalau nak tengok koleksi cluth dia orang okay! 
 Ini pun nampak cantik ya amat, siap ada rose lagi hah. Memang jatuh cinta betul tengok koleksi cluth BAGINNING ni. Kalau lah Nani ni ada banyak duit, memang nak aje purchase banyak banyak koleksi dia orang. Hahaha! Tak apa lah, kita menabung sikit sikit lepas ni kita beli kan. Tak nak warna merah, banyak lagi warna lain korang boleh pilih. Heheh. Tapi Nani suka yang merah ni sebab nampak menyerlah gitu. Nak lagi senang, korang klik lah (https://baginning.com/c/clutch/l/red/) boleh cuci mata terus. Hiks. 
Selain daripadaa warna Merah tadi, clutch warna Gold (https://baginning.com/c/clutch/l/gold/) ni pun antara yang paling jadi tumpuan orang. Ini pun cantik jugak, simple tapi nampak 'mewah' gitu. Senang cakap memang semua koleksi dekat website BAGINNING ni cantik cantik lah semua. Sesuai sangat kalau nak beli untuk diri sendiri, self reward gitu kan. Nak hadiah untuk emak, kakak, isteri ke tunang ke lagi lah berganda ganda sesuai. Mahu senyum sampai ke telinga dia orang kalau dapat clutch cantik macam ni. Heheh. Korang jangan risau pulak nak beli, even dia orang based dekat luar negara, tapi tetap jugak ada penghantaran seluruh Malaysia cuma ambil masa lama sikit lah nak sampai. Biasa lah kan kalau barang dari luar negara. Tapi kalau cantik macam ni, Nani sanggup aje tunggu.  Heheh. Okay lah, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut boleh check it out melalui website dan jugak social media BAGINNING. 
Email: support@baginning.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page