Lepak di Nando's KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Khamis lepas kononnya keluar sebab nak jalan jalan dekat Kinokuniya aje. Sudahnya Kinokuniya tak masuk pun, tapi sibuk pergi Cold Storage, Innisfree dan tengok wayang. Hahah! Orang lain dah lama tengok Bad Genius, Nani baru aje tengok minggu lepas. Boleh tahan lah cerita dia tapi Nani macam geram jugak lah dengan watak budak budak yang genius dalam movie ni. Sebab duit, dia orang gunakan kepandaian yang dia orang ada dengan cara yang salah. Boleh pulak dia bagi kawan kawan dia yang tak berapa pandai tu jawapan time exam. Hei lah perangai. Hahah! Tapi worth lah tengok, sebab tak terfikir pun dia orang nak meniru dengan cara yang macam tu. Korang yang tak tengok lagi, boleh lah cecepat terjah wayang yang berdekatan. Tak banyak dah tanyangan sekarang ni. Heheh. Keluar dah dekat pukul tiga petang macam tu, ingatkan dah tak ramai orang sekali sesak. Nak makan pun, banyak tempat yang full house, so masuk lah Nando's. 
Air order satu aje sebab boleh refill banyak banyak kali. Hahah! Tak ada lah, sebab makanan dah mahal, dia orang ni nak minum air mineral aje 😆 Nani memang jarang sangat makan dekat Nando's ni, sekali sekala boleh lah bila ada rezeki lebih lebih sikit tu kan. Heheh. Time tu Nando's aje tak ramai orang, kita orang pulak nak kejar waktu sebab nak tengok wayang pulak pukul lima. Malas nak cari tempat makan lain, makan aje lah dekat Nando's. Nasib baik servis lajuuu! I like 😊

Semua order yang 1/4 chicken dengan dua side dish (RM 20.90). Nani haritu nak coleslow tapi dah habis, tu yang ambil fries dengan garlic bread. Kenyang sangat okay makan satu plate penuh macam ni. Fries tu siap tapau lagi bawa balik. Hahah! Tak elok membazir okay, dah lah mahal. Kahkah! Jadi mana yang tak habis tu, baiklah bawak balik kaan.

Side dish tu boleh lah pilih mana satu yang kita nak. Kalau lapar sangat boleh lah pilih nasi macam yang kawan Nani ni. Dia cakap nasi tu macam nasi kunyit. Hahah! Apebenda lah 😆 Semua lah sedap dekat Nando's ni, ayam tu memang fav. Yang bestnya dekat cawangan KLCC ni, staff dia orang punya layanan pun baik sangat & very friendly okay. Siap tanya sedap ke tidak, puas hati ke tidak. Dekat tempat lain tak ada okay macam ni. Hahah! Biasalah, KLCC kan mesti dia orang nak jaga servis dia orang. Korang suka tak makan dekat Nando's ni? 

12 comments:

  1. Wow! Nando's .. Mummy tak pernah makan kat Nando's tau.. Sobsss...

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik..bila2 boleh pi cuba ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. mek makn jugak nandos. tp bile memang mengidam giler. if tak mengidam memang tak masuk lerr sbb pricey ! hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Bestnya nandos...sekarang nandos banyak betul cawangan tak yah pi tempat mall besar kan nani...

    ReplyDelete
  5. Nandos ni kalo org xpernh mkn pastu tuang sos pelbagai tu, if xkena Ngan tekak sure xpi mkn dh hehe.. Akak lama juga xmkn Nandos.. Tula mahal kena order air yg leh refill hehe

    ReplyDelete
  6. suke je tp tak blh selalu2 nani, kang kering poket hehehe... akak lg pilih nandos dr kenny rogers sbb ayam nandos lg beso, side dish dia punya banyak ....

    gaji ni nk pg nandos la hehehehe

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan Nando's dekat Malaysia lagi tapi Nando's dekat Canada ni macam tak berapa sedap sangat. Haha.

    ReplyDelete
  8. Belum pernah makan kat Nando's

    ReplyDelete
  9. Ya Allah lamanya tak makan Nando's...

    ReplyDelete
  10. Nando's KLCC tak pernah pergi, asal lalu je mesti penuh. ;(

    ReplyDelete
  11. Nando's sedap. Sesekali boleh lah makan. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya. Lama rasanya tak melantak kat sini. Fav! Suka rasa ayamnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page