Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sabtu lepas Nani berpeluang ke Legoland Malaysia sempena meraikan 5th Brickversary Celebration. Pertama kali sampai Johor Bahru dan pertami kali jugak jejakkan kaki ke Legoland. Memang teruja dia tu lain macam betul. Hahah! Dah lama pasang impian nak ke Legoland ni, dari zaman mula mula bukak tu lagi. Masuk tahun kelima baru dapat pergi. Awal pagi lagi dah ambik Uber dari Skudai ke Legoland ni hah. Time tu cuaca memang panas elok, masuk aje kawasan Nusajaya tu hujan mencurah curah ke bumi. Nervous lah jugak dah, sebab kalau hujan berterusan memang habislah semua plan Nani. Hahah! Game pun tak banyak boleh main bila hujan ni. Tapi alhamdulillah lepas tu cerah balik cuasa, panas sampai ke petang okay. Muka pun habis burn teruk. Walaupun dah pakai sunblock yang 50 SPF, tetap tak jalaaan! Hahahah! Takpe lah, sekali sekala muka burn. Eh? 😆
Untuk pengetahuan korang, 5th Brickversary ni berlangsung sejak dari bulan Ogos sampai lah 30 September ni. Macam macam aktiviti ada sepanjang 5th Brickversary Celebration ni hah. Nani haritu sampai tak termain semua. Hahah! Jom tengok apa yang menarik dekat theme park Legoland ni.
Wajib lah bergambar kenang kenangan dekat sini. Heheh. Time Nani pergi tu ramai jugak lah orang tapi tak ada lah crowded sangat. Nak main game pun, tak lama sangat kena tunggu. Sebab cuti weekend aje kan, kalau time cuti sekolah mungkin ramai lah.
Sepanjang 5th Brickversary Celebration ni, tiap kali korang masuk ke Legoland korang akan dapat kad gores dan menang. Banyak mana kita beli tiket, banyak tu jugaklah dapat kad gores dang menang ni hah. Kalau bertuah boleh lah dapat tiket percutian ke Legoland Japan. Sayangnya Nani tak bertuah hari tu, tapi dapatlah jugak hadiah lain. Pun boleh lah kan.
Masuk theme park ni wajib bawa peta ni tau sebab sangat sangat membantu. Theme park Legoland ni pulak besar dan luas sangat, so bila ada peta senang nak tengok mana tempat yang dah terjah , mana tempat yang belum terjah. Sekali sekala aje kan datang sini, haruslah tawaf satu theme park dan main sampai puas hati. Heheh. Nani haritu ingat nak masuk water park dulu tapi termasuk theme park pulak dulu. Boleh je nak masuk mana dulu, asalkan pandai pandai korang adjust masa nanti.
1) LEGO Star Wars Miniland
LEGO Star Wars Miniland ni tempat pertama yang Nani tuju. Masuk aje ke dalam ni, kita akan dapat tengok tayangan pendek Star Wars. Kemudian, boleh lah jalan jalan dalam tu tengok pameran Star Wars daripada animasi filem Star Wars ni sendiri. Banyaak sangat pameran, Nani pun ada jugaklah skip satu dua pameran ni. Hehehe.
Tapi pameran ni bukanlah biasa biasa aje okay, siap ada sound effect dan lighting yang colourful lagi. Memang best sangaat!
Kalau korang memang peminat Star Wars dan follow filem ni, wajib masuk sini dan tengok semua pameran yang ada. Semua replika ni dibina dengan menggunakan LEGO tau! Kagum sangat tengok, dah lah siap boleh bergerak gerak lagi.
2) LEGO Kingdoms
Kawan kawan Nani lah ajak masuk sini sebab nak main roller coaster. Dekat Lego Kingdoms ni ada dua jenis roller coaster tau dan wajib lah naik dua dua ni. Heheh. Percayalah, haritu first time Nani main roller coaster, rasa nak terkeluar jantung. Kahkah! Seraaam ya rabbi. Rasa macam nak jatuh ke bawah pun hado.
Mula mula naik memang acah acah je lah berani. Hahah! Bila turun tu rasa pening kejap kepala. Lepas tu dia orang ajak lagi naik yang kedua pulak. Nasib yang tu tak lama sangat. Hahah! Tobat lepas ni Nani tak nak dah naik roller coaster. Hahahha!
Fefeeling nak jadi raja ke tu? Hahah! Dekat dalam theme park Legoland ni banyak sangat tempat nak bergambar sampai rasa setiap sudut nak ambil gambar. Ada aje photographer sekitar theme park ni tapi boleh tahan jugaklah kalau nak beli. Heheh. Nani tak ingat pulak berapa harga untuk sekeping gambar yang dia orang ambil. Time naik roller coaster pun ada jugak orang ambil gambar kita.
Ini lah keseluruhan The Kingdoms. Ada castle, ada stall orang jual makanan ringan dan macam macam lagi lah. Mostly orang masuk sini sebab nak main roller coaster lah.
3) IMAGINATION
Dekat sini banyak jugak games yang sesuai untuk kanak kanak. Kita orang berempat masuk sebab nak naik Observation Tower. Punya lah tak sabar sabar nak tengok keseluruhan Legoland ni macam mana. Hahah!
Serius weh memang besar dan penat berjalan. Hahah! Lagi pulak time tu cuaca panas kemain. Masa naik menara ni, mula mula tu okay lah lagi tiba tiba bila dah makin tinggi gayat pulak. Hahah! Sejak bila entah macam takut sikit dengan tempat tinggi macam ni. Tapi best lah sebab dapat tengok keseluruhan Legoland. So time ni lah nak tengok tempat mana yang kita belum pergi lagi. Sekali sekala kan datang, wajib terjah semua tempat dan main sampai puas hati. Heheh. Nani sarankan kalau nak pergi, baik korang pergi time weekdays, memang tak crowded sangat. Sampai sini dulu okay, nanti Nani sambung lagi. Gambar ada berjuta dalam DSLR, tak sempat nak transfer semua lagi.
Entry Legoland :
tudia...gambar berjuta tuh..fuh memang enjoy sungguh la nani...Cik sue bercita2 nak bawa anak2 ke sini. Mudah-mudahan ada rezeki ke sini. Blog Nani akan cik sue jadikan panduan nanti :)
ReplyDeleteHahah! Memang ciksu, setiap sudut rasa nak bergambar 😂 InshaAllah ada rezeki tu nanti. Bawa anak anak memang syok, banyak game diorang boleh main.
DeleteBila lah daku nak bawak anak2 ni ke Legoland. Berangan dari dulu lagi...haishhh...
ReplyDeleteTakpe kak Nany, angan angan nanti jadi kenyataan. Nani ni pun dah tahun kelima baru dapat jejak kaki ke Legoland 😂
DeleteBestnya.. teringin juga nak pergi ;)
ReplyDeleteBest sangaat Fareed. Hahah! Macam taknak balik pun iye jugak 😂
DeleteMemang syok jalan-jalan Legoland. Saya 2 kali dah sampai... tapi yang dry je la... water park belum pegi lagi... kena tunggu next trip.. heheh
ReplyDeleteWahh bestnyaa dah dua kali pergi. Nani haritu terus masuk dua dua sekali. Balik habis burn muka! Hahah!
Deletebest npmknya
ReplyDeleteBest wakk sampai rasa tak nak balik. Hahah!
DeleteMenariknya.. One day akan sampai juga..
ReplyDeleteInshaAllah ada rezeki tu nanti.
DeleteBestnya dapat pergi Legoland. Ena ni tak jejak lagi kaki kat sini. Hope one day ada rezeki bercuti kat sini
ReplyDeleteBest Enaa! Next time nak try menginap hotel dia pulak. Heheh.
DeleteMujur banyak gambar, boleh dapat pelbagai gambaran dalam legoland ni. Terima kasih ya
ReplyDeleteHahah! Itu pun banyak jugak yang tak terambil. Moga bermanfaat!
DeleteSampai juga akhirnya Nani. Kiranya ini kali pertama Nani ke Johorlah, negeri tumpah darahku? Hehehe...
ReplyDeleteAkak dah pernah sampai ke Legoland ni masa baru dibuka. Masa tu pun Adik Cute baru 2 tahun. Memanglah dia tak ingat apa-apa. Time tu akak dok pusing bawa dia naik stroller aje while abang n daddynya pergi main-main. Dah lama dia 'tazkirah' ajak ke sini sebab 'belum pernah pergi' katanya tapi akak ni bila balik kampung nak terlajak ke JB tu memang malas betul. Lagi pun hujung minggu tempat ni penuh ajekan.
Dulu pernah pergi sekali tapi Muar aje lah. Hahah! Lama sangat dah tu kak, patutlah bersungguh dia orang ajak pergi lagi. Heheh.
DeleteKalau weekend macam Nani pergi hari tu, tak crowded sangat kak. Okay lah, nak main pun tak ada lah beratur panjang gila gila. Hahah! Better pergi weekend berbanding cuti sekolah. Tapi kalau nak lagi syok, weekdays lah confirm lapang aje tempat ni.
Siqah takut naik roller coaster jugak!! Tapi nak tengok view macam gambar Nani snap ni. So rasa kena naik jugak lah roller coaster ek? :D
ReplyDeleteBestnya ambil gambar pakai DSLR. Patut gambar cantik :)
Hahah! Tobat Nani takmo dah naik roller coaster. Hilang suara dok mnjerit dekat atas tu. Eh ni gambar ambil time naik Observation Tower. Kalau main roller coaster, dia orang tak bagi kita pegang camera apa semua. Huhu. Harapkan gambar photographer dia orang jelah tu pun mahal kemain. Hahah!
DeleteSis tak pernah sampai lagi ke Legoland..
ReplyDeleteTengok post Inani terasa best..
Kena kumpul duit dan kumpul cuti baru syok jalan-jalan kann.. hihihi
Heheh. Ada lah tu nanti rezeki ke Legoland inshaAllah :)
DeleteTu lah nak jalan jalan ni kena ada duit baru syok. Selalunya banyak habis duit untuk makan aje lah :)
puas kan main macam-macam..saya rasa tak puas masuk haritu..
ReplyDeleteJanji Kita
Memangg best. Tu lah, rasa nak pergi lagi. Heheh :)
Delete