Pengalaman Ke Legoland Water Park

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kali ni nak kongsikan pengalaman Nani ke Legoland Water Park pulak. Mana yang terlepas baca entry Legoland Theme Park, boleh klik dekat SINI dengan SINI okay! Actually, plan asal Nani nak masuk water park ni pagi, tapi kita orang tersalah masuk entrance. Kah! Termasuk entrance theme pak, so terpaksa lah ubah plan asal. Heheh. So korang nanti kalau nak pergi tengok elok elok okay, entrance yang mana. Nani masuk water park ni dalam pukul dua petang kalau tak silap. Walaupun cuaca nampk macam mendung tapi terasa jugaklah bahang panas tu. Waktu operasi water park ni bermula pukul 10 pagi sehingga lah pukul enam petang. Main lah air sampai puas dekat dalam tu. Hahah! Nak sewa cabana pun boleh, dalam RM 300 untuk sehari. Kalau half day dalam RM 240. Nani tak sewa pun, sebab bukan nya duduk pun dalam tu. Masuk situ sah lah nak main air apa semua. Hahah! Lagi pun harga boleh tahan jugak untuk sebuah cabana tu. Phew!
Legoland Water Park

Legoland Water Park
Muka takzabaar nak main air tengah panas. Eh? Hahah! Masuk aje dalam tu kita orang rent locker dulu sebab risau jugak kalau nak letak dekat luar. Mana lah tahu kan tiba tiba hilang ke kan. Harga sewa locker dekat Legoland ni RM 40 untuk locker besar dan RM 20 untuk locker yang kecil. Nani ambil yang besar terus sebab senang. Tapi locker besar dekat water park ni Nani saiz dia kecil sikit daripada yang dekat Theme Park. Oh ye, rent locker dekat sini guna mesin tau so please sediakan duit cukup cukup dulu sebelum guna mesin tu sebab kalau lambat masukkan duit, mesin tu telan duit kita. Huhu. Nani terkena hari tu sebab masuk duit lambat. Seploh hengget dia telan. 
Legoland Water Park
Macam ni lah cuaca time kita orang dekat water park hari tu. Masa main air punya lah seronok, hah lepas tu masing masing muka burn teruk. 
Legoland Water Park
PKita orang banyak habiskan masa dekat Wave pool ni aje hari tu. Hahah! Nak main air dekat kawasan yang budak budak tu pun boleeh. Air dia pun tak dalam sangat dekat sini, sama aje parasnya sampai lah dekat kawasan hujung tu. 
Legoland Water Park
Menggedik nak guna life jacket jugak. Hahah! Dekat dalam ni, tak payah sewa pun semua ni sebab dah termasuk sekali dengan harga tiket. Nak main, ambil aje semua ni. Heheh. Cuma kalau time tu ramai orang kena tabah sikitlah nak tunggu turn dapat pelampung apa semua. 
Legoland Water Park

Legoland Water Park

Legoland Water Park
Dekat sini ada banyak jugak slides yang boleh main. Kalau pelampung pulak kena bawa sendiri lah dari bawah naik ke atas. Mengah wehh, naik tangga kemain tinggi. Hahah! Ada satu aje slide yang pelampung dia orang dah provide siap siap dekat atas ni. Lain lain angkut sendiri. Kita orang main lima kali je kot, lepas tu dah surrender. Hahaha! Kalau yang gelongsor biasa pulak, kena pakai swimming suit baru boleh main. Kalau pakai tshirt biasa macam kita orang hari tu, dia tak bagi main sebab takut tersekat dekat tengah tengah gelongsor tu. Lol 😆
Tak banyak sangat gambar time main slides sebab tak boleh record langsung. Even bawak gopro pun dia suruh tinggal dulu dekat atas. Huhu. Kalau ambil dekat bawah macam ni boleh lah. Walaupun tengah panas, gigih jugak main air okay! Changing room dekat sini pun bersih dan selesa sangat. Siap ada shower, sabun apa semua. 
Legoland Water Park
Wajibbb bergambar dekat sini sebelum balik. Hahah! 
Legoland Water Park
Thank you so much Legoland Malaysia for having us! Seronok betul dapat main macam macam. Itu pun dia orang cakap tak puas lagi main. Amboi, dah seharian pun tak puas lagi. Kemain sangat tau! Nani haritu memang tepat tepat pukul 10 pagi terus masuk sampai lah pukul enam petang beru keluar. Tercapai jugak hasrat nak pergi Legoland akhirnyaaa. Kalau tak silap tahun depan, ada tarikan terbaru lagi dekat Legoland. Boleh lah kalau korang plan nak pergi sana. Heheh. Memang best & seronok okay! Rasaa nak repeat lagi. Eh?

Entry Legoland :


24 comments:

  1. Replies
    1. Seronokk. Lepas tu balik rasa nak tidur terus. Hahaha!

      Delete
  2. Seronok juga ye main air..

    Kalau bawak budak tak bahaya sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergandaa seronok. Hahah! Tak sangat pun, ada jugak kawasan untu budak budak sama :)

      Delete
  3. puaihhh hati nau tu. hehe. tgu amani and amzar besar skit nk pegi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Syokk mek sampai tak nak balik rasa.

      Delete
  4. Ada banyak slide, seronoknya boleh main sambil mandi. Haih, mak budak pun teruja nak p mandi nanti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang ciksu, bukan bebudak je teruja :D

      Delete
  5. Bestnya tengok nani berendam. Kalau miza bawak anak-anak ne sure dorang teruja

    ReplyDelete
  6. It's been forever since I went to a water park. Kena cuba juga ni :D

    ReplyDelete
  7. Cantiknya.. Guna kamera apa ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni guna dslr dengan gopro Farid. Heheh :)

      Delete
  8. Okay tertarik tengok waterpark tu..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Cecepat buat plan ke sana 😁

      Delete
  9. syok nyer, Nani.
    geram nak gi tau.
    just nak tunggu ijat besar and tinggi skit lagi.
    baru ler berbaloi ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah elok macam tu. Sebab ada certain permainan yang kena ada ketinggian cukup baru boleh main.

      Delete
  10. Bestnye. Bila lah nak dpt masuk Legoland ni. Tgk semua pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Cuti sekolah tak lama lagi ni kak Ana. Boleh lah pergi 😊

      Delete
  11. Menarik waterpark tu. Tak pernah pergi lagi.. mmg lepas ni nak pergi juga lah hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua menarik dekat Legoland ni KK. Memang have fun sangat tau!

      Delete
  12. Waahh seronoknya Di waterpark

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page