Resepi Popia Carbonara Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kali ni nak share pulak Resepi Popia Carbonara yang paling mudah & sedap. Heheh. Resepi orang bujang kan, haruslah yang mudah mudah aje semuanya. Actually dah banyak kali buat popia ni, tapi baru ada masa nak share resepi ni dengan korang. Buat sendiri jugaklah yang paling berbaloi. Hari tu Nani pernah beli tapi tu lah, isi dalam tu sikit aje, dah tu berminyak sangat okay. Memang turn off lah nak makan. Mahal pun iye jugak, sejak daripada tu memang tak pernah beli lah. Asal teringin nak makan aje buat sendiri lepas tu simpan dalam peti ais. Bila lapar, tinggal goreng aje. Memang senang kerja. Tapi jangan lah pulak simpan popia tu sampai dua tiga minggu, nanti kang basi lah pulak. Hahahah! Biasa lah, kalau yang versi homemade ni paling lama pun 5 - 6 hari macam tu aje boleh simpan. So untuk korang yang nak try buat popia carbonara ni, boleh try resepi dekat bawah ni okay!
Dekat atas ni semua bahan bahan yang 'wajib' lah ada pada Nani untuk buat popia carbonara ni. Tapi kalau korang sejenis yang tak makan sayur tu, tak payah lah letak carrot tu okay. Nani just guna bawang holland potong dadu, carrot pun potong dadu jugak, sosej, sos carbora jenama Prego dan jugak serbuk lada hitam. Memang tak letak garam langsung sebab sos Prego tu dah cukup rasa. Carrot tu Nani guna sebatang betul baru sedap. Tapi depends on citarasa masing masing okay. 
Nani kalau sos carbonara memang selalunya guna jenama Prego ni lah, kalau jenama lain Nani tak sure kena tambah garam ke tidak sebab tak pernah try. Nanti kalau korang masak lepas tu tak berapa nak 'kick' rasa tu tambah lah garam okay, tapi pada Nani kalau guna yang Prego ni memang dah secukup rasa sangat. Sos ni pun agak pekat, so tambah air sikit okay. Agak agaklah, jangan banyak sangat kang cair pulak. Hahaha! 
Mudah aje cara nak buat popia carbonara ni, first sekali korang tumis bawang holland tadi sampai kekuning kuningan. Kemudian masukkan sos prego & sedikit air. Kacau sampai sebati lepas tu masukkan carrot dan serbuk lada hitam. Nani masukkan sosej last sekali sebab sosej ni tak ambil masa yang lama sangat nak masak. Plus, sosej tu pun kita dah potong nipis nipis kan tadi so dalam 2 - 3 minit macam tu dah masak lah sosej tu. Heheh. Kacau semua sekali sampai sebati, siapp!
Next step ialah kita kena gulungkan popia ni. Tapi make sure sos yang kita masak tadi dah sejuk terlebih dahulu, baru lah senang nak gulung nanti. Nani letak isi dalam tu sedang sedang aje supaya nanti bila kita goreng tak ada lah isi tu terkeluar. Ada jugak sesetengah orang suka tambah cheese jugak dalam popia carbonara ni tapi Nani lagi suka versi yang ni lah. Sedaap jugak okay! Hiks. 
Last sekali boleh lah goreng dalam minyak yang dah betul betul panas, baru lah nanti elok aje kejadiannya. Satu lagi, make sure popia tu kita gulung kemas kemas tau supaya dia tak terbuka masa nak goreng tu. Hasilnya macam dalam gambar dekat atas lah. Hiks. Serious sedap sangat, kalau makan ramai ramai nk memang sekejap aje dah habis. Hahah! Korang yang teringin nak buat Resepi Popia Carbonara tu boleh lah try guna cara Nani ni okay. Lagi berbaloi buat sendiri, haritu Nani beli orang jual dua gulung popia ni tiga ringgit. Boleh tahan okay harga nya. Heheh. Selamat mencuba! 

23 comments:

  1. Betul tu bila buat sendiri lagi puas makan berbanding beli. Simple je resepinya nani. Boleh cuba nanti ni bila ada kelapangan. Terima kasih share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang simple sangat ni, tu yang rajin aje nak buat selalu. Hahah! Jangan lupa try tau!

      Delete
  2. Sedap tu..byk dh tgk org share tp belum gigih nk buat sdiri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Yang payah sikitnya part nak menggulung tu lah. Kalau buat sorang diri lagi lah lamaaa rasa nak siap.

      Delete
  3. Replies
    1. Sedaaap cik Nor, jangan lupa try tau lepas tu bagi Nani sepinggan. Eh?

      Delete
  4. Nampak sedap n mudah...bole try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tau awak, serious puas hati buat sendiri.

      Delete
  5. Nanti bila2 nak buat la...nampak macam sedap tu ha...senang pun senang nak buat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat kak SA, bila nak makan goreng aje.

      Delete
  6. Wahhhh sedapnya, boleh la saya cuba2 buat ni nanti....

    http://hegelatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaaaap! Goreng banyak banyak memang kejap aje habis. Hahah! Jangan lupa tau buat.

      Delete
  7. senangnya! yana pun suka popia ini beli sekali jugak sebabnya mahei hahaha. bahan pun simple je nani guna insyaAllah ada masa nanti try :) tq nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tau nanti Yana, memang senang sangat. Nak buat tu aje lah macam lama sikit tapi nanti time makan sekejap aje dah licin semua. Hahaha!

      Delete
  8. Sedapnya nani. Ni kalau buat sure syafi suka. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak Ana. Heheh. Boleh lah nanti ajak Syafi menggulung popia samaa :)

      Delete
  9. Tak pernah buat. Azab tak nak isi filling dia tuh? sebab sejenis liquid kan? sure daku terkial2 nak menggulung. Comot habis terkeluar..hahah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha! Okay aje kak Nany, Nani selalu letak satu sudu lebih sikit gitu aje. Bila dah sejuk, sos tu akan jadi macam pekat sikit so okay aje nak gulung. Try lah nanti :)

      Delete
  10. ssimple resepinya.. nak kena merajinkan diri juga nie..

    ReplyDelete
  11. Kalau goreng meletup x,sy slalu buat bile grg die meletup la..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lah pulak sampai meletup tu. Hm rasanya sebab isi carbonara tu ada yang terkeluar tu, sebab tu meletup. Awak kena gulung kemas kemas dulu tau sebelum goreng :)

      Delete
    2. tips tak nak meletup, frozen kan popia and make sure minyak betul2 panas.. sb mula2 bt dlu slalu meletup..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page