Sushi King

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni, kawan Nani ajak makan Sushi King. Nani ni memang tak pernah masuk Sushi King sebelum sebelum ni. Ni kira pengalaman pertama lah makan dekat Sushi King. Gittew. Nani kalau tak pernah makan dekat tempat tu, memang takkan lah pergi sorang sorang, nanti kang terpinga pinga tak tahu nak pilih menu yang mana. Hahaha. Jom lah layan gambar budak first time masuk Sushi King ni hah.
Sushi King
Ada kerusi dekat luar ni untuk orang bergambar tapi sebab masa tu macam ramai je orang lalu lalang aku segan nak bergambar. Hahaha. 
Sushi King
Muka Nani nampak kembang semangkuk masa ni. Hahaha. Mana taknya, tengah makan tu lah diorang nak ambik gambar. Dah tak memasal kena senyum *dalam mulut penuh makanan* Depan Nani tu tiga botol air teh hijau. Teh hijau yang dekat Sushi King ni memang tak boleh diterima oleh tekak Nani. Sekali minum terus tak nak minum dah. 
Sushi King
Yuzu Honey ( RM 6. 30 )
Air ni memula minum tak sedap langsung, pahit. Hahah. Sebab Nani tak kacau dia. Bila dah sebati air tu pehh sedap nauu :D Tak cukup pulak rasa. Kah !
Sushi King
Karaage Don (RM 13. 90 )
Nani pilih main dish yang ni. Sedap sangat. Atas tu ada ayam, bawah tu sayur dengan nasi. Nampak macam sikit kan tapi bila makan memang kenyang. Nasi dekat Sushi King ni memang mengeyangkan. Nani hari tu pun tak habis makan. 
Sushi King
RM 13. 90
Nani dah lupa sebenarnya nama makanan ni apa. Hahaha. Ni kawan Nani punya, sedap jugak sebab daging tu dia bakar dan lembut sangat. Nani pun suka juga menu yang ni. Nanti kalau pergi Sushi King nak repeat order yang ni.
Sushi King
Katsuni Set ( RM 19. 50 )
Yang ni pulak memang portion dia besar, sesuai lah dengan harga dia kan. Sedap jugak lah rasa ayam dia, tapi sebab dah kenyang tak larat dah nak makan banyak banyak. 
Sushi King
Bento ( RM 14. 90 )
Set yang ni ada ayam dengan ikan salmon kalau tak silap. Ikan salmon dia sedap sebab dia goreng nipis nipis. Bila makan tu rasa lembut je isi ikan tu. 
Sushi King
Tori Karaage ( RM 3. 18)
Ni Nani ambik sushi yang bergerak gerak tu. Hahaha. Atas tu isi ayam sama je macam yang Nani punya main dish tu. 
Sushi King
Tempura Prawn ( RM 6.36 )
Yang ni harga dia mahal sikit lah dari yang lain tapi sedap. Untuk sushi yang ni harga dia berbeza ikut warna piring. Ada yang dalam dua ringgit, paling murah lah tu & paling mahal enam ringgit lebih. Kalau tak nak order yang lain boleh je makan sushi yang dalam piring macam ni. Sedap jugak.
Tapi memang puas hati makan dekat Sushi King ni, layanan pun bagus, servis pun laju. Total damage hari tu dalam RM 132. 60 macam tu lah untuk enam orang makan. Nanti ada rezeki lebih ingat nak pergi lagi. 









33 comments:

  1. Salam pagi selasa...
    singgah pagi di sini...
    melawat rakan² blogger tersayang :)
    Tidak pernah sekali pun jejakkan kaki ke situ.. :)
    tapi tgk gambar menarik......

    ReplyDelete
  2. err...errr..tak pernah mkn sushi...serius..

    ReplyDelete
  3. Nani, kalau suka salmon, nanti try kepala ikan salmon goreng. Dulu nama dia salmon ara piri2. Tapi now jadi salmon karage. Sedap nani. Akak gile makan tu dari pregnant hihihihihi. Dia takdela kepala sangat tapi dia ada isi. kat area belah atas ikan salmon. dgn spicy sauce dia. pergh.

    Lagi satu yg best, kulit salmon goreng. Ranguppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yekee. Aaaaaaa, ni yang buat Nani rasa nak pergi lagi makan dekat Sushi King. Hahahah. Hari tu kan first time masuk so macam noob sangat tak tahu nak makan apa. Sebelum pergi pun tak sempat nak research dulu. Kahkah. Nani memang spesis tengok dulu menu apa yang sedap sebelum pergi nanti sampai sana order je :P Hahaha. Nanti nak try lah yang salmon ni :D

      Delete
    2. hahaha pegi la lagi nani. pastu air dia akak suka blackcurrant yakult atau oren yakult. sedap. kalau nani suka telur, bole oder chawanmushi. macam tauhu telur. dalam cawan kaca. pastu kacang hijau namanya edamame pun sedap. hihih

      Delete
  4. Akak kan kalau pergi Japanese restaurant, mesti-mesti nak makan salmon, tak pun udang tempura. Sedap woi....sambil mengomen ni pun teringat-ingat kesedapan salmon! Nasi kepal Jepun ni biasalahkan, nampak macam sikit, macam tak cukup tapi bila dah makan, pengsan nak menghabiskannya!

    ReplyDelete
  5. Sushi King memang best! Adik Kak Sha yang gila Korean food ni pun kuat mengajak masuk Sushi King

    ReplyDelete
  6. pergh harga..boleh tahan jugak..ihihi

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tau pun wujud menu2 lain selain sushi piring gerak2 tu..haha..nasi kat sushi king ni guna beras jepun kot..that's why mengeyangkan. Nampak jer sket, tapi actually portion tu mmg just nice utk kite kan?..owhh..air yuzu tu nampak soooo refreshing..nanti klu rindu Nihon boleh la kot makan kat sini..hehe

    ReplyDelete
  8. Mujur saya bukan penggemar Sushi King HAHAHA

    ReplyDelete
  9. kite suke gila makan sushi kat sushi king. paling suka dan akan makan selalu, mix bento. hehe ^^

    ReplyDelete
  10. sedqpnya lahai... sangat suka karaage don :)

    ReplyDelete
  11. adui teruja seketika..malaysia kaya dengan makanan yang lazt sebenarnya kan..tq datang ke blog Etuza ya

    ReplyDelete
  12. caye tak qilah tk pnh lg mkn sini hihihi

    ReplyDelete
  13. Suke black pepper udon and mixed bento. Bento satu lg pun sedap, yg daging tu tp tak ingat lak nama dia.


    ReplyDelete
  14. nani try kulit ikan..itu pun sedap

    ReplyDelete
  15. Bilalah nak dapt peluang pergi Sushi King ni.

    ReplyDelete
  16. Uishh sdpnya, x pernh lgi Lya mrsa mkn kat cne

    ReplyDelete
  17. huiiii ! ana pon penah masuk Sushi King ni sekali je dulu. masa tu sbb member ajak. kalo p sorang2 memang tak la kikiki

    ReplyDelete
  18. Peberet sepanjang zaman niiiì... wajib order salmon sashimi kalo masuk sushi king....

    ReplyDelete
  19. Uishhh lama dah tak makan Sushi King niii. Dulu time study rajin lah gi makan sedap ni ehe.

    ReplyDelete
  20. hanya mampu tgokkk..sedapnyaaaaaaaaaa~~

    ReplyDelete
  21. Sedapnya. Dah lama tak pekena sushi king.

    ReplyDelete
  22. wow terbaik.
    aida x pernah juga masuk SK.
    sebab ingat kan sushi yg raw tu :) ha ha...
    kalau gini, boleh kot try one day.

    ReplyDelete
  23. Wahh best... sedap2 semuanya ni... menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  24. Shushi king memang fav Bonde dgn Fatin..

    ReplyDelete
  25. yep.. tempura yang tu paling sedap..
    ada satu jenis lagi.. tepung dia lain sikit.. tu kureng sket.. ehehe..
    adik manish.. air kalo kat sushi king mmg mahai.. selalu CT order tea yg sejuk rm1 tu je..
    minom la sampai kembong eheh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page