Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga bulan mulia ini memberikan 1001 kegembiraan buat kita semua. Memandangkan sekarang ni bulan puasa, korang dah ada tempat ke belum tu nak berbuka petang nanti? Kalau tak ada lagi, apa kata korang ajak kawan kawan atau family berbuka puasa di Restoran Nelayan Gombak. Untuk pengetahuan korang, Restoran Nelayan Titiwanga merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa sejak dari tahun 80-an. Namun, disebabkan faktor faktor tertentu, restoran ini telah berpindah di Jalan Gombak Utara pada tahun 2012. Nak tahu tak apa yang menariknya Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak ni? Jom baca dekat bawah. 
Sejujurnya, ini antara Buffet Ramadhan yang paling murah Nani pernah jumpa di sekita Kuala Lumpur ni. Hanya dengan RM49.90 korang boleh menikmati lebih daripada 80 jenis juadah untuk berbuka puasa. Apa yang bestnya, Restoran Nelayan Gombak ini akan menyediakan makanan berkonsepkan masakan Melayu. Siapa yang tak suka kan? Nani pun kalau berbuka puasa mesti nak cari lauk pauk Melayu jugak. Nasi tu memang wajib ada lah bila berbuka puasa ni kan. Mana yang tak sempat nak balik berbuka puasa dengan keluarga di kampung tu pun memang elok ke sini. Sebab masakan kampung di Restoran Nelayan Gombak ni macam air tangan ibu sendiri. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
Gulai Lemak Daging 
Ini antara salah satu menu yang paling Nani suka dekat sini. Daging tu lembut sangat. Korang pun tengok sendiri yang kuah gulai lemak ni pekat kan. Senang cakap, kalau datang sini memang boleh terubat rindu dengan air tangan emak kita dekat kampung sana. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Gulai Daging Kawah
Selain daripada daging masak lemak cili padi, terdapat jugak daging gulai kawah di Restoran Nelayan Gombak ni. Gulai kawah ni pun sedap memandangkan rempah yang mereka gunakan adalah rempah asli dan jugak berkualiti. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Roti Jala Magic
Roti Jala Magic ini dibuat daripada Tepung Magic atau pun Magic Floor keluaran daripada Mega Zesh Sdn Bhd. Warna warni sangat tau roti jala dekat sini dan yang paling penting lembut sangat. Kalau ambil dua atau tiga gulung ni aje memang tak cukup. Makan pulak dengan kuah kari dia yang umph tu memang tak pandang kiri kanan dah. Perfect! 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Ayam Masak Merah
Menu ni antara yang paling jadi kegemaraan anak anak kecil. Memang dekat sini ada macam macam jenis makanan so sesuai lah kalau nak bawa satu family datang berbuka puasa. Yang paling penting harga murah dan berbaloi. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Sambal Goreng
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Asam Pedas Ikan 
Peminat asam pedas, wajib cuba asam pedas ikan di Restoran Nelayan Gombak ni. Tahun ni memang dia orang menyediakan masakan berkonsepkan makanan tradisi Melayu & bersesuaian dengan tagline mereka "Selera Warisan Selera Kita." 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Sup Kaki Ayam 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Ikan Goreng 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Ayam Goreng Lemon 
Mana yang suka kan masakan masam masam manis boleh lah nanti rasa ayam goreng lemon ni. Lain daripada yang lain. Selain daripada masakan Melayu, terdapat jugak Nyonya Kari Laksa dan jugak pelbagai pilihan sup. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
Kuih Muih 
Tak lengkaplah kan kalau Buffet Ramadhan tak ada kuih muih atau pun pencuci mulut. Nani paling suka kuih bakar tu, sedap dan tak terlalu manis. Selain daripada kuih muih terdapat jugak rojak buah, bubur, kek, keropok dan jugak ais krim. Pilih aje yang mana tekak nak makan masa tu. Heheh. Di sini jugak terdapat pelbagai jenis minuman yang menepati citarasa masyarakat Melayu dan jugak cendol serta teh tarik istimewa. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
Harga Buffet Ramadhan Restoran Nelayan Gombak:
Dewasa : RM 49.90
Kanak - Kanak : 50% Diskaun & percuma
bagi yang berusia 4tahun dan ke bawah.
Sepanjang bulan Ramadhan ini jugak mereka akan mengadakan solat terawih di surau yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Jadi tak ada lah nanti lepas berbuka rushing pulak kan nak balik rumah. Segala kemudahan dah disediakan sepenuhnya di Restoran Nelayan Gombak. Untuk membuat sebarang tempahan, korang boleh lah terus menghubungi nombor telefon yang tertera atau pun boleh layari laman web serta media sosial mereka. Selamat berpuasa dan jangan lupa ke Restoran Nelayan Gombak. 
Alamat:
Restoran Nelayan Gombak,
Batu 8, Jalan Gombak Utara,
Kuala Lumpur. 
(berdekatan dengan UIA Gombak)
No Telefon: 03 6185 8400 




23 comments:

  1. Wahh.. Sedap-sedap semua lauknya. Nak terjah jugakk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaaap! Lagi lagi lauk kampung memang terbaik 👍

      Delete
  2. sedapnya tgk segala menu tu nani.... tp bg akak rm50 tu agak mahal....
    akak plk jns berbuka mkn sejenis je dh kenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak! Sekali sekala nak makan buffet macam ni boleh lah. Heheh. Nani pun jenis kalau berbuka tak makan banyak sangat lauk. Nanti kang mula lah malas nak pi terawih. Hahaha!

      Delete
  3. Baca content makanan siang hari ni dugaaan betul. Nampak sedap je semua. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Bertabahlah Eeca. Sedaap! Lagi lagi masakan kampung 😋

      Delete
  4. Ya Allah, sedapnye menu dia, murah plak tu. memang boleh aim ni, sebab dkat dengan rumah. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa elok sangat lah tu. Heheh. Nani suka betul kalau buffet ramadhan lauk kampung macam ni. Memang layaaan!

      Delete
  5. harga yang berpatutan dan lauk pauk dia semuanya nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaan. Ini paling berbaloi dan murah lah harga dia orang. Masakan pun best!

      Delete
  6. wahh bestnya....bulan puasa entry makan kena laju2 tengok...hehhe
    salam ramadhan nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Bertabah lah eh kak Azie. Nani yang tengok sendiri ni pun kecur air liur balik 😂

      Selamat berpuasa kak. Moga Ramadhan kali ini memberikan 1001 kebaikan buat kita 💕

      Delete
  7. Sedapnya daging, sedapnya roti jala, sedapnya asam pedas! Hahahhaha eh, semua sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Apa lagi Nad, sila ke sana esok!

      Delete
  8. gulai lemak daging, asam pedas, ayam masak lemon tu ya Allah >< selera betul makan makanan melayu camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan! Sepp sikit. Memang layan lah kalau menu macam ni lagi lagi gulai lemak daging.

      Delete
  9. Salam Ramadhan Inani :)
    Nasib baik tengok waktu malam so tak kisah sangat la dah kenyang haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan jugak Syed :)
      Hahaha! Amboi!

      Delete
  10. Salam ramadhan nani..semua menyelerakan..murah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan jugak sis JM. Lamanya Nani tak singgah sana. Nanti Nani terjah okay 💕

      Memang sedap & menyelerakan masakan dia orang. Berbaloi kalau pergi :)

      Delete
  11. wah,wah sedapnyaaaaa. jadi lapar balik pulak ni xD

    ReplyDelete
  12. Gulai lemak daging tu menyelerakan sungguh nampaknyaaaa! Ahhhhhh lapar.. hehe.

    Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa Nani =)

    ReplyDelete
  13. blogwalking here..pernah pergi dulu..silap nye g masa bulan puasa..perut plak x ngam nk makan banyak2..rugi2..

    mistikalamfana.blogspot.my

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page