Container Hotel di Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Nani sebenarnya dah lama berangan nak menginap di Container Hotel ni. Dulu masa pergi Penang ada jugak plan nak pilih Container Hotel tapi sebab harga semalaman lebih dari bajet Nani jadi terpaksa lah cancel kan niat hati yang suci murni tu πŸ˜† Alang alang baru ni menang voucher daripada Traveloka, memang dalam kepala nak pergi Container Hotel. Dapat aje voucher tengah hari tu terus Nani redeemm. Semangat sangat kan! Sebenarnya dah tak tahu nak pilih tarikh bila sebab lepas ni jarang jarang ada dekat Kuala Lumpur. Hotel ni boleh check in pukul tiga petang, tapi Nani hari tu lepas isyak baru check in. Hahah! Tak kisah lah pukul berapa pun korang nak check in sebab front desk dia orang beroperasi 24 jam okay! 
Container Hotel di Kuala Lumpur
 Serius rasa macam wow sangat sebab tengah bandar KL ada hotel macam ni. Tempat yang sangat relax even dekat Bukit Bintang. Kalau tidur memang nyenyak tak sedar apa benda. Punya lah nak cakap selesa kan hotel ni. Selain dekat Bukit Bintang ni, Container Hotel ada jugak cawangan dekat KLIA 2, Ipoh dan jugak Penang. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
 Masa sampai tu dah malam Nani pun macam blur dekat mana counter check in dia orang. Hahah! Gelabah sikitlah sebab ingat dia orang punya front desk bukan 24 jam. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
Yang belah kiri dalam gambar atas ni lah kaunter check in dia orang. Lepas dah settle semua nanti dia orang bagi kad bilik macam biasa. Dan kalau nak masuk ke dalam tu, kena touch dulu kad, kalau tak pintu utama yang dekat depan tu tak terbuka. Kira safety jugak lah duduk dekat Container Hotel ni. Nani mula mula tu tak nampak mana counter check in terus lah pergi dekat pintu tu nak buka sekali tak lepas. Nasib baik dia panggil suruh daftar untuk check in dulu. Hahaha! Masa tu Nani ingatkan kaunter check in dia orang dekat dalam. Biasalah first time kaaaan! 
Container Hotel di Kuala Lumpur
 Ini pulak ruang santai. Boleh lah kalau nak lepak tengok tv tak pun baca buku. Nani masuk sebab nak ambil gambar aje. Hahah! Tv ada dalam bilik buat apa susah susah nak tengok dekat sini. Heheh. 
Container Hotel di Kuala Lumpur

Container Hotel di Kuala Lumpur
 Ini pun tempat untuk duduk santai santai jugak. Dekat hotel ni bersepah sepah ruang kau boleh duduk melepak sambil bersantai. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
Kredit : Container Hotel 
 Dekat Container Hotel ni ada empat jenis bilik tau dan yang macam dekat atas ni jenis Concrete Room. Kalau backpacker selalunya dia orang pilih bilik yang jenis macam ni. Harga bawah RM120 untuk semalaman. Tapi kalau bilik yang jenis ni, bilik air dekat luar lah. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
Kredit : Container Hotel 
 Ini lah rupa dalam Concrete Room. Nani plan mula mula nak pilih bilik yang jenis macam ni jugak tapi sebab fikir tak ada space nak solat so tak jadi lah ambil. Heheh. Lagi satu bilik ni tak ada tv dan jugak bilik air dekat luar, tak berapa nak selesa sangat. Tapi kalau korang jenis yang tak kisah kena mandi dekat luar, tak ada hal lah nak book Concrete Room ni. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
Kredit : Container Hotel 
Ini pulak jenis Camp Site. Kalau rindu zama berkhemah masa sekolah dulu, hah boleh lah pilih yang ni. Bilik yang ni lagi besar sikit dari Concrete Room tapi facilities sama jugak macam tadi (bilik air dekat luar dan tak ada tv). Yang bestnya dekat sini, semua bilik dilengkapi dengan aircond. Kalau tidur dalam Concrete Room tu macam dah boleh bayang sejuk dia macam mana. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
 Nani pilih Deluxe Room. Deluxe Room ni memang bilik betul cumanya tak ada dapur. Kalau korang nak yang ada dapur dan lagi selesa boleh ambil Container Suite. Untuk Deluxe Room ni semalaman RM154.90. Nani hari tu sebab ada voucher Traveloka so cuma bayar empat ringgit aje lah. Nani suka bilik ni sebab siap ada space boleh duduk lagi dekat tepi cermin kaca tu. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
Bilik ni memang boleh muat dua ke tiga orang dalam satu masa. Memang selesa dan puas hati lah dengan bilik ni. Aircond memang function sepenuhnya, tv pun siaran elok dan paling penting bilik air dalam bilik. Hahah! Nani tak suka sangat kalau jenis bilik air hotel dekat luar, tak selesa. 
Dekat sini ada jugak Burger Bar tapi sebab hari tu kita orang check in pun dah lambat, Burger Bar dia orang pun dah tutup lah. Mula mula nak order makanan melalui Food Panda tapi semua dah tak available. So, Mcd jugaklah penyelamat perut tengah malam tu. Pukul 12.45 baru nak dinner, memang sah lah semua dah tutup. Nasib baik ada Mcd yang doploh empat jam delivery. 
Container Hotel di Kuala Lumpur

Container Hotel di Kuala Lumpur
 Toiletries pun disediakan jugak dekat sini jadi tak payah susahkan diri nak bawa. Memang bagus lah servis hotel ni. Kalau backpakcer, memang sesuai sangat menginap dekat sini.  
Container Hotel di Kuala Lumpur
 Cuma satu aje lah yang tak berapa nak boleh terima bila dia buat pintu bilik air tu lut sinar. Hahahah! Mungkin boleh rekemen dekat dia orang suruh tambah kain dekat belakang pintu tu πŸ˜†
Container Hotel di Kuala Lumpur
 Sabun basuh tangan pun ada dia orang sediakan. Memang semua benda lah Nani suka dekat Container Hotel ni hah. Mungkin boleh repeat lagi stay dekat sini nanti. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
 Kasi chance lah kakak nak bergambar dengan cermin. Hahah! Iye wak tengah malam kita dengan jubah lagi. Sebenarnya sebelum tu ada event lain, habis tu terus lah pergi Container Hotel. Tak sempat dah nak balik tukar baju apa benda. 
Container Hotel di Kuala Lumpur
Overall, Nani memang puas hati dengan layanan dan servis yang dia orang bagi. Memang best sangat hotel ni, sesuai lah kalau nak stay untuk tenangkan fikiran dan chill chill. Nani suka konsep hotel ni sebab lain daripada yang lain. Bilik pun selesa, memang tidur tu tak sedar apa benda dah weh. Check out macam biasalah pukul 12 tengah hari. Hotel ni pun dekat sangat dengan shopping mall so senang lah nak jalan jalan atau pun nak cari makan. Thank you Container Hotel! Thank you jugak Traveloka sebab bagi saya voucher hotel! Lain kali bagi lagi okay! Hahah! Korang yang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Container Hotel boleh tengok dekat media sosial dia orang. Have a nice day everyone! 
Facebook : Container Hotel
Instagram : Container Hotel







34 comments:

  1. Bestnya! kalau bawak budak2 ni lagi jakun gamaknya. Akak pun suka toilet kat dalam. Senang banyak kan? especially bab aurat tuh la paling penting. Anyways, super duper best dapat voucher Traveloka. Nak jugakkkk..hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Nani pun first time pergi rasa macam jakun sampai tak nak balik πŸ˜‚ Kaaan, lagi satu rasa selamat sikit bila toilet dekat dalam. Nani hari join contest kak, rezeki terpilih sebagai salah seorang pemenang πŸ’•

      Delete
  2. cute je diorg pya hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukaaa lah hotel dia orang. Dekat Penang pun ada jugak kak El. Area Georgetown. Heheh. Boleh lah nanti kalau nak pergi πŸ˜„

      Delete
  3. camne akak yg duk kl tak tau psl nih heheheh...
    nice yek nani, mcm2 pilihan bilik yg ada... ikut pd kite nk yg mana yek... harga pun berpatutan n nampak selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun baru lagi tahu. Heheh. Best! Nani suka sebab lain sikit daripada hotwl yang kita selalu pergi.

      Delete
  4. Not bad. Kakak terpikatlah Nani.

    Anyway dari kakak buat Nani, selamat beribadah di bulan ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh lah kak datang jalan jalan KL. Heheh. Selamat berpuasa jugak kak Zakie 😘

      Delete
  5. Cantiknya hotel ni. Teringin juga nak check in sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikk dan best! Kalau nak buat weekend getaway pun syok jugak dekat sini πŸ‘

      Delete
  6. wahhh cntinya design😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nani pun jatuh hati terus dengan Container Hotel ni. Hahah!

      Delete
  7. Replies
    1. Memang selesa sampai rasa tak nak check out. Hahahaha!

      Delete
  8. Airah memang dh lama teringin nak checkin sini dari dtg penang ritu tp xberkesempatan.harap ad la rezeki nnti sbb tgk hotel dia pn lawa sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pergi tau Aira. Sumpah best!

      Delete
  9. Untung nya nani byr rm4 je? Mcm mana leh dpt voucher dari traveloka tu..nak jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu join contest Traveloka lepas tu terpilih sebagai pemenang. Hehehe. Sis JM nanti boleh lah join kalau dia orang buat contest lagi.

      Delete
  10. Replies
    1. Syok sangaat kak. Boleh lah nak release tension sikit. Hahaha!

      Delete
  11. Wah teruja akak tengok..
    Lagi best dapat free hihihi..

    Selamat berpuasa nani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal, benda free ni berganda ganda seronok dia. Selamat berpuasa jugak kak 😘

      Delete
  12. cute sangat! tapi mahallah jugak eh bilik yg Concrete tu pun semalam rm120 xD ni memang tunggu menang voucher jelah kot baru boleh menginap sini kan hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kalau pergi dalam dua orang ok lah boleh share duit. Kalau sensorang jawabnya memang tunggu voucher lah!

      Delete
  13. Syoknya,..suka tengok konsep hotelnya. Boleh try stay kat sini nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun sebab berkenan dengan konsep hotel dia orang. Lain daripada yang lain!

      Delete
  14. Syoknya! Nad teringin nak stay dekat hotel ni. Dekat penang pun ada jugak branch dia tapi eee tak pernah try lah TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kena try sekali Nad, sumpah best!

      Delete
  15. Wahhh syoknya... Cantik rasa dok dlm kotak... hehhee Nice Deco..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Best lah hotel ni, nanti boleh lah mummy bawa heroes datang sini :)

      Delete
  16. alahai,alahai. awattt cantek sangat tempat ni. wuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikk! Nani suka deko dia orang :)

      Delete
  17. Bestnyaaa hotel ni. Cantik deco nya. Boleh ada port ambil gambar. Hehe 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Memang Siqah, rasa macam setiap tempat nak ambil gambar.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page