Nikmati Keenakan Ayam Goreng Korea di Eung Chicken

Assalamualaikum & Hello.
Annyeonghaseyo! Hahah! Sekali sekala kakak nak fefeeling Korea apa salahnya kan. Even daku tak layan sangat Kpop ni semua, tapi bila bab ayam goreng Korea, tak boleh tolak okay! So, siapaa dekat sini peminat makanan Korea? Haa kalau korang peminat makanan Korea lagi lagi dia orang punya ayam goreng, memang wajib pergi terjah Eung Chicken dekat Damansara Utama ni. Serius berbaloi sangat sangat. Nani ni dulu dulu tak minat sangat makan makanan Korea semua ni tapi sebab dah selalu kawan kawan ajak try, boleh lah jugak makan. Paling  Nani suka of course dia orang punya Korean Fried Chicken. Memang lah sekarang ni ada banyak aje yang jual Korean Fried Chicken, tapi nak jumpa yang sedap & crispy tu susah. Tapi lepas ni dah tak payah pening nak cari Korean Fried Chicken yang sedap, sebabnya dah ada dekat Eung Chicken. Wohoo! Nampaknya misi Nani mencari ayam goreng Korea yang sedap dah berjaya! So kali ni Nani nak share dengan korang lah pulak, apa yang istimewa nya sangat Korean Fried Chicken dekat sini sampai buat Nani jatuh cinta. Eh? Jaga jaga gambar dekat bawah mungkin akan membuatkan korang terliur πŸ˜†
Opening Hours Eung Chicken:
12.30pm - 11.00pm (Sunday - Thursday)
12.30pm - 11.30pm (Friday & Saturday)

Barbican & Honey B.
Antara minuman istimewa di Eung Chicken. Nani pun hari tu baru first time jumpa & minum air Honey B tu. Ait Honey B tu mengunnakan 100% madu yang pure dari Australia. Sedaap & Nani recommend jugak untuk korang try. Selain daripada air Barbican dengan Honey B ni, ada jugak air Green Tea, Ice Lemon Tea & Soft Drinks. 
Wingette Mix Drumette
Okay dah masuk part yang paling korang tunggu tunggu. Heheh! Istimewa nya dekat Eung Chicken ni, terdapat dua jenis flavour untuk Wingette Mix Drumette ni tau (Soy & Spicy). So korang boleh pilih lah mana satu yang korang suka. Dua dua jenis flavour tu pun sedap. Kalau korang nak mix pun boleh tau (half Spicy & half Soy). Harga pun berbaloi, korang boleh refer dekat bawah ni.
Harga Wingette Mix Drumette:
6pcs - RM 16
8pcs - RM 18
12pcs - RM 30
20pcs - RM 49
Wingette Mix Drumette (12pcs)
Dekat atas ni, flavour Spicy dengan Soy. Dua dua sedap okay! Tapi Nani, ayam yang ni macam kecik aje, tak puas lah makan. Nama pun Wing kan mana ada yang besar. Hahah! Tapi korang jangan lah risau sebab korang boleh pilih Huraideu (Crunchy Fried Chicken) yang dekat bawah ni. Ayam dia besar lepas tu makan dua tiga ketul dah rasa kenyang sangat. Heheh. Jom check it out!  
Huraideu (Crunchy Fried Chickin)
Untuk yang Crunchy Fried Chicken ni pulak ada tiga jenis flavour tau. Actually sama aje yang macam Wings tadi punya flavour, cuma yang ni ada flavour Original. Untuk yang ni harga berbeza ikut flavour yang kita pilih. Tapi still lagi berbaloi sebab ayam besar lepas tu flies selambak. Hahah! Memang konsep dia makan sampai kenyang dan puas hati. 
Flavour Spicy
Paling Nani recommend untuk korang try yang ni. Sedap gilos even pedas sampai rasa nak mengalir air mata. Hahaha! Nani serius tak pernah jumpa Korean Fried Chicken yang pedas sampai macam tu. Untuk orang macam Nani yang makan pedas ni, memang suka sangat lah. Harga untuk yang Crunchy Fried Chicken flavour Spicy, dekat bawah ni okay!
Spicy Half Chicken : RM 39
Spicy Whole Chicken : RM 58
Flavour Soy 
Yang ni ada jugak rasa pedas tapi light light aje, tak ada lah sampai rasa nak terbakar lidah. Hahah! Untuk yang tak berapa makan pedas sangat, boleh lah try yang flavour Soy ni. Ada rasa masin masin daripada soy tu sikit. Harga macam yang dekat bawah ni.
Soy Half Chicken : RM 37
Soy Whole Chicken : RM 56
Flavour Original
Yang ni memang tak ada rasa pedas langsung lah. Heheh. Sedap sebab rangup sangat ayam goreng tu. Sesuai lah untuk kanak kanak jugak makan dekat sini. Harga untuk flavour Original ni:
Half Chicken : RM 27
Wholeh Chicken : RM 46
Ramyeon (RM 16)
Selain daripada Korean Fried Chicken, ada jugak Ramyeon dekat sini. Korang boleh pilih sama ada nak yang jenis kering atau pun berkuah tapi harga sama aje dua dua. Dan memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa, Eung Chicken pun ada menawarkan pakej untuk bulan Ramadhan nanti. Agak agak dah jemu asyik makan masakan Melayu, boleh lah ajak kawan kawan & family berbuka dekat Eung Chicken pulak okay. Jejoms tengok Set Iftar dekat Eung Chicken ni. 
πŸ’™ 2 Person Set (RM 49.90)
- 2 x Drinks
- 2 x White Japanese Steam Rice
- 12pcs Wings (Any Two Flavour)
- 2 x Red Bean Mochi with Ice Cream
πŸ’™ 3 Person Set (RM 72.00)
- 3 x Drinks
- 3 x White Japanese Steam Rice
- 18pcs Wings (Any Two Flavour)
- 3 x Red Bean Mochi with Ice Cream
πŸ’™ 4 Person Set (RM 95.00)
- 4 x Drinks
- 4 x White Japanese Steam Rice
- 30pcs Wings (Any Two Flavour)
- 3 x Red Bean Mochi with Ice Cream 
So nanti boleh lah ajak family dan kawan kawan semua datang berbuka puasa dekat Eung Chicken Damansara Utama ni okay. Serius Nani puas hati sangat makan dekat sini, ayam goreng tu sedap, teringat ingat lagi sampai sekarang. Hahaha! Korang yang nak ke Eung Chicken, boleh Waze aje alamat dekat bawah ni okay! Jangan lupa untuk follow Instagram & Facebook Eung Chicken jugak! 
Alamat:
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama
47400 Petaling Jaya.
No Telefon:
011-1057 4388
Facebook:
Eung Chicken
Instagram:
eungchickenmy

Buffet Selera Ramadhan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside PWTC

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Tik tok tik tok, tak lama dah kita nak berpuasa ni. Nani dah mula rasa tak sabar nak sambut Ramadhan sebab boleh pergi solat terawikh dan jugak bazar Ramadhan. Heheh. Tapi kalau hari hari membeli lauk dekat bazar Ramadhan boleh naik jemu jugak lah makan. Apa kata kalau bulan Ramadhan kali ni kita buat kelainan sikit dengan berbuka puasa di Restoran Riverside PWTC. Untuk tahun ni, Restoran Riverside di PWTC menyediakan Buffet Selera Ramadhan yang menggunakan konsep ala ala pasar malam. Kalau dah nama pun 'pasar malam' memang macam macam jenis makanan lah ada. Mana yang tinggal dekat area Kuala Lumpur tu memang rugi sangat sangat kalau tak berbuka dekat sini sebab nya terdapat 24 jenis buah gerai yang menyediakan lebih daripada 300 juadah makanan untuk berbuka puasa. Banyaaaak sangat kan menu yang ada? Tinggal pilih aje mana satu yang korang teringin nak makan. Heheh. Memang berbaloi harga buffet dekat sini dengan menu yang akan disediakan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Jom lah cuci mata dulu tengok menu apa yang ada lepas tu korang terus pergi booking seat cecepat okay! 
Muka kekenyangan. Eh? πŸ˜†
Nani memang recommend untuk korang berbuka dekat sini sebab tempat dia sangat selesaa, luas dan korang jugak akan dihiburkan dengan alunan muzik & nyanyian daripada Kumpulan Picha Picha featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan nanti. Paling penting sekali tak payah pening pening fikir nak solat dekat mana nanti sebab nya kita boleh menunaikan solat maghrib, isyak dan jugak solat terawikh di Surau Ar-Rahman, level 3. Barang barang kelengkapan untuk solat pun ada disediakan jugak tau dekat sana. Jom tengok menu menu yang akan disajikan pulak.

Kambing Bakar 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Kambing Bakar.
Antara menu yang paling jadi tumpuan orang termasuk lah Nani. Hahah! Sedap sangat kambing bakar dekat Riverside PWTC ni tau, daging lembut dan tak liat langsung. Belum lagi rasa sos lada hitam dia orang, memang padu dan ngam sangat. Kalau korang pun peminat kambing bakar macam Nani, memang wajib try yang dekat sini pulak.  

Lauk Pauk Masakan Melayu 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Antara hidangan masakan melayu yang disajikan ialah sambal sotong petai, rendang tok, pucuk ubi masak lemak tempoyak, kari daging, gulai lemak udang, gulai ikan, ayam kampung goreng dan pelbagai lagi menu lain yang menambat cita rasa kita. Nani sukaa buffet macam ni sebab boleh rasa suasana berbuka dekat kampung sikit. Heheh. Terubat lah jugak kan rasa rindu nak makan masakan air tangan ibu. 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Selain daripada lauk pauk kampung, terdapat jugak nasi kandar, nasi kerabu, char kuey teow dan jugak sup untuk kita nikmati. Mana lah tahu kan dah jemu makan nasi putih dengan lauk pauk kampung boleh lah tukar pulak citarasa. 

Aneka Kerabu 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Tak lengkap lah hidangan buffet Ramadhan kalau tak ada kerabu semua ni kan. Fav Nani haruslah kerabu mangga. Sedap dan cukup rasa masam manis semua tu. 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Ikan Masin Goreng 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Ikan masin goreng pun ada banyaak jenis. Antaranya ikan masin kurau, ikan masin gelama, ikan masin bulu ayam dan jugak ikan kembung masin. Selalunya ikan masin goreng ni lah yang akan jadi pembuka selera bila berbuka puasa. 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC

Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC

Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Bubur Lambuk 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Ini pun antara yang Nani selalu cari bila masuk bulan Ramadhan. Susah nak jumpa bubur lambuk yang kena dengan citarasa Nani tapi serius yang dekat Riverside PWTC ni sedap. Lebih kurang sama yang macam Nani selalu beli dekat bazar Ramadhan dulu dulu.

Jeruk Buah
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Jeruk buah pun ada dekat sini. Selain daripada jeruk buah terdapat jugak aneka buah buahan dan jugak rojak. Selalunya bila dah siap berbuka puasa, memang buah macam ni lah yang kita akan cari kan. Kalau tak buah, mesti kuih muih tradisional dekat bawah ni. 

Kuih Muih Tradisional 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Sebut aje nak makan kuih muih apa, semua ada dekat sini. Ada tak kuih muih yang korang minat dekat atas ni? Nani punya fav kuih keria tu. Makan hari hari pun boleh. Hahah!
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Dessert 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Dessert ni pun antara tempat tumpuan orang selain daripada kambing bakar kan. Ini antara dessert yang disajikan di Restoran Riverside PWTC. Selain daripada hidangan dekat atas ni, terdapat jugak gerai yang meneydiakan roti canai, murtabak, satay, goreng goreng seperti cucur udang, cucur pisang, cempedak goreng & jugak cakoi. Harga pulak macam mana Nani? Korang boleh check it out harga Buffet Selera Ramadhan dekat bawah ni okay. Nak jimat, boleh beli baucar 'early bird.'
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Harga Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Harga Biasa
Dewasa : RM 88.00
Warga Emas : RM 75.00
Kanak Kanak : RM 45
(berusia 7 sehinggan 12 tahun)
Early Bird
(boleh dapatkan sebelum 16 Mei 2018)
RM 75.00 seorang
Pakej Bankuasi/Korporat Berbuka Puasa
(termasuk dewan khas untuk berbuka & sistem audio)
Minima 50 orang : RM 115.00 seorang
100 orang & ke atas : RM 98.00 seorang
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Program Beramal Bulan Ramadhan 
Sepanjang bulan Ramadhan nanti, pihak PWTC akan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin di sekitar Kuala Lumpur & Selangor dengan kerjasama Yayasan Kasih Tauhid dalam program Sentuhan Kasih Ramadhan siri ke - 4. Bukan itu aje tau, pihak PWTC juga akan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang tua dan rumah anak yatim terpilih di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Kiranya sebahagian daripada duit yang kita bayar untuk berbuka puasa di sini akan disalurkan jugak untuk mereka yang memerlukan. So untuk korang yang nak membuat tempahan atau pembelian baucer Buffet Selera Ramadhan di Riverside PWTC, korang boleh menggunakan salah satu cara dekat bawah ni.
+ Walk in ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC
(bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang)
+ Boleh hubungi talian 03-26146707 atau 03-26146262

Segmen Bloglist Blog #CeritaMak

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Bloglist Blog #CeritaMak
klik SINI untuk join πŸ˜‡

Sopoong Korean Food di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Ada peminat makanan Korea tak dekat sini? Heheh. Actually Nani ni bukanlah peminat tegar sangat makanan Korea kecuali ayam goreng dia. Yang tu memang tak boleh tolak sebab sedap sangat okay. Ini pun terjebak dengan makanan Korea sebab kawan kawan lah yang selalu ajak. First time Nani makan makanan Korea ni dekat Hanbing Subang Jaya. Satu aje masalah Nani bila makan dekat restoran Korea ni mesti makanan tak pernah habis. Mungkin sebab nasi dia orang yang macam pulut sikit tu buat kita cepat kenyang kot. Sekali sekala nak makan dekat sini boleh lah, kalau selalu rasanya tak termakan jugak Nani. Hahah! Sejenis tekak melayu sangaaat kan πŸ˜† Dubuyo dah pernah try jugak tapi yang dekat situ lagi lah Nani tak boleh makan nasi dia (yang warna purple ke apa entah). Boleh makan dua tiga suap lepas tu dah, memang rasa tak boleh dah nak makan. Hahah! Baru ni pulak dia orang ajak jalan jalan Melawati Mall since dah lama kan tak cuci mata. Eheh. Ingatkan dia orang nak lunch dekat mana, sekali ajak masuk Sopoong Korean Food ni. Tapi kita layankan lah jugak dia orang nak makan dekat sini. Nani suka kedai dia sebab kemas, tersudun. Cantik! Siap ada decoration pokok buluh lagi okay!
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Kimchi Bokkeumbap (RM 14.90)
Ini yang kawan Nani makan hari tu. Nasi goreng dengan kimchi & ada lah sayur lain sama. Nani rasa yang ni lebih kurang macam menu dekat Mr. Dakgalbi. Not bad jugaklah rasa dia cuma tak pedas mana pun even dekat situ tulis spicy. Hahah! Korang yang biasa makan Korean Food tu mesti tahu macam mana pedas makanan dia orang. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Sundubu Jigae Beef (RM 19.50)
Ini pun kawan Nani punya jugak. Dalam tu ada tofu, daging apa semua. Hari tu Nani rasa kuah tu sedap jugak, ada rasa pedas pedas sikit & portion banyak okay! Kira berbaloi dengan harga tu. Untuk set yang ni boleh pilih sama ada nak ayam, daging atau pun seafoo and harga lain lain lah untuk setiap jenis tu. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Cheese Dakgalbi (RM26.50)
Cheese Dakgalbi ni lah yang jadi pilihan Nani hari tu. Sekali sampai kemain banyak padahal order yang saiz kecil aje. Jenuh nak habiskan nasi tu okay. Istimewanya Cheese Dakgalbi dengan Sopoong ni dia orang hidangkan dekat kita sekali dengan hot pan tu. Kira sampai dah habis makan pun, still lagi panas dan berasap. Gitu. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
Pada Nani rasa dia not bad lah cuma sos yang warna merah tu (I tak tahu nama dia apa) dia orang terletak banyak sangat kot so rasa dia macam spoil sikit. Cheese tu pun ada campur dengan telur so bila makan ala ala telur dadar bersalut cheese. Hahaha! Tapi sedap lah jugak, portion pun banyak sangat sangat. Kalau perut tengah kosong rasanya boleh aje kot habiskan semua ni. Korang yang mana memang peminat Korean Food tu boleh lah try makan dekat Sopoong ni pulak. Banyak jugak menu yang ada dekat sini. Boleh check it out dekat mana cawangan dia orang okay. Nani hari tu pergi yang dekat Melawati Mall. Heheh. Next, rasa nak makan ayam goreng Korea pulak. Misi mencari ayam goreng Korea bermula. Eh? πŸ˜†

Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa, so hari ni Nani nak kongsikan salah satu cadangan tempat berbuka untuk bulan Ramadhan nanti. Korang dah ready ke belum nak sambut bulan Ramadhan ni? Heheh. Untuk pengetahuan korang, Laman Kayangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 ni menyediakan lebih kurang 88 jenis hidangan dengan menggunakan konsep Kembara Selera Memikat Jiwa. Dekat sini lah korang boleh jumpa dan makan macam macam jenis menu yang famous dekat negeri negeri lain seperti Kacang Pool Larkin, Mee Kari Nyonya dan banyaaak lagi lah. Paling best sekali dia orang punya Signature Dish lah iaitu Sup Tulang Merah dan jugak Nasi Arab Kambing Golek. Jaraaang sangat okay jumpa sup tulang merah dekat mana mana buffet Ramadhan dan itu lah antara kelainan yang diketengahkan oleh pihak Laman Kayangan. Kiranya memang berbaloi sangat lah berbuka dekat sini sebab macam macam menu ada. Jom tengok menu menu yang akan dihidangkan untuk bulan Ramadhan nanti. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam

Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Arab Kambing Golek. 
Menu ni memang akan sentiasa jadi pilihan utama. Betul takk? Dekat mana mana tempat pun, kambing golek ini lah yang dicari cari. Heheh. Serius korang memang wajib try Nasi Arab Kambing Golek dekat sini sebab nasi dan daging tu lembut sangat.  Sedap! 
Sup Tulang Merah.
Kalau tak silap Nani, Sup Tulang Merah ni famous dekat area Singapore & Johor. Tapi tak payah susah susah nak pergi sana dah sebab dekat Laman Kayangan pun ada. Makan pulak dengan roti tu memang ngam sangat. Hari tu first time Nani makan Sup Tulang Merah, sedap rupanya. Korang yang tak pernah cuba tu, boleh lah nanti berbuka dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Kabuli.
Selain daripada Nasi Putih, Nasi Arab, korang boleh jugak menikmati hidangan Nasi Kabuli dan jugak Nasi Daging. Senang cerita, rasa lah semua sebab nasi dia orang lembut sangat sangat. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Daging. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Dekat sini jugak terdapat pelbagai pilihan masakan melayu seperti Daging Masak Lemak, Ayam Kalio, Daging Masak Merah dan macam macam lagi lah. Mostly menu dekat sini macam menu yang selalu kita makan bila berbuka dekat kampung. Heheh. Mana yang rindu air tangan ibu tu, boleh lah masukkan Laman Kayangan ni dalam list korang siap siap. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Mee Kari Nyonya & Mee Wantan. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Mee Kari Nyonya. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Kacang Pool Larkin.
Bila sebut Kacang Pool Larkin ni, memang ramai lah yang tahu kesedapan dia macam mana. Korang yang rindu nak makan kacang pool tu, boleh lah datang sini. Rasa dia memang lebih kurang dengan yang dekat Larkin sana. Ini pun antara makanan yang agak 'rare' jugak pada Nani. Susah kot nak jumpa yang sedap kalau dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Pelbagai jenis hidangan buah buahan dan jugak kuah rojak. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Antara minuman istimewa di Laman Kayangan Shah Alam iaitu Teh Ais Kaw, Air Limau Asam Boi, Air Jagung dan Air Sirap. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Dessert. 
Dessert ni pun antara tarikan utama jugak dekat sini. Kuih muih tradisional, puding, roti, kek, semua lah ada. Paling Nani suka churros dia orang, lembut dan tak kedekut langsung coklat. Heheh. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Cream Puff. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Egg Tart, Cheese Tart & Kek Coklat. 
Selain daripada menyajikan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan menarik, pihak Laman Kayangan jugak menyediakan pelbagai lagi kemudahan lain untuk para pengunjung. Antaranya tempat parking yang luas dan percuma, surau untuk bersolat dan jugak dewan makan yang berhawa dingin. Memang selesaa sangat lah untuk kita berbuka puasa dengan family dan kawan kawan dekat  Laman Kayangan Shah Alam ni. Paling syok, kita jugak akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal. Harga untuk Buffet Ramadhan pulak korang boleh check it out dekat bawah ni. Book lah awal awal okay untuk dapatkan harga yang lebih murah. Jangan lupa masukkan Laman Kayangan Shah Alam ni dalam list korang untuk berbuka puasa nanti. 
Harga Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Early bird (Pembelian sehingga 16 Mei 2018)
RM 50 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Harga Biasa
RM 65 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Pakej Korporat
πŸ’™Beli 50 Meja 
Percuma :
+ 500 Cenderahati Istimewa
+ PA System & Projector
+ 5 Hamper
πŸ’™Beli 10 Meja
Percuma :
+ 1 Meja
+ 100 Cenderahati Istimewa
Untuk membuat tempahan boleh hubungi:
En. Azahari : 019-233 1351
Pn. Hasmal : 019-250 3090/012-253 3973




Pulut Kuning

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Hujung minggu maksudnya hari bermalas malasan. Hahah! Kalau tak ada kerja bertimbun boleh lah nak bermalas malasan tapi kalau kerja banyak, memang cari penyakit lah cerita dia kan. Bila mood rajin datang, hari Sabtu pun gigih update entry. Jarang jarang okay berlaku. Hahah! Sementara ada banyak masa terluang ni boleh lah nak update entry sekejap. Hari tu Nani ada tertengok pulut kuning yang Zarina Zainuddin jual dekat Instagram. Kak Amy pun pernah jugak tulis entry pasal pulut kuning Zarina Zainuddin ni. Serius nampak sedap sangat korang nak nak time dia close up rendang tengah mendidih tu. Mula mula ingat nak beli jugak dengan dia tapi mengenangkan ada minimum order, terus jadi problem sikit. Hahah. Iye lah, kawan kawan Nani tak minat sangat pulut ni semua plus harga dia pun dalam RM 10 ke atas kalau tak silap. Even harga agak mahal tapi feedback semua cakap sedap. Nani pulak sejenis manusia yang tak berkira sangat bab makan. Dah kalau nak rasa, beli aje lah kan. Heheh. Makanya terpaksa lah daku pendamkan dulu niat hati nak makan pulut kuning Zarina Zainuddin. Next time lah kita try yang tu. 
Nasib baik baru ni dekat kafe ada jual pulut kuning & rendang ayam. Okay, dah ngam sangat ada dua ni buat makan pagi + lunch. Mula mula fikir dua tiga kali jugak nak beli sebab takut tak sedap. Pulut ni walaupun nampak senang nak buat tapi kadang kadang ada jugak yang tak berapa menjadi. Tak berapa masak lah, kurang santan lah. Heheh. Mujur yang ni sedap, boleh lah nak makan.
Rendang ayam pun sedap sebab mak cik tu ada letak hirisan daun kunyit. Portion pun banyak sampai boleh makan time lunch. Next time boleh lah makan lagi kalau teringin. Heheh. Kira berbaloi lah lima ringgit Nani beli pulut kuning dengan rendang ni hari tu. Hahah! Lima ringgit pun berkira kalau tak sedap (zaman serba serbi mahal ni terpaksa lah berkira sikit. Eheh). Korang dah breakfast ke tu? Apa plan nak buat weekend ni? 😊

Random People

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Lately ni serius mood kelaut dalam. Hahah! Mungkin sebab penat sangat & tak cukup rehat, mood pun swing semacam. Dia punya mood swing tu sampai semalam Nani dah terpaksa menyusahkan orang lain. Kisahnya semalam Nani ada kelas dari pagi sampai pukul tujuh lebih macam tu. Bila kelas pack dari pagi ni memang balik tu mata nampak katil aje lah. Hahah πŸ˜† Tapi sebelum balik tu sempatlah singgah beli makanan sekejap. Bila makanan tu dah siap, boleh pulak time Nani nak ambil plastik tu tertolak sebekas sudu dengan garfu dekat kaunter nak bayar tu. Masa tu jangan cakap lah malu dia macam mana. Dah lah sudu dengan garfu yang jenis besi punya, malu weh orang tengok. Lepas tu kesian jugak dekat dia orang sebab terpaksa kutip padahal Nani yang buat jatuh. Nak tolong kutip tapi terjatuh masuk dekat bahagian dalam kaunter dia orang bukan jatuh depan Nani. Banyak kali minta maaf sebab rasa serba salah gila. Nani pulak semalam time order tak senyum langsung sebab penat sangat rasa, otak pun serabut semacam. Lagi berganda ganda rasa serba salah. Terus rasa apa benda lah yang aku dah buat ni. 
Tapi abang yang jaga kaunter tu baik sangat, tak marah langsung even dah terpaksa tambah kerja dia orang kena kutip sudu dengan garfu yang jatuh tu. Dia siap cakap "Don't worry. We are human right? Sometimes we make mistakes." (Abang tu foreigner okay bukan saja saja dia nak cakap English. Hahah!) Terdiam sekejap Nani lepas dia cakap macam tu. Kadang kadang ayat yang keluar daripada random people macam ni lah yang akan buat kita ingat selalu. Tapi serius rasa bersalah gila sebab menyusahkan dia. Dah lah sebelum tu senyum pun tidak. Apa benda entah punya perangai. Lesson learnt! Lepas ni jangan nak sombong sangat dengan orang, sebab boleh jadi orang tu lah yang akan tolong kau nanti. Jumpa dengan orang yang baik baik macam ni pun kira rezeki jugak. Buatnya dekat situ mak cik ke yang jaga kaunter, rasanya mendapat dah kot jelingan maut sekali dua. Hahah!
Moralnya dekat sini, tak kira lah buruk macam mana sekali pun hari yang kita lalui, buat lah baik dengan orang lain dan layan dia orang dengan sewajarnya. Bukan kita sorang aje yang ada problem dekat atas bumi ni, setiap orang tu ada bahagian dia masing masing. Mana tahu, entah entah ujian dia lagi besar daripada kita. Kalau tak ada ujian, pelik lah tu. Paling senang, senyumlah selalu. Nani pun cakap dekat diri sendiri jugaklah ni. Seriously, walaupun kesalahan hari tu rasa macam kecik aje, tapi boleh jugak jadikan pengajaran untuk diri sendiri. Kadang kadang benda yang kecik macam ni lah boleh buat kita tersedar semula. Penat sikit aje pun tapi dah layan orang macam nak tak nak. Tapi macam yang abang tu cakap lah, kita manusia memang tak lari daripada buat kesalahan. Apa yang membezakan kita semua sama ada kita jadikan kesalahan tu untuk baiki diri jadi lebih baik atau ulang buat benda yang sama. Gitu. Semoga korang belajar sesuatu dari entry Nani hari ni. Hiks. Have a good weekend everyone! 

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

Assalamualaikum & Hello.
Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa
klik SINI untuk join 

Hello April!

Assalamualaikum & Hello.
Hai koranggg! Rasa macam dah lama betul tak update blog, tup tup dah masuk bulan April. Heheh.  Serius cepat gila masa berlalu tambah pulak kalau sibuk dengan timbunan kerja memang phew! Sedar sedar dah 1 April. Dah semakin hampir ke pertengahan tahun ni, macam mana wishlist korang yang awal tahun haritu? Ada yang dah tercapai ke belum tu? Nak nak kalau wishlist nak kurus. Ehhh! Hahah! Kalau tanya Nani, memang banyak lagi wishlist yang tak terbuat. Sibuk sangat sampai rasa nak menangis. Update blog pun jaaaarang sangat sekarang. Rindu masa boleh relax tak ada kerja macam dulu dulu. Nak senang kan, kena la bersusah susah sekarang sampai masa tidur pun terpaksa korbankan. Mata pun dah berkilo kilo eyebag, serupa panda πŸ˜† Sebab tu lah kadang kadang weekend nak jugak keluar walaupun sekejap. Itu aje lah terapi nak bagi release sikit stress dan segala macam benda dalam kepala ni. Jalan jalan shopping mall tu kira terapi jugak okayy! Heheh. Kadang bukan nak beli apa sangat pun, tapi suka nak jalan jalan ambik angin luar. Gitu. Movie pun lama dah tak layan, cerita apa entah yang best pun tak tahu. Bila entah my schedule nak kembali semula macam dulu. 
 Selalunya bulan April dengan Mei ni memang paling ditunggu tunggu lah oleh Nani. Sebabnya akan ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Heheh. Antara event yang paling ditunggu tunggu setiap tahun sebab time ni lah harga buku semua jadi murah okay! Rugi kalau tak grab banyak banyak lepas tu membebel sorang sorang tak ada space nak letak. Hahah! 
Macam biasa, PBAKL dekat PWTC lah setiap tahun, tempat yang paling senang nak pergi sebab dekat dengan LRT. Nak makan pun senang sebab ada Sunway Putra Mall. Nani memang prefer dia orang buat dekat PWTC. Hari tu pernah sekali dia orang buat dekat MAEPS tapi macam kecik sikit  area situ dan susah nak pergi sebab tak ada public transport. Tak best sangat macam dekat PWTC. Nasib baik lah tahun tu aje buat dekat MAEPS, lepas tu pindah semula dekat PWTC. Start 27 April ni tapi tak decide lagi nak pergi hari apa. Nak tengok dulu bila ada fav penulis, baru kita pergi. Selalunya memang weekend aje lah yang free nak pergi. Korang yang peminat buku tu, boleh lah pergi PBAKL ni nanti. Kalau nampak Nani say hi okay! Eh? πŸ˜†
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page