Assalamualaikum & Hello.
Hai koranggg! Rasa macam dah lama betul tak update blog, tup tup dah masuk bulan April. Heheh. Serius cepat gila masa berlalu tambah pulak kalau sibuk dengan timbunan kerja memang phew! Sedar sedar dah 1 April. Dah semakin hampir ke pertengahan tahun ni, macam mana wishlist korang yang awal tahun haritu? Ada yang dah tercapai ke belum tu? Nak nak kalau wishlist nak kurus. Ehhh! Hahah! Kalau tanya Nani, memang banyak lagi wishlist yang tak terbuat. Sibuk sangat sampai rasa nak menangis. Update blog pun jaaaarang sangat sekarang. Rindu masa boleh relax tak ada kerja macam dulu dulu. Nak senang kan, kena la bersusah susah sekarang sampai masa tidur pun terpaksa korbankan. Mata pun dah berkilo kilo eyebag, serupa panda π Sebab tu lah kadang kadang weekend nak jugak keluar walaupun sekejap. Itu aje lah terapi nak bagi release sikit stress dan segala macam benda dalam kepala ni. Jalan jalan shopping mall tu kira terapi jugak okayy! Heheh. Kadang bukan nak beli apa sangat pun, tapi suka nak jalan jalan ambik angin luar. Gitu. Movie pun lama dah tak layan, cerita apa entah yang best pun tak tahu. Bila entah my schedule nak kembali semula macam dulu.
Selalunya bulan April dengan Mei ni memang paling ditunggu tunggu lah oleh Nani. Sebabnya akan ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Heheh. Antara event yang paling ditunggu tunggu setiap tahun sebab time ni lah harga buku semua jadi murah okay! Rugi kalau tak grab banyak banyak lepas tu membebel sorang sorang tak ada space nak letak. Hahah!
Macam biasa, PBAKL dekat PWTC lah setiap tahun, tempat yang paling senang nak pergi sebab dekat dengan LRT. Nak makan pun senang sebab ada Sunway Putra Mall. Nani memang prefer dia orang buat dekat PWTC. Hari tu pernah sekali dia orang buat dekat MAEPS tapi macam kecik sikit area situ dan susah nak pergi sebab tak ada public transport. Tak best sangat macam dekat PWTC. Nasib baik lah tahun tu aje buat dekat MAEPS, lepas tu pindah semula dekat PWTC. Start 27 April ni tapi tak decide lagi nak pergi hari apa. Nak tengok dulu bila ada fav penulis, baru kita pergi. Selalunya memang weekend aje lah yang free nak pergi. Korang yang peminat buku tu, boleh lah pergi PBAKL ni nanti. Kalau nampak Nani say hi okay! Eh? π
Kak ana pun plan nak ke PBAKL tahun ni. Dah 2 tahun tak pergi. Nak survey buku apa nak cari dulu.
ReplyDeleteJom kak Ana pergi sama sama. Heheh. Sama lah, Nani pun survey dulu siap siap. Senang tak kalut nanti, dah lah ramai orang. Fuhh!
DeleteJarang keee? Tapi Nad rasa macam kak Nani kerap je update entry. Hehehe bukan main happy dia cerita pasal pesta buku tu yee.
ReplyDeleteHahahah! Dah jaraaang Nad, tak macam dulu. Busy busy T_T
Deleteada eh Nani tahun ni kat pwtc, kak ana pun sejak anak-anak dah tak sekolah ni tak rajin dah pi PBAKL ni
ReplyDeleteAda kak Ana, sebelum puasa dia orang buat. Heheh :)
DeleteSama macam akak bila buku dah banyak tak tahu nak letak mana lagi dah.
ReplyDeleteKann kak Sue, lepas tu masuk kotak simpan. Hahah.
DeleteSelamat april. Pls be kind ye april
ReplyDeleteTrueee! :)
Deletewelcome april means tak lama lagi bulan puasa..have a nice weekeend adik nani hihi
ReplyDeleteItu lah kak El, sekejap aje masa berlalu. Tak lama dah nak puasa.
DeleteJom dedate dgn akak masa PBAKL nani. Dah lama x beli buku
ReplyDeleteJom! Nanti WhatsApp nak pergi hari apa. Heheh.
DeleteJom jom g pesta buku nanti
ReplyDeleteJom! Nani memang tiap tahu tak pernah tak pergi. Hahah!
DeleteCepatnya masa berlalu kan.. dah bulan 4 dah..
ReplyDeleteTu lah, tak lama lagi nak puasa dah :)
DeleteSemoga bulan nk lagi baik daripada bulan lepasπ
ReplyDeleteInshaAllah :)
Deletealaaa bestnyaaa pesta buku. nak pergi jugak tapi jauhhh T-T
ReplyDeleteApa lagi, misi pujuk abi bermula. Hahah!
DeleteOkay, kalau kita jumpa, say Hi tau :)
ReplyDeleteYasss! Hahah! Bukan setakat say Hi ni, ajak lunch terus :)
DeleteCepat je dah April kan,..nanti tau2 dah puasa, dah raya :)
ReplyDeleteKann kak Farrah, rasa baru lagi.
DeleteApril pun dh nak berlalu.. sekejap ja nak masuk ramadan dah.. <3
ReplyDelete