Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa, so hari ni Nani nak kongsikan salah satu cadangan tempat berbuka untuk bulan Ramadhan nanti. Korang dah ready ke belum nak sambut bulan Ramadhan ni? Heheh. Untuk pengetahuan korang, Laman Kayangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 ni menyediakan lebih kurang 88 jenis hidangan dengan menggunakan konsep Kembara Selera Memikat Jiwa. Dekat sini lah korang boleh jumpa dan makan macam macam jenis menu yang famous dekat negeri negeri lain seperti Kacang Pool Larkin, Mee Kari Nyonya dan banyaaak lagi lah. Paling best sekali dia orang punya Signature Dish lah iaitu Sup Tulang Merah dan jugak Nasi Arab Kambing Golek. Jaraaang sangat okay jumpa sup tulang merah dekat mana mana buffet Ramadhan dan itu lah antara kelainan yang diketengahkan oleh pihak Laman Kayangan. Kiranya memang berbaloi sangat lah berbuka dekat sini sebab macam macam menu ada. Jom tengok menu menu yang akan dihidangkan untuk bulan Ramadhan nanti.
Nasi Arab Kambing Golek.
Menu ni memang akan sentiasa jadi pilihan utama. Betul takk? Dekat mana mana tempat pun, kambing golek ini lah yang dicari cari. Heheh. Serius korang memang wajib try Nasi Arab Kambing Golek dekat sini sebab nasi dan daging tu lembut sangat. Sedap!
Sup Tulang Merah.
Kalau tak silap Nani, Sup Tulang Merah ni famous dekat area Singapore & Johor. Tapi tak payah susah susah nak pergi sana dah sebab dekat Laman Kayangan pun ada. Makan pulak dengan roti tu memang ngam sangat. Hari tu first time Nani makan Sup Tulang Merah, sedap rupanya. Korang yang tak pernah cuba tu, boleh lah nanti berbuka dekat sini.
Nasi Kabuli.
Selain daripada Nasi Putih, Nasi Arab, korang boleh jugak menikmati hidangan Nasi Kabuli dan jugak Nasi Daging. Senang cerita, rasa lah semua sebab nasi dia orang lembut sangat sangat.
Nasi Daging.
Dekat sini jugak terdapat pelbagai pilihan masakan melayu seperti Daging Masak Lemak, Ayam Kalio, Daging Masak Merah dan macam macam lagi lah. Mostly menu dekat sini macam menu yang selalu kita makan bila berbuka dekat kampung. Heheh. Mana yang rindu air tangan ibu tu, boleh lah masukkan Laman Kayangan ni dalam list korang siap siap.
Mee Kari Nyonya & Mee Wantan.
Mee Kari Nyonya.
Kacang Pool Larkin.
Bila sebut Kacang Pool Larkin ni, memang ramai lah yang tahu kesedapan dia macam mana. Korang yang rindu nak makan kacang pool tu, boleh lah datang sini. Rasa dia memang lebih kurang dengan yang dekat Larkin sana. Ini pun antara makanan yang agak 'rare' jugak pada Nani. Susah kot nak jumpa yang sedap kalau dekat sini.
Pelbagai jenis hidangan buah buahan dan jugak kuah rojak.
Antara minuman istimewa di Laman Kayangan Shah Alam iaitu Teh Ais Kaw, Air Limau Asam Boi, Air Jagung dan Air Sirap.
Dessert.
Dessert ni pun antara tarikan utama jugak dekat sini. Kuih muih tradisional, puding, roti, kek, semua lah ada. Paling Nani suka churros dia orang, lembut dan tak kedekut langsung coklat. Heheh.
Cream Puff.
Egg Tart, Cheese Tart & Kek Coklat.
Selain daripada menyajikan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan menarik, pihak Laman Kayangan jugak menyediakan pelbagai lagi kemudahan lain untuk para pengunjung. Antaranya tempat parking yang luas dan percuma, surau untuk bersolat dan jugak dewan makan yang berhawa dingin. Memang selesaa sangat lah untuk kita berbuka puasa dengan family dan kawan kawan dekat Laman Kayangan Shah Alam ni. Paling syok, kita jugak akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal. Harga untuk Buffet Ramadhan pulak korang boleh check it out dekat bawah ni. Book lah awal awal okay untuk dapatkan harga yang lebih murah. Jangan lupa masukkan Laman Kayangan Shah Alam ni dalam list korang untuk berbuka puasa nanti.
Harga Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Early bird (Pembelian sehingga 16 Mei 2018)
RM 50 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Harga Biasa
RM 65 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Pakej Korporat
💙Beli 50 Meja
Percuma :
+ 500 Cenderahati Istimewa
+ PA System & Projector
+ 5 Hamper
💙Beli 10 Meja
Percuma :
+ 1 Meja
+ 100 Cenderahati Istimewa
Untuk membuat tempahan boleh hubungi:
En. Azahari : 019-233 1351
Pn. Hasmal : 019-250 3090/012-253 3973
Pn. Hasmal : 019-250 3090/012-253 3973
ini kegembiraan semasa berbuka puasa (^_^)
ReplyDeletetgk gambar pun terliur..hihi
ReplyDeleteAkak tak pernah lagi makan kat Laman Kayangan ni..ramai cakap sedap dan harga berbaloi..nanti akak nak cuba la..murah nampaknya tu ha
ReplyDeleteSemua menu sedap sedap belaka. Kene cepat2 book awal sementara murah lagi harganya.
ReplyDeleteteh ais kaw tu yg nmpk dlu..jrg ada air tu kt buffet ramadhan hehe....hausss plak
ReplyDeletewaduh nani, mmg sesuai harga ngn menu2 yg ada... semua nampak menggiurkan tekak nih
ReplyDeleteSup tulang merahhhh. Ha, yg ni akak x pernah try. Sedapnya nampak.
ReplyDeleteTerasa-rasa kacang pool Larkin yg sedap tu..mmg puashati hidangan diaorg ni dan harga pun berbaloii kan
ReplyDeleteMeriah haaa menu-menu yang ada. Kacang pool larkin tu plg menarik perhatian.
ReplyDeletewahhh sedapnyaa. pelbagai jenis menu ada ni haa. harga pun brpatutan,,
ReplyDeletewahh meriahhnyaaaa. variasi menu menu yang disediakan.
ReplyDeleteUyul Rosli | JDTBlogger & AFBDotMy
bestnyaaa. meriahhhh! busyra trtarik dengan Kacang Pool . hehe
ReplyDelete