Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Berbaki dua hari lagi sebelum kita melangkah ke bulan Ramadhan. Tak sabaar! Macam biasa lah, bila bulan Ramadhan ni mesti akan ada masa yang kita rasa nak berbuka dekat luar kan, sama ada dengan family tak pun kawan kawan. So hari ni Nani nak share dengan korang salah satu Buffet Ramadhan yang agak murah dan berbaloi untuk korang cuba di Shah's Village Hotel Petaling Jaya. Macam macam jenis menu ada dekat sini tau, harga pun sangat berpatutan. Kalau korang nak tahu, untuk tahun ni, Shah's Village Hotel berkolaborasi dengan Syria Care Malaysia. Setiap pembelian kupon Buffet Ramadhan di Shah's Village Hotel, sebanyak RM 7 akan didermakan kepada mereka yang memerlukan di bumi Syria. Kiranya kita membeli sambil menderma lah. Jom tengok antara hidangan Buffet Ramadhan di Shah's Village Hotel ni. Paling Nani suka, menu dekat sini akan bertukar tukar mengkikut minggu.
Lokasi Shah's Village Hotel
Lokasi hotel ini sememangnya sangat mudah dan senang untuk kita pergi tau. Kalau korang rasa malas nak drive, boleh aje menggunakan LRT untuk ke Shah's Village Hotel. Hotel ini memang berdekatan dengan LRT Taman Jaya. Korang cuma perlu berjalan kaki aje untuk ke sini. Kalau korang familiar dengan area Petaling Jaya, hotel ni berada di sekitar Amcorp Mall dan A&W Petaling Jaya (Jalan Sultan).
Menu di Shah's Village Hotel
Terdapat lebih daripada 30 jenis menu yang ada di Shah's Village Hotel ni berkonsepkam makanan tempatan. Antara hidangan yang menjadi tarikan utama ialah Nasi Briani, Nasi Bukhra, Nasi Mandi, Mee Rebus, Laksa, Mee Goreng, Ayam Bakar, Kambing Bakar & sebagainya. Tak kurang juga dengan pelbagai jenis pilihan kuih muih tradisional seperti kuih seri muka, kuih kaswi, onde onde. Fuhh memang puas hati berbuka dekat sini sebab banyak sangat pilihan makanan yang ada.
Harga Buffet Ramadhan di Shah's Village Hotel:
Dewasa: RM 60.00
Warga Emas: RM 45.00
Kanak Kanak: RM 40.00
Kalau korang nak dapatkan diskaun sebanyak RM 10 (per person), korang boleh lah membuat tempahan awal okay. Buffet Ramadhan di Shah's Village Hotel Petaling Jaya bermula dari 6 May 2019 sehingga 3 Jun 2019 (7 petang sehingga 10 malam).
ANTARA JUADAH BUFFET RAMADHAN DI SHAH'S VILLAGE HOTEL
Meriah kan dengan macam macam makanan ada. So jangan lupa untuk membuat tempahan berbuka puasa di sini. Nani boleh katakan ini antara hotel yang menawarkan pakej Buffet Ramadhan dengan harga yang agak murah & berbaloi. Makanan pun banyakk wakk, hah makan lah sampai kenyang dekat situ. Hahah! Untuk membuat sebarang tempahan, korang boleh hubungi nombor yang tertera dekat bawah ni okay. Selamat berhujung minggu & salam Ramadhan semua!
Pn. Azza: 017 203 7559
Pn. Natalia: 017 2020950
Pn. Zaila: 012 674 5612
Lama xmkn lala.. Sedapnya.. Bln puasa nanti sure rambang mn 1 nk mkn tu
ReplyDeleteSedap kan lala. Itu lah tu, bila puasa ni tekak rasa nak makan macam macam sudahnya nanti tak termakan pun semua. Heheh.
Delete