Pezzo di Nu Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Dulu dah pernah nampak Pezzo ni dekat Mid Valley tapi tak pernah pun terfikir nak beli dan rasa. Bukan apa, selalu tengok krik krik aje, tak ramai pun orang beli. Terus lah expectation Nani yang pezzo ni tak berapa nak sedap. Suka betul dia buat conclusion sendiri. Huhu. Nani selalu macam tu tau, tengok aje macam hambar mesti fikir banyak kali nak beli ke tidak. Tapi baru ni kirim lah jugak dengan kawan belikan pezzo sebab masa tu teringin nak makan pizza. Hahah! Konon kan dulu tak nak beli tiba tiba bila dah tak ada choice lain, itu jugak yang dicari. Area NU Sentral ni memang tak ada Domino's apatah lagi Pizza Hut. Yang ada Pezzo aje okay! So beli aje lah apa yang ada kan. Lagi pun dah malam, malas nak fikir makanan lain πŸ˜† 
Pezzo di Nu Sentral
Pezzo ni sama aje macam Pizza Hut dengan Domino's tu cuma Pezzo ni mahal lah sikit. Tapi yang best nya boleh beli satu slice macam dekat bawah ni. Kadang kadang Nani ni kalau beli yang empat slice tu pun tak berapa nak habis. Daripada membazir tu kan, baiklah beli satu slice aje. Kalau tanya kenyang ke tidak, memang lah jawapannya tak! Hahah! Baru nak rasa kan, tak boleh beli banyak banyak nanti tak ada orang makan bila tak habis. 
Pezzo di Nu Sentral
Nani dah tak ingat yang ni flavour apa. First time rasa terus terkeluar perkataan sedap. Hahah! Itu lah dulu jual mahal sangat konon tak sedap lah, tak ramai orang beli lah. Terus menyesal sebab kirim beli satu slice aje. So, moral of the story, walaupun tak ramai orang beli tak semestinya tak sedap. Pada Nani semua secukup rasa, besar pun iye jugak satu slice ni. Pezzo ni mahal sikitlah dalam RM7.90 satu slice. Ada banyak flavour, korang boleh lah try tengok dekat website dia orang. Nani cuma tahu dua cawangan dia orang aje dekat Mid Valley dengan Nu Sentral. Korang dah pernah try ke pezzo ni?

22 comments:

  1. Pezzo ni mmg sedap. Blh tahan juga laa. Ada 2 je yg echa suka tapi tak ingat nama. Big daddy n bbq agaknya hehehe πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Nani first time rasa terus jatuh cinta. Hahah! Lepas ni boleh lah repeat lagi beli :)

      Delete
  2. mmg tak penah try heheheh
    tp kalau kebetulan kedai tu ada depan mata tingin jgk nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak. Nani pun hari tu first time rasa.

      Delete
  3. sedap ye? kite pun macam awak juga, tengok tak ramai orang beli tu yg tak nak beli juge :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Nani dulu macam tu lah sebab tengok hambar. Hahah! Sedap, boleh lah try beli lepas ni.

      Delete
  4. 1St time dgr pezzo.. Oh bole beli 1 slice okla xde la membazir kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, yang best nya boleh beli ikut slice yang kita nak :)

      Delete
  5. wahh, menarik jugak pezzo ni. kalau jalan2 sorg teringin nak makan pun ok jugak kn?

    ReplyDelete
  6. ooo baru first time tahu pasal pezzo ni, order 1 slice takde lah nak membazir sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Su, Nani lagi suka boleh beli slice macam ni.

      Delete
  7. taksilap kalau keluar daripada nu sentral/kl sentral ada restaurant domino dekat depan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak perasan pulak. Nani selalu naik lrt kalau jalan jalan sana.

      Delete
  8. tak pernah try, kalau boleh beli slice gitu bagus juga

    ReplyDelete
  9. yum yum pizza....tak pernah sampai lagi Nu Sentral ni

    ReplyDelete
  10. Ada lalu tp tak pernah rasa lagi.. teringin pulak nak try la nanti. Thanks sharing Nani :)

    ReplyDelete
  11. Akak selalu lalu je dpn pezzo nie kt mid valley jugak..hihihi..bile lalu tuh takat tgk je la..lepas nie boleh buat pit stop kt situ mkn pizza..;)

    ReplyDelete
  12. firt time denga pezzo ni. msti sodappp ni :)

    ReplyDelete
  13. First time Siqah dengar Pezzo. Siqah pernah dua kali je ke Nu Sentral. Banyak gila kedai makan kat situ. Hii. Nanti next time nak cuba Pezzo pulak. Boleh beli satu slice je okaylah. Siqah kena beli lebih dari satu slice rasanya πŸ˜‚

    ReplyDelete
  14. Akak pun macam tu. Kalau tak nampak orang queue panjang nak membeli, kita buat conclusion sendiri makanan tu tak sedap!

    Pezzo ni pun akak baru nampak kat MV. Macam Nanilah tengok tempat kecil dan orang tak ramai akak assume tak berapa bestlah. Tapi next time mungkin boleh cuba juga ^_^

    ReplyDelete
  15. saya penah beli pezzo kat mid valley..beli sekali 2 lagi tu sedap nampak sedap sangat....memang berbaloi ngan harga dia !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page