20 Blog Bertuah Pilihan Random

Terima kasih kepada 88 blogger yang memeriahkan Segmen Bloglist Februari - Jun baru baru ni. 20 blog yang terpilih semuanya pilihan encik random so tak dek kompromi. Eheh :P yang tak terpilih jangan lah pulak pergi lari keliling kampung sampai nangis nangis. hahaha. nanti bulan enam aku buat lagi segmen kalau rajin. blog yang terpilih ni aku akan letak di bloglist bermula 1FFebruari ye sampailah penghujung jun nanti :)

20 blog bertuah ialah :D


Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis


Bismillahirahmanirrahim. hari ni acah - acah buat segmen. nanti ada rezeki lebih kita buat giveway pulak kann. jom sama - sama meriahkan segmen Cik Manis ni ^__^


syarat - syaratnya semudah ABC aje ^__^

1) Follow blog ini
2) Follow instagram tuan tanah kedaung ni * kalau tak nak pun tak pe 
3) Buat entri segmen ni 
4) Tinggalkan link blog di ruang komen


keputusan akan diumumkan setelah segmen tamat dengan bantuan encik Random ^__^ seramai 20 orang yang bertuah akan dipilih. ^__^






Terima Kasih Semua


Terima kasih kepada semua yang join segmen bloglist saya. malam nanti saya Akan update 20 blog yang bertuah. mohon semak SEMAK SENARAI PESERTA. kalau link blog tak tersenarai tinggalkan komen dekat bawah. 

Senarai Peserta Segmen Cik Manis

klik SINI untuk join :D

Terima kasih kepada semua yang sudi join. semak url blog masing masing dekat bawah ni ye. kalau tak dek tinggalkan di ruangan komen ^__^

89 You're next !



Kelebihan Exchange Feeds

hari lambat sikit ke udara sebab busy tahap mak mak mencari barang anak nak sekolah. Wohaaa. exchange feeds tu apa Nani? aku bagi contah lah senang sikit nak paham. hehehe. exchange feeds tu contohnya si A dengan si B. si A akan letak feeds si B dekat blog dia dan begitulah sebaliknya. boleh tengok dekat sidebar aku belah atas sekali. haaaa gituuu :) aku pun baru aje buat exchange feeds sebab kak Irra yang ajak & ada lah beberapa orang lagi yang join. 

KELEBIHAN EXCHANGE FEEDS
= Dapat tingkatkan traffic blog 
= Dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain
= Dapat memberi peluang untuk mebuat duit dengan blog

= Dapat berkongsi macam - macam 

boleh terjah blog kak Irra kalau nak baca apa lagi kelebihan exchange feeds ni. aku ni update seringkas ringkasnya ni sebab tak cukup masa. busy sangat sangat. hehehe. siapa yang berminat nak join exchange feeds ni boleh pm aku dekat facebook atau pun email pun boleh. 

Haipp sape tak join lagi segmen aku jom join cepat. Hari ni last day ^_^  malam nanti aku jalan jalan blog ngkorang ye. sekarang ni tak sempat nak jejak kasih semua lagi. Hahaha

Congo Bars


alkisahnya hari dulu tu hafiz hafizol pergi tayang gambar congo bars dekat instagram dia. aku ni dah lah spesis kalau terliur tu tak boleh tidak mesti nak jugak. kalau tak dapat boleh makan hati berulam jantung siang malam. over gila okay. hahaha. sebab terliur punya pasal lah aku gigih wassap orang yang jual tu pukul 11. 45 malam. mujur lah dia nak layan customer yang order memalam buta ni kan. memang tak menyempat nak tunggu hari esok. aku bukan apa dia cuma buat postage congo bars tu hari ahad dengan selasa aje. kalau aku tak order malam isnin tu aku kena tunggu ahad minggu depan pulak. huwaaa. terseksa batin ku nak menunggu lagi seminggu oihh so gigih lah jugak aku dengan muka tak tahu malu pergi order malam tu. senang aje nak berurusan dengan owner dia ni.
ini lah rupa congo bars nya. aku dah lama nak makan sejak tengok si qilah tunjuk dekat blog dia.tapi sebab malas gila nak menapak ke kedai cari barang untuk buat aku pendamkan aje lah hasrat nak makan tu. aku cadang kalau dia tak nak terima tempahan aku tu aku nak cakap yang nenek aku dekat kampung mengidam nak makan. hahaah. nasib baik dia terima walau pun dah tengah malam. Eheh ! semalam adalah abang pos laju tu hantar. abang pos laju sesat oiii kali ni nak cari rumah aku. siap call tanya rumah aku yang mana. first time tau abang pos laju ni sesat selama ni tak sesat pun. kalau rasa nak buat boleh terjah blog qilah sebab dia ada tunjuk satu satu cara nak buat. tapi kalau rasa malas nak buat pergi aje lah beli online pastu bank in. macam yang aku beli ni rm 7 exclude postage. memula aku ingat tujuh hengget tu include postage tau. hahaha melampau gila nak murah kan. nak beli congo bars ni boleh terjah dapor_owow dekat instagram.






Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin


klik SINI untuk join 


Choco Rice Ohsemm

sekarang ni femes benau pasal choco rice ni. bersepah sepah dekat instagram pasal choco rice yang memang jelas jelas menjejaskan keliuran aku. Eheh ! semalam pun kak Suria Amanda ada post dekat blog dia pasal choco rice. aku ni spesis yang memang tak boleh tengok makanan pelik pelik sebab tekak aku mudah sangat nak rasa. sebab nak makan punya pasal tapi tak nak beli jadi aku buat sendiri aje. Ecehh. ajet ajet pandai sangat buatnya. untuk aku makan sorang boleh lah buat kalau nak jual tak laku rasanya. resipi ni aku tengok dekat instagram. memang kebetulan betul dia keluar waktu aku nak sangat makan. :P
kalau ikut resipi yang sebenar mula mula nasi tu kena letak dalam microwave untuk dua jam & suhu paling rendah.tapi aku ni jenis yang tak menyempat aku letak dalam microwave dalam 20 minit dengan suhu yang paling tinggi. nampak tak betapa songsangnya aku buat resipi tu. hahaha :P ohhh kalau tak dek microwave atau oven boleh je jemur nasi tu tengah panas. dah siap letak dalam microwave tu goreng dalam minyak yang betul betul panas. bukan acah acah panas kang tak jadi pulak.
 
memang aku lah manusia yang paling jakun bila tengok nasi ni jadi macam keropok. Eheh ! bila makan tu memang bunyi krup krap krup krap. kalau tak percaya cubalah buat sendiri ^__^
 
dah siap tu ambiklah coklat kedburi ke coklat masakan ke ikut lah coklat apa pun cairkan coklat tu. aku guna double boiler. kalau tak nak guna coklat boleh jugak guna nutella. tapi sebab nutella mahal aku guna coklat kedburi. murahlah sikit dari nutella tuu.
lepas tu letak lah nasi yang dah jadi keropok tu dengan coklat atas dia. tapi pada aku muak gila kalau makan banyak banyak plus sakit gigi sebab nak kunyah keropok nasi tu. muahahahah :P aku makan sikit aje selebihnya sape ntah hari tu habiskan. aku tengok dalam peti ais tinggal bekas kosong aje. tapi kalau malas jugak nak buat boleh lah beli dekat instagram. tak dek lah mahal sangat pun harganya. semua mampu beli lagi.tapi sebab aku tengah kumpul duit nak berholiday kenkonon seringgit pun berkira. Ecehhh. boleh tengok dekat Chokoreetoo atau pun dekat Wardahdelightofficial. 


Sorry Bro Part II

ni sambungan dari kisah yang aku cerita dekat sini hari tu. kemahen tau engkorang cakap tu jodoh aku lahh. Haippp pandai sangat dia. Eheh ! baru ni dia ada call aku lagi sekali tapi masa tu aku tengah tido. Demmmm betul >__< henpon pulak dekat ruang tamu first depan ibu. ibu panggil aku cakap ada orang call tapi sebab aku macam pening pening lalat gitu aku malas nak bangun pergi ambik henpon. senang cerita aku sambung lena aku balik. mihmihmih :P kali kedua dia call ibu angkat sebab aku dengar ibu bercakap. takkan ibu nak cakap sorang sorang kan sah lah ibu yang angkat call tu. sekali lagi ibu panggil aku tapi aku buat tak tahu je sebab aku yakin dan pasti tu si misteri. tak sangka pulak betul firasat aku. 
stresss tahu bila orang dok mengacau hidup ni. 
aku dengar ibu cakap gini "awak ni siapa? rasanya awak ni salah number. anak saya nur inani awak nak cakap dengan dia ke?" cuak aku dengar bila ibu mention nama aku dekat dia. adehhh. masa tu nyesal pulak tak bangun ambik henpon tu sendiri. benda ntah dia cakap dekat ibu lepas tu aku pun malas nak tanya dah. ayat last aku dengar ibu bagi warning dekat dia "tak payah nak ganggu lagi number anak saya ni, kalau saya tahu awak kacau lagi siap awak." pehhhh. festime ibu jadi superheroin aku. Eheh :P lepas ibu bagi warning dekat dia terus mata aku segar gituu. aku tido dekat ruang tamu kedua so dengar lah sebijik sebijik benda ibu cakap dengan si stranger tu. sampai hari ni dah tak dek dia call aku. hidup aku kembali aman. Ecehhhh.



Asam Pedas Untuk Dia

sejak drama asam pedas untuk dia tayang dekat tv3 tu makin menjadi jadi pulak tekak aku nak makan asam pedas. Eheh ! kalau sempat aku layan drama tu aku layan lah kalau tak sempat gigih malam malam bukak tonton nak tengok. padahal nak cakap acah acah suka tengok shukri yahya berlakon nak nak part yang dia dok angkat kening tu. mohon encik taufik tak baca ni kang jelly pulak dia. *muntah pelangi * sebab tekak beria nak makan so aku buat jugaklah asam pedas yang memang sedap dan pedas bagi aku. tak salah puji masakan sendiri kan. Ecehhhh. mak mentua tengoklah bakal menantu mak ni dah pandai masak asam pedas. petanda nak kawen dengan orang johor ke atau pun kita ke melaka. jeng jeng jeng :P
nahhh belanja sekeping asam pedas versi aku. ^__^

aku rasa aku dah masak secukup rasa pedas garam apa semua tapi ibu boleh pulak tanya aku masak letak garam ke tidak. dah kenapaaa ibu? aku ingat ayat ibu macam ni " awak masak letak garam ke tidak. sebijik rasa macam makanan orang sakit" pfttttttt :P aku syak ibu dengan abah ni kuat makan garam. patutlah ibu dengan abah aku sokmo cakap " ibu dengan abah ni lebih banyak makan garam dari awak." memang sah lah dah ni. hahhaha :P sebab ibu dengan abah cakap tawar aku pun ambik mangkuk lain letak asam pedas + garam sikit. dah tak memasal asam pedas ada bermangkuk mangkuk atas meja.terliur nak makan asam pedas tapi malas nak buat? pergi lah terjah Chawan. aku bagi jaminan asam pedas dia memang terbaik. aku kalau bab bab makan memang aku tak pernah menipu tau. sentiasa tulus dan jujur gituu :P



RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

klik SINI untuk join :D



Mini Giveaway By azhafizah.com

klik SINI untuk join :D








Sorry Bro Kau Bukan Pilihan Aku

semalam tengah syok syok aku layan drama zahira episod last tetiba pulak ada orang call. memang lah kacau daun. Eheh ! aku jarang angkat nombor yang aku tak kenal ni. tapi sebab dia call sampai dua tiga kali memang sakit hati lah kan dengar. kacau aje aku tengok drama tu. nak tak nak angkat lah jugak panggilan entah sape sape tu. aku tanya dia nak cakap dengan siapa malam malam buta ni. boleh pulak dia pergi jawab "saya nak cakap dengan orang yang cakap dengan saya ni." memang nak lah aku layan spesis menggeletis macam kau. terus aku tekan butang merah. ingatkan insaf lah rupanya berkali kali dia call sampai aku terpaksa silent kan phone. Grrrrrrr :P 
sumber google

macam ni lah yang aku rasa malam tadi. dah lah kacau aku tengok zahira lepas tu kau nak menggula gula kan  hati aku dengan ayat kau yang tak berapa nak manis tu. memang tak lah aku nak layan. entah kau tu lelaki dari mana tetiba nak kenal dengan aku. hahahah. salah orang lah bro :P kalau dia sibuk jugak nak mengacau aku hari ni boleh tak aku nak cakap aku ni bini orang. muahahah :p tipu untuk menjaga keselamatan diri gittew. 



Ayam Panggang Ajaib


Resepi Ayam Panggang Mudah 

sebab sekarang ni bukan main semangat lagi nak diet kan so hari hari kena masak kukus grill panggang. kukus grill panggang. hahaha :P sebab tekak aku ni dah jemu gila asyik makan rebus rebus aje so malam tadi aku buat ayam panggang ajaib. ajaib sebab aku guna pemanggang ajaib. Eheh :P ni resipi orang tengah diet so tak letak lah bahan bahan yang terlarang dan dilarang macam gula madu atau segala mak nenek yang manis manis tuu :D

Bahan Bahan 

Resepi Ayam Panggang Mudah
mula mula ambik ketumbar goreng tanpa minyak dah siap goreng blender sampai halus. kalau malas nak blender banyak kali awak blender lah sekali bawang putih bawang merah halia sekali dengan ketumbar tu. tapi sebab saya rajin jadi saya blender asing asing. Muahahaha :P

Cara Caranya

Resepi Ayam Panggang Mudah
lepastu tuang lah atas ayam yang dah siap dibasuh dengan sempurna. kalau aku basuh ayam siap rendam dengan limau nipis lagi. :D peraplah selama mana ayam tu. macam aku ni perap dari lepas asar sampai lah ke malam. lagi lama perap lagi sedap.macam yang aku buat ni aku tambah sos lada hitam sikit dengan cili kisar. ohh encik garam jangan lupa.
Resepi Ayam Panggang Mudah
kalau rajin hidupkanlah dapur arang tu sebab lagi sedap aku rasa. tapi kalau spesis malas macam aku ni guna aje lah pemanggang ajaib yang ada. tak dek pemanggang ajaib gunalah oven ke microwave ke tak pun ikut suka lah nak guna apa. asalkan ayam tu masak dengan sempurna. Eheh :P aku suka letak perapan tu banyak banyak atas ayam.
Resepi Ayam Panggang Mudah
dah pun siap ayam panggang versi orang malas macam aku ni. sebab tengah diet kan nak tak nak kena masak sendiri. kalau beli dekat kedai kang takkan lah pulak nak pergi tanya satu satu dekat dia letak bahan apa dalam makanan tu. hahaha. :P




Kek Coklat Mengancam

semalam ada abam pos laju swasta ( Kangarroo ) singgah rumah. aku ingatkan dia salah rumah tapi memang betul betul berhenti depan rumah aku. aku rasa tak dek pulak aku order barang online dua tiga hari ni. tapi sebab dia dah bagi salam dua tiga kali aku pun keluarlah jugak. bagus abam ni sebab bagi salam bukan main tekan hon je. aku pun baru tahu ada pos laju nama Kangaroo ni. hahahah :P rupanya tu kek mak cik aku. dia bagi alamat rumah aku sebab abam posmen selalu tak jumpa rumah dia. erghh. macamlah mak cik aku tu duduk ceruk hutan kann. aku memula tak tahu pun tu kek. ibu cuma wassap je cakap bila barang tu dah sampai simpan dalam peti. dapat dekat aku dengan kotak kotak tu sekali aku sumbat dalam peti ais. 
sampai dah cair pun kek nyaa. buah stoberi pun penyet. hahahaha :P entah ke mana dah abam tu bawak kek ni pergi mahunya tak jadi macam tu. padahal pos dari batang kali aje pun. hehehe. gigih aku ambik gambar kek yang dah comot ni sebab mak cik aku nak tengok macam mana rupanya. kek tu tengah tengah dia ada layer cheese. 

yang ni pulak ada oreo atas kek. sama jugak comotnya. mak cik aku saje order sebab nak rasa macam mana. kalau dia boleh buat nanti dia malas nak pergi khusus buat kek ni dah. 

mak cik aku cakap kalau nak makan potong lah sikit. aku pun apa lagi carilah pisau potong. hahaha. tapi aku jamah sikit je. haippp. tengah projek nak buang lemak lemak tak perlu jangan nak tambah lagi lemak. hahaha. yang ada stoberi atas dia tu masam sikit rasa dia. yang ada oreo tu sedap gilaaa. tapi aku tahan je napsu nak makan. sayang pinggang oiii. kenot lah makan banyak banyak. event bulan enam tak lama dah ni. pejam celik pejam celik esok dah bulan enam. nak tahu event apa tunggu bulan enam. Eheh ! 



Photo Card GiveAway

klik SINI untuk join cepat cepat. Haipp. segmen ni sampai 26 ni aje. :D

Fuhhh. harap harap lahh dapat satu photo card. Eheh ! 



Jimat Lima Ringgit

minggu lepas aku pergi popular nak cari buku buku Diangnosis tapi out of stock lah pulak kann. cari punya cari buku last last sekali aku grab Catatan Matluthfi ni hah. dua puluh lima hengget sabuah buku ni. balik rumah aku tengok kawan aku beli online dapat dua puluh je. aku rasa nak buat demonstrasi perasaan tahu. hahaha. menyesal tak tengok yang online dulu. kalau tak mesti jimat dah lima ringgit duit aku boleh beli aiskrim paddle pop. sobssss. 
aku baru start baca buku ni. dia campur campur bahasa. ada cerita yang dalam bahasa omputeh ada jugak yang dalam bahasa melayu. tapi senang nak faham bahasa inggeris tu. jangan risau. heeeee :D


sejak tahun ni uncle paddle pop hari hari masuk taman perumahan aku ni jual aiskrim dia. aku pulak hari hari rasa nak beli. hahahah. memang lah tekak ni kann. nak makan eskrem mahal mahal je tahuu. yang murah murah tak nak pulak. Eheh ! demand kan tekak ai ni. muahahah selalu beli aiskrim yang ada kon gini tak pun magnum tu. aku rasa uncle paddle pop tu pun dah kenal aku sebagai pelanggan setia dia. hahaha. tapi tak pernah pun nak bagi eskrem percuma dekat aku. 




First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

klik SINI untuk join segmen cik Iman ni okayy. jom sama sama meriahkan ^__^
insan bertuah yang ditag :





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page