Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama

Assalamualaikum & Hello.
Dah sampai Penang kan, rugi lah kalau tak cari mee sotong terbaik dekat Padang Kota Lama. Sebab kawan Nani tu memang orang Penang, dia lah yang recommend makan dekat sini. Katanya yang paling famous dekat Padang Kota Lama ni, mee sotong dengan coconut shake. Mula mula Nani ingat memang ada kedai mee sotong aje dekat situ, rupanya dekat Padang Kota Lama ni, konsepnya macam foodcourt. So kalau tak nak makan mee sotong pun tak ada hal, dekat sini ada banyaaak sangat pilihan makanan. Tertunai lah jugak akhirnya keinginan nak makan mee sotong yang selalu sangat digembar gemburkan sedap tu. Eheheh πŸ˜‹
Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama
Nani pilih air kelapa dengan mee sotong. Plus Nani tak berapa minat sangat coconut shake. Portion sepinggan mee sotong ni tersangat lah besar. Nani hari tu pun puas jugak nak habiskan sepinggan ni hah. Kalau perut memang tengah kosong, memang ngam lah kalau order. Heheh. 
Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama
Ni first time Nani makan mee sotong dan yess sedap sangaaat. Memang menikmati sangat setiap suapan itu. Ewaah! Mee goreng tu memang 'mamak style' lah dan buat mee ni bertambah tambah lagi sedap sebab sambal sotong atas tu. Ada pulak taburan bawang goreng datas tu memang jatuh cinta terus hah. Sepinggan mee sotong ni cuma RM5, murahnya lahai. Dah lah dengan tak kedekutnya sotong, memang terbaiklah. Korang kalau ke Penang memang wajib makan mee stong dekat Padang Kota Lama ni. Recommended! 

13 comments:

  1. pernah mkn dulu ...sedap dan pedas

    ReplyDelete
  2. Tapi kakak takut tengok sambal tu banyaknya Nani
    Air kelapa tu yg best:) lagi kalau isi kelapa yg berjelly best!

    ReplyDelete
  3. adoi nani, masuk pula time hujan2 ni.. lapaq teruih aiihhh :)

    ReplyDelete
  4. sedapnye. murah tu rm5 tak kedekut sotong.

    ReplyDelete
  5. Masa adik akak duk penang dia selalu pi mkn kat sini..akak x sempat nak berjalan penang..

    ReplyDelete
  6. Fuhhh! Mee sotongnya,...menggoda betul!

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan lagi mee sotong ni.. teringin juga nak rasa nanti. Thanks sharing Nani :)

    ReplyDelete
  8. Terliurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Ya Allah tak pernah rasa mee sotong...malu akak jadi cucu penang tak pernah makan hahahhaha murahnya RM5...hempuk kepala kt dinding haha

    ReplyDelete
  9. nampak sedap !! nyum..nyum..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page