Jalan Jalan di Batu Feringghi

Assalamualaikum & Hello.
Sebelum ke Penang haritu ada jugak plan nak cari hotel area Batu Feringghi ni tapi lepas tengok harga per night ha laju laju cancel. Biasa lah kan hoteal area pantai ni mahal sikit daripada hotel hotel lain. Even tak dapat menginap dekat hotel area sini, tapi dapat jalan jalan pun dah syok apa. Nani pergi pagi so macam tak ada apa sangat. Orang meniaga pun nan hado tambah pulak masa tu weekdays kan. Pak cik driver bas tu pun sebenarnya dah bagi tahu eloknya pergi petang ke sini sebab meriah sikit tapi sebab Nani dah plan nak ke tempat lain sebelah petang, tu yang pergi jugak pagi. Pagi pun ramai jugak orang area pantai ni cuma orang menjual tak ada lah sangat. Heheh. Lagi pun tak kisah sangat kalau tak ada orang menjual, sebab tujuan utama pergi Batu Feringghi ni nak main air. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Cantikkk sangat kawasan pantai dekat sini, kalau dapat tengok hari hari memang best woo 😍 Nani hari tu memang tak teringat langsung nak bawa baju ke apa ke. Bila dah sampai sana tengok orang syok mandi, jeles jugak lah. Hahah! Terus rasa menyesal tak bawak baju. Sudahnya jalan jalan aje dekat gigi gigi air. Cewaaah! 😆 Tapi kalau dah dapat main air tu, dari celup celup kaki aje memula sudahnya basah jugak lah seluar. Gitu lah gaya orang jarang jumpa pantai. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Selfie satu kali. Jauh jugak kiterang berjalan hari tu. Gigih sangaaat lepas tu nak patah balik mula lah mengeluh tak larat 😆
Dah penat jalan jalan haruslah perut pun lapar kan. Tambah pulak pagi tu cuma makan roti canai sekeping. Nani dengan kawan makan dekat restoran depan Hotel Hard Rock, ingat nak cari laksa sekali tak siap lagi so order lah char kuey teow. Sepinggan ni RM8 tapi berbaloi jugaklah sebab sedap dan banyak udang, kerang apa semua tu. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Already miss this view. Tenang sangaaat. Dekat sini ada macam macam aktiviti boleh buat macam berkuda, naik bot, parasailing, yang penting kena ada duit aje. Ehehe. Hari tu ada jugak keinginan nak main parasailing tu tapi macam seram seram sejuk pulak. Hahaha! Biasalah I is kan selalu fikir benda yang bukan bukan 😆 Memang enjoy datang sini, dengan angin sepoi sepoi bahasa, bunyi ombak lagi, memang layaaan. Next time kalau ke Penang, boleh lah pilih menginap dekat hotel area sini pulak. Heheh. View memang  lawaaa 😊


20 comments:

  1. kami klu pi penang mmg selalu check belah feringgi tg bungah .. tp jem hamat ... nk keluar pun mls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Nani haritu ada jugak plan nak cari hotel area sini tapi sebab harga dia per night pun dah ratus ratus, tak jadi lah. Haha. Empat malam mau pergi ribuu harga dia. Next time pulak inshaAllah. Memang lawaa sini 😍

      Delete
  2. Batu feringgi memang lawa kan dik...x puas mata memandang...sejuk je hati lalu situ...wah char kuew tiawu tu mengoda sungguh...lama x pi penang syoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawaa sangat kak. Nani ni dah kah jarang jarang jumpa pantai, sekali dapat view yang lawa macam ni memang seronok lah.

      Delete
  3. Lawa juga pantaibnibya Nani 😃
    .
    Maznee pernah juga sampai sana
    .
    Dah lama
    .
    Ada dalam 8 tahun
    .
    Lama sangat dah
    .
    Mesti banyak perubahan.
    .
    Masa tu queensbay aeon mall baru je siap
    .
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Lama dah tu Mazni. Boleh lah dah kalau nak buat trip ke Penang. Hehee. Macam macam ada sekarang

      Delete
  4. Jgn kata Nani yg muda kakak ni lagilah gayat Nani memang tak beranilah:)
    Tak ramai pengunjung seronok buat kita tapi itulah tempat makan pulak tak meriah jualannya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Sebab hari bekerja kak, tu yang orang menjual tak ramai. Kalau weekend penuh jugak sini katanya.

      Delete
  5. lama gak tak ke penang, sedap nampak char kuey tiaw tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaaap! Kenalah dengan citarasa Nani. Heheh

      Delete
  6. batu feringghi ramai sangat.. kalau nak tenang better ke pantai kerachut.. hehehe.. nk pegi sana je dah kena jungle trekking sejam.. mmg x ramai sangat,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejam? Fuhh fuhh. Hahah. InshaAllah next time pulak.

      Delete
  7. hotel-hotel sekitar pantai batu feringgi memang agak mahal. p berjalan-jalan selain pantai, atas sikit dari tu ada taman rama-rama. Satu lagi yang best makan tepi pantai is rojak buah. Nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Su. Kalau nak duduk semalaman ok lah tapi kalau macam Nani hari tu pergi enpat hari, ribu jugak total hotel saja. Hahaha. Tak mampu lah. Oo tak tahu pulak ada taman rama rama. Haritu jalan sampai Hard Rock je pastu dah keluar cari tempat makan. Hehehe

      Delete
  8. Kalau nx time nk stay kt situ better amik atas skit kat teluk bahang..ada persatuan nelayan punya chalet ok la hrga dia..stil reasonable...
    Kami hat duk penang pun suka batu ferrighi ni

    ReplyDelete
  9. Bestnyaaaa...eh nani sewa kereta ke kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Tak pun kak. Nani guna rapid dengan grab car je lagi jimat. Tapi most of the time jalan kaki. Hahah!

      Delete
  10. Lama dah tak ke sana tu.. mesti dah banyak perubahan sekarang.. cantik

    ReplyDelete
  11. Nak buat JJCM penag plak laa pasni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page