Street Art Penang

Assalamualaikum & Hello.
Mula mula tu Nani dah cancel niat nak bergambar dekat Street Art ni sebab macam tak berapa nak ada masa dah. Biasalah kan pergi nya empat hari aje tapi merata tempat nak pergi, memang lah tak cukup masa. Hahah! Itu yang Nani fikir tak payah dah pergi Street Art. Sekali masa turun dekat bas dekat area Container Hotel tu ternampak ada Street Art. Ha apa lagi, berhenti dulu lah ambil gambar. Konon je memula tu dah tak nak pergi kan. Lepas tu masa tengah jalan nak cari Wonderfood Museum, ada lagi jumpa tiga ke empat Street Art. Heheh. Memang cun lah hari tu ambil keputusan turun dekat Container Hotel sebab dapat lah jugak jumpa Street Art. Kalau tengok dalam peta tu, Street Art ni ada berbelas jugak dekat sekitar lorong lorong dekat sini.
Ini Street Art yang pertama kalau tak silap yang Nani jumpa. Hahah! Lupa dah. Hari tu Nani bayangkan Street Art dekat Pulau Pinang ni ada dekat satu lorong je rupanya dekat banyak lorong. Kalau nak cari semua Street Art yang ada, memang kena gigih sikitlah berjalan. Hahah! Nani hari tu pergi mana yang nampak aje lagi pun cuaca dah tengah hari. Panas woo! 
Street Art Penang
Street Art yang ni macam femes jugak sebab selalu nampak orang bergambar dekat sini. Hahah! 
Street Art Penang
Mencabar jugaklah nak ambil sekeping gambar sebab nya dekat lorong ni jugak ada kenderaan lalu lalang. Tambah pulak hari tu hari Jumaat, lagi lah sibuk sikit. Masa dekat sini, tengah sibuk nak ambik gambar tu tetiba ada jodoh  mat salleh datang. Siap offer diri nak ambilkan gambar Nani dengan kawan Nani. Hahah! Ingatkan nak suruh ambilkan gambar dia mula nya tu. Dah dia offer nak ambil gambar, posing je lah elok elok. Ehehehe 😆
Street Art Penang
Ini aje lah Street Art yang sempat Nani bergambar. Ada jugak jumpa yang lain tapi penuh tourist berkerumun. Tak kuasa nak tunggu. Lagi pun misi utama nak cari Wonderfood Museum, Street Art ni kira sambil lalu je. Heheh. Korang kalau nak cari semua Street Art yang ada boleh refer peta free yang diorang letak dalam basikal (basikal tu refer dekat SINI) Memang membantu sangat peta tu sebab dia dah list siap siap semua Street Art yang ada siap tunjuk dekat lorong mana. Mudaah sangat!
Ais Kepal
Dalam sibuk mencari Wonderfood Musuem dengan Street Art tu, terjumpa lah ais kepal ni hah. Tengah panas terik tu kan, memang elok sangat lah bila jumpa ais kepal. Ada banyak perisa, pilih lah mana yang berkenan dek tekak. Heheh. Sedaap! Jangan tanya ais kepal ni dekat belah mana sebab Nani memang dah tak ingat tu jalan apa. Kebetulan aje hari tu jumpa, terus beli. Itu lah 'untungnya' jalan kaki, banyak benda yang boleh jumpa secara tak sengaja. Heheh 😉

12 comments:

  1. Nani tahu tak cara makan/minum ais kepal tu?
    Cara betulnya kena hisap-hisap tak payah guna straw. Pusing-pusingkan.
    Berpuluh-puluh tahun kakak tak jumpa tau. Terus teringin pulak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pernah jugak dulu dulu tengok dekat tv cara orang makan ais kepal ni. Tapi Nani tak pandai lah 😂 Sudahnya kena guna straw jugak. Heheh.

      Delete
  2. nani, saya baru jer balik dari penang. pun sama gak pergi mencari street art tu tak jumpa-jumpa, jalan-jalan baru jumpa. and saya pun pergi wonderfood museum gak. ni entry saya pasal penang tu -

    http://dorsettpink.blogspot.my/2017/01/an-escape-to-penang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Memang susah sikit nak cari kan. Kalau nak mudah kena guna peta tempat menarik tu, memang ada semua list Street Art. Hehe. Okay nanti Nani singgah 😊

      Delete
  3. wah bestnya p Street Art. Dulu sampai Penang sebab cari makan ja. Nanti nak repeat p sana bawak kamera amik gambo. hehe
    Jom buat Roti Sosej Cheese Leleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Sebab terjumpa ni je Ajim. Kalau tak memang tak pergi jugak. Penang memang syurga makanan. Hahahah! Syok betul makan macam macam 😂

      Delete
  4. Gigih betul adik kakak ni berjalan...best yer street art tu memacam ye gambor...mat saleh ni mmg bagus very helpfull...cer minta orang kita suh amik gambarkan..hmmmm tu pun mencuka hehehehe...dik jom beli tripod nak...leh bergambar sakan tak yah suh orang amikkan hahaha

    ReplyDelete
  5. nak pergi la sini.. cam best je

    ReplyDelete
  6. kami siap sewa basikal lagi gara2 nak cari street art tu. mmg best

    ReplyDelete
  7. bestnya.. nk g jugak..nnti nak g nak tnye pngalaman nani la dulu hihi

    ReplyDelete
  8. belum pernah lagi bergambar kat street art ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page