Jerebu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni makin teruk pulak keadaan jerebu dekat sekitar Kuala Lumpur & Selangor ni. Memang sekarang ni kalau tengok dekat luar, nampak 'berkabus' semacam. Dekat semenanjung pun dah macam ni, apatah lagi yang dekat Sarawak sana. Semalam Nani saja lah nak check bacaan IPU, rupanya dekat area sini dah dalam tahap tidak sihat. Make sure korang jaga kesihatan masing - masing okay! Tapi itu lah, kadang kadang kalau dah ada kerja dekat kawasan luar tu memang tak boleh nak elak kan. Serious semalam Nani banyak kerja kerja dekat kawasan terbuka, balik tu hah rasa pening kepala & berair aje mata. Haih, harap harap tak jadi makin teruklah jerebu ni. Seksa sangat rasa hidup udara yang tak sihat & bersih ni. Duduk dalam rumah pun sama jugak, kalau buka air purifier tu memang asyik keluar colour merah aje, punya lah tak sihat cuaca dekat luar sana. So, seboleh mungkin cuba lah avoid untuk berada di luar kawasan rumah atau bangunan, nanti kang elok elok tengah sihat tiba tiba dapat sakit pulak. 
 Ini yang Nani check malam tadi. Banyak sangat sangat tempat yang warna kuning tu dekat Kuala Lumpur & Selangor. Harap harap tak ada lah melarat sampai ke tahap yang lain. Kalau kita sendiri pun dah rasa seksa dengan jerebu ni, apatah lagi budak budak kecil. Dekat Sarawak sana pun banyak dah sekolah sekolah yang terpaksa tutup. Oh ye, kalau korang nak check jugakbacaan IPU dekat area korang, boleh klik dekat APIMS ni hah. Dia orang akan update setiap masa biasanya untuk rujukan orang awam.  
Ini sedikit tips lah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Penting okay untuk follow semua tips macam ni bila musim jerebu. Make sure minum air masak banyak banyak & kalau ada aktiviti di kawasan luar jangan lupa tau untuk pakai face mask. Nani sekarang ni sampai satu tahap tingkap bilik pun tak nak buka sebab rasa macam makin pedih mata & berair. So please jaga diri masing - masing dan kurangkan semua aktiviti luar yang korang dah plan. Weekend ni cuti panjang kan, so make sure banyakkan aktiviti 'indoor' supaya tak terdedah dengan cuaca yang tak sihat dekat luar sana. Kalau rasa macam dah lain sangat badan tu, cepat cepat dapatkan rawatan. Stay safe everyone! 

Resepi Yorkshire Pudding Simple

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Kisahnya hari tu Nani ada tengok dekat Youtube recipe Yorkshire Pudding ni & nampak sedap sangat okay. Masa tu memang dah terdetik nak try buat sendiri sebab resepi tersangat lah mudah. Bahan bahan pun tak banyak (empat bahan aje okay) tapi tu lah kalau malas memang satu apa pun tak jalan. Sudahnya berbulan bulan juga lah peram resepi ni dekat dalam phone. Hahah! Baru ni bila mood rajin tu ada, gigih lah buat. Kita try and error lah resepi resepi baru macam ni kan. Actually, Nani ikut resepi Jamie Oliver dekat Youtube. Korang pun boleh lah refer dekat situ kalau nak tengok. Nani memang tak pernah makan pun yorkshire pudding sebelum ni tapi bila tengok dalam video tu nampak sedap & lembut sangat, itu yang nak juga try buat. Sejenis yang mudah terpengaruh macam tu lah. Hahah! Mula mula tu nervous juga lah nak masak sebab takut tak jadi sama yang macam dalam video. Sekali, eh elok pulak kejadian yorkshire pudding Nani tu. Tak sangkaaa! So, kalau korang pun nak try buat yorkshire pudding boleh tengok resepi yang Nani share dekat bawah ni okay! 
 Ini lah rupa Yorkshire Pudding versi Nani. Lembut ya amat tau korang! Cuma nya saiz aje tak sama sebab  Nani tak pandai nak agak nak letak banyak mana. Tak apa lah, asalkan ada rupa macam yorkshire pudding tu okay lah kan? Nani buat sikit aje hari tu sebab takut tak jadi nak buat banyak banyak terus. Hahah! Kita buatlah dalam empat ketul aje lepas tu eh tak cukup pulak dah. Malam tu repeat lagi sekali buat yorkshire pudding. Nasib baik lah senang aje resepinya, boleh lah kita repeat dua tiga kali buat. 
 Ini lah empat jenis bahan yang Nani cakap tadi (minyak masak, tepung gandum, telur sebiji & susu full cream). Sebenarnya tepung tu guna dalam tiga ke empat sudu macam tu aje & susu tu full cream tu pulak Nani guna dalam suku kotak. Tapi kalau korang nak buat banyak, lebihkan lah semua bahan bahan ni okay! Agak agak aje ikut instinct masing masing. Heheh. 
 Sebelum nak mulakan apa apa, make sure korang ada acuan yang orang selalu guna untuk buat kek ni. Nani beli dekat Mr. DIY aje dalam RM 5.90 macam tu. First step yang kita kena buat, tuangkan minyak dalam acuan tu. Jangan banyak sangat tau, sikit aje. Lepas tu masukkan dalam oven selama 10 minit dengan suhu 190 darjah. Hari tu Nani buat 15 minit, berasap hoi oven. Hahhaa! So, korang buat 10 minit aje okay! 
 Sementara nak tunggu minyak kita tu panas, boleh lah pukul telur sehingga kembang. Nani guna whisk aje senang. Lagi pun kita nak buat sikit aje, kalau banyak tu mungkin boleh lah nak guna mixer. Bila telur dah kembang masukkan susu full cream tadi suku kotak dan jugak tepung gandum dalam tiga ke empat sudu. Lepas tu kacau lah bahan bahan tadi sampai sebati & make sure tepung tu tak berketul ketul tau. Kalau korang risau ada tepung yang tak hancur, boleh tapis dulu nanti. 
Kemudian, minyak yang kita dah panaskan selama 10 minit tu keluarkan lah dari oven & korang kena terus tuang bahan bahan tadi dalam acuan ni. Kalau korang nampak dekat area tepi tu dah mula nak garing. Lepas tu masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit dengan suhu 190 darjah & done! Ikutkan resepi asal 25 minit tau tapi Nani hari tu 15 minit pun dah okay. Rasanya depends on jenis oven jugak Nani rasa. Nanti korang check lah okay, kalau nampak macam dah garing tu hah boleh lah keluarkan. Tapi jangan buka pulak oven untuk tengok tu, nanti kang tak naik kembang pulak yorkshire pudding ni. Korang tengok lah dari cermin oven tu aje tau. 
Nani hari tu makan yorkshire pudding ni dengan sosej goreng & kacang panggang dalam tin tu aje. Terus lah fefeeling macam makan breakfast dekat hotel padahal buat sendiri aje tu. Hahaha! Sedap sangat okay! Yorkshire pudding ni lembut sangat sangat, memang wajib lah korang try jugak buat. Simple aje ni, confirm menjadi nanti. Heheh. Ada jugak yang makan yorkshire pudding ni dengan beef steak or chicken chop. Next time boleh lah try pulak. Tapi makan kosong macam tu aje pun dah sedap sangat. Serious resepi ni senang sangat nak buat, tak sampai setengah jam korang dah boleh makan. Hahah! Jangan lupa try tau nanti. Till then, bye korang! 

Cadbury Durian | Sedap Ke Tidak?

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Kisahnya hari tu Nani pergi pasaraya lepas tu tiba tiba ada seorang staff tu tarik sebab nak promote cadbury. Macam biasa, kita dengar aje lah kan apa yang dia nak cakap, lagi pun Nani tak rushing sangat masa tu. Kalau kena time tengah nak cepat, memang 'angkat kaki' jugaklah. Hahaha! Rupanya staff tu bagi tahu pasal promosi beli mana mana cadbury yang saiz besar & dapat free gift, papan pemotong limited edition. Gittew! Tapi Nani tak beli pun lah kesudahannya. Hahah! Bukan apa masa tu stock coklat dekat rumah banyak lagi walaupun sebenarnya rasa serba salah jugaklah sikit sebab dia dah promote beria kan. Bukan setakat tu aje, dia ada jugak tau bagi tester cadbury & kita boleh pilih nak rasa yang mana. Nak rasa semua sekali pun boleh tak ada hal. Nani pun minta lah dengan staff tu nak rasa yang Cadbury Durian. Cadbury yang flavour lain lain tu macam dah biasa sangat makan, tapi yang durian ni memang Nani fikir banyak kali jugak nak beli hari tu. Nani makan aje durian cuma entah lah, bila makanan yang ada flavour durian ni rasa macam tak kena pulak. Hahah! So apa rasa Cadbury Durian ni? 
Pada Nani, boleh lah nak makan cadbury durian ni tapi macam muak sikit kot dan bau cadbury durian tu tak ada lah kuat sangat pun tapi still boleh bau. Hahah! Staff tu bagi rasa sepotong okay, jenuh rasa nak habiskan. Benda yang pertama keluar dari mulut Nani lepas makan cadbury durian ni haritu; rasa sama macam jajan durian yang pack warna oren tu. Hah memang sebijik sangat rasa macam tu cuma yang ni version manis dan sedap. Memang tu lah first and last Nani makan cadbury durian. Sedap tu sedap cuma tak kena sangat dengan tekak Nani. Makan untuk sekali dua aje okay lah. Gittew!
Kalau korang memang peminat durian, mungkin cadbury durian ni akan jadi fav korang. Nani minat jugaklah makan durian tapi durian yang pure buah tu. Kalau kek durian ke, aiskrim durian ke, memang kurang sikitlah. Dulu pernah lah try minum durian smoothie, mashaAllah rasa macam menyesal pulak cakap minat makan durian. Hahahaha! Satu sedut aje, lepas tu memang bagi orang. Cadbury ni pun sama lah, Nani tetap jugak suka flavour yang ada almond dengan cadbury bubbly tu aje. Sedap kemain! Selalunya stock coklat ni memang selalu ada lah, stok kunyah kunya bila dah penat buat kerja. Heheh. Korang pulak, cadbury yang mana satu jadi fav & dah pernah try ke belum cadbury durian ni? 


Nasi Lemak Mekdi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang nampak ramai pulak yang share pasal Nasi Lemak McD ni. Nani dulu pernah try lah makan, masa yang first version tapi tak berapa sedap sangat. Dulu sambal nasi lemak McD ni masam & nasi tu pun biasa biasa aje. Tapi ramai yang cakap nasi lemak McD sekarang lagi sedap compared daripada yang dulu. Hari tu Nani nak beli tapi sebab pagi lagi kot, staff McD tu cakap kalau nak order time tu ayam tak ada lagi. Sobs. So tak jadi lah kita nak beli. Siapa suruh pergi pagi sangat kan? Hahah! Nani drive thru around pukul lapan pagi rasanya masa tu tapi staff tu cakap tak ada lagi. Nani ingatkan available 24hrs, itu yang gigih pagi pagi dah menapak ke McD. Sanggup okay, demi sebungkus nasi lemak. Tapi nasi lemak ni versi yang 'mahal' sikitlah daripada biasa. Hahaha! Siap pakej ayam goreng dengan telur mata lagi, dekat mana nak dapat yang murah murah, nama pun Mekdi. Awal awal dulu memang Nani tak rasa pun nak try sebab terbayang bayang lagi sambal nasi tu yang masam (dulu lah). Tapi bila semua orang cakap dah makin sedap sekarang ni, tu yang nak jugak rasa. 
Dalam iklan nampak menyelerakan betul nasi lemak ni, harap harap kalau beli nanti dapat pun sama lah macam ni. Tak kiraaa, esok nak order jugak. Nak jugak rasa apa istimewanya nasi lemak Mekdi yang kali ni. Heheh. Ada dua pilihan nasi lemak dekat sini, kita boleh pilih sama ada nak yang seketul ayam atau pun dua ketul. Nani check dekat App McD ni, kalau satu set yang seketul ni dalam RM 14.14 & untuk yang set dua ketul RM 16.97. Nani tak sure dekat outlet dorang harga macam ni jugak ke or lain. Kalau yang nasi lemak dengan telur aje RM 7.54 untuk satu set. Memang boleh tahan jugak lah harga nya. Hahah! 
Tak apa lah sekali sekala nak makan nasi lemak 'mahal.' Hahah! Cuma Nani ada baca, kalau nak jimat boleh order thru App McD sebab boleh dapat satu set nasi lemak (ayam dua ketul) dengan satu aiskrim sundae dalam RM 16.99. Lagi untung lah kalau yang ni. Ayam tu pun boleh pilih sama ada nak spicy or extra spicy. Tak sabar nak try ehek! 

Kredit: Twitter
Hari hari scroll Twitter, sudahnya dengan Nani sekali terpengaruh bila tengok & baca review dia orang dekat Twitter. Hahaha! Tapi ada jugak yang cakap nasi, sambal semua tu dah sedap tapi telur goreng tu tak tahu lah sejak bila dorang goreng. Hahahaha adoi! Harap harap kalau beli nanti jangan lah jadi macam ni. Kalau tak kena dengan citarasa sendiri nanti, kita telan aje lah ye sampai habis. Hahah!Korang pulak dah pernah try ke belum Nasi Lemak McD ni? Kalau dah pernah try, boleh lah share dengan Nani korang punya review dekat bawah. Hiks :) 


Hello September!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Okay tak tu masuk kerja hari ni lepas long weekend ke ada yang masih dalam mood bercuti lagi? Heheh. Nani tak ke mana mana pun weekend hari tu, mereput aje dekat rumah sampai naik bosan tak tahu nak buat apa. Hahaha! Seronok betul tengok orang lain yang berjalan. Tiga minggu berturut turut ni straight cuti setiap hari Isnin, syok lah masing - masing kan. Ada banyak benda Nani plan dalam kepala tapi tu lah entah sempat ke tidak nak buat nanti. Busy kemain rasa, ini pun sedar sedar dah masuk bulan September. Fuhh terasa makin cepat pulak masa berlalu. Ahad lepas pun dah bermulanya tahun baru dalam Islam, Awal Muharram. Dah boleh lah tu tengok balik checklist yang kita target nak buat tahun ni dah tercapai ke belum. Hahah! Tak apa, kalau belum tercapai pun boleh 'recycle' untuk tahun depan pulak kaan! Macam lah tak biasa buat gitu. Hahaha! Bila dah hampir ke penghujung tahun ni, makin banyak lah kerja kerja yang nak kena settle kan. Tak sabar nak settle kan semua benda & nak hand over tugas sekarang. 
Tak minta banyak pun, harap harap bulan September ni semua yang Nani plan smooth aje. Nak buat kerja dengan tenang tenang aje & less drama! Bulan ni dan seterusnya akan jadi lagi tough sebab banyak kerja dan komitmen yang nak kena bagi. Dah nampak dah bayang bayang stress tu nanti tapi harap harap Tuhan permudahkan semuanya sampai lah settle. First time ni nak handle program yang kita jadi leader, takutnya kalau tak mampu puaskan hati semua orang nanti. Korang doakan yang baik baik tau! Hiks :)
Bila dah settle semua kerja nanti, boleh lah pergi tenangkan diri pulak. Tiba tiba rasa rindu dengan pantai & laut yang tenang. Bestnya kalau dapat dengar bunyi ombak lepas tu tengok sunrise/sunset. Heaven! Nani suka pergi tempat tempat macam ni sebab dia kind of therapy yang boleh buat kita lupakan segala jenis kerja tu. Tapi ye lah, setiap orang lain caranya kan. Ada yang suka shopping atau pun ada 'me time' nak hilangkan stress. Gittew! Tak sabarnya nak plan next trip jalan jalan ni, dekat pun tak apa. Heheh. 
Since weekend hari tu tak ada plan nak ke mana mana pun, so berjaya jugaklah habiskan tiga buah novel keluaran Idea Kreatif ni hah. Kemain banyak kan sampai tiga buah novel. Hahah! Actually, hari tu Nani saja aje join contest tulis caption menarik dekat Facebook Idea Kreatif ni tetiba eh terpilih sebagai pemenang pulak. Tak sangka pun boleh menang sebenarnya, memang rezeki sungguh. Nani pun memang dah lamaa sangat tak beli novel sebab tak ada masa nak baca. Bila dapat novel free ni, terus lah membuak buak hati nak habiskan. Nani jenis yang kalau dah start baca mula lah susah nak berhenti. Hahah! Korang pulak ke mana cuti hujung minggu lepas? 

Pencuci Muka yang Bagus | Hansaegee Nature ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Hah tengok tajuk tu pun korang dah boleh agak kan, entry hari ni pasal apa. Heheh. Dah lama tak membebel pasal beauty ni, so hari ni Nani nak share dengan korang salah satu cleanser made in Korea yang best sangat sangat! Memang Nani excited sangat nak kongsikan dengan korang semua. Siapa yang follow Instagram & Facebook Nani, mesti korang dah pernah nampak Nani pernah ceritakan serba sedikit pasal cleanser ni. Tapi tu tak details sangat lah. Nak tahu best ke tidak produk ni, apa kelebihan dia, korang kena lah baca entry ni sampai habis okay! Pada Nani, cleanser ni sangat penting untuk kita guna. Iye lah, kalau dah seharian terdedah dengan persekitaran luar, memang macam macam jenis kotoran lah yang akan melekat dekat muka kita kan. Selalunya memang Nani akan buat double cleanser supaya muka jadi lagi bersih. Kalau korang yang pakai make up pun, wajib cuci muka dulu sebelum buat benda lain. Tak kira lah penat macam mana sekali pun hari tu, mesti cuci muka. Ingat tau, cuci muka ni sangat penting so kita kena lah cari cleanser yang betul betul sesuai dengan kulit kita. 
Nani macam menyesal sikitlah sebab tahu lambat sikit tentang produk Hansaegee Nature ni sebab Bubble Cleanser ni best sangat! Sebelum ni Nani memang tak pernah guna cleanser jenis foam macam ni, bila first time guna hari tu memang dapatlah rasa kelainan dia tu. Nani rasa muka jadi lagi lembut lepas guna cleanser ni sampai rasa nak pegang pegang aje muka selalu. Hahaha! Untuk pengetahuan korang, cleanser ni berfungsi untuk menghilangkan kotoran & minyak dekat muka kita. Paling penting sekali, Tea Tree Oil yang terkandung dalam ni akan melindungi kulit kita dan menjadikan kulit lagi licin dan lembap. Kulit Nani jenis yang kering tau, so memang kena cari produk yang boleh memberikan kelembapan. Kalau silap pilih, hah memang naik lah dry patches. Sakit woo! 
Lepas dah menggunakan sendiri cleanser ni, memang nampaklah perubahan dekat muka Nani. Pores pun dah tak nampak obvious sangat & make up senang nak tanggal dengan menggunakan cleansing foam ni. Tak payah pun nak gosok muka kita beria sangat. Yayyy memang loveeee sangatlah cleanser ni! Kalau korang ada masalah jerawat pun, boleh lah try guna produk ni pulak sebab ia sangat membantu untuk menghilangkan jerawat. Haih, memang suka sangat lah guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sebab ia diekstrak daripada 10 jenis tumbuhan semula jadi & dua ingredients utama dalam produk ni ialah Aloe Vera & Tea Tree Oil. Macam yang kita tahu lah, Aloe Vera & Tea Tree Oil ni memang sangat bagus untuk kulit wajah. 
Memang best sangat rasa guna cleanser yang menghasilkan buih buih macam ni. Satu lagi yang Nani suka tentang produk ni sebab dia punya packaging yang memudahkan kita untuk bawa ke mana mana. Tak ada lah risau masalah leaking ke apa kan. Oh ye, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit dan kalau korang teringin nak try, korang boleh dapatkan di website Hansaegee Nature. Nani ada letak link dekat bawah, nanti korang boleh terus click link dekat situ. Dekat website tu aje tau ada jual, dekat tempat lain memang tak ada. Heheh. 
Tekstur cleanser ni sangat ringan dan lembut tau, so bila kena kulit tu rasa best aje. Nani suka pulak guna cleanser jenis bubble macam ni sebab tak payah nak gosok beria untuk keluarkan buih. Heheh. Recommended! 
Actually bila kita goncang botol ni, kita boleh dengar ada cecair dekat dalam. Tapi bila kita pump, automatik cecair tu bertukar jadi bubble yang sangat lembut macam korang tengok dekat atas ni. Heheh. Bau cleanser ni pun wangi & harum okay! Rasanya sebab ada ekstrak tea tree oil tu, sebab tu bau pun best aje. 
Cara penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni pun mudah aje tau, kita cuma perlu basahkan sedikit muka dengan air biasa & pump kan bubble cleanser ni dekat tangan. Nani selalunya guna dalam dua pump macam tu, depends pada korang okay!  Lepas tu sapu sehingga rata ke seluruh wajah. Nani selalunya menggunakan teknik 60 saat supaya muka kita betul betul bersih & last sekali, bilas muka korang dengan air biasa. Senang kan? 
Fuhh fresh betul rasa muka lepas dah siap cuci ni. Untuk pengetahuan korang, sebotol Aloe AC Bubble Cleanser ni berharga RM 65.00 (150ml). Ada banyak lagi tau produk lain yang korang boleh dapatkan di website Hansaegee Nature ni. Nanti korang boleh lah cuci mata dekat website & social media dia orang okay! Link semua ada dekat bawah ni, tinggal klik aje. Heheh. Tapi serious memang best, tak rugi lah kalau beli pun. Jangan lupa tau cuba, nanti korang share lah pulak dengan Nani feedback lepas guna cleanser ni. Hiks. Okay itu aje Nani nak share hari ni, lepas ni cecepat purchase okay ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni & have a nice day everyone! 
🍁Brand: Hansaegee Nature 
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Pengalaman Ambil Lesen Memandu

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Phew akhirnya ada jugak masa nak share pengalaman Nani sendiri ambil lesen memandu ni dengan korang. Sebenarnya dah lama simpan niat nak belajar kereta tapi tu lah asyik tak ada masa aje. Baru ni abah Nani cakap, pergi lah belajar kereta. Heheh. Mula mula tu rasa malas jugak lagi, tapi kalau asyik tangguh payah jugak. Nani ambil lesen ni bayar RM1300 dekat agent yang Nani register tu. Rasanya harga ni ikut tempat jugak, korang kena pandai lah survey dulu before daftar tu okay. Ada jugak yang sampai RM 1700 fuh boleh tahan. Macam Nani ni tak bayar terus pun 1.3k tu, bayar sikit sikit sampai lah nak dekat test JPJ. Benda pertama yang kita kena buat lepas dah daftar ni, kena pergi dengar talk enam jam. Iye masa ni memang kau akan rasa bosan nak mampus, lagi lagi kalau sorang sorang aje. Hahaha! Dekat seharian jugaklah duduk dekat situ, dari pukul lapan pagi sampai empat petang. Duduk aje dengar dia bercakap. Kalau dapat yang jenis best okaylah kot. 
Masa talk tu, dia akan explain sikit sikit pasal nak ambil lesen ni lah. Actually, semua yang dia cakap tu ada dalam buku tebal yang dia bagi. Tapi Nani tak baca pun buku tu. Hahaha! Belek belek gitu aje, sebab tebal kemain tak gigih wak kita nak baca. So, lepas seminggu kita attend talk tu, boleh lah pergi jawab exam komputer. Ada 50 soalan semua sekali & kena jawab dalam masa satu jam. Awal awal tu ada ujian warna dengan nombor. Make sure jawab betul yang tu, kalau tak korang tak boleh ambil ujian komputer ni. Gitu. Lepas dah jawab exam nanti, dia akan keluar terus result. Untuk membolehkan kita belajar kereta ni, kena lulus 42 dan ke atas. Jangan risau, soalan dia kacang aje. Hahaha! Korang buat aje set soalan yang ada Google tu, confirm lulus. Nani haritu salah tiga soalan aje ehek. 
Once kita dah lulus tu, hah dapatlah Lesen Belajar Memandu ni. Total semua sekali ada 16 jam kita akan belajar ni. Enam jam belajar dekat litar (buat selekoh S, bukit, parking sisi, parking tiga penjuru dengan selekoh z). Lagi 10 jam tu pulak belajar dekat jalan Raya. Nani memang zero lah pasal memandu semua ni, masa hari first pergi belajar tu fuhh teruk betul rasa sampai nak give up lah. Hahahaha! Baru first time kan bawa kereta masa tu, kereta bergegar lah sebab angkat kaki cluth tinggi sangat. Belum kira, kereta naik atas tembok apa semua. Ya Allah Nani! Hahah! Lama lama tu makin okay lah sebab dah tahu kan. Cuma part paling susah pada Nani, yang bukit tu lah. Kadang kadang terundur ke belakang lah, kereta tetiba mati lah. Hei stress jugaklah kita ni hah. Hahah! 
Bila dah habis enam jam dekat litar, cikgu tu akan bawa lah kita pergi jalan raya. Jalan Raya ni, kita akan belajar dua jalan aje. Masa first time bawa pergi jalan raya jangan cakaplah dia punya nervous tu macam mana. Hahaha! Bila dekat traffic light tu banyak kali lah kereta tetiba mati. Kalau ada banyak kereta dekat belakang lagi lah akan rasa macam gelabah. Hahah! Lama lama tu bila kita dah belajar, dah biasa, okay aje sebenarnya. Nama pun baru nak belajar kan. Lepas dah habis 16 jam, bukan terus boleh ambik test JPJ tau, tapi kita akan ada test dengan pegawai QTI tu dulu. Once dah lulus dengan pegawai QTI tu, baru lah boleh ambil test JPJ. Gitoh! 
Bila dah dapat lesen P ni maksudnyaaa lulus lah test JPJ tu. Heheh. Nani punya gelabah nak pergi test JPJ hari tu sampai tak lalu nak sarapan lah pagi tu. Hahaha! Ya Allah, memang drama sangat. Satu lagi sebab tak nak repeat, nak lulus terus, tu yang gelabah semacam. Masa hari test JPJ tu datang lah awal okay, lepas tu akan ada taklimat ringkas sikit & dia akan panggil sorang sorang untuk buat RPK & RSM. Selalunya semua orang akan lepas aje buat benda tu. Heheh. Lepas tu buat litar & jalan raya macam biasa. Nani hari tu dapat sesi yang kedua nombor lima, lama kemain lama weh nak tunggu. Petang baru siapp. Masa ujian jalan raya, pegawai JPJ tu tak bawa pergi jalan yang Nani belajar tu pun. Dia bawa jalan dekat aje lepas tu dah settle. Nasib baik lulus, legaaa! Rezeki jugaklah dapat pegawai JPJ yang baik & jenis berborak jugak sikit sikit. Hahaha! Seram jugak kalau dapat yang garang eheh. So lepas ni dah boleh lah drive pusing pusing KL. Eh? 

Domino's Pizza

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Macam biasa lah bila dah tak ada idea nak masak atau pun tiba tiba datang mood malas tu, memang kita order aje lah thru fast food. Memang akan ada ye masa masa yang kita rasa malas nak buat apa apa termasuklah memasak. Hahah! Untuk orang bujang macam Nani ni, makan apa pun tak kisah. Hari hari makan fast food pun tak apa, eh 😝 Tapi tu lah, tak elok jugak makan selalu, sekali sekala okay! Baru ni sebab teringin sangat nak makan pizza, so terus lah order Domino's Pizza. Kalau tanya Nani, antara Pizza Hut dengan Domino's memang Nani akan pilih Domino's. Pizza Hut tu Nani suka dia orang punya side dish sebab banyak yang sedap eheh. Kebetulan hari tu ada ternampak promo Domino's dekat Twitter, memang tak fikir dua kali lah kan nak order. Hahah! Selalunya bila order fast food delivery dekat Pahang ni, memang sekejap aje dah sampai sebab tak ramai sangat kan orang. Baru ni order tak sampai setengah jam pun dah sampai depan rumah. Wow! Pantas betul kali ni, macam tahu tahu customer tengah lapar sangat. 
Mula tu ingat nak order yang pizza Ssamjeang tapi mahal sangat pulak so kita cancel & order yang biasa biasa aje. Hahaha! Masa tu nak order dua jenis pizza, kalau Ssamjeang tu aje dah mahal, lari lah budget. Sudahnya order BBQ Chicken macam biasa. Ini antara pizza fav jugaklah bila order dekat Domino's. For me, Domino's ni macam tak kedekut sangat topping so yass memang puas hati sangat bila makan tu. Sos pun kemain lagi banyak, tak ada lah rasa plain sangat kan bila makan tu. 
Selalunya kalau beli dua pizza, memang Nani akan ambil satu ayam & satu lagi tu sama ada beef atau pun tuna. Tapi sebab dah bosan asyik makan Beef Pepperoni, hari tu Nani order Tuna Temptation pulak, saja nak try. Maybe ni first and last lah kot Nani order yang ni sebab rasa pizza ni biasa biasa aje. Heheh. Kalau korang jenis yang suka kan tuna, this might be your fav pizza! 
Masa kita orang order pizza ni masing masing tengah lapar, memang time tu fikir macam tak cukup aje dua pizza lepas tu adik Nani suruh add on side order. Dasar kuat makan. Hahaha! Nasib baik habis licin semua hari tu, memang lapar betul lah sebab dari pagi tak makan apa apa. Nak pilih side order pun kemain lagi lama. Nak yang tu lah, nak yang ni lah, sudahnya order Breadstix. Eh sedap rupanya, selama ni tak pernah order pun. Next time boleh lah order lagi, serious gebu dan tersangatlah lembut. Nani makan macam tu aje dah sedap. Sos tu memang Nani tak berapa suka sangat sebab rasa masam masa sikit, so nope! Tapi breadstix ni memang sumpah sedap! Korang pulak, apa fav menu dekat Domino's ni?

Resepi Paprik Ayam Mudah

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Rasa macam dah lama Nani tak share resepi yang simple simple dekat blog ni. So harini Nani nak share lah dengan korang Resepi Paprik Ayam Mudah yang korang boleh try dekat rumah. Minggu lepas dah bosan asyik makan daging, kita tukarlah pulak menu kan. Serious Nani salute dengan suri rumah yang hari hari memasak untuk family. Macam mana eh korang sentiasa ada idea nak masak apa? Nani yang jarang jarang masak ni pun, kadang kadang blur nya lah nak memasak. Hahaha! Kalau time tengah blur sangat tu, kadang tak masak terus, fast food & Grab food jugak yang jadi pilihan. Dasar Nani! Actually Nani jarang jugak masak Paprik Ayam ni, so hasil resepi daripada Google kita pun olah lah ikut citarasa sendiri. Kalau nak lagi senang, korang beli aje lah Pes Paprik yang ada jual dekat kedai kedai Siam tu. Hahah! Itu paling mudah okay, tumis aje lepas tu hah masukkan aje bahan bahan yang korang nak letak. Heheh. Tapi resepi yang Nani nak share ni pun simple aje, boleh punya lah korang buat. Jom check it out! 
Ini antara bahan bahan yang kita perlukan untuk buat Paprik Ayam ni. Ayam tu dah basuh bersih & potong kecil kecil. Kalau tak nak ayam, korang boleh gantikan dengan sotong tak pun udang. Bahan bahan basic macam biasa lah, bawang besar, bawang putih, serai dan daun limau purut. Nani letak jugak cili kering (kisar), sos cili, sos tomato, sos Thai, sos tiram dan kicap. Sayur tu pulak ikut suka masing masing okay, Nani letak carrot, tomato, jagung dengan bunga kobis. Kalau tak makan sayur tu, hm tak payah lah letak langsung. Hahah! 
Macam biasa, mula mula sekali kita tumis bawang besar, bawang putih dengan serai. Bila semua bahan bahan ni dah layu, masukkan cili kering, kicap dan segala jenis sos yang Nani bagi tahu tadi. Kacau bagi semua bahan bahan tadi sebati, kemudian masukkan ayam. Ayam tu bagi masak betul betul tau, lepas tu baru masukkan sayur & daun limau purut. Sayur tu kalau boleh masukkan last sekali, sebab sayur ni cepat masak lagi lagi tomato tu. Jangan lupa perasakan dengan garam okay. Kuah tu ikut suka korang lah nak letak banyak mana. 
Taraaa, ini lah hasil Paprik Ayam cincai cincai versi Nani. Nani letak cili kering supaya ada arasa pedas pedas sikit. Memang tak boleh betul kalau makan apa apa tapi tak pedas. Hahah! Kalau tak nak letak cili kering, korang ketuk ketuk aje lada Siam tu campak masuk dalam kuali. First time masak Paprik Ayam satu kuali besar, nervous betul kalau tak sedap. Kuah tu memang saja Nani buat banyak sebab masak sejenis lauk ni aje haritu. Heheh. So, untuk korang yang baru nak try masak Paprik Ayam tu, boleh lah try guna resepi yang Nani share ni okay! Nasi panas panas, makan dengan paprik ayam & telur dadar, memang ngam wei! 


Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada tak yang dekat sini yang tak pandai berenang macam Nani? Hahaha! Nani ni dari dulu lagi memang dah ada niat nak belajar berenang ni tapi itu lah tak jumpa jumpa lagi tempat yang sesuai dan muslimah friendly. Kadang kadang tu dah ada yang muslimah friendly tapi jauh pulak dari tempat Nani, so tak boleh lah nak pergi. Tapi lepas ni dah tak payah risau lagi dah, sebabnya Nani dah jumpa salah satu kelas renang yang dekat dengan tempat Nani iaitu Swim Rush - Swimming Academy. Yaayyyy! Lepas ni boleh lah ajak kawan kawan Nani join sekali sebabnya Swim Rush ni ada cawangan dekat Batu Caves. Memang dekat sangatlah dengan Nani yang duduk dekat Gombak ni hah. Banyak lagi tau cawangan Swim Rush ni, nanti korang boleh check it out dekat bawah! So tak ada alasan lagi dah lepas ni tak pandai nak berenang ke apa. Dah ada kelas renang yang dekat ni, kalau tak pergi lagi memang rugi lah kan. Korang tu, tak nak ke join kelas renang macam Nani jugak ehehe. Jom baca apa kelebihan Swim Rush Academy ni berbanding dengan yang lain. Mana tahu kot kot lepas ni korang pun nak pergi jugak. 
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Nani faham sangat kadang kadang kita ni busy dengan macam macam komitmen sampai tak ada masa nak pergi kelas kelas macam ni. Tapi korang jangan lah risau, dekat Swim Rush ni dia orang ada menyediakan kelas renang untuk perempuan dewasa dan kanak kanak selepas waktu bekerja. Kiranya kita boleh lah pergi bila bila waktu yang kita available. Hah gitu. Swim Rush Academy ni memang fokuskan untuk perempuan dewasa & kanak kanak tau, dan hanya di cawangan Batu Caves aje yang ada kelas renang untuk lelaki. Gittew!
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Kalau korang dekat sini ada yang berminat nak hantar anak anak ke Swim Rush Academy ni pun boleh tau. Seawal usia lima tahun pun dah boleh hantar anak untuk belajar renang ni. Dekat sini dia orang bukan aje akan ajar teknik yang asas macam breastroke, freestyle, backstroke dan butterfly tapi dia orang jugak memfokuskan water confidence program & jugak water survival skills. Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Macam yang Nani bagi tahu tadi, Swim Rush Academy ni ada empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Korang boleh refer jadual dekat atas ni tau waktu operasi untuk setiap cawangan. Waktu berbeza beza, jangan tersilap tengok pulak. Heheh. Tapi kalau korang tetap jugak tak available ikut waktu dekat atas ni, korang boleh jugak request untuk Private Class, iaitu Home to Home Basis yang mana coach tu sendiri akan datang ajar dekat rumah kita. Paling best sekali, tak ada pun transportation fee yang akan dikenakan. 
Cawangan Swim Rush Academy 
πŸ’—Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan (kelas renang khas untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa & kanak kanak).
πŸ’—Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya (kelas renang khas untuk kanak kanak sahaja & mempunyai private pool).
πŸ’—Cheras: Kompleks Sukan Desa Tasik (kelas renang khas untuk perempuan dewasa & kanak kanak sahaja).
πŸ’—Shah Alam: Seksyen 14 (kelas renang khas untuk perempuan dewasa sahaja & mempunyai private pool).
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
Ada banyak tau kelebihan Swim Rush Academy ni. Antaranya, free swimming cap & dia orang jugak akan menyediakan kelas ganti. Dia orang punya coach pun bukannya calang calang orang, semuanya dah well trained dan sangat berpengalaman mengajar. Selain itu, dia orang jugak menekankan tentang Anti - Drown. Kalau korang attend kelas renang ni nanti, coach tu sendiri akan ajar tentang Water Survival Technique & Water Confidence. Untuk yang perempuan pulak korang jangan risau tentang pemilihan coach sebab yang akan ajar kita nanti coach nya perempuan jugak heheh. Lepas dah attend kelas ni nanti, hah memang confirm lah korang pandai terus. Sama lah macam dengan tagline dia orang, from Zero to Hero! Tunggu apa lagi tu, jom lah register sekarang. 

Balik Kampung | Macam Macam Ada

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni sempena cuti Hari Pertabalan Agong, kita balik kampung semalaman. Macam biasa, bila balik kampung ni memang antara benda yang paling nikmat. Masa ni lah kau nak request macam macam makanan. Tapi kalau tak request oun, tetap jugak terhidang macam macam kan. Gitu lah kalau sekali sekala balik kampung. Paling best sekali bila sekarang ni tengah musim buah, sebut aje nak buah apa semua ada. Belakang rumah wan Nani ni ada pokok manggis tau, boleh lah petik aje dekat pokok lepas tu terus makan. Memang betul betul fresh okay! Nani balik hari tu sebab wan ajak tolong dia buat nasi ayam. Nani yang pernah sekali dua aje masak nasi ayam ni, memang ingat ingat lupa lah. Hahah! Kejap kejap kang WhatsApp ibu tanya resepi macam mana. Kahkah! Sebenarnya nasi ayam ni antara menu yang paling cepat nak buat, tapi kalau dah tak ingat resepi tu memang lama lah baru nak siap. Tapi nasib baik menjadi jugak nasi ayam hari tu dengan bantuan tangan tangan lain sama. Fuhh berpeluh jugak lah kita dekat dapur buat nasi ayam untuk makan ramai. Hahah! 
 Ini lah dia rupa nasi ayam homemade yang Nani hari tu. Bertambah tambah lah semua orang makan nasi. Hahaha! Nasi tu nenek Nani yang masak, sebab untuk makan ramai kan. Nani tak pandai nak sukat air kalau masak banyak ni, takut kang terkeras sangat atau lembik sangat. Hahah! Lain lain tu semua buat sendiri. Cuma sambal tu tak berapa pedas padahal banyak jugak dah kisarkan lada haritu. Nasi ayam kali ni tak ada tomato sebab selalunya semua orang pandang aje tomato tu. Hahah! So, daripada membazir baik tak payah beli terus. 
 First time perap ayam sampai dua ekor. Nervous jugaklah buat sebab takut tak sedap. Hahah! Ayam ni Nani rebus dulu dalam air yang ada tumisan bawang, kiub ayam & kunyit serbuk sikit. Bila ayam tu dah masak angkat toskan air tu. Air rebusan ayam tu jangan buang pulak okay, tu kita guna untuk masak nasi nanti. Lepas dah toskan ayam tu, perap lah dekat halia yang dah ditumbuk lumat, kicap pekat, sos tiram dengan madu sikit. Nani letak madu nak bagi ayam nampak berkilat & ada rasa manis manis sikit. Garam tak letak dah sebab kicap tu dah sedia masin. Lepas tu goreng sampai lah garing. Sedap tau sebab rangup dekat luar, lembut dekat dalam. 
 Ini pulak kuih tepung bungkus. Sedaaap kuih ni, buat dia guna tepung pulut lepas tu dalam tu ada inti kelapa yang dah dimasak dengan gula melaka. Nenek Nani cakap ni kuih orang zaman dulu dulu. Hahah! Kuih kuih tradisional ni jangan lah tanya resepinya macam mana, memang tak tahu. Tahu makan aje. Hari tu tengok nenek Nani buat nampak macam senang, tapi kalau dah tak biasa buat tu, memang tak ada 'istilah' senang lah. Nanti lah bila bila kita balik menuntut ilmu buat kuih kuih tradisional ni pulak. 
 Buah manggis fresh baru petik dari pokok belakang rumah. Petang tu habis nenek Nani kerah suruh pergi belakang rumah kutip buah manggis. Mula nak makan dekat area pokok tu aje tapi sebab banyak sangat nyamuk, tak jadi nak makan situ. Hahaha! Dapatlah sebakul kecil buah manggis buat makan petang tu. Sedap woo dapat makan buah manggis yang manis manis ni. Nikmat! 
Nasi kerabu ni pulak beli dekat pasar pagi. Nasi kerabu daging & nasi kerabu ayam ni dekat kampung baru RM 3 sebungkus. Murah dia tak boleh bawa bincang! Hahah! Nasi banyak, setiap suapan pun ada daging sekali. Punya lah tak berkira kan mak cik mak cik dekat sini menjual. Dah lah sedap pulak tu. Kalau dekat bandar, tak jumpa dah macam ni. Kalau tiga ringgit tu ibaratnya nasi kerabu lauk ikan masin aje lah yang dapatnya. Memang tak akan jumpa nasi kerabu lauk sedap sedap macam ni hah. Agaknya kalau RM50 dekat kampung ni, seminggu pun boleh tahan sebab makanan semua murah sangat. Hahaha! Dikesempatan yang ada ni, Nani nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua yang singgah ke blog Nani. Korang balik kampung mana & bila tu? 

Ayam Goreng McD Extra Spicy

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Sekarang ni dekat mana mana pun ada aje iklan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy, tengok tv ada iklan ayam goreng, buka Youtube dengan Facebook pun sama. Bila dah selalu tengok iklan tu, wajiblah jugak kita try kan. Masa awal awal ayam goreng ni viral, fuhh tak sanggup okay nak pergi queue dekat Mcd. Ada certain outlets tu sampai sold out lah ayam goreng tu, punya lah kuat penangan Ayam Goreng 3x Pedas ni kan. Walaupun dekat Twitter tu Nani baca ada yang sampai kena ke hospital sebab sakit perut lepas makan ayam goreng McD. Kalau perut tak biasa makan pedas, memag macam tu kot jadinya πŸ˜… Bila dah reda sikit, baru lah kita terjah McD demi satu set ayam goreng. Hahaha! Gigih sangat kaaaan! Bukan apa kalau beli yang delivery tu charge aje dah sedia mahal so baiklah kita pergi outlet Mcdonald's tu terus, lagipun, McD depan rumah aje hah. Sekarang ni dah ada banyak set untuk ayam goreng ni kan. Kalau dulu ada set untuk dua ketul ayam aje, sekarang ni dah ada set yang tiga ketul dan lima ketul jugak okay. Tapi kalau untuk makan sorang, dua ketul tu pun dah cukup dan kenyang. 
Ayam Goreng Mcd
 Macam biasa kita order satu set dua ketul ayam goreng Mcd yang Extra Spicy. Macam biasa, ada fries dengan air sekali. Nani haritu nak tukar fries dengan coleslaw tapi dekat Jerantut ni tak ada coleslaw pulak heh. Outlet dekat sini memang selalunya tak berapa ada sangat certain menu. Haritu nak order McFlurry Cempedak pun dia kata tak ada sebab dia orang ada satu aje mesin aiskrim. Sobs! So melepas lah nak try McFlurry Cempedak. Nani drive thru aje Mcd ni haritu, lepas dah siap order terus lah balik rumah. Punya lah tak sabar sabar nak try kan. Tapiiii.... 
Ayam Goreng Mcd
Tapi hampa hatiku sebab bila buka kotak ni tengok dapat Ayam Goreng Mcd Spicy yang biasa tu. Alaah, nak makan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy.  Saja lah tu nak suruh kita repeat order lagi. Hahah! So, kita makan aje lah walaupun sedih sikit kahkah. Haritu adik Nani dah pernah beli Ayam Goreng Extra Spicy ni, makan secubit aje pun dah rasa pedas dia. Kali ni relax aje kita makan ayam goreng dua ketul ni sampai habis. Hahah! Biasa punya kan, tak rasa sangat pedas tu. Heheh. Nani minta ayam bahagian tight untuk dua dua ketul ni pun, dia orang ada jugak bagi bahagian wing. Tak apa lah, mungkin dia orang tak perasan kot order Nani tu. Korang dah try ke belum Ayam Goreng McD Extra Spicy tu? Macam mana? Pedas ke tidak? 

Beautea by SAFI | Pembersih Wajah Terbaru di Pasaran

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru baru ni Safi telah mengeluarkan satu lagi produk baru tau, iaitu Beautea Cleanser. Wahh makin banyak produk terbaru keluaran Safi ni, tak terkejar kita nak try semua. Macam yang Nani pernah bagi tahu sebelum sebelum ni, produk Safi ni memang sentiasa jadi pilihan Nani sebab ia nya bebas daripada SLS/SLES, Paraben, Alcohol dan jugak Silicon. Paling penting sekali, product ni telah pun diuji secara dermatologi, jadi tak ada lah masalah lah nak guna sebab memang selamat. Hiks. Hari tu lepas aje tahu product ni dah ada dekat pasaran, zasss kita terjah Watsons cari. Sejenis yang tak sabar betul kan. Hahaha! Kalau dekat mana mana Watsons store korang boleh dapatkan product Beautea ni dengan harga RM 23.30 satu. Tapi meh sini Nani nak ajar korang untuk dapatkan dengan harga yang lebih murah. Kalau nak jimat, korang beli lah melalui Watsons online. Kenapa Nani cakap jimat? Sebabnya korang boleh dapatkan dengan harga RM 18.80 bila korang pembelian Beautea Cleanser ni secara online di website Watsons. Jimat kan? Nanti korang boleh pilih lah sama ada nak self pick up atau penghantaran terus ke rumah. Apa apa korang boleh refer dekat website Watsons okay! 
Tapi sebab Nani ni sejenis yang tak menyempat nak try product baru ni, kita walk in aje lah dekat store Watsons yang terdekat. Nasib baik dah ada stock yang dah sampai. Heheh. Untuk pengetahuan korang, ada empat jenis rangkaian product Beautea ni tau, iaitu Black Tea & Black Orchid (sensitive skin), Green Tea & Neem (normal to oily skin), White Tea & Damask Rose (dry skin) dan jugak Apricot Tea (face scrub). Setiap jenis tu ada kelebihannya yang tersendiri dan mengikut jenis kulit. Nanti kalau korang nak beli, make sure beli ikut skin type masing - masing okay! 
Nani pilih untuk try yang Green Tea & Neem, untuk adik Nani pulak dia ambil yang Black Tea & Black Orchid. Product Beautea by Safi ni diekstrak 100% daripada premium daun teh tau! Actually ni first time Nani try cleanser yang diekstrak daripada daun teh, sebelum ni guna scrub aje yang menggunakan daun teh. Heheh. Serious wangi aje bila korang buka penutup pencuci muka ni. Next time Nani nak try scrub tu pulak, nampak best jugak scrub muka keluaran Safi ni. Kemain kan, semua dia nak try! Hahah! Jom tengok apa kelebihan kedua dua cleanser pilihan Nani ni. 
Black Tea & Black Orchid. 
Macam yang Nani bagi tahu dekat atas tadi, cleanser yang ni sangat sesuai untuk korang yang ada kulit sensitive. Untuk korang yang dah pernah try product lain tapi tak berhasil, boleh lah try product ni pulak okay! Macam yang korang tahu, kebanyakkan product Safi mengandungi fragrance. Untuk yang ada kulit sensitive, selalunya dia orang akan elakkan untuk menggunakan any products yang mengandungi fragrance. Tapi korang jangan risau, untuk Cleanser Black Tea & Black Orchid ni, tak ada fragrance pun. So korang boleh lah try guna tanpa ada rasa was was eheheh. 
Ini pulak tekstur Black Tea & Black Orchid, ia didatangkan dalam bentuk Cream Cleanser. Fungsi Detox Cream Cleanser ini adalah untuk membantu kita mengekalkan kulit yang sihat dan melindungi kulit daripada penuaan. Cara penggunaan cleanser ni mudah aje, korang cuma perlu bilaskan muka dengan air lepas tu cuci lah muka macam biasa dan bilaskan dengan air. Based on apa yang Nani baca, kalau kita nak muka kita betul betul bersih, kita kena guna tips 60 saat. Maksudnya kita kena cuci muka within 60 saat so sehala kekotoran dekat muka kita dapat dihilangkan. 
Green Tea & Neem. 
Untuk cleanser yang ni ia sangat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit normal to oil skin. Pembersih muka Green Tea & Neem ni berfungsi untuk menghilangkan kekotoran di wajah dan minyak yang berlebihan. Selain daripada tu, ia dapat melindungi kulit daripada masalah jerawat, mengawal sebum dan jugak membantu untuk mengurangkan kesan parut di wajah. Cara penggunaan pembersih muka ni sama macam yang Nani terangkan dekat atas tadi okay! Siapa yang ada masalah jerawat tu boleh lah try cleanser yang ni, mana tahu berkesan kan. 
Ini pulak tekstur Green Tea & Neem, ia didatangkan dalam bentuk Gel Cleanser. Macam Nani sendiri, memang Nani prefer untuk guna cleanser yang dalam bentuk gel berbanding yang cream. Heheh. Tapi untuk pencuci muka yang ni, ia mengandungi fragrance so kalau korang tak tahu skin korang react macam mana bila ada fragrance, jangan lupa untuk buat patch test terlebih dahulu okay! Korang boleh dapatkan product Beautea by Safi ni di mana mana pasaraya atau pun drugstore. Macam yang Nani bagi tahu awal awal tadi, harga sebotol pencuci muka ni RM 23.30 (150g). Jangan lupa try tau korang! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page