Ayam Goreng Mekdi 3x Spicy

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Phew baru ada masa nak menghadap blog sendiri. Haih asyik tenggelam timbul aje lately ni dekat blog. Sekarang telah masuknya waktu waktu busy untuk kerja hakiki. Hahaha! Bila banyak kerja yang nak kena siapkan within dateline memang terpaksa lah kita fokus yang tu dulu, blog ni jatuh nombor dua. Entah lah, tahun 2019 ni rasanya memang tahun yang paling Nani kurang sangat menulis dekat blog ni, apatah lagi nak blogwalking dekat blog orang lain. Memang tak sempat langsung, kadang kadang rasa serba salah betul bila tak ada masa nak reply komen & soalan soalan korang. Sorry sangat sangat okay, memang sibuk dia tak boleh bawa bincang. Tak sabar nak habiskan semua ni, so boleh relax sikit lepas ni. Selalunya weekend aje yang Nani sempat buat 'me time.' Itu pun selalunya habiskan masa untuk keluar jalan jalan hilangkan stress. Hehehe. Baru ni lepas settle kerja dekat PJ terus zass pergi Nu Sentral cuci cuci mata. Hei jalan jalan dalam mall pun satu 'terapi' juga okay. Hahah! Sebelum balik tu sempatlah kita tapau ayam goreng mekdi extra spicy dulu satu set. 
 Ingat tak dulu Nani pernah share dengan korang pasal ayam goreng mekdi extra spicy ni, tapi masa yang Nani beli tu langsung tak pedas. Mungkin masa tu staf tu tersalah bagi kot tapi relax aje makan ayam dua ketul tak minum air. Hahaha! Tapi betul tau memang masa tu tak rasa langsung pedas. Nani tengok resit memang dah tulis yang extra spicy tapi dapat spicy yang biasa tu aje. So baru ni Nani order lah lagi ayam goreng yang extra spicy ni hah, saja nak try & nak tengok tahap mana lah pedas tu kan. Dan kali ni memang betul dapat yang extra spicy tu wohoo! 
Iyee mula mula tu memang teruja lah nak makan tapi bila satu suap aje masuk mulut, dia dah tak rasa teruja tapi dia rasa nak mengamuk sebab pedas nak mampus. Hahhaa! Terus rasa menyesal order yang extra spicy. Nani makan dengan porridge tu pun still rasa pedas menyengat. Hm rasanya lepas ni kalau nak beli kena fikir dua tiga kali dulu. Pedas dia tu sampai berpeluh peluh lah makan, air pun sekejap aje habis. Tak pernah pernah lah selama ni makan Mcd sampai macam tu sekali. Hahah! Selama ni baca aje feedback orang lain cakap pedas, bila dah rasa sendiri fuh menyengat. Bahagian kulit ayam tu lagi lah pedas melampau. Hahah! Taubat takmo dah order yang extra spicy ni. Korang pulak macam mana, boleh tak makan ayam goreng extra spicy ni? 

8 comments:

  1. xpe.. utamakan keje hakiki.. nt ade ms terluang bru jengok blog kawan2.. =)

    extra spicy mmg xprnh rs nk try..
    sbb mkn yg spicy bse je pon dh rs menyesal.. haha..
    pedas! xtahan la..

    ReplyDelete
  2. Uishh cam pedas sangat je tu..yg spicy pernah rasa tapi yg 3x ni belum..nak rasa juga nak tahu tahap kepedasan dia camne

    ReplyDelete
  3. hehehhe tulah rasain kan, nk sgt yg extra pedas....
    tp bagi akak dia punya tahap pedas kira ok lg, akak boleh makan dengan sos cili lagi...

    ReplyDelete
  4. Belum try lagi dan xbrani nk try bila tgk ada yg makan sampai nangis2 pedas

    ReplyDelete
  5. akak rase kan tgk branch mcd jugak tau..ade tmpt xpedas yang 3x spicy nie..pedas la tp tidak la 3x pedas..ade tempat pedas sesangat pedas yg xleh nak bawak bincang punye..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Memang pedas nak mampos!! Hahaha. Akak beli nak makan dengan bubur, makan 1 pun dah tercungap. Lepas tu lagi seketul terkebil-kebil mata pandang macam mana nak habiskan?

    ReplyDelete
  7. sana sini promosi ayam goreng kan Nani :)

    ReplyDelete
  8. Dari hari tu ada jugak rasa nak try.. tp takut pulak klu pedas sgt.. adehh :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page