Cafe 9, A Taste Of Thai

Assalamualaikum & Hello.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Kali ni Nani berpeluang ke Cafe 9 yang terletak di Petaling Jaya untuk merasai sendiri masakan Thai yang memang 100% pure. Dah lah memang penggemar masakan Thai, memang laju aje la nak pergi. Ewah ! Memang macam - macam ada dekat sini. Nak tahu apa yang menarik di Cafe 9 jom tengok dekat bawah ni.
Cafe 9, A Taste Of Thai
kredit to Kak Farah 
Cafe 9 ni sememangnya HALAL, nampak tu dekat depan kedai dah ada tulis. Suasana kedai pun best sesuai sangat kalau nak bawa family ke kawan ke lepak dekat sini.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Haaa ada sepuluh menu atas meja, itu pun dah tak berapa nak muat. Tangan tangan tu yang dah tak sabar nak rasa masakan Thai. Hahaha !
Cafe 9, A Taste Of Thai
Prawn Cakes (RM 18.90)
Antara menu yang korang wajib cuba bila berkunjung ke Cafe 9 ni. Memang sedap, udang yang digunakan pun segar. Mula mula kitorang ingat donat kot sebab bentuk macam tu. Hahaha ! 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Stir Fry Clams (RM16.00)
Lala ni dimasak dengan Thai Curry Style. Rasa lala ni macam berempah sikit, sedap. Tambah pulak dah lama tak makan lala. Memang berkali kali lah ambil.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Fried Glass Noodle With Prawn & Chicken (RM14.00)
Nani suka juga yang ni sebab udang, ayam yang digunakan fresh. Sesuai untuk sesiapa yang tengah nak jaga badan tu kan. Menu sihat ni sebab ada protein, sayur sayuran. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Stuffed Chicken Wings (RM19.00)
Terbayang bayang lah pulak kesedapan ayam ni sebab lain daripada yang lain. Walaupun masa ni ayam dah sejuk tapi still lagi rangup. Bila makan memang bunyi lah krup krap krup krap dia tu. Dalam ayam ni pulak ada sayur dan dimakan dengan tiga jenis sos. Ada lime & cili, blackpaper dan salted egg. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Fried Chicken Salad (RM 16.00)
Menu ni Nani pertama kali jugak Nani rasa. Yang ditabur bahagian atas tu bukan serbuk lada putih/ lada sulah ye tapi bijan. Haaa memang lain daripada yang lain. Sedap rasa ayam ni bila makan dengan nasi panas panas. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
 Penang Curry Beef (RM21.90)
Kambing yang dimasak sempurna dicampur pulak dengan kacang panjang. Suka dia punya kuah sebab rasa macam kuah percik yang berempah. Daging pun lembut sangat, tak liat langsung. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Tom Yam Seafood
R (RM25.90)
L (RM45.90)
Tomyam ni memang sedap dan terbaik. Walaupun pedas tapi tetap tambah berkali kali. Hahaha. Puas hati dapat makan tomyam yang sedap macam ni. Memang berbaloi sangat rasa. Isi dalam tom yam pun banyak. Satu periuk kecil ni boleh makan dalam empat ke lima orang. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Omelette (RM10.90)
Kalau dah ada tom yam mesti lah kena ada telur dadarnya sekali kan, baru lah ngam orang kata. Hihi.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Sweet & Sour Fish (RM20.00)
Memang cukup rasa masam, manisnya. Ikan tu pun isi dia lembut sangat. Sedap ! Walaupun nampak macam ada lada tu tapi tak adalah pedas mana pun. Sesuai untuk semua peringkat umur untuk makan. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Money Bag (RM12.90)
Nani pertama kali rasa ni, dalam tu ada isi ayam. Cicah pulak dengan sos memang terbaik ! Nani rasa dia macam lebih kurang wantan tapi yang versi dekat Cafe 9 ni lebih sedap.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Beef Noodle (RM 15.00)
Siapa dekat sini suka makan dekat Boat Noodle lepas ni boleh try pulak yang dekat Cafe 9. Sedap dan portion sangat besar. Lagi puas hati bila makan dalam portion besar macam ni. Thai Beef Noodle ni menggunakan 50 resepi khas dari Thailand. Bukan itu sahaja, mee yang digunakan tu pun dari Thailand. Korang memang wajib cuba bila berkunjung ke Cafe 9 ni.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Geng kaki makan. Hahaha !
Untuk pengetahun korang Cafe 9 ini beroperasi setiap hari KECUALI pada hari Selasa. Haaa weekend ni kalau tak tahu nak lepak mana boleh ke Cafe 9, Petaling Jaya. Mereka beroperasi bermula dari pukul 11 pagi sehinga 10 malam. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh hubungi Cafe 9 di talian  0379322899 atau pun boleh tengok Facebook Cafe 9  Boleh Waze alamat dekat bawah ni untuk lebih senang.

27, Jalan 17/45 Seksyen 17,
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Bussiness Hours: Mon - Sun (11am - 10pm) 
Tuesday CLOSED







23 comments:

  1. peh peh nasibaik harini tutup :p
    kalau tak haaaaa hahahahahaha
    thanks share hihi dkt gak ni pj je kan huhuw

    ReplyDelete
  2. Wah, mknn nmpk sedap presentation menarik. Teruja nak p cuba mkn di sana...

    ReplyDelete
  3. hehehe apsal kita tergamam tengok harga2 dia :D omoooo. nampak sedap tapi. tomyam dia mesti kaw2 rasa kann. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. paling tergoda tengok lala tu...tempting sesangat...
    tapi for me, harga dia agak expensive...telur dadar je dah rm10.90? mak aiiii...hahaha...

    ReplyDelete
  5. Perghh sedapnya dan syurga makanan plak tuu. Terasa keriuk2 perut nii huhu

    ReplyDelete
  6. wow nani! tergoda betul tgok semua makanan ni.. nti boleh la ajak cik abe try hehe.

    ReplyDelete
  7. seronoknya Nani dapat pii sini :) sedap2 nampak menu2 yang ada .

    ReplyDelete
  8. prawn cake? cam donut la..semua menu nampak sedap..menjejes airliur

    ReplyDelete
  9. Tomyam Thai memang tergoda lahhh! Mesti sedap gila kan tomyam dia ishhh. Jealous nyaaa dapat makan best best gituuuu. Kena bookmark ni nanti nak try jugak tomyam area PJ cemana hahaha.

    ReplyDelete
  10. mak oiii menu dia terbaikkk
    nti nani banjer k.el ye hehe

    ReplyDelete
  11. Rasa macam makanan authentic Thai tak?

    ReplyDelete
  12. Fuhh sedap2... selera tengok. Boleh pergi ni nanti menjamu selera... menarik sgt.. :)

    ReplyDelete
  13. style... area utara x de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Rasanya cawangan Cafe 9 ni tak sampai lagi ke utara :D

      Delete
  14. nampak mcm donut pulak prawn cake tu. makanan thai mmng banyak yg sedap2!

    ReplyDelete
  15. Tertelan-telan air liur akak ni, Nani. Tomyam, prawn cake yang macam doughnut tu, semuanya menggiurkan sungguh! Kalau cakap kat HD ni ada tomyam sedap kat PJ, haruslah ditujunya...

    Nak kena bookmark lah tempat ni. Macam best aje!

    ReplyDelete
  16. wow, makan sakan ye. bukan slalu kan. haihh sedapnyaaahhhhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page