Richiamo Coffee

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni kawan Nani ajak minum minum dekat Richiamo Coffee milik Raja Ilya ni. Nak sambut birthday orang pun iye jugak. Rasanya baru kali kedua kot Nani datang sini, so blur blur aje tengok dia orang punya menu. Hahaah! Hari tu masa first time datang, memang tak order apa apa pun, kali ni saja lah nak try order menu dia orang. Nak jugak tahu kan apa yang paling menarik dekat Richiamo Coffee ni. Kalau tak silap Nani ada banyak jugak cawangan Richiamo Coffee ni dekat area Kuala Lumpur dengan Selangor tapi Nani tak sure ada dekat mana lagi. Heheh. Nanti korang boleh tanya Mr. Google okay! Nani pergi ni dekat cawangan dia orang yang dalam UIA aje. Dari awal dia orang buka, memang boleh kira berapa kali aje lepak sini. Hahah! Kalau jenis yang banyak duit boleh lah nak duduk minum dekat sini selalu. So, apa yang menariknya dekat Richiamo Coffee ni?
Memandangkan ini pun baru kali kedua Nani datang sini, so kita main redah aje lah order apa yang nampak macam sedap & berbaloi. Heheh. Sebenarnya Nani dah tak ingat nama air yang Nani order ni apa benda, resit pulak dah campak entah ke mana mana entah. Hahaha! For sure, air yang Nani order tu (depan) rasa macam cookies oreo yang diblend sekali dengan susu. Not bad lah rasa dia tapi tak ada lah sedap sangat sangat. Gitu. Satu lagi air tu pada Nani pahit sangat pulak. Mungkin sebab Nani bukan jenis peminat kopi, so tekak tak berapa nak boleh terima sangat. Harga around RM 8.90 macam tu kalau tak silap. 
Kek ni paling sedaaap! Harga standard cafe lah, around sembilan ringgit macam tu. Rasa macam makan kek nutella pun ada jugak. Serious recommended untuk korang try ni. Nani memang suka kek yang ada almond macam ni, so yass berbaloi lah beli. Kita orang hari tu sepotong ni kongsi empat orang okay. Jimat! Hahahaha!
Terserlah kegembiraan tu bila dah kenyang. Hahah! Okay lah kalau sekali sekala nak duduk sini chill chill sambil berborak. Selalu sangat pun tak boleh jugak lah, mahu koyak purse lepas tu sebab duit habis. Hahaha! Tempat selesaa, luas, memang patut pun harga makanan boleh tahan jugak. Tapi standard cafe lah kan, mana mana pun memang macam tu lah harganya, nan hado lah yang murah murah. Nak repeat lagi ke tak? Nakkk! Tapi nak beli kek tu aje sebab sedap sampai terbayang bayang sampai sekarang. Hahaa! 

7 comments:

  1. wow..semuanya nampak sdap..:)

    ReplyDelete
  2. benciii laaaaa. bulan 11 ni tunggu mek pulak update. hahaha

    ReplyDelete
  3. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  4. Menarik air Oreo Nani tu nampak sedap. Kek yang ada kekacang kak sue suka sebab crunchy gitu.

    ReplyDelete
  5. Aduhai... dr isnin akak xtau nape xblh nk bukak blog nani... tensen btl... ada sebahgian kwn2 blogger yg akak xblh bukak kt pc... ni bukak kt hp baru boleh sekodeng...

    ReplyDelete
  6. Menarik juga ni, harga pun nampak berpatutan dan berbaloi. Teringin juga nak trylah nanti. Thanks sharing Nani

    ReplyDelete
  7. Harga cake tu mengundang air mata sangat T^T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page