Assalamualaikum & Hello.
Memang dah lama simpan hajat nak ke Kopi XOXO yang terletak di Bangsar ni. Memandangkan minggu lepas minggu yang agak busy, so hujung minggu kita reward diri sendiri, makan sedap sedap sikit. Memang dah set dalam kepala datang sini nak makan thegorpis yang femes sangat tu. Tiap kali buka Instagram tak pernah tak terliur tengok gambar pisang goreng cheese yang mengancam tu. Hahaha! Ahad baru ni, tertunailah jugak keinginan ni.
Cecepat follow instagram mereka :D
Thegorpis RM8.00 sepinggan.
Korang boleh pilih nak flavour apa untuk thegorpis ni. Ada coklat, ada cheese yang biasa macam Nani order ni dan dua tiga flavour lagi. Kalau nak campur semua flavour boleh ambil set El Plato RM 13.00 sepinggan. Kami datang berempat so order lah sepinggan ini aje.
Satu Set Nasi + Ayam Black Pepper RM 15.90
Nampak macam sikit tapi portion banyak jugak sebenarnya. Tersandar kekenyangan lah lepas makan tu. Hahaha ! Ada pulak pencuci mulut goreng pisang cheese kan, memang rasa malas dah nak balik.
Satu Set Ayam Lemon + Nasi Putih RM 13.90
Ayam dia crunchy, sos lemon tu pulak rasa masam masam manis. Tapi kalau makan banyak banyak muak sikit Nani rasa.
Bubur Nasi Betty RM 14.90
Bubur nasi ni didatangkan dengan pelbagai jenis lauk. Kira satu set bubur nasi ni makan dengan ikan bilis goreng garing, telur masin, kacang tanah, sambal dengan kangkung goreng. Pehh memang sedap. Suka dengan bubur nasi dekat sini. Gambar bubur nasi tak berapa nak ok susunannya sebab meja dah overload sangat. Hahaha ! Order banyak sangatkan, nak buat macam mana :p
Geng JJCM Ahad baru ni. Biasa berdua, kali ni berempat :)
Partner JJCM saya setiap minggu. Hahaha !
Buat yang nak ke Kopi XOXO boleh Waze alamat dekat bawah ni ok. Kalau tak biasa dengan Jalan dekat Bangsar boleh tak perasan jugak dengan Kopi XOXO ni sebab kedainya agak terlindung. Apa pun gunalah khidmat Waze kan, confirm tak sesat. Hehe !
UPDATE !! (8 JUN 2016)
Kopi XOXO tidak lagi beroperasi di Bangsar kerana mereka telah berpindah ke Bangi. Oh ya, Kopi XOXO ini juga ada di TTDI. So, korang boleh lah Waze salah satu alamat bawah ni okay.
TTDI BRANCH,
135A Jalan Aminuddin Baki.
Waktu Beroperasi : 12.30 pm - 9.00 pm
BANGI BRANCH
D-08-G Paragon Point 2
Jalan Medan PB 5 Seksyen 9
Bandar Baru Bangi.
Waktu Operasi : 12.30 pm - 11 pm
set nasi ayam blackpepper tu nampak mengancam sungguh..
ReplyDeleteassalamualaikum..nampak entry ni kat list following terus klik sini...tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi...
ReplyDeletesambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..
Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'
http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html
tq ^_^
yum2, yess..lepas ni mmg kena install waze..huhu..
ReplyDeleteKakak pilih yg bubur tu Nani
ReplyDeleteNampak menggoda betul:)
wahhh menarik nyerrr ayam lemon tuh!!!
ReplyDeleteramai dah review kata makan kat sini sedap...nnt nak ajak encik laki terjah la...
ReplyDeleteaaa bubur nasik tu je yg akak selera sbb akak tgh ulcer ni nak makan x slera hehehe
ReplyDeleteloaded gila cheese atas goreng pisang tu.. geram! :D
ReplyDeleteBubur nasi tu menarik banyaknye lauk dia. Rare sebab ada kangkung goreng.
ReplyDeletekopi xoxo ni bukan ke kedai nora danish?
ReplyDeleteharga menu tak la mahal sangat..kiranya mampu bayar la.. ermm.. macam nak waze jer ke sana..
Haah kedai Nora Danish. Hehe. Terjah jangan tak terjah :D
Deleteamboi nama stylo habis! baguslah cafe ni buat style hipster, tpi menu makanan melayu
ReplyDeletesuka tengok ayam masak lemon sebab feveret. :D
ReplyDeleteDah kenyang lentok pulak... ha ha ha...
ReplyDeleteIni cafe si Nora Danishkan. Baru aje baca tentang kafe ni tadi rupa-rupanya Nani dah terjah dulu. The Gorpis tu memang mengancam jiwa ragalah, Nani.
ReplyDeleteCafe Nora Danish nie.. berpatutan juga harganya yer.. hehe..
ReplyDelete