Hiphoody Van Lela Memudahkan Kaum Wanita

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan satu lagi jenama tudung (Van Lela) yang akan memudahkan kaum wanita untuk mengayakannya. Van Lela merupakan salah satu jenama yang mengeluarkan koleksi tudung hiphoody yang sekarang in semakin mendapat tempat di hati kaum wanita. Nani pun tak ketinggalan juga nak mencuba tudung Hiphoody yang sememangnya lain daripada yang lain ini. Kalau sebelum ni kita dah selalu sangat pakai shawl, instant shawl atau pun tudung sarung apa kata kali ni kita cuba pulak mengayakan tudung Hiphoody keluaran Van Lela. 
Hiphoody Van Lela
Nani suka dengan tudung Hiphoody ni sebab tak perlu menggunakan sebarang pin pun. Pinless okay! Kalau pagi tu terlewat bangun nak ke kelas atau ke tempat kerja tak perlu lah terkejar - kejar nak mengosok tudung pulak kan, cuma sarungkan aje tudung Hiphoody ni. Tudung Hiphoody ini didatangkan dengan pelbagai warna yang tentunya menarik dan cantik. 
Hiphoody Van Lela
Sehelai tudung Hiphoody ini berharga RM64.00. Harganya berpatutan memandangkan kualiti tudung ini sangat bagus. Yang menjadikan tudung Hiphoody ini lebih eksklusif kerana diletakkan di dalam kotak seperti gambar di atas ni. Sangat sesuai juga untuk dijadikan hadiah buat ibu, kakak atau kawan. Hiphoody ini menggunakan High Quality Heavy Chiffon dan inner Cotton Lycra menjadikan Hiphoody ini lebih ringan dan sejuk. 
Hiphoody Van Lela
Ini juga merupakan koleksi terbaru daripada Van Lela. Kalau korang tak berminat Hiphoody yang plain boleh beli yang bercorak macam ni. Bukan sahaja lawa tapi memudahkan kaum wanita untuk ke mana - mana. Nampak tak tu, terletak elok sahaja atas kepala. Nani pun dah bercadang ni nak beli lagi satu untuk dijadikan koleksi peribadi.
Hiphoody Van Lela
Buat yang ingin mendapatkan koleksi Van Lela ini, korang boleh walk in di mana mana vendor yang ada ini atau boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan hanya WhatsApp ke nombor 0102692628. Jom dapatkan Hiphoody Van Lela ini sekarang ! 

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

7 comments:

  1. Yang bercorak tu nampak menarik.

    ReplyDelete
  2. nampak cantik dan lain dari tudung yang biasa digayakan..

    ReplyDelete
  3. Mmg berita baik buat wanita... sangat mudah dan easy going... menarik.. :)

    ReplyDelete
  4. tudung sarung pun nk stylish jugak :D nampak exclusive bila dia bungkus dlm kotak

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi pakai tudung gaya gini. Tapi seriously, sekarang ni memang banyak sangat pilihan sampai tak tahu apa yang patut beli. Nak beli semua, aku bukan jutawan pulak :)

    ReplyDelete
  6. ingatkan pasal VAN rupanya nama dia Van lela.. hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page