Resepi Bihun Sup Mudah

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Rasanya macam dah lama Nani tak share resepi dekat dalam blog ni; last hari tu buat masak paprik ayam tak silap. Heheh. So hari ni nak kongsi kan dengan korang Resepi Bihun Sup Mudah. Iye resepi ni memang simple sangat, campak campak aje lepas tu dah siap dan boleh makan. Biasa lah dapur bujang kan eheh. Bila dah jemu asyik makan nasi hari hari, sekali sekala kita tukar lah menu pulak makan bihun sup. Bahan bahan yang diperlukan semestinya bihun (dicelur sampai lembut dalam air panas) & untuk sup tu pulak, Nani tumiskan bawang merah, bawang putih (tumis sehingga garing), kemudian masukkan ayam (kalau nak - kalau tak nak boleh skip part ni). Nani selalunya akan make sure ayam tu dah half cooked, baru Nani masukkan sup bunjut or rempah sup dan tambah air biasa. Last sekali, mesti lah kena tunggu sampai sup tu masak. Hari tu Nani buat ayam carik, so bila kuah sup dah mendidih, Nani keluarkan ayam tu. Bila ayam dah sejuk, boleh lah carik carikkan sehingga halus. Settle! Kalau rasa macam malas nak buat ayam carik, korang potong aje ayam tu kecil kecil, masak aje sekali dalam sup. Alah macam kita selalu tengok mak mak kita buat sup ayam tu. 
Resepi Bihun Sup Mudah
 Bila buat bihun sup ni, yang paling penting sekali semestinyaa sambal kicap. Sambal kicap versi Nani senang aje, tumbuk cili dengan bawang goreng lepas tu tuang kicap. Hah jadi lah pekat macam dalam gambar.  Bahan bahan lain tu optional aje tau, kalau korang tak nak pun tak apa. Nani jenis yang kalau makan bihun sup, wajib ada kacang goreng, fish cake (digoreng atau direbus sekejap), ayam carik dan juga bawang goreng. Kalau ada taugeh dengan bergedil lagi power! Tapi dah nama pun yang simple kan, so kita guna aje lah bahan apa yang ada dekat dapur. Gittew! 
Resepi Bihun Sup Mudah
Hah lepas tu boleh lah makan sampai puas hati. Hahah! Hari tu Nani punya kacang goreng tu tergaring sikit, itu yang warna gelap semacam. Api pun kemain besar - nasib still boleh makan lagi. Tauhu tu pun dah alang alang ada lagi dalam peti ais, kita campak masuk dalam sup. Masak sendiri ni ikut suka aje kita nak masukkan apa, asalkan sedap. Simple aje kan resepi nya, hah lepas ni korang boleh lah try buat sendiri pulak dekat rumah. Kalau rasa tak nak makan dengan bihun, boleh ganti kan dengan nasi impit, mee kuning atau pun kuey teow. Ikut suka masing - masing. Nani ni time rajin, boleh lah masak macam macam. Bila sampai angin malas dia tu, apa pun tak jadi. Hahah! Lepas ni kalau buat sup, nak try pulak buat sambal merah yang macam dekat belah utara sana. Nanti kita try cari resepi sambal merah tu, kita buat sampai jadi. Kalau korang pernah buat ke, boleh lah share resepi sambal tu dengan Nani dekat bawah okay! 

14 comments:

  1. sedapnya bihun sup! kalo dtg kerajinan blh try buat jgk ni..
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass sedap! Kann, nak masak pun kena tunggu ada mood rajin datang dulu. Hahah!

      Delete
  2. Hirup kuahnya tu..huissssh nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess! Lagi sedap kalau kuah tu masam masam sikit. Fuhh!

      Delete
  3. sedap ni nani, bila tambah kacang goreng tu aduhai sedap betul kan...
    kalau akak tak rajin nk siat-siat ayam gitu hehehe ni dah gaya soto dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun kadang kadang malas ya Rabbi nak siat ayam tu tapi buat jugaklah. Haritu ada kawan ajar masukkan dalam pengisar tapi Nani tak pernah try pulak takut kang hancur sangat jadinya. Hahaha! Itu lah, kalau ada bergedil memang jadi macam soto dah!

      Delete
  4. My all time favorite.. Lama tak masak bihun sup..
    Next time boleh cuba resepi Inani, thank you for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayy sepp sikit! Try lah tau nanti, resepi simple simple aje ni. Campak semua dalam periuk, settle. Hahah!

      Delete
  5. sedapnya bihun sup! jarang buat sendiri melainkan kalau ada event kat rumah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Samaa lah kita, tapi ni sebab dah teringin sangat nak makan tu yang gigih masak sendiri. Kalau beli tak sedap sebab kuah cair lah apa lah.

      Delete
  6. buat sendiri puas hati makan.. kadang kat luar banyak msg pening kepala makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, boleh ulang makan sampai puas hati. Ya Allah yeee, yang tu paling tak tahan sekali. Memang kalau balik tu pening pening kepala, memang tahu dah kedai tu guna masg.

      Delete
  7. kak lebih suka bihun kaler kuning. nampak lagi menawan. hehehe

    ReplyDelete
  8. Sedapnya masak bihun sendiri. Semua isi banyak. Sambal kicap tu wajib ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page