Simple Make Up Menggunakan Althea Make Up Box!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni ada something yang istimewa Nani nak share dengan korang iaitu Make Up Collection terbaru keluaran Althea Korea. Wohooo! Siapa aje kan yang tak suka dengan make up semua ni. Nani tak ada lah pandai sangat pakai make up pun, setakat yang simple simple tu boleh lah. Heheh. Kali ni Nani excited betul bila tahu Althea dah keluarkan produk make up dia orang sendiri, tak sabar okay nak try sebab baca review semua cakap best dan berkualiti produk keluaran Althea. Nani memang selalu dah beli produk skincare dekat Althea, nampaknya lepas ni kita beli barang make up lah pulak. Makin bertambah lah barang dalam cart tu nanti rasanya. Eh? Hahah! Senang bila beli online ni, lepas order tunggu aje barang sampai depan pintu rumah. Setakat ni Nani memang puas hati lah dengan servis Althea Korea ni, laju okay walaupun terbang nun jauh dari bumi Korea sana. 
Muka excited tak sabar nak try semua barang make up yang ada dalam box tu. Kali ni box pun lain daripada yang lain bersempena dengan Lunar Year. Macam macam ada dalam satu box tu (daripada concealer sampai lah ke lip tint), siapa aje lah yang tak excited kan. Nak tahu best ke tidak semua barangan make up ni, jom baca apa yang Nani share dekat bawah. 
Ini lah antara barangan make up terbaru keluaran Althea Korea. Excited nak try semua barangan ni sebab semuanya cantik dan menarik. Nani kan jarang jarang pakai make up, itu yang excited lain macam. Hahah! 
💗Spot Eye Glitter
 Skin Relief Spot Film Gel
Skin Relief Spot Film Gel ni berfungsi untuk cover kita punya jerawat & menjadikan kulit kita lagi smooth. So mudah lah bila nak apply make up nanti. Tekstur produk ni dalam bentuk gel dan cepat aje kering. Tak ada lah lama sangat kan nak kena tunggu untuk pakai make up pulak. Cara nak apply Skin Relief Spot Film Gel ni pun mudah, korang just perlu picit dan sapukan secara nipis dekat bahagian muka yang ada jerawat lepas tu siap. Make sure tunggu gel ni dah betul betul kering baru korang start make up okay! 
 Flawless Creamy Concealer
Macam yang kita tahu concealer ni berfungsi untuk menutup segala jenis dark spot, jerawat dan parut yang ada dekat muka kita. Macam Nani jenis ada dark circle dekat bawah mata, kalau tak cover dengan concealer memang boleh nampak lah gelap sikit dekat bahagian bawah mata tu. Kali ni Althea datangkan dengan empat jenis warna, senang lah nak pilih mana satu yang sesuai dengan kulit kita. Nani paling suka guna yang code honey sebab tak terlalu gelap dan tak terlalu cerah, memang sesuai lah dengan warna kulit Nani. 
 Apa yang Nani paling suka dengan Flawless Creamy Concealer keluaran Althea ni sebab senang gila nak apply dekat muka dan paling penting sekali tahan lama. Skin type Nani jenis kering tau so memang concealer Althea ni jadi pilihan lah lepas ni sebab boleh memberikan kelembapan dan memastikan wajah kita tidak kering. I like! Korang yang berminat nak try concealer Althea ni boleh check it out dekat website dia orang. RM 15 aje untuk satu concealer ni, pada Nani memang murah jugak lah. 
Eye Palette Sunrise & Moonrise Althea x Bunga Citra Lestari
 Antara barangan make up yang paling tak sabar Nani nak try hari tu. Tengok lah tu warna warna dekat palette ni semua cantik dan tak terlalu terang. Nani suka pakai eye shadow yang warna nude, kalau terang sangat rasa tak cantik pulak. Hahah! Tapi ikut taste masing - masing lah kan. Kali ni Althea mengeluarkan Eye Palette Sunrise & Moonrise berkolaborasi dengan pelakon dan penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari. Ada lapan jenis warna semua sekali & didatangkan dalam packaging yang sangat eksklusif. 
 Spotlight Eye Glitter 
Eye Glitter ni boleh dijadikan sebagai eyeliner atau pun eye shadow untuk menaikkan lagi make up dekat bahagian mata kita. Mula mula Nani takut jugak nak pakai sebab ada glitter tapi rupanya biasa biasa aje glitter tu. Untuk Spotlight Eye Glitter ni didatangkan dengan dua warna iaitu warna gold dan juga pink. Harga pun masih lagi dalam range mampu milik, RM24 untuk satu kotak. 
Watercolor Cream Tint
Watercolor Cream Tint keluaran Althea ini didatangkan dengan empat pilihan warna yang agak terang dan tahan lama. Nani dulu jarang pakai lip tint sebab Nani lagi suka lip butter, tapi sekarang ni rasa dah jatuh cinta pulak dengan lip tint keluaran Althea Korea. Paling penting sekali, watercolor cream tint ni mampu melembapkan bibir kita. Bau lip tint ni pun wangi tau, memang best sangat bila pakai. Macam yang Nani cakap tadi, lip tint ni mempunyai empat pilihan warna iaitu Plum Cream, Strawberry Cream, Peach Cream dan juga Marron Cream. Jangan tanya mana satu yang best sebab semuanya Nani suka. Hahah! 
Simple Make Up Tutorial :)
Lepas dah try & error banyak kali, dapatlah hasil dekat atas ni. Hahah! Itu pun nasib baik lah ada kawan tolong sama. Nanti Nani share video Nani buat make up tutorial ni okay. Simple make up aje lah yang kita mampu buat pun. Gittew. Tapi serious, semua barang make up keluaran Althea ni memang best okay, loveee sangat.  Harga pun still mampu milik & yang penting berkualiti lah. So, untuk korang yang berminat untuk dapatkan barangan make up keluaran Althea Korea, boleh lah terus ke website dia orang okay! Jangan lupa tau beli. Hiks :)
Website:
Facebook:
Instagram:

Reka Hadiah Istimewa Buat Si Dia di Printcious

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang ni dah macam macam jenis kemudahan yang ada untuk kita. Nak shopping online boleh, nak order makanan guna online apps pun boleh, memang mudah sangat lah kan. Nani paling suka shopping online ni sebab jimat masa dan tak payah bersesak sesak lagi dekat store. Shopping online pun boleh dapat banyak diskaun jugak okay. Korang pernah dengar tak tentang Printcious? Kalau korang nak tahu, melalui website Printcious ni kita boleh beli macam macam hadiah untuk yang tersayang tau. Bukan setakat itu aje, paling best sekali sebab kita boleh customized sekali hadiah tu ikut kreativiti kita sendiri. Bila kita yang reka sendiri hadiah tu mesti lah jadi lagi bermakna kan, orang yang menerima tu pun mesti lah seronok aje. Nani pun tak ada lah kreatif mana, tapi setakat nak buat design yang simple simple untuk someone special tu, automatic jadi kreatif. Eh? Heheh. Sejak Nani tahu pasal Printcious memang selalu lah order beli dengan dia orang. Hari tu Nani pernah customized bantal untuk kawan, memang hasil dia memuaskan hati sangat. 
Kalau korang nak tahu tak susah mana pun nak reka hadiah bergambar & hadiah yang dihasilkan dengan gambar kita sendiri dekat website Printcious. Senang dah jimat sangat masa kita tau. Step pertama yang korang kena buat mesti lah pilih produk. Dekat Printcious ni ada macam macam jenis produk, pilih aje yang mana satu korang nak jadikan hadiah. Contohnya macam bantal ke, mug ke, apron ke dan macam macam lagi lah. Lepas dah settle pilih tadi, korang boleh lah upload korang punya rekaan untuk letak dekat produk yang korang dah pilih tadi. Tak pandai nak design? Jangan risau, dekat Printcious pun banyak design yang cantik cantik. Heheh. Step terakhir, korang boleh lah buat pesanan tadi. Simple sangat kan? Lepas tu tunggu aje barang sampai depan pintu rumah. Hihi. 
Harga pulak macam mana Nani? Hah bab harga korang jangan lah risau sebab harga dekat Printcious ni memang berbaloi dengan kualiti yang dihasilkan. Kalau nak jimat beli lah time dia orang buat promotion, macam sekarang ni. Bukan sikit sikit punya promo, tapi memang banyak yang mana kita tak akan dapat harga tu dekat luar. Lepas ni korang boleh lah pergi check harga dekat Printcious, confirm terkejut sebab murah sangat. Dah lah siap boleh customized sendiri lagi. Mana nak dapat dekat luar dengan harga yang macam tu. Pengalaman Nani membeli dekat Printcious ni tak pernah lagi lah mengecewakan, memang kualiti dan hasil barang yang kita terima tu wow sangat okay! 
Macam yang Nani cakap tadi dekat Printcious ni ada banyak sangat produk yang boleh kita pilih untuk dijadikan hadiah dan sebagainya. Bukan itu aje, kalau korang tengah mencari servis terbaik untuk lanyard printing, boleh juga berhubung dengan Printcious ni. Selain daripada itu, kalau nak buat birthday party ke, kenduri kahwin ke boleh lah contact dia orang jugak untuk servis photo booth. Biasa lah sekarang ni apa apa event pun, wajib nak ada photo booth kan. Baru lah meriah sikit. Heheh. Jangan lupa untuk check it out produk produk Printcious ni macam Button Badges Malaysia, Bulk Order Color Mug, Bulk Order Lanyard & Bulk Order Mousepad. Lagi banyak kita order, lagi banyak diskaun dapat. Heheh.
Paling best sekali Printcious ni ada juga buat tajaan untuk apa apa event. So kalau korang nak buat apa apa event yang besar boleh lah masukkan Printcious dalam list sponsorship korang okay. Jangan lepaskan peluang keemasan ni tau, jarang jarang ada syarikat macam ni yang buat sponsorship macam Printcious. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh check it out dekat Sponsorship for Event. Untuk pengetahuan korang, Printcious ni bukan aje ada dekat Malaysia, tapi ada juga dekat Singapore, Australia, Hong Kong, Canada, Philliphines dan juga Taiwan. Banyak kan? So, lepas ni tak payah dah pening kepala nak beli hadiah dekat mana sebab Printcious kan ada. Heheh. Selamat mencuci mata korang! 

Resepi Soto Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah puas ke tu cuti panjang minggu lepas? Heheh. Baru ni mood rajin datang, terus zass masuk dapur buat soto. Percayalaaah selama ni asyik makan soto yang ibu buat aje, tak pernah pun nak try buat sendiri sebab pada aku buat soto ni susah. Hahah! Susah bukan sebab apa, soto ni dia ada banyak sangat condiments, tu yang ambil masa bila nak buat. Tapi sebab teringin sangat nak makan & ibu busy marilah kita buat sendiri. Sedap ke tak sedap ke belakang kira, yang penting try buat dulu. Plus, buat sendiri lagi puas hati sebab boleh repeat makan berkali kali. Gitu. Hari tu Nani ada share resepi ni dengan story Instagram (sekarang pun ada lagi, Nani save dekat highlight), ramai lah pulak lah yang terliur. Siap ada yang request suruh buat Raya nanti. Mampus! Hahaha! Kita baru belajar ni hei, buat untuk makan sendiri boleh lah, tak pro sangat lagi. Hari tu pun start pukul lapan pagi Nani masak soto, around 10.30 macam tu baru siapp. Berlecak kita dekat dapur ni hah siapkan soto sorang diri. Tapi puas hati sebab rasa dah berjaya unlocked satu lagi achievement. Wohoo! Kalau korang nak try buat soto yang simple, boleh lah try resepi Nani dekat bawah ni okay! Ada kawan kawan yang minta tulis dekat blog, jadi marilah kita share resepi ni dengan korang jugak. 
Nampak tak betapa banyaknyaaa condiments untuk soto ni. Mula mula sekali Nani rebus nasi impit tu dulu. Beli yang segera aje wakk senang. Sementara nak tunggu nasi impit tu masak, boleh lah buat sup. Untuk sup, cara Nani mudah aje, tumis bawang besar, bawang putih dengan halia. Bila tiga bahan tu dah garing, masukkan rempah yang ada dalam sup bunjut tu. Tapi rempah tu Nani kisat kering dulu. Heheh. Last sekali, masukkan serbuk perasa dan jugak isi ayam (untuk buat ayam carik). Bila ayam tu dah masak boleh lah goreng sekejap & carik carikkan lah ayam tu. Bab carik ayam ni lah Nani paaaaling malas sekali nak buat. Hahah! Kawan Nani cakap nak senang masukkan dalam mixer. Wow, next time kita try buat guna tips yang dia bagi ni. 
Sementara tu boleh lah siapkan bahan bahan lain. Nani hari tu goreng kacang tanah, potong daun sup, buat sambal kicap dan bergedil. Sambal kicap tu masih failed lagi. Hahah. Nani just blend lada dengan kicap aje, kalau korang ada resepi sambal kicap pekat & sedap boleh lah share dengan Nani okay. Pada Nani, soto ni paling sedap bila ada bergedil. Ini condiment yang wajib ada lah bila makan soto. Cara nak buat dia simple aje. Boleh klik Resepi Bergedil Mudah, Nani dah pernah share dulu. Heheh. 
Taraa ini lah hasil soto kita yang tak seberapa. Orang dekat rumah cakap sedaap, dah lulus kalau nak masak time Raya. Amboi masing masing bila memuji kemain lagi. Hahaha! Hilang penat dekat dapur selama berjam jam tu bila orang cakap sedap. Kebetulan dalam peti ais ada bebola, Nani pun letak lah sekali dalam sup. Soto ni nak buat aje yang lama, tapi bila makan tu sekejap aje licin. Hahah! Hari tu memang tak masak benda lain dah, dari lunch sampai lah ke dinner semua makan soto aje. Balance nasi impit yang lebih tu Nani buat kuah kacang pulak. Iyee memang rajin lain macam baru ni, pasal apa pun tak tahu. Hahaha! Kalau korang nak try buat soto, boleh lah guna resepi Nani ni okay. Selamat mencuba! 

4Fingers di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Masih dalam mood bercuti ke tu? Cuti lama lama pun tak syok jugak bila tak ada plan nak berjalan ke mana mana ni (sampai jadi bosan lah cerita dia). Hahah! Sudahnya semalam kawan ajak pergi makan 4Fingers dekat Wangsa Walk. Alang alang dah tak ada plan apa apa tu, terus lah onz aje. Tapi kalau dah sampai Wangsa Walk tu memang tak lah pergi makan semata mata kan, ada lah jugak melencong masuk kedai lain sama lepas tu eh terbeli kasut lah, itu lah ini lah. Dasar Nani! Actually 4Fingers ni baru aje lagi buka dekat Wangsa Walk, lepas ni dekat lah kalau nak pergi. Sekarang pun dah banyak outlet 4Fingers ni, tak susah dah nak cari. Heheh. Nani jenis memang suka makan ayam goreng ni (ada ke orang tak suka ayam Nani 😆) so makan lah dekat mana pun tetap rasa sedap. Hahah! Sekarang ni pun dekat 4Fingers dah ada flavour baru, tapi semalam tak try pun. Tetap jugak pilih yang dah biasa makan tu. Hiks. 
 Table for three. Kalau korang nak tahu menu yang available dekat 4Fingers ni, korang boleh check it out dekat dia orang punya website. Siap ada harga sekali dekat situ so boleh lah kira budget korang sekali. Heheh. Ohh dekat sini konsep dia self service, sama macam dekat restoran fast food yang lain. Air dekat sini pun kita ambil sendiri cumanya tak boleh refill lah. 
Rice Box (RM 18.80)
 Macam biasa bila pergi makan dekat 4Fingers, wajib order rice box (wingettes) ni. Kita tekak melayu wakk, pergi mana mana pun tetap jugak nak cari menu yang ada nasi. Hahah! Dalam satu set rice box ni, ada nasi, empat ketul ayam dengan coleslow. Ayam dekat sini pun size dia okay lah, tak ada kecil sangat. Kenyang okay makan satu set ni. 
Muka lepas dah puas hati makan dekat 4Fingers. Nasib baik semalam tak payah nak tunggu lama pun nak dapatkan seat kosong. Sampai sampai aje, boleh terus order & duduk makan. Walaupun semalam cuti, Wangsa Walk tak ada lah sesak mana pun. Dah kenyang baru lah boleh shopping dengan tenang. Hahaha! Sempena Chinese New Year ni kan, ada lah jugak outlet yang buat sales, masa ni lah nak membeli sambil berjimat. Heheh. Korang pulak buat apa aje cuti dua hari ni? 

Aiskrim Unicornetto Baru

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk 1 February pun hari ni, rasa macam eh cepatnya dah habis bulan January. Bulan dua ni akan banyak ulang alik KL - Pahang sebab ada kenduri kahwin pak cik Nani. Kawan sekolah pun ada jugak yang nak kahwin bulan ni so tiga minggu berturut turut lah balik Pahang. Paling suka attend kenduri kahwin kawan sekolah ni, bukan apa masa ni lah nak buat catch up session dengan semua orang. Tambah pulak dulu duduk asrama dari form one sampai form five, memang dia punya rapat tu lain macam lah. Hahah! Okay lah back to the topic, korang dah pernah try ke Aiskrim Unicorn yang baru ni? Nani tahu kewujudan aiskrim ni melalui Twitter. Bila scroll aje semua tunjuk gambar aiskrim unicorn. Macam biasa, bila benda benda baru ni, wajib lah kita try kan. Heheh. Haritu aiskrim oreo yang orang viralkan, sekarang unicorn pulak dah. Macam macam jenis aiskrim ada sekarang ni. Dengan cuaca sekarang yang panas terik, memang layan lah makan aiskrim ni kan. So, sedap ke tidak Aiskrim Unicorn ni? 
Pada Nani aiskrim ni biasa biasa aje, cumanya ada macam strawberry punya flavour sikit & cone warna merah. Baca dekat Twitter ramai cakap sedap tapi tu lah Nani tak suka sangat. Hahah! Rasa macam over rated aiskrim ni. Tapi okay aje kalau nak makan, bukan lah teruk sangat rasa aiskrim ni. Cuma Nani rasa lebih kurang aje dengan aiskrim lain. Hiks :) Unik jugaklah bila unicorn pun boleh dijadikan aiskrim. 
Ini lah rupa aiskrim unicorn yang Nani beli tu. Colourful! Kalau korang peminat aiskrim boleh lah try aiskrim unicorn ni pulak. Nani jenis suka try benda benda baru macam ni, tapi kalau tak berapa kena dengan tekak, memang itu first and last lah beli. Hahah! Next time nak try aiskrim yang dekat myNEWS tu pulak. Aiskrim dekat situ pun orang cakap sedap. Tapi tak semua myNEWS lah ada jual, rasanya dekat kiosk yang besar aje ada jual. 
Murah aje Aiskrim Unicorn ni, standard harga aiskrim cornetto yang lain. Heheh. Hari tu Nani beli dekat 7Eleven aiskrim ni, itu pun lepas dah dua kali pergi baru ada jual. Biasa lah bila mula mula keluar memang jadi rebutan lah, semua nak try rasa. Nani ada satu mart tu yang Nani teringin sangat nak pergi dekat Petaling Jaya (Hungry People). Dekat situ ada macam macam jenis aiskrim jual, aiskrim yang susah nak jumpa dekat kedai biasa. Selalu tengok orang makan tapi itu lah, kalau dari Gombak nak pergi PJ semata mata nak beli aiskrim macam gigih sangat kan. Hahah! Tengok lah nanti bila bila ada kerajinan boleh lah pergi. Anyway, happy weekend everyone! Ada yang cuti ke Isnin nanti? Mana tahu ada yang nak terus sambung dengan cuti Chineese New Year. Hiks :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page