Hotel de ART di USJ 21 Subang Jaya

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend lepas Nani berpeluang untuk menginap selama satu malam di Hotel de Art cawangan USJ 21, Subang Jaya. Weekend staycation lah kekdahnya. Dah lama wakk kita tak check in hotel, asyik sibuk memanjang sampai tak ada masa nak berehat. Alang alang ada kerja area Shah Alam hari tu, Nani pun ajak lah kawan stay semalaman dekat hotel ni. Seronok okay dapat berehat dekat hotel yang selesa dan cantik macam ni, sampai rasa tak nak balik lah. Eh? Hahah! Actually Hotel de ART ni ada banyak cawangan dan salah satu nya di USJ 21, Subang Jaya. Setiap cawangan hotel ni dia orang ada tema yang tersendiri, macam yang dekat USJ 21 ni hotel dia orang berkonsepkan English Garden. Lagi lah Nani teruja nak stay dekat sini bila tahu dekorasi hotel ni bertemakan English Garden. Selain daripada Subang Jaya, dia orang ada juga cawangan hotel di Shah Alam (Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 19 dan juga i - City). Untuk korang yang rasa nak buat weekend staycation dan tak nak pergi tempat yang jauh, memang Nani recommend untuk korang menginap di sini. 
Tak susah mana pun untuk kita ke Hotel de ART USJ 21 ni hah. Kalau korang rasa malas nak drive, boleh naik LRT dan turun di Stesen LRT USJ 21. Dari stesen LRT  tu pulak korang ambil lah grab, memang less than 10 minutes dah sampai hotel ni. Nak jalan kaki pun boleh kalau korang rajin. Hahah! Apa yang Nani suka tentang hotel ni, lokasinya yang agak strategik. Nak pergi mall pun dekat (yang ni memang boleh jalan kaki). Buka pintu hotel terus nampak shopping mall, Main Place Mall. Boleh lah kalau nak makan dekat situ sebab hotel ni memang tak ada cafe. Nak pergi makan Ayam Gepuk Pak Gembus pun boleh, ada juga cawangan dia orang dekat area hotel ni. So bab makan korang tak payah nak risau!  
Waktu check in di Hotel de ART cawangan USJ 21 ni bermula pada pukul tiga petang dan check out pulak pada pukul 12.30 tengah hari. Standard lah kan waktu tu. Kalau korang sampai awal dekat hotel ni, boleh lah bergambar dulu dekat area lobi hotel sebab deco lobi hotel ni memang cantik gila. Itu baru lobi, belum masuk bilik lagi. Memang hotel ni antara Instgrammable spot lah, semua sudut cantik okay. Aaaa memang next time nak repeat lagi tidur sini, semalaman aje tak cukup 😝
Tema lain bagi cawangan Hotel de ART:
💗Hotel de ART i - City: Tema Fantasi
💗Hotel de ART Seksyen 7: Tema Wallpaper
💗Hotel de ART Seksyen 19: Teman 3D
💗Hotel de ART Seksyen 9: Tema Inspirasi & Harapan

Kan dah cakap, memang setiap sudut yang ada dekat hotel ni boleh jadi tempat untuk bergambar. Lighting pulak memang onz so jom lah kita bergambar sampai puas hati. Hahahah! 



Nani pun sebenarnya first time menginap hotel yang berkonsepkan English Garden. Selalunya tema macam ni kita selalu jumpa bila pergi wedding aje tapi sekarang hotel pun dah ada tema English Garden okay. Nani still tak boleh move on dengan kecantikan deko hotel ni, serious lain daripada yang lain. 


Masuk aje dalam bilik & nampak katil macam ni terus kita rasa nak tidur. Elok pulak time tu hujan tengah lebat dekat luar, memang ngam sangat lah nak tidur kan. Hahah! Dekorasi dalam bilik pun cantik. Bilik yang Nani duduk ni ialah bilik Queen Deluxe (RM 199.28) untuk semalaman. Harga ni dah termasuk tax semua sekali lah. Bilik ni sesuai untuk dua orang dewasa & seorang budak kecil. Tapi kalau korang datang satu family, Nani sarankan untuk korang ambil bilik yang Family Deluxe. Nak tahu harga setiap bilik dekat sini, korang boleh check it out dekat bawah okay! 
Dekat Hotel de ART cawangan  USJ 21 ni ada lima jenis bilik yang korang boleh pilih dan mostly bilik dekat sini bersesuaian untuk dua orang. Ada bilik yang katil single, katil queen, ada bilik yang tak ada tingkap & sebagainya.  So korang boleh pilih lah mana satu jenis bilik yang korang suka. Dekat bawah ni Nani list kan bilik yang ada & juga rate harga untuk satu malam. Kalau weekend atau musim cuti, harga akan jadi sedikit mahal daripada biasa, tapi kalau weekdays harga standard. 
Harga mengikut bilik di Hotel de ART USJ 21:
Art Queen (No Window): RM 108.00
Art Twin (No Window): RM 167.68
Twin Deluxe: RM 188.68
Art Queen Deluxe: RM 199.28
Family Deluxe: RM 241.68
Nani boleh katakan semua kemudahan lengkap lah dalam bilik ni. Kalau rasa bosan tak tahu nak buat apa, boleh lah tengok movie. Siaran tv dia orang pun bukan yang jenis kelabu asap tu okay, memang jelas gambar. Wifi pun laju kalau nak layan movie online, sebab tu Nani cakap hotel ni sangat sesuai kalau korang nak buat weekend staycation dengan kawan kawan. Water heater & instant coffee pun ada disediakan. 
Percaya atau tak, Nani datang sini bawa baju aje sebab toiletries semua ada disediakan. Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi & shampoo semua ada wakk. Towel pun ada disediakan oleh pihak hotel. Kira memang berbaloi lah dengan harga yang kita bayar tu sebab semua kelengkapan disediakan dari A to Z. Korang datang bawa baju sehelai dua aje pun dah cukup. 



Hair dryer pun ada jugak okay! Macam biasa bila nak check in hotel ni benda yang paling merisaukan bagi perempuan mesti lah bab iron kan. Hahah! Iye lah takkan nak pakai baju or tudung yang berkedut pulak kan. Kalau korang nak menginap dekat Hotel de ART ni tak payah lah susah susah nak bawa iron tu, buat beratkan bag aje nanti. Dekat luar bilik ni, ada disediakan iron lengkap dengan papan iron tu untuk kita gosok baju & tudung. 

Walaupun hotel ni tak ada cafe, tapi dia orang ada menyediakan pantry. Macam yang korang nampak tu, ada microwave dan juga penapis air. Senang lah kalau tetiba lapar ke tengah malam kan. Hahah! 


Oh ya, hotel ini juga turut menyediakan surau tau dekat level 1, so kalau korang rasa tak nak bawa telekung pun tak apa, boleh guna yang surau hotel ni punya. Memang Nani rasa puas hati sangat dapat menginap dekat Hotel de ART cawangan USJ 21, semuanya lengkap dan best. Hotel ni tak besar mana, cuma tiga tingkat aje tapi tetap disediakan lift jugak. Next time memang Nani nak repeat lagi untuk menginap di hotel ni. Korang yang rasa nak buat weekend staycation sekitar Selangor, wajib masukkan hotel ni dalam list korang okay! Memang berbaloi sangat. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Hotel de ART USJ 21 ni, korang boleh check it out dekat website dia orang okay!
Waze:
Hotel de ART @ USJ 21
Alamat:
Hotel de ART USJ 21
No 21, Jalan USJ 21/6 USJ 21,
47630 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.
Telefon:
+603 5888 9099
Social Media: 





8 comments:

  1. unik nya tema hotel tu. hijau putih dan kaler coklat. menarik sangat mata memandang ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang setiap sudut unik & cantik hotel ni. Itu yang sampai rasa tak nak check out. Hahah!

      Delete
  2. oh kt subang pn ada cawangannya..yg tau kt shah alam je..nice decoration biliknya..buai tu cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Amy, ada jugak satu cawangan dekat USJ. Cantik sangat kan, memang berbaloi lah stay semalaman dekat sini.

      Delete
  3. Assalamualaikum, salam ramadhan 1440. Salam kenal blogger

    ReplyDelete
  4. kat shah alam pun ada gak rasanya. lawa betul deco dalam hotel tu :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page