Lepak di Domino's

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnya dah hari Jumaat, ni pun dah penghujung bulan Januari. Phew! Setakat ni semuanya baik baik aje and hopefully sampai ke penghujung tahun lah macam ni. Heheh. Kisahnya baru ni sempat buat 'meet up session' dengan kawan baik dari sekolah rendah. Punya lah dah lama berkawan dengan dia orang ni hah sampai family masing masing pun kenal each other. Bila dah selesa sangat berkawan macam ni, gurau kasar pun tak ada hal. Perangai annoying pun layankan aje. Hahah! Bila jumpa macam ni, memang kerjanya berborak & makan makan aje lah. Kali ni lepak dekat Domino's pulak lagipun time weekdays tak ramai sangat orang.  
Breakfast sekali dengan lunch terus. Heheh. Bila jumpa kawan macam ni, tak ada nya sekejap, mesti lama sampai berjam. Time semua free ni aje lah ada masa jumpa, kalau busy tu memang tak ada nya nak jumpa ke apa. Thru whatsapp aje lah kalau nak bergosip pun. Hahahah!  
Nani rasa ni first time kot order garlic bread dia orang, selalu makan yang dekat Pizza Hut aje. Rasa macam garlic bread Domino's lagi sedap pulak sebab crunchy & besar. Hehehe. Next time boleh lah order lagi. Eh eh? 
Pizza Beef Pepperoni
Mula Nani ingat nak order pizza yang buy 1 free 1 tu rupanya tu untuk VIP member aje. Ingat nak buat kad tapi RM 50 pulak untuk satu kad, so bye bye aje lah jawabnya. Hahah! Nanti lah bila bila ada duit kita buat membership Domnino's pulak okay 😂 Bila jumpa kawan kawan ni selalu fast food lah yang jadi pilihan utama sebab selesa sikit kan tempat dia. Heheh. Korang selalu tak lepak makan dekat Domino's ni? 

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh
klik SINI untuk join. 

Macam Macam Ada!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani ni macam biasa lah kalau balik Pahang, mesti 'dimewahkan' dengan makanan. Hahaha! Tiap kali balik bercuti, jejak aje pintu rumah mesti abah dengan ibu tanya nak makan apa, nak masak apa. Memang itu lah soalan wajib dia orang. Biasa lah kalau dah lama tak balik tu, rindu suasana rumah tu lain macam. Hehehe. Bila semua adik beradik ada dekat rumah ni, memang syok. Masing masing nak tunjuk skill memasak. Masak simple simple pun bila makan ramai ramai ni memang lain macam feel dia. Betul tak korang? 
Roti Sosej Cheese. Yang ni Nani buat hari tu. Saja buat untuk minum petang. Nani dah share resepi korang boleh check it out dekat sidebar okay! Paaaling simple & sedap. 
Satay ni bukan buat ye tapi beli dekat pasar malam. Hahaha! Rasanya dah lama kita orang dekat rumah ni tak buat satay sendiri sebab malas. Satu lagi, nak buat sendiri macam rumit. Beli aje yang senang. Balik boleh terus makan. Hahaha! Siapa entah hari tu tengah tengah malam letak gambar satay dekat Instagram, lepas tu terliur. Esoknya jugak daku pergi cari satay. 
Pengat pisang ibu. Tiap kali balik, wajib Nani suruh masak pengat pisang ni. Sedaap ya amat. Hehehe.  Dulu Nani pernah beli dekat Gombak pengat pisang ni tapi alahai, macam nak tak nak aje mak cik yang buat tu. Selalu kalau makanan macam ni, susah betul nak cari yang kena dengan tekak. Dapat balik Pahang, memang macam macam makan. Sebab tu lah Nani wajib sebulan sekali balik. Hahah! Lagi pun sementara abah dengan ibu ada ni, situ lah tempat nak menumpang kasih & minta dia orang doakan kita. Doa mak ayah ni (lagi lagi mak) tak ada hijab, inshaAllah mudah dimakbulkan. So kalau ada mak ayah lagi tu rajin rajin lah balik jenguk orang tua kita. Ingatan untuk diri Nani sendiri jugak :)   

Birthday Giveaway by Mamapipie

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rasa macam dah lama Nani tak join mana mana giveaway bloggers sebab kekangan masa. Hiks. Kali ni Nani join Birthday Giveaway by Mamapipie. Syarat mudaaah sangat, hadiah pun menarik okay! Mana tahu ada rezeki boleh dapat buku daripada Mamapipie. Sebab Nani minat sangat baca buku  sekarang dan jadikan koleksi , laju laju join giveaway ni hah. Korang dah join ke belum tu? Kalau belum, cecepat join tau sebelum hari esok. Iyee Nani ni pun antara yang join last minute jugak. Hahah! Better late than never ye dakk? 
Birthday Giveaway by Mamapipie
Dalam banyak banyak entry dekat blog Mamapipie, Nani paling suka entry baru ni, Resepi Ayam Teriyaki Mudah dan Sedap. Nani tak pernah makan apatah lagi masak ayam teriyaki ni. Sekali pandang nampak macam ayam masak kicap tapi yang ni versi kering sikit ala ala ayam untuk nasi ayam tu. Tak sabaar lah nak try buat sendiri nanti. Bila baca dekat entry Mamapipie hari tu, rasa teringin gila nak buat sebab nampak tempting. Bahan bahan nak buat pun rasa ada aje dekat dapur tu, cuma kena beli ayam aje. Heheh. Resepi ni pun nampak mudah aje, Nani memang suka resepi simple macam ni. Korang kalau belum follow lagi blog akak ni, cepat cepat pergi follow. Serius banyak lagi resepi yang best yang boleh cuba. 

Dashing | Let's Go Manchester Contest

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada tak peminat bola sepak dekat sini? Haaa kalau korang peminat bola sepak, Nani ada sesuatu yang menarik nak kongsikan ni.  Zaman sekarang ni tak kira lah tua ke muda ke, memang boleh katakan semuanya minat dengan bola sepak. Bila ada aje bola, confirm masing masing sanggup berjaga sebab nak sokong pasukan masing - masing terutama kalau pasukan tu power macam Manchester United dan Manchester City. Betul takkk? Untuk pengetahuan korang, liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak paling popular dengan bilangan pengikut tertinggi, walaupun di Malaysia. Pengikut bola ni memang tak boleh dinafikan pengikut dia orang memang ramai gila, kalau tak percaya cuba tengok kedai mamak bila ada EPL ni, confirm penuh! Korang tahu tak sekarang Dashing sedang mengadakan Let's Go Manchester Contest yang mana hadiah yang ditwarkan sangat lumayan. Nak tahu tak apa hadiahnya? 
Untuk pemenang yang terpilih bagi Let's Go Manchester Contest ni, korang berpeluang untuk ke Manchester, United Kingdom selaman 4Hari 3Malam. Bukan setakat dapat penginapan percuma aje tau, tapi korang jugak berpeluang untuk menonton perlawanan bola secara LIVE antara Manchester United dan Manchester City di Stadium Etihad dengan tiket VIP. Tiket VIP okay bukan tiket biasa. Selain daripada itu, pemenang juga akan diibawa ke Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Terdapat peluang untuk berinteraksi dan sign autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Di samping itu, terdapat Tour Misteri Magical di mana mereka akan dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. Fuhhh serius kalau menang ni,  4Hari 3Malam korang akan jadi lebih indah dari biasa dekat Manchester nanti. 
Cara Menyertai Let's Go Manchester Contest 
  • Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit.
  • Kemudian whatsapp penuh satu resit tersebut (pastikan JELAS) dan namakan seperti NRIC atau PASSPORT, NO NRIC atau NO PASSPORT dan outlet pembelian ke nombor +6016-9972373
Semudah itu sahaja Let's Go Manchester Contest ni. Bukan seorang pemenang yang dicari tapi enam orang. Korang tunggu apa lagi tu? Cepat cepat join contest ni tau, mana tahu korang salah seorang pemenang yang dicari. Bergabunglah sekarang dan jadilah salah seorang yang berada di tempat duduk VIP untuk menonton perlawanan secara LIVE di hadapan mata  dengan 50,000 peminat dan DASHING, jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia! 
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :
No Telefon : 03 8023 8311

Resepi Roti Sosej Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Monday blues ke tu? Heheh. Hari ni Nani nak share resepi lagi atas permintaan kawan kawan. Ewaah! Resepi paling simple, macam biasa. Tapi yang ni memang mudah sangaat, bahan bahan pun murah aje nak beli. Bajet bawah 10 hengget aje nak buat ni. Hari tu saja buat untuk minum petang. Jarang jarang ada minum petang dekat rumah ni, kecuali kalau rajin macam baru ni. Hahah! Yang Nani buat ni roti sosej cheese tapi kalau tak nak letak cheese pun boleh okay. Nani pun rasa macam lagi sedap tak letak cheese. Mana yang tak ada idea nak masak apa breakfast tak pun untuk minum petang tu, boleh lah buat ni okay! Jom check it out! 
Ini bahan bahan yang diperlukan okay. Roti, sosej (goreng atau rebus  terlebih dahulu), cheese, telur, serbuk roti dan jugak minyak untuk menggoreng. 
Mula mula sekali nipiskan dulu roti dengan roll. Kalau tak nak nipiskan boleh. Nani lagi sula nipis so nanti tak ada lah tebal sangat roti sosej kita ni. Heheh. Ikut suka & citarasa masing masing okay.  
Lepas tu letak cheese & sosej elok elok atas roti tu tadi. Gulungkan kemas kemas supaya nanti bila kita goreng gulungan tu tak terbukak. Gittew!  
Celupkan dalam telur. Nani tambah kan jugak sikit garam dalam telur ni bagi ada rasa. Heheh. Pastikan semua permukaan roti tu kena telur tau supaya nanti serbuk roti tu elok aje melekat. 
Lepas celup dalam telur tadi, terus golekkan dalam serbuk roti. Sama macam tadi jugak, pastikan semua permukaan kena. Serbuk roti ni Nani beli dekat kedai bakeri, sebab ada packaging yang kecik dalam tiga ringgit lebih kalau tak silap. Dekat pasaraya pun ada jugak tapi besar gila. Hahah! Dah macam nak menjual pulak. Last sekali goreng sampai kekuning kuningan.  
Ini lah hasil Roti Sosej Cheese ikut citarasa Nani. Heheh. Senang ke idok? Korang pun boleh try jugak buat dekat rumah nanti. Tak ada gambar tengah menggoreng sebab tangan tercelup sekali dalam minyak panas. Hahah! Nasib baik tak teruk. Sedaap makan time panas panas roti ni, kalau dah sejuk jadi keras pulakk. Heheh. Nak buat bento untuk anak anak pun sesuai jugak ni hah. Korang pernah try buat roti sosej ni? 

Love & Happiness

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu saja jalan jalan dekat MPH Mid Valley sebab nak cari buku Love & Happiness tulisan Yasmin Mogahed ni. Lepas baca review hari tu, rasa nak baca tu kemain membuak buak. Nani jenis yang suka baca buku genre yang tak terlalu berat, suka yang jenis santai santai asalkan dapat sesuatu yang baru daripada buku tu. Selain daripada novel, selalu baca buku yang ada koleksi quotes, tak pun yang bermotivasi. Kadang kadang banyaaak sangat yang buat Nani berfikir tentang kehidupan & melalui pembacaan macam ni lah Nani jumpa apa yang Nani cari. Actually dah lama Nani follow Yasmin Mogahed ni dekat twitter, tapi tak pernah tergerak pun nak beli buku buku koleksi beliau. Alang alang hari tu dah sampai MPH, terus lah cari buku Love & Happiness ni hah. Ada lagi satu yang Nani nak beli, buku Reclaim Your Heart tapi yang ni dah out of stock time tu.   
Pusing punya pusing finally jumpa pun apa yang dicari. Heheh. Ingatkan nak terus beli tapi bila tengok harga, telan air liur dulu. Hahahaha! Ingatkan dalam RM 30++ aje buku ni rupanyaa  RM 80++ jadinya terpaksa lah ku batalkan niat yang suci murni tu dulu. Hahaha! Sebab time tu nak pakai duit sebab phone rosak, so terpaksa tolak tepi dulu mana yang tak jadi keutamaan. Bila dah ada duit nak beli, buku nya out of stock pulakk.   
Antara quote fav Nani daripada Yasmin Mogahed. Kadang kadang random quote pun boleh buat kita tersedar. Tapi seriously berbaloi beli buku macam ni. Bila tengah down teruk, bila baca tu rasa lah ada kekuatan lain nak terus melangkah. Gitcheww! Lepas ni nak cari Reclaim Your Heart versi Bahasa Melayu lah sebab Siqah kata yang tu murah sikit harganya. Nanti lah bila bila free nak terjah MPH Melawati Mall pulak. Korang pulak suka baca buku yang genre macam mana? Heheh.     


Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni rajin pulak nak share resepi Ikan Siakap Tiga rasa (ikut citarasa Nani). Kalau korang rasa resepi ni mudah dan ringkas boleh lah save siap siap okay! Nanti bila bila ada masa terluang boleh try buat. Nani lagi suka kalau masak sendiri macam ni sebab puas hati, kalau order dekat kedai entah berapa puluh kan sepinggan ni. Hehehe. Korang boleh check it out bahan bahan & cara nak masak siakap tiga rasa ni dekat bawah. Memang paaaling senang dan simple sangat nak buat. Nani ni pun sejenis manusia yang tak suka masak benda yang remeh dan complicated. Hahah! Sebab nanti sendiri yang jadi malas sebab banyak sangat step nya. Sukaa masak yang senang dan sedap macam ni aje. Dah ready ke tuu nak belajar? Hahaha! Jom check it out 😉
Bahan - Bahan :   
- Ikan Siakap 
- Tepung Jagung
- Bawang (mayang halus)
- Halia (mayang halus) 
- Cili Kering
- Sos Cili & Tomato
- Sunquick (optional)
- Timun & Tomato (potong dadu)  
Cara - Cara : 
1) Salutkan ikan dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas sehingga garing & kekuning kuningan. Ada jugak yang salut telur jugak tapi Nani tak letak pun telur. Dah siap goreng, letak tepi dulu.
2) Untuk sos tu pulak, mula mula tumis bawang dan halia sehingga naik bau. 
3) Kemudian masukkan cili kering. Agak agak cili dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan jugak sunquick. Agak agak lah nak letak banyak mana. Nanti boleh rasa untuk adjust nak manis ke, masam ke. Heheh. 
4) Masukkan air supaya berkuah sikit & perisa kan dengan gula dan garam. 
5) Last sekali masukkan tomato dan timun yang dah dipotong dadu. 
Image may contain: food
Siappp! Ini lah hasil siakap tiga rasa Nani. Oh ye, kalau rasa tak nak letak sunquick boleh lah korang gantikan dengan air perahan limau atau lemon asalkan ada rasa masam masam sikit. Dulu dulu Nani letak limau jugak lepas tu mak cik yang ajar letak sunquick. Mula mula macam err sedap ke letak sunquick ni. Hahahah! Ye lah selalu buat air aje kan, dah kenapa pulak letak dalam ikan tiga rasa ni. Sekali sedaap hoi, lepas tu terus Nani ikut resepi dia. Hehee. Korang pun boleh lah try buat pulak dekat rumah lepas ni. Hiks. Nani suka lebihkan halia jugak bila masak ikan siakap tiga rasa ni sebab suka bau halia tu. Depends pada korang okay, kalau nak adjust resepi tu. Tekak masing masing kan. Hehehe. Selamat mencubaa!    

Dapur Bujang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani ni bila balik Pahang, memang paling syok kalau dapat memasak sendiri. Masak sendiri memang satu kepuasan tau lagi lagi kalau masakan tu menjadi. Kalau tak menjadi, lepas tu mesti fobia nak buat dah. Hahaha! Macam kes buat pavlova hari tu. Bertahun tahun Nani tak ada keinginan pun nak buat sebab first time buat tak menjadi. Lagi pun pavlova ni memang sejenis dessert yang paaaaling remeh nak buat tapi sedaaap ya rabbi. Pernah haritu buat kali kedua dengan kawan Nani, tu pun failed jugak sebab cream yang topping tu cair sangat. Haruu sungguh, dah dua kali buat, dua dua tu tak menjadi dengan sempurna. Nanti lah nak pergi ambil kelas buat pavlova bebetul, baru menjadi kot. Heheh. Nani punya target pun tahun ni teringin gila nak belajar membaking. Hopefully tercapai lah hasrat yang satu tu. Teringin sangat nak pro membaking ni. Tak apa, awal lagi ni, masih sempat nak capat target yang satu tu. Ingat hujung bulan ni nak start dengan buat brownies. Hahaha! Kalau menjadi brownies tu nanti, nampaklah entry dekat blog ni. Hahah! 
Kemain jauh dah menyimpang membebel ni. Hahah! Untuk tahun 2018 ni, minggu lepas baru Nani masak sendiri. Hahah! Iye, selama ni ku beli aje semua dekat cafe. Alah nak masak pun, bukan ada dapur apa semua. Balik Pahang, baru lah merasa nak memasak ikut suka hati sendiri. Masak biasa biasa aje pun, boleh bertambah makan nasi. Phew! Dah bila masanya entah misi nak kurus boleh buat. Kahkah! Tak apa, yang tu kita cerita lain kali. Sorry okay pagi pagi  ni dah jamu korang dengan gambar makanan sedap sedap. Hahah! Masih belajar lagi nak improve masakan ni, sikit sikit boleh lah. Kalau datang time rajin tu, ada jugaklah Nani share video memasak dekat Insta story. Hehehe. 
Image may contain: food
Siakap masam manis ikut cittarasa Nani. Nak panggil tiga rasa pun boleeh. InshaAllah nanti Nani share resepi ni dengan korang. Paling simple, dan sedaap. Nani suka letak sunquick sikit bila masak ikan siakap masam manis ni. Bila masak sendiri ni, yang bestnya sebab boleh letak apa yang kita nak. Tapi jangan lah over pulak letak macam macam, kang lari pulak rasa dia. Hahaha!
Image may contain: food
Sambal tumis sotong campur peria. Fuhh! Masakan paaaling fav dekat rumah ni. Selalu orang letak petai, tapi Nani kadang kadang letak peria. Nani tak makan pun peria ni sangat tapi sebab abah suka jadinya kita letak lah. Satu benda aje yang lemah bila masak peria ni sebab Nani tak tahu nak agak peria tu dah masak ke belum. Hahaha! Selalunya Nani masak mesti half cook aje abah kata. Kahhh! 
Image may contain: food and indoor
Nasi lemak ahad lepas. Ini bukan Nani yang masak okay, tapi abah Nani. Hahah! Nani pun tak pandai lagi nak buat nasi lemak ni, lagi lagi bila nak masak nasi tu. Tak pandai nak agak santan dengan air tu banyak mana. Kalau sambal tu boleh lah jugak dah buat sikit sikit tapi nak dapat rasa yang sedaap tu macam tak lepas aje lagi. Hahaha! Tak apa, practice makes perfect kaaan! Hahaha! Next mission, membaking pulakk. Hari hari google resepi kek itu lah, ini lah, tapi start nya tak jugak lagi. Nanti lah bila bila mood rajin tu datang. Hari tu time musim sejuk kemain, memang malas ya rabbi nak membaking apa semua. Makan aje rajin. Hahaha! By the way, sorry sangaat yang singgah sini tapi Nani tak reply komen korang, tak tahu lah apa masalah Internet ni, sendu kemain. Stress hah, nak buat kerja pun tak lepas. Nanti malam malam sikit Nani reply okay. Have a nice day everyonee! 

SOHO Sandwich

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani ni sejenis manusia yang selalu habiskan masa dekat Instagram. Lepas tu selalu lah scroll Instagram yang jual makanan. Hahah! Hari tu pernah baca entry dekat blog kak Falsya pasal SOHO Sandwich ni tau, tahun lepas kot kalau tak silap Nani. Sejak dari tu memang follow Instagram SOHO Sandwich & selalu kecur air liur bila dia orang 'belanja' gambar sandwich yang sumpah tempting ya amat. Hahaha! Tapi time tu Nani stay dekat Petaling Jaya, jauh lah dengan SOHO Sandwich ni sebab dia orang based dekat Batu Caves. Servis delivery pun mahal jugak lah sebab jauh kan nak ke Petaling Jaya. Memandangkan sekarang Nani pun dah dekat Gombak, jadinya ini lah peluang nak order sandwich dengan dia orang. Iyee zaman sekarang ni sandwich pun boleh beli online okay! Kalau rajin boleh lah buat sendiri, tapi kadang kadang nak jugak merasa sandwich daripada air tangan orang lain. Ye dakk? 
Image may contain: food
Kebetulan pulak time Nani order tu ada diskaun sempena hujung tahun. Memang muraaah sangat dari harga biasa. Dekat SOHO Sandwich ni ada macam macam jenis sandwich tau sampai rambang mata tengok. Nani siap gaduh gaduh manja lagi dengan kawan sebab nak pilih sandwich ni hari tu. Hahaha!   
Image may contain: food and indoor
Ini lah sandwich yang kita orang order hari tu, double trouble eggstatic. Dalam sandwich ni ada kepingan daging, cheese, telur dengan sayur (err Nani tak sure sayur apa yang dalam sandwich ni. Hahah). Selain daripada double trouble, ada jugak lagi yang lain. Korang boleh check dekat Instagram dia orang okay! For sure, double trouble ni sedaaap ya rabbi. 
Image may contain: food
Close up sikit gambar double trouble SOHO Sandwich ni. Kenyang sampai ke petang okay bila makan dua set sandwich ni. Next time boleh lah order lagi. Hehehe. SOHO Sandwich ni dah pernah jugak masuk dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O kalau tak silap Nani. Nak order untuk event pun boleh jugak tau. Memang mudah kan zaman sekarang ni, semuanya boleh beli online termasuklah makanan. Hehehe. Sekarang ni pun dah banyak tempat yang dia orang boleh hantar sandwich ni. Korang boleh check it out Instagram dia orang okay. Serius dijamin sedaap, puas hati dan paling penting halal. Jangan lupaa beli korang!

Jalan Jalan di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Menghilang sekejap baru baru ni sebab tak sihat. Batuk, selsema sekali dengan demam datang serentak. Lembik jugak lah badan sampai rasa tak nak bangun. Sekarang ni pun musim hujan, jaga diri okay! Sebenarnya hari ni nak share pasal mall yang baru buka tu, Melawati Mall. Hehehe. Walaupun dah lama tahu mall ni buka, tapi baru minggu lepas Nani sempat pergi. Biasanya kalau yang dekat dekat ni memang tak ada feel sangat nak pergi jalan awal awal tu. Masa Nani pergi hari tu, ada banyak lagi kedai yang belum buka. Tapi kalau korang nak pergi jalan jalan cari makan, memang banyaaak sangat pilihan yang ada. Cuma ada duit dengan tak aje. Hiks. Yang bestnya dekat sini sebab ada outlet butik butik yang dekat Bangi Sentral sana. So boleh lah nak shopping atau pun cuci cuci mata. Nani sempat jugaklah masuk Jubah Souq dengan Rina Salleh tapi bukan nak beli pun. Sajaa jalan jalan, window shopping katanyaaa! Hahaha!  
Image may contain: 3 people, people smiling, selfie and close-up
Dah pusing pusing mall, haruslah pergi cari tempat makan kan. Dekat sini tak banyak lagi fast food, yang ada pun Marrybrown, Subway dengan Pizza Hut aje. So lepas pusing punya pusing, kita orang masuk Restoran Tiger Lily.  Mostly makanan dekat sini berkonsepkan Thai gitu. Not bad jugak lah. Dah lama kita orang duduk, baru perasan yang sebelah meja Nani tu rupanya Nad Zainal. Hahah! Ya Allah, caaantik sangat okay tengok dia depan depan.    
 

Kawan Nani pulak order nasi goreng pataya rasanya. Tak ingat apa nama menu ni sebab resit semua dah selamat ku buang. Hahaha! Tapi ala ala nasi goreng pataya gitu. Setiap menu dekat sini mesti dia orang letak sekali keropok dengan acar mentah gitu. Nani pulak order set nasi putih dengan ayam kari hijau. Serius worth lah dengan harga sebab portion banyaak. Sedap pun iye jugak. So next time boleh lah repeat makan sini lagi. Kedai pun bersih, memang puas hati.
Air pulak kita orang order Teh Ais dengan Kopi Ais. Sedaaap hoi! Segelas ni dalam RM 3.90 macam tu kalau tak silap Nani. Rasa air ni lebih kurang yang dekat Boat Noodle punya pulakk. Heheh. Selain daripada Restorang Tiger Lily ni, ada jugak Papparich, The Chicken Rice Shop, Mee Tarik Warisan Asli dan banyak lagi lah. Hahah! Next time nak pergi tengok wayang dekat sini pulak. Sajaa cari alasan nak pergi lagi kan padahal mall dekat sini semua lebih kurang aje. Heheh. Korang dah pergi belum Melawati Mall?    

Resepi Karipap Sardin Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak kongsi resepi karipap sardin yang paaaaling mudah dan sedap. Heheh. Bahan yang digunakan untuk buat karipap ni pun simple aje. Rasanya semua ada aje kot dekat dapur korang. Actually ni pun first time Nani buat karipap sebab hari tu tertengok video dekat Instagram. Hahah! Tengok cara nak buat tu senang, Nani pun gedik jugaklah nak try jugak. Tup tup menjadi. Heheh. Jarang betul kalau kuih macam ni, sekali buat terus jadi. Selalunya banyak kali try and error baru boleh diterima dek tekak. Hari tu Nani pernah buat kuih keria, tapi tak menjadi. Hahah! Sejak tu, jadi fobia sikit nak buat kuih yang tradisional ni. Susah kot. Nasib baik karipap ni menjadi. Heheh. 
Bahan bahan yang diperlukan untuk buat karipap ni tepung gandum, air, garam dan jugak butter (dicairkan). Kalau tak ada butter, boleh aje gantikan dengan minyak masak yang korang dah panaskan. Ini bahan bahan untuk kulit karipap tauu. So first sekali, campurkan butter yang dah dicairkan tadi ke dalam tepung. Lepas tu ratakan sampai adunan tadi sebati semua. Masukkan air dengan garam dan uli sampai jadi doh. Oh ye, semua bahan bahan ni Nani main agak agak aje, tak ada spesifik pun.
Bila dah elok sebati semua adunan tadi, korang bulat bulatkan lepas tu boleh lah canai nipis nipis guna roller yang kayu tu. Kalau ada mesin lagi senang tapi Nani guna roller kayu tu aje. Penat jugak lah nak buat sebab nak bagi nipis betul betul. Karipap ni kalau tebal sangat tak sedap jugak kan. Heheh.  Untuk inti tu pulak, Nani goreng ubi kentang (potong dadu) lepas tu masukkan bawang, cili, sardin dan garam. Settle. 
Karipap ni nampak helok aje semua sebab Nani guna acuan. Tak pandai nak buat kelim tepi tu. Hahah! Lagi cepat lah bila guna acuan. Gigih okay pergi beli acuan semata mata nak buat karipap. Itu aje step nak buat karipap. Nani buat banyak banyak terus, so bila nak makan tinggal goreng aje. Kalau korang tak makan sardin, boleh aje buat inti ubi kentang macam biasa tu. 
Ini lah rupa karipap sardin Nani. Korang pun boleh lah jugak try buat dekat rumah lepas ni. Cuma nak buat kulit karipap tu aje lah yang remeh sikit sebab kalau keras tak sedap jugak. So korang kena pandai pandai adjust bahan bahan time buat tu nanti. Nani ni pun try and error aje, hasil tengok video dekat Instagram. Hahah! Finally, dah pandai buat karipap sendiri. Lepas ni boleh lah try buat inti lain pulak. Hari tu sebab ubi kentang tak banyak, tu yang Nani buat inti sardin. Makan time panas panas ni, memang ngam. Heheh. Ada peminat karipap tak dekat sini?      

Brownies Bites

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat tegar brownies wajib baca entry ni sampai habis okay. Hehee. Kisahnya haritu gambar brownies bites ni kemain rancak dia lalu dekat timeline Facebook Nani. Mula mula rasa tak nak pun beli sebab time tu duit pun tak berapa nak ada. Hahah! Tiba tiba ada sehari tu, dia punya perasaan nak makan brownies ni memang tak boleh bawa berbincang. Lol 😂 Scroll lah Instagram cari brownies yang murah murah & sudi ambil order last minute aku ni. Kahkah! Dah serupa orang mengidam pulak hoi! Gigih okay whatsappa tanya siapa yang nak ambil order Nani time tu. Tapi tu lah, mostly tak nak ambil order yang last minute. Frust sikit lah time tu sebab tak ada yang sudi ambil order kita. Hahaha! 
Lepas tu entah macam mana boleh teringat yang kak Khairul ni ada buat brownies bites. Sebab time tu kemain teringin nak makan brownies, tak kira lah apa jenis brownies pun memang nak order jugak. Mula mula tak yakin nak order sebab akak ni duduk Kajang, macam jauh sangat kan nak hantar order Nani yang dekat Gombak ni. Tapi belum cuba belum tahu, ye dak. Nani pun dm lah dekat Instagran, sekali kak Khairul kata esoknya memang ada delivery area Kl so boleh selit order sekali. Fuhh! Finallay ada jugak yang sudi ambil order Nani walaupun dah last minute. Hahah!  
Taraaa ini lah rupa brownies bites tu. Comel aje tauu ala ala cupcakes gitu. Sekali rasa terus dah jatuh hati. Hehehe. Sebab brownies bites ni sekali ngap aje dah habis. So tak ada lah muak sangat macam brownies yang biasa tu bila makan. Lepas dah makan hari tu, Nani lagi suka brownies bites ni compare dengan brownies yang biasa (petak empat segi).
Serius wei murah dan berbaloi sangat order dengan kak Khairul ni. Satu box ni RM 30 ada dalam 45 - 50pcs. Dia punya banyak tu sampai Nani dah bagi kawan kawan pun still lagi tak habis. Hehehe.  

Korang yang teringin nak makan brownies lehtop dan sedap boleh lah order dengan akak ni. Terus pm laju lajuu dekat Facebook Khairul Ibtisam tak pun Instagram mamakayrul. Dijamin puas hati. Tapi kalau yang duduk area Kuala Lumpur tu, weekend aje rasanya yang akak ni boleh hantar. Heheh. Tapi korang pm je lah dulu, Mana tahu kan time tu ada penghantaran area Kl, boleh lah selit order korang sekali. Nani ni pun nak order jugak ni tak lama lagi. Eheheh. 
Oh ya, yang dekat atas tu brownies bites biasa aje Nani order. Kalau tak silap ada yang letak chocolate chips jugak. Nani suka yang original macam ni aje. Sedap sangat dah yang ni sebab crunchy dekat luar & lembut sangat dekat dalam tu. Manis pun sedang elok aje. Memang puas hati makan sampai non stop pulak makan. Hahaha! Selain brownies, ada jugak butter cake, larva cake apa semua. Lepas ni korang check it out sendiri okay! Hehehe. Korang dah ada yang pernah try ke brownies bites ni? 

Hello 2018!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Selamat Tahun Baru! Dah masuk kerja ke tu? Hehehe. Jangan tersilap tulis tarikh pulak korang. Dah 2018 ni bukan 2017 lagi dah. Selalunya kalau Nani bila awal tahun ni selalu sangat tersalah tulis tarikh tu. Eh? Hahaha! Pagi ni bila scroll Facebook & Instagram mostly upload gambar anak anak nak masuk sekolah. Ibu Nani pun hari ni sebelum pergi kerja awal awal dah doa harap tak ada anak murid dua yang menangis dekat sekolah. Hahah! Biasalah kan kalau budak budak ni, nak nak yang baru masuk darjah satu tu. Awal awal tahun ni semua semangat lagi nak buat semua benda. Nani pun gitu lah jugak, rasa macam wishlist tahun ni banyak betul. Mampu ke tidak entah nak achieve semua. Takpe kalau tak dapat achieve semua, separuh pun jadi lah kann. Korang dah renew ke belum tu azam tahun ni? Hehee. 
Nani awal awal lagi dah buat list azam tahun ni. Fuhh lain maciam betul semangat kali ni. Biasalah, tiap kali new year ada je azam yang kita buat kan. Harap tahun ni makin murah rezeki untuk kita semua. Nani macam biasa lah, tak pernah pun keluar pergi celebrate tahun baru. Memang duduk lepak dekat rumah menghadap phone aje. Hahaha! Tengok kawan kawan kemain meriah pergi sambut new year, tengok bunga api apa semua. Gigih eh engkorang masing masing keluar. Tak kuasa Nani nak keluar dengan bersesak sesak macam tu. Fuhh! Nak cari parking pun dah satu hal. So kita tengok bunga api dari tingkap rumah pun jadilah kaaan.
Image may contain: food
Penutup tahun 2017, seketul Nani dah pandai buat karipap sardin. Hahah! Ohoi neves jugak Nani first time buat karipap ni. Time dah siap goreng tu, paling takut sekali nak makan sebab takut keras. Hahah! Sekali elok aje menjadi, tak sangkaaaa! InshaAllah nanti Nani share resepi karipap mudah ni dengan korang okay!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page