Love & Happiness

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu saja jalan jalan dekat MPH Mid Valley sebab nak cari buku Love & Happiness tulisan Yasmin Mogahed ni. Lepas baca review hari tu, rasa nak baca tu kemain membuak buak. Nani jenis yang suka baca buku genre yang tak terlalu berat, suka yang jenis santai santai asalkan dapat sesuatu yang baru daripada buku tu. Selain daripada novel, selalu baca buku yang ada koleksi quotes, tak pun yang bermotivasi. Kadang kadang banyaaak sangat yang buat Nani berfikir tentang kehidupan & melalui pembacaan macam ni lah Nani jumpa apa yang Nani cari. Actually dah lama Nani follow Yasmin Mogahed ni dekat twitter, tapi tak pernah tergerak pun nak beli buku buku koleksi beliau. Alang alang hari tu dah sampai MPH, terus lah cari buku Love & Happiness ni hah. Ada lagi satu yang Nani nak beli, buku Reclaim Your Heart tapi yang ni dah out of stock time tu.   
Pusing punya pusing finally jumpa pun apa yang dicari. Heheh. Ingatkan nak terus beli tapi bila tengok harga, telan air liur dulu. Hahahaha! Ingatkan dalam RM 30++ aje buku ni rupanyaa  RM 80++ jadinya terpaksa lah ku batalkan niat yang suci murni tu dulu. Hahaha! Sebab time tu nak pakai duit sebab phone rosak, so terpaksa tolak tepi dulu mana yang tak jadi keutamaan. Bila dah ada duit nak beli, buku nya out of stock pulakk.   
Antara quote fav Nani daripada Yasmin Mogahed. Kadang kadang random quote pun boleh buat kita tersedar. Tapi seriously berbaloi beli buku macam ni. Bila tengah down teruk, bila baca tu rasa lah ada kekuatan lain nak terus melangkah. Gitcheww! Lepas ni nak cari Reclaim Your Heart versi Bahasa Melayu lah sebab Siqah kata yang tu murah sikit harganya. Nanti lah bila bila free nak terjah MPH Melawati Mall pulak. Korang pulak suka baca buku yang genre macam mana? Heheh.     


20 comments:

  1. Samalah. Lately ni kak ana suka baca yg jenis santai tapi sampai. Banyak beli yg quote atau buku nasihat pendek. Ni tengah selesai baca satu2 buku. Ada a few lagi belum disentuh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Ana. Nani mula mula dulu baca buku koleksi Dr. Anwar Fazal. Sejak dari tu lah suka baca buku buku yang genre macam ni. Santai tapi mesej tu sampai terus ke hati. Heheh :)

      Delete
  2. Adik inaniiiiiiiiiiiiii ! Oh Allah ! Akak tetiba suka buku tu...baca quotes tu rasa menjentik dalam hati akak...betul lah kata2 tu...akak suka akak suka...harga tu RM80 lebih ye...huwaaa mahalnya...harap dpt la diskaun bookstore lain...nanti akak try survey ye...kalau jumpa murah sikit sis tag kt ig tau...lebiu dik...tq kembangkan info motivasi...ni makanan akak forever.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quotes Yasmin Mogahed ni memang banyaaak berkait dengan kita punya life. Best kakk 😍 Mahal sebab ni international, memang mostly dalam 80++. Heheh. Sama samaa kak Juju :)

      Delete
  3. ya Allah, baru je pegang buku ni tadi pastu letak balik sbb harganya wahhh :D haha. nanti la kot usha2 online kalau murah kat bookdepository or mphonline T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Hanis. Nani pun dah pegang lepas tu letak semula. Harga dia T_T Tu lah ingat nak cari yang online pulak kot kot murah kann. Tapi ni buku international rasanya harga memang range macam tu.

      Delete
  4. Memang suka juga quites drpd Yasmin Mogahed. Org kata boleh mghidupkan jiwa yg mati.. cewah..

    ReplyDelete
  5. Woh boleh tahan Mahal.. to kadang2 mama pun suka baca quotes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak pricey buku YM ni tapi berbaloi. Heheh 😉

      Delete
  6. Buku die memang mahal2 harganya. International kot. Akak khatam buku Reclaim Your heart ajer. Baru dengar pulak tajuk buku yang ni. Boleh la nanti nak beli juga. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, sebab international tu pasal mahal sikit buku buku dia. Most welcome kak, Nani ni pun nak menabung dulu baru beli. Heheh.

      Delete
  7. hai nani ! alamak tgk pd harga buku tu ermm ermm ermm hehehe. kalo kak ana ni pulak bile rasa down kak ana akan tgk instagram yg positive & motivational quotes =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak Ana! Itu lah, Nani ni pun selalu jugak baca quotes dekat Instagram takpun twitter :)

      Delete
  8. wOW, Nona jarang baca buku gini, ayat-ayat motivasi nona baca online jer....
    Tapi kalau novel.....semua baca..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun kalau tak beli buku, baca online. Heheh :)

      Delete
  9. reclaim your heart baru tau ada versi Bahasa Melayu..Karya YM memang best dan sangat memberi inspirasi. Tak rugi beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Su ada versi Bahasa Melayu. Memang best kan buku Yasmin Mogahed ni 😍

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page