Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani ni sejenis manusia yang selalu habiskan masa dekat Instagram. Lepas tu selalu lah scroll Instagram yang jual makanan. Hahah! Hari tu pernah baca entry dekat blog kak Falsya pasal SOHO Sandwich ni tau, tahun lepas kot kalau tak silap Nani. Sejak dari tu memang follow Instagram SOHO Sandwich & selalu kecur air liur bila dia orang 'belanja' gambar sandwich yang sumpah tempting ya amat. Hahaha! Tapi time tu Nani stay dekat Petaling Jaya, jauh lah dengan SOHO Sandwich ni sebab dia orang based dekat Batu Caves. Servis delivery pun mahal jugak lah sebab jauh kan nak ke Petaling Jaya. Memandangkan sekarang Nani pun dah dekat Gombak, jadinya ini lah peluang nak order sandwich dengan dia orang. Iyee zaman sekarang ni sandwich pun boleh beli online okay! Kalau rajin boleh lah buat sendiri, tapi kadang kadang nak jugak merasa sandwich daripada air tangan orang lain. Ye dakk?
Kebetulan pulak time Nani order tu ada diskaun sempena hujung tahun. Memang muraaah sangat dari harga biasa. Dekat SOHO Sandwich ni ada macam macam jenis sandwich tau sampai rambang mata tengok. Nani siap gaduh gaduh manja lagi dengan kawan sebab nak pilih sandwich ni hari tu. Hahaha!
Ini lah sandwich yang kita orang order hari tu, double trouble eggstatic. Dalam sandwich ni ada kepingan daging, cheese, telur dengan sayur (err Nani tak sure sayur apa yang dalam sandwich ni. Hahah). Selain daripada double trouble, ada jugak lagi yang lain. Korang boleh check dekat Instagram dia orang okay! For sure, double trouble ni sedaaap ya rabbi.
Close up sikit gambar double trouble SOHO Sandwich ni. Kenyang sampai ke petang okay bila makan dua set sandwich ni. Next time boleh lah order lagi. Hehehe. SOHO Sandwich ni dah pernah jugak masuk dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O kalau tak silap Nani. Nak order untuk event pun boleh jugak tau. Memang mudah kan zaman sekarang ni, semuanya boleh beli online termasuklah makanan. Hehehe. Sekarang ni pun dah banyak tempat yang dia orang boleh hantar sandwich ni. Korang boleh check it out Instagram dia orang okay. Serius dijamin sedaap, puas hati dan paling penting halal. Jangan lupaa beli korang!
Junior akak ni.. Aritu nk order tp dh penuh so tk kesampaian lg nk mencuba
ReplyDeleteOhh yeke kak. Memang selalu penuh order dia orang. Nani haritu order seminggu awal. Hahah! Punya lah nak merasa kann :)
Deletesedapnya nampak roti tu...tapi jauh lah pulak kita nak pergi beli
ReplyDeleteSedaaap awak! Memang puas hati beli. Heheh. Alaa yeke, tak apa mana tahu nanti ada rezeki nak merasa kan.
DeleteSedaap! Memang puas hati lah beli. Heheh :)
ReplyDeleteDia memang terus deliver ke camne ni kak Inani? Limited to what area je?
ReplyDeleteHaah nanti dia delivery terus ke tempat kita. Tapii kena order awal sebab kalau dah penuh dia tak ambik order dah. Hehehe. Dia cover area Kl/Selangor. Nad cuba tengok Ig dia orang okayy 😘
DeleteLaa dekat sgt ngan kak ana ni nani. Kenapa kak ana tak tahu pasal soho sandwich ni. Haha. Nk usher lah IG dorang.
ReplyDeleteHaa tengok cepat kak Ana, boleh buat makan breakfast. Heheh 😁
Delete