Brownies Bites

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat tegar brownies wajib baca entry ni sampai habis okay. Hehee. Kisahnya haritu gambar brownies bites ni kemain rancak dia lalu dekat timeline Facebook Nani. Mula mula rasa tak nak pun beli sebab time tu duit pun tak berapa nak ada. Hahah! Tiba tiba ada sehari tu, dia punya perasaan nak makan brownies ni memang tak boleh bawa berbincang. Lol 😂 Scroll lah Instagram cari brownies yang murah murah & sudi ambil order last minute aku ni. Kahkah! Dah serupa orang mengidam pulak hoi! Gigih okay whatsappa tanya siapa yang nak ambil order Nani time tu. Tapi tu lah, mostly tak nak ambil order yang last minute. Frust sikit lah time tu sebab tak ada yang sudi ambil order kita. Hahaha! 
Lepas tu entah macam mana boleh teringat yang kak Khairul ni ada buat brownies bites. Sebab time tu kemain teringin nak makan brownies, tak kira lah apa jenis brownies pun memang nak order jugak. Mula mula tak yakin nak order sebab akak ni duduk Kajang, macam jauh sangat kan nak hantar order Nani yang dekat Gombak ni. Tapi belum cuba belum tahu, ye dak. Nani pun dm lah dekat Instagran, sekali kak Khairul kata esoknya memang ada delivery area Kl so boleh selit order sekali. Fuhh! Finallay ada jugak yang sudi ambil order Nani walaupun dah last minute. Hahah!  
Taraaa ini lah rupa brownies bites tu. Comel aje tauu ala ala cupcakes gitu. Sekali rasa terus dah jatuh hati. Hehehe. Sebab brownies bites ni sekali ngap aje dah habis. So tak ada lah muak sangat macam brownies yang biasa tu bila makan. Lepas dah makan hari tu, Nani lagi suka brownies bites ni compare dengan brownies yang biasa (petak empat segi).
Serius wei murah dan berbaloi sangat order dengan kak Khairul ni. Satu box ni RM 30 ada dalam 45 - 50pcs. Dia punya banyak tu sampai Nani dah bagi kawan kawan pun still lagi tak habis. Hehehe.  

Korang yang teringin nak makan brownies lehtop dan sedap boleh lah order dengan akak ni. Terus pm laju lajuu dekat Facebook Khairul Ibtisam tak pun Instagram mamakayrul. Dijamin puas hati. Tapi kalau yang duduk area Kuala Lumpur tu, weekend aje rasanya yang akak ni boleh hantar. Heheh. Tapi korang pm je lah dulu, Mana tahu kan time tu ada penghantaran area Kl, boleh lah selit order korang sekali. Nani ni pun nak order jugak ni tak lama lagi. Eheheh. 
Oh ya, yang dekat atas tu brownies bites biasa aje Nani order. Kalau tak silap ada yang letak chocolate chips jugak. Nani suka yang original macam ni aje. Sedap sangat dah yang ni sebab crunchy dekat luar & lembut sangat dekat dalam tu. Manis pun sedang elok aje. Memang puas hati makan sampai non stop pulak makan. Hahaha! Selain brownies, ada jugak butter cake, larva cake apa semua. Lepas ni korang check it out sendiri okay! Hehehe. Korang dah ada yang pernah try ke brownies bites ni? 

24 comments:

  1. Sedapnya.. Sha tak pernah cuba lagi yang saiz kecik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap! Nani pun baru aje tahu ada brownies bites ni. Hehee :)

      Delete
  2. alamak telan ailio tgok comel2 brownis tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel lepas tu sedap aje masuk mulut. Hahah!

      Delete
  3. Sedapnya. Lama tak makan brownies. Ain ni penggemar brownies tau. Belum pernah try lagi yang comel2 dalam cup macam ni.

    ReplyDelete
  4. Ish...ish..ish...dah la comel..sekali ngap je kalau macam ni...gambar pun cantik..rasa nak mintak sepiring je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Alah dah habis kak 😂 Nanti order lah, memang puas hati. Sedaaap!

      Delete
  5. terliurnya tengok. comel pulak tu. brownies bite blom pernah cuba, selalu makan yang petak segiempat tu je.

    ReplyDelete
  6. xpernah tgk brownies comel2 giniii.,.,,senang nak ngap!

    ReplyDelete
  7. ehhh comelnyaaa.. hehe. busyra x penah try yg kecik2.. selalu beli yg besar potong2 tu ja..

    ReplyDelete
  8. Kita telan air liur je Nani baca post ni. Sedih tak? T__T

    ReplyDelete
  9. GV mmg suka brownies. Sedap. Banyak juga satu kotak ya kak. Hihi. GV follow blog akak ya. GV #901. :)

    ReplyDelete
  10. Cute la.. Sure laju nk ngap kn.. Ingtkn nani yg wat td.. Akak lama xwat brownies

    ReplyDelete
  11. Sedapnya... Mama dh le antu coklat

    ReplyDelete
  12. Comel kiut-miut browniesnya :)

    ReplyDelete
  13. Comelnya brownies. Tak pernah rasa lagi brownies comel camni.

    ReplyDelete
  14. Fuuhhhhhhh... tak tahan tengok.. sedap tu Nani.. best! :)

    ReplyDelete
  15. kena save ni. bnyk dah jugak mek save daripada entry awak nani. hehehe. mane tahu, pegi kl bleh la cod brownies. mek ni hnatu brownies.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page