Hotel Grand Inn di Penang Road

Assalamualaikum & Hello.
Bila mana pergi travel ni haruslah tempat penginapan yang paling penting sekali kan. Nani hari tu dekat berhari hari jugak cari hotel untuk menginap selama empat hari tiga malam. Mula mula nak cari hotel yang below than RM200 aje (memang ada banyak sangat) tapi semua nya toilet dekat luar bilik so awal awal lagi Nani tolak. Lepas tu ingat nak merasa duduk Container Hotel, sekali tak ada ruang pulak nak solat so cancel jugak. Puas Nani mencari, akhirnya terjumpa blog kak Wahida yang cerita pasal hotel ni. Baca punya baca, nampak macam selesa & memang tak fikir panjang terus aje booking. Nani booking melalui Expedia dapat harga RM240. Memang murah lah pada Nani sebab rata rata hotel lain kalau empat malam tu semua RM300 ke atas. Selalu booking guna booking.com tapi masa tu bilik yang available cuma dalam RM400++ dekat website diorang. 
Cuma satu aje pesan Nani, korang selalu lah check website website ni dan bandingkan harga dulu baru booking. Nani haritu boleh terlupa yang Traveloka ada buat diskaun hujung tahun. Rasa menyesal gila tak grab diorang punya promotion. Ikutkan bilik yang sama Nani boleh dapat harga RM180 instead of RM240. Nani masa tu rasa macam terkilan pun ada tapi dah terbook, tak boleh nak buat apa lah. Hahah. Boleh jugak kalau nak cancel tapi nak tunggu diorang refund duit kita ambil masa dalam dua ke tiga minggu. Tak kuasa nak tunggu. Actually Nani ke Penang ni tak ramai so nya memang tak nak lah duduk hotel yang mahal mahal sangat. Mana yang murah dan selesa tu memang pilihan utama. Lagipun nanti masa banyak habis untuk jalan jalan aje. Heheh. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
Sampai Airport Penang dah awal tapi Nani terus ke Butterworth dulu lepas tu jumpa dengan mak kawan Nani. So nya check in hotel pun dekat pukul lapan malam dah. Masa Nani sampai terus diorang tanya "are you Miss Inani? We are waiting for you." Hahaha. Kau rasa? Nani pun tayang senyum je masa tu. Korang jangan risau kalau sampai lewat pun sebab hotel ni boleh check in bermula dari pukul dua petang sehingga sebelas malam. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
Taraaa ni lah bilik kitorang selama dekat Penang baru ni 😊 Mula mula Nani tak expect pun akan dapat bilik macam ni tau. Heheh. Ye lah sebab harga cuma dalam dua ratus lebih kan tapi bila dah jejakkan kaki haih memang selesa sangat tau. Pada Nani memang dah luas sangat bilik ni, lagipun untuk dua orang aje. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
Bilik air pun ok sangat, semua dia punya paip, shower berfungsi dengan baik. Toiletries dengan towel pun disediakan jugak jadi jangan risau kalau korang terlupa atau pun memang taknak bawak langsung.  
Hotel Grand Inn di Penang Road
 Ruang untuk make up pun hado. Nani siap iron baju dengan tudung lagi atas tu. Eh 😂
Hotel Grand Inn di Penang Road Coffee dengan heater pun disediakan jugak. Diorang siap tambah lagi coffee tu esoknya tau. Eh boleh katakan semuanya lengkap lah dekat sini. Memang puas hati. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
 Tv pun ada, boleh lah nak buat layan mata sebelum terlena. Heheh. Nani memang balik hotel terus mentido je awak, tak ada masa nak tengok tv apa semua. Penat woo seharian berjalan. 
Apa yang paling Nani suka sangat hotel ni sangat dekat dengan 7Eleven, Happy Mart, yang memang beroperasi 24 jam tu. Mudahlah kalau tetiba engko lapar tengah malam atau pun rasa nak beli apa apa. Heheh. Dari hotel ni jugak boleh nampak Komtar. Gambar atas ni Nani ambik sementara nak tunggu subuh (maklumlah hari last dekat sana Nani check out pukul enam pagi semata mata nak naik ETS dekat Butterworth 😆) Hotel ni walaupun nampak macam biasa biasa aje tapi sesuai sangat kalau nak menginap. Nani bagi 4.8/5 bintang. 
Pekerja diorang pun hari hari akan tukar cadar, sarung batal, tuala (eh semua benda lah) Dekat area hotel ni jugak ada banyak hentian bas rapid so untuk korang yang datang naik flight atau bas senang lah nak berjalan kalau tak nak sewa kereta. Nak pergi makan Roti Canai Jalan Transfer Road pun dekat gila dengan hotel ni. Nani jalan kaki je okay, dalam lima minit dah sampai sana. Kedai Jeruk Madu Pak Ali pun dalam beberapa langkah aje. Heheh. So memang strategik sangat hotel ni. Nani memang rekemen kalau korang nak menginap dekat Hotel Grand Inn ni hah. Lagi satu hotel ni ada dekat Penang Road dan jugak dekat Jalan Macalister, yang Nani menginap ni dekat Penang Road tau. Jangan tertukar pulak. Heheh. Nak lebih mudah boleh tengok alamat bawah ni okeh. 😊
72, Jalan Penang 
10000 Georgetown, Pulau Pinang.
No Telefon : +604 250 3288

22 comments:

  1. Oh... Nani pergi Penang ya! Seronoklah tu jalan-jalan dan makan-makan di Penang. Naik tak Komtar yang skypark tu ke apa? Suami akak entah berapa kali ajak pergi Penang naik Komtar tu takdalah akak kuasa. Yang sebenarnya akak seriau ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak, orang lain sibuk sibuk anak ke sekolah apa semua, Nani 'sibuk' jugak nak pergi bercuti. Nak tenangkan fikiran katanyaaa. Hahah!

      Nani pergi komtar cuci cuci mata je tengok apa yang best dekat tempat orang. Ingatkan nak naik jugak atas tu, sebab katanyaaa lawa view tapi lepas tengok harga terus cancel kan niat suci murni tu hah. Ratus ratus kak harga dia. Hahah.

      Delete
  2. Replies
    1. Heheh. Thank you Husna, semoga membantu :)

      Delete
  3. Nanti nak g penang gak..join akk jom hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Enjoy your holiday kak Ummul. Nani nak pergi tempat lain lah pulak :P

      Delete
  4. Nampak selesa sangat biliknya termasuk facilities pun ok
    Apa lagi dekat dgn tempat nak cari tempat makan lagilah best:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak Zakie, bilik memang selesa. Puas hati sangat :)

      Delete
  5. Susah nak dpt bilik hotel yg murah tp selesa..kalau mcm hotel yg nani duduk tuh mmg puas hati sgt..akak penah duduk hotel yg konon mahal la kat langkawi dulu..tp haihhh, kotor, cadar siap ade darah2, nyamuk kemain banyak dlm almari..menyirap je rase..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik lah diorang buat macam tu, kita dah lah bayar mahal mahal tapi dapat bad service. Nani haritu pergi bercuti jugak untuk Family Day sekali dia punya hotel teruk sangat sampaikan tak ada selera nak makan dekat cafe diorang. Pinggan tak cuci bersih, alas meja kotor, baju pekerja macam dah nak lusuh pun ye. Serik gila dah nak menginap dekat situ 😩

      Delete
  6. wahhh dekat ngan roti canai transfer road..pandai nani pilih hotel hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Tu lah tak sangka hotel ni strategik sangat tempat dia. Kalau pukul lima pagi tu dah boleh dengar bunyi kereta, bas (orang nak pergi kerja kan) 😊

      Delete
  7. menarik gak la hotel ni nani. AKak suka penang sebab suka makannnn hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seppp sikit kak Eka. Hahahah! Penang kayaa dengan makanan sedap sedap 😂

      Delete
  8. Kalau best cengginie memang syoklah..
    Dekat dgn kedai 24 jam, lagilah cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, mudah sangat nak beli apa apa. Strategik hotel ni ;)

      Delete
  9. ok la dpt RM240 utk 3 hr tu ... berbaloi sgt dah ... dgn dgn kemudahan awam tu lg best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Nani memang suka sangat lah sebab mudah nak pergi mana mana ;)

      Delete
  10. Bagus juga info ni... atleast dah tau condition hotel ni klu ke penang :)

    ReplyDelete
  11. Hai nani, boleh tolong suggest tak tempat makan yang best berdekatan hotel ni. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai :) Kalau dari hotel ni yang paling dekat nak pergi Roti Canai Transfer Road. Boleh lalu guna lorong tepi hotel ni (jalan kaki dalam lima minit macam tu sampai lah) Heheh. Dekat Penang ni banyak sangat tempat makan yang best, cuma nya tak ada lah dekat sangat dari hotel ni. Kalau nak pergi tu kena ambil teksi/grab car lah. Recommend untuk try mee sotong dekat padang kota, nasi kandar deen maju, sham hamer ikan bakar dekat queensbay dengan lily ice kacang dekat bukit bendera. Adaaa banyak lagi sebenarnya kalau baca yang blogger lain tulis tapi Nani pun tak sempat nak cover semua hari tu. Heheh. Semoga membantu ok :) Enjoy your holiday!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page