Hello Penang!

Assalamualaikum & Hello.
Rasanya dah ada kot yang tahu Nani ke Pulau Pinang baru baru ni. Actually dah lama gila Nani plan nak ke Pulau Mutiara ni tapi selalunya terbatas. Boleh katakan tahun lepas memang masa Nani pack sangat, mana nak struggle untuk habiskan study lagi, lepas tu ramai pulak sepupu sepapat kahwin so nya mostly cuti Nani dihabiskan untuk attend wedding diorang. Alang - alang dah tahun baru ni macam free sikit kan, terus kosongkan jadual untuk pergi bercuti. Abah dengan ibu pun izinkan aku pergi bercuti since tak ada apa apa nak buat dekat rumah ni hah. Both of them pun dah mula sibuk dengan kerja memasing. Lepas dah dapat green light, terus book tiket hotel dengan flight ke Penang. Ikut plan asal nak duduk seminggu (Hahah! Memang macam nak duduk terus kan 😆) last last jadi empat hari tiga malam aje. Itu pun dah puas sangat.

Alhamdulillah memang rezeki nak pergi bercuti, tiket flight masa tu cuma RM47 (Air Asia) Pada Nani memang murah lah. Mula mula decide nak naik bas tapi lepas kawan Nani cakap perjalanan dari Kl ke Penang tu lebih kurang enam ke tujuh jam kalau naik bas, terus Nani cancel. Nangis kalau naik bas lama - lama ni. Bukan apa, sakit pinggang kot nanti. Lagipun kalau naik bas harga tiket dah RM40 so macam lebih kurang naik flight aje kan, terus tukar plan. Naik flight baru sejam aje compare kalau naik bas enam ke tujuh jam tu. Heheh 😊 Nani suka Penang ni sebab banyak sanga transport awam untuk pergi mana mana jadi tak risau sangat lah.
Teruja gila bila nampak ada basikal ni hah. Yang paling best tu cuma RM2 untuk dua jam dan 30 minit pertama free aje. Oi murahnyaaaa! Kalau dekat mana mana taman area Kuala Lumpur ni mahu sejam dah RM10. Nani ingat nak bawa jugak basikal ni pusing pusing area Georgetown tapi jalan dekat sini mashaAllah sibuk dia. Seram pulak kalau nak bawak. Hahahah! Terus batalkan niat suci murni nak bawa basikal dekat Gerogetown. Sudahnya berjalan guna kenderaan berkaki dua aje (tapi penat dia boleh tahan) 😃
Gani Famous Pasembur
Sampai Penang pun dah petang, Nani tak ada jalan mana mana sangat pun hari first tu. Lepas check in hotel, keluar pergi makan pasemboq aje dekat Padang Kota. Dah sampai Penang kan, macam tak lengkap pulak tak makan pasemboq. Kawan Nani cakap Gani Famous Pasembur ni boleh tahan jugaklah famous dekat sini. Masa Nani pergi tu time weekdays jadinya tak ramai sangat orang. Banyak sangat pilihan yang ada, tinggal pilih aje nak yang mana. Nani haritu ambik tak banyak mana pun tapi sepinggan ni kena RM15. Ehehe. Boleh tahan jugak harga dia tapi sedap sangat okeh. Kuah pekat & pedas pedas sikit. Memang umphhh lah! 😊😊

15 comments:

  1. akak pi waktu hjg thn ari tu tak pi pun pdg kota sbb mls nk berjem .. letih hoi pi penang sbb semua nk guna waze klu taks esat hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pergi baru ni tak jem pun sebab bukan musim cuti kan. Heheh. Samalah Nani pun banyak bergantung pada waze nak pergi mana mana. Hahah. Kalau tak memang sesat habis lah 😂

      Delete
  2. wah3 dia dh sampai penang dh... aduh la terliur nengok pasemboq tuh dik oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Akhirnya kak tertunai jugak hasrat nak jalan jalan Penang 😁

      Delete
  3. waa.. datang penang x cakap.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Ohhh... makan angin ke Penang ye Nani
    Jalan sendiri ke? Atau ada org sebelah disorokkan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Kalau sorang diri memang tak berani kak. Ada jugak sorang kawan teman :)

      Delete
  5. Banyak kali jugak pegi Penang, usually adik lelaki yg drive. Tapi tak pernah jejak kaki dekat Georgetown. Always stay dkt Rasa Sayang in Feringghi sbb arwah ibu suka laut. Teringin jugak nak lepak Georgetown sbb my sis pernah pegi dia kata best especially area Armenian Street. Hopefully klau ada masa one day boleh pegi. Btw love reading your blog so I give it a follow, have a nice day 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu Feringghi pun nice tempat dia sebab dekat dengan pantai. Kalau betul betul nak pergi untuk relax kan diri sesuai lah stay dekat sana tapi jauh sikit kan kalau nak ke Georgetown. Hehe. Nani haritu memang plan nak banyak jalan jalan area sana tu cari hotel dekat situ.

      You should make another trip to Penang maybe. Haha. Have a nice day too 😊

      Delete
  6. x nah mkn pasemboq kat padang kota tu sbb mahai..ada orang kena smpai beratus makan pasemboq..lau rm15 ni oklah janji sodap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak El, boleh tahan jugak harga dia. Hahah. Nani malam tu keluar cari makan malam pun dah lewat, tu terus ke Padang Kota je. Hehe 😁

      Delete
  7. Comelnya basikal dia.. memang best mengayuh nie..
    Harga makanan kalau mahal tapi sedap memang boleh buat pejam mata je.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Penang mmg food heaven... best!2 :) :)

    ReplyDelete
  9. Sis, kalau dtg penang kena banyak servey sis.. Sbb penang ni ada tempat mahal ada tempat murah.. Hihi.. next time, kalau nak makan pasemboq, minta set rm10 sis.. Penuh sepinggan sis.. Tapi xboleh pilih la makanan dlm tu.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page