Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni baru berpeluang nak kongsikan resepi double chocolate chip cookies yang Nani buat masa Raya hari tu. Kalau dah namanya Inani Hazwani, haruslah resepi tu semua mudah mudah dan sedap kan. Eh Nani pun malas kalau nak buat resepi yang payah payah tu hah. Bukan apa, takut tak jadi dah satu hal satu lagi nanti membazir sebab tak ada orang nak makan. Hahah ! Korang yang nak buat cookies nanti boleh lah gunakan resepi ni kalau nak. Heheh. Lepas ni makin rajin lah buat cookies ni, kalau nak beli Famous Amos memanjang memang boleh cepat kering duit poket. 
Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah
Ini lah hasil double chocolate chip cookies yang Nani buat hari tu. Rasa dia pahit pahit manis gitu sebab Nani ada tambahkan sekali serbuk koko. Ini pun baru pertama kali Nani buat cookies ni jadi tak ada lah resepi bergambar. Heheh. So, bahan bahan untuk buat cookies ni boleh tengok dekat bawah. Semua korang boleh beli dekat satu kedai aje.

BAHAN A : 

1. 1 cawan brown sugar (gula perang)
2. 1 cawan gula kastor
3. 1/2 cawan minyak masak
4. 1/2 cawan mentega
5. 1/2 sudu kecil esen vanilla
6. 1 sudu besar susu segar
7. Telur sebiji (gred apa pun tak kisah)

BAHAN B :

1. 3/4 cawan tepung gandum *
2. 3/4 cawan tepung jagung *
3. 3/4 cawan serbuk koko *
4. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1 cawan almond nib
6. 1 cawan chocolate chip 
Yang bertanda (*) perlu diayak terlebih dahulu sebelum dicampurkan sekali.

CARA - CARA :

1. Campurkan semua bahan A ke dalam mixer dan putarkan sehingga semua bahan bahan tadi sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit semua bahan yang telah diayak tadi (tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko) 
3. Bila semua dah bergaul sebati, masukkan chocolate chip dan almond nib tu tadi. Gaul lagi sehingga semua sebati dan menjadi doh.
4. Bila dah sebati, Nani masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 30 minit supaya nanti bila kita nak bentukkan senang dan bila kita bakar cookies kita ni akan kembang cantik aje.
5. Sementara tu, boleh lah panaskan oven dengan suhu 160 darjah dalam masa 20 minit macam tu. 
6. Selepas 30 minit, keluarkan daripada peti ais dan boleh lah bentukkan bulat bulat kecil dan susun di atas loyang. Jarakkan sedikit sebab nanti cookies ni akan mengembang,
7. Bakar dengan suhu 160 darjah dalam masa 15 ke 20 minit bergantung pada oven masing masing.
8. Bila dah siap dibakar jangan terus susun dalam bekas, biarkan cookies kita tu sejuk terlebih dahulu. Baru lah nanti cookies kita rangup bila dimakan. 

Ha senang aje kan nak buat cookies ni, masukkan aje semua dalam mixer lepas tu settle. Kalau korang malas nak bentukkan dengan tangan, beli aje scoop aiskrim yang kecil tu lagi senang. Ini resepi yang Nani tengok dekat facebook dan ada yang Nani dah ubah ikut citarasa sendiri. Sukatan gula tu boleh kurangkan lagi kalau korang tak nak manis sangat. Serbuk koko tu pun sama, boleh kurangkan kalau tak nak warna dia terlalu gelap. Selamat mencuba korang, kalau ada nak tanya apa apa boleh drop komen dekat bawah. Nani akan cuba balas satu per satu. 

Lepak di Sushi King

Assalamualaikum & Hello.
Dulu dulu tak pernah minat pun makan dekat Sushi King  ni tapi sejak pertama kali dulu datang makan sini, terus rasa nak datang lagi dan lagi. Hahaha ! Kalau dulu macam blur blur je tak tahu nak makan yang mana, sekarang boleh lah masuk Sushi King terus tunjuk nak makan apa. Ewah ! Hari tu tak plan pun nak melepak dekat Sushi King ni tapi sebab banyak tempat makan dah full house kawan Nani ajak lah makan Sushi King. Perut pun masa tu dah tak boleh nak berkompromi lagi dah, jadi kita masuk lah makan mana mana tempat yang ada kosong. 
Sushi King
Orange Yogurt
Nani memang minat betul kalau air yang jenis yogurt ni sebab rasa lemak manis. Hehe. Cumanya air dekat Sushi King ni tak banyak mana so sementara nak tunggu makanan sampai tu sila lah kawal sikit diri minum air. Kalau tidak kang, makanan sampai air dah habis. Biasanya kalau makan dekat sini Nani akan minta air kosong sekali. 
Sushi King
 Set Bento
Pertama kali Nani makan set bento ni. Sedap ! Daging tu tak liat langsung dan dihiris nipis. Ada jugak tauhu dengan crab stick tu. Walapun nasi tu nampak portionnya kecil aje tapi mengenyangkan jugak lah perut ni. Heheh. 
Sushi King
Ini tambahan aje kita orang ambil sementara nak tunggu set bento masing masing sampai. Dah lapar sangatkan sampai tak boleh nak tunggu dah. Hahah !
Geng kaki lepak dekat Sushi King, kemain lagi laju kalau bab bab makan diorang berdua ni. Bukanlah selalu sangat makan dekat sini tapi bila tekak mengada ngada nak makan sushi masuk jugaklah. Kadang kadang kalau malas nak pergi sushi king, kita orang beli aje sushi yang ada jual dekat pasar malam tu. Sedap jugak. Heheh. 

Brownies daripada CakesbyMucy

Assalamualaikum & Hello.
Nani memang dah lama simpan hajat nak jamu kawan kawan dengan brownies ni. Kebetulan Selasa minggu lepas diorang decide nak buat perjumpaan hari Rabu malam (which is malam esoknya tu) Malam Selasa tu jugak gigih Nani pergi scroll Instagram nak cari yang jual brownies + boleh delivery terus ke tempat Nani ni hah. Memang kalau nak pergi ambil sendiri tak sempat lah Nani ni. Tapi semuanya tak nak terima order Nani sebab last minute sangat. Dah lah tengah malam baru nak order, lepas tu nak minta hantar pagi esoknya tu, memang tak sempat lah kan. Dalam berfikir nak tempat dekat mana, teringat yang sorang kawan Nani ni ada buat brownies delivery. Apa lagi, terus laju laju WhatsApp dia walaupun jam dah pukul satu pagi. Punyalah nak jugak kan brownies tu.
Bila dah WhatsApp Mucy tak balas pulak, masa tu terus rasa harapan nak bagi diorang makan brownies dah tinggal sipi sipi. Nani pun dah malas nak pergi tanya orang lain tambah pulak memang dah lewat malam masa tu terus tido aje lah kan. Subuh esoknya baru Mucy balas bagi tahu dia boleh terima order Nani, riang ria terus hah hati ni. Memang sayang sangat lah dekat Mucy ni sebab sanggup terima order Nani pukul satu pagi, dah lah dia tak berapa sihat masa tu. Lepas Nani order terus dia pergi bersilat dekat dapur tahu tahu dia hantar WhatsApp brownies dah dalam oven. Fuh power sangat kenapa ni? Hehehe. 
Nani order yang plain brownies aje hari tu. Satu kotak ni dalam 35 ringgit. Pukul 12 tengah hari macam tu brownies ni dah selamat sampai ke tangan Nani. Mucy minta maaf sebab brownies yang dia buat ni tak berapa nak berkedut sebab buat nak cepat pagi tu. Aiyo Nani tak kisah pun berkedut ke tidak hah, sedap jugak bila dah masuk ke tekak. Siapa suruh order last minute kan, adatlah kalau tak berkedut sangat. Hehehe. Sedap sangat tau brownies ni sebab tak manis sangat, sedang elok aje bila makan tu. Haih jatuh cinta terus dengan kesedapan brownies Mucy ni. Nani memang suka tengok orang yang power bab bab baking ni sebab Nani tak power sangat. Sikit sikit boleh lah. Hehe.
credit : CakesbyMucy
Budak budak ni semua cakap sedap jugak brownies Mucy ni hah, masing masing dapatlah rasa dua potong sorang. Ramai kan, tak boleh lah nak bagi banyak banyak. Heheh. Sejak Nani bagi diorang makan brownies Mucy ni hari tu, bila ada perjumpaan soalan wajib diorang "Nani tak bawak brownies ke?" Eh eh boleh kering poket tiap kali meeting nak bawak brownies untuk diorang. Haha. In sha Allah ada rezeki lebih lagi nanti, boleh lah bawakkan brownies lagi. Korang yang area KL dengan Selangor ni kalau nak order brownies boleh lah order dengan Mucy. Nak self pick up boleh, nak deliery pun boleh tapi ada charges lah. Sambil sambil tu follow lah Instagram CakesbyMucy ni.

Untuk yang nak order boleh :
WhatsApp : 019 -2210091 (Mucy) 
Follow Instagram : CakesbyMucy 

Pengalaman Baru

Assalamualaikum & Hello.
Bulan puasa hari tu Nani berkesempatan untuk turut serta dalam satu program bantuan kemasyarakatan di Pulau Ketam. Ini kiranya pertama kali nak jejakkan kaki ke Pulau Ketam dan ini jugak merupakan program pertama yang Nani turut serta untuk bantuan kemasyarakatan. Perasaan tu haruslah teruja kan. Pulau Ketam ni teletak di Klang so Nani dengan yang lain lain naik KTM ke Pelabuhan Klang dan dari Pelabuhan Klang nak ke Pulau Ketam tu kena ambil feri atau pun speed boat. Diorang yang lain lain ni ada yang dah kali kedua dan ketiga pun jejak Pulau Ketam. Nani aje yang kiranya first time baru nak pergi. 
Bukan apa, setiap kali tarikh yang diorang pilih nak ke Pulau Ketam mesti ada bertindih dengan hal lain. Ada kenduri lah, along kahwin lah, macam hal lah. Nani memang busy sangat awal awal tahun hari tu dan memang kebanyakkannya muka Nani lah yang tak pergi. Hahah ! Ampunkan saya korang ! Bukan saje saje tak nak pergi tapi hal keluarga tentu lah jadi keutamaan dulu kan. Jom lah layan berkeping keping gambar masa dekat Pulau Ketam hari tu. 
Ini pun tak semua yang ada sebab ada yang cuma datang sekejap aje.
Macam Nani cakap tadi untuk ke Pulau Ketam ni kita boleh pilih untuk naik feri atau speed boat. Apa yang membezakannya tentulah dari segi kelajuan dan jugak tambang. Hehe. Kitorang naik speed boat dan harga untuk seorang dalam RM10. Memang laju lah kan kalau nak bandingkan dengan feri. Kawan Nani yang dah pergi sebelum sebelum ni cakap kalau naik feri memang boleh tido dulu baru sampai. Haha ! 
Simbolik Pulau Ketam di Jeti Pelabuhan Klang. 
Sejenis keterujaan yang melampau sebab dapat jejak pulau ketam. Hahah ! Masa ni kitorang berjalan jalan di sekitar Pulau Ketam. Memang dekat sini bila datang akan rasa tak ada pencemaran bunyi pun. Masyarakat dekat sini memang kebanyakkannya menggunakan basikal untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Laluan pun memang macam dalam gambar dekat atas ni. Mula mula tu takut jugak Nani, mana lah tahu kot kayu tu tak kuat ke. Hahahah ! Mentality Nani ni memang bukan bukan betul ha. 
Petang tu ada majlis berbuka puasa serta sedikit sumbangan duit Raya dengan masyarakat di Pulau Ketam ni. Dekat sini masjid dipanggil sebagai Balai Islam. Balai Islam ini pun baru sahaja dinaiktaraf dan lebih selesa untuk kegunaan masyarakat dekat sini.
Menu berbuka puasa di Pulau Ketam hari tu. Kemain eh masing masing macam tak nak berhenti makan bila dapat siput sedut, ketam segala bagai. Memang sedap lah kan bila dapat makan seafood yang segar macam ni. 
Malam tu selesai aje solat terawikh ada makan makan sikit sambil berkongsi pengalaman masing masing bila dah turut serta jadi sukarelawan macam ni. Dekat pukul sebelas lebih macam tu semua nak berjalan lagi sekitar Pulau Ketam ni. Dekat sini kebanyakkannya masyarakat cina, mualaf dan juga orang asli. 
Apa yang Nani boleh cakap memang ini merupakan satu pengalaman yang paling manis dan sangat berharga untuk diri Nani sendiri. Sepanjang hidup ni memang tak pernah pun join mana mana charity program dan pengalaman pertama ni tentulah akan diingati sampai bila bila kan. Kadang kadang bila kita tengok dari jauh memang kita tak akan tahu macam mana keadaan dan kepayahan hidup masayarakat dekat sini. Tapi bila mana kita dah mendekati dan mengenali cara hidup mereka, masa tu lah kita akan sedar yang mereka ni sangat sangat perlukan bantuan.
Balik dari Pulau Ketam singgah pulak NU Sentral jalan jalan. Ada yang nak cari baju Raya lah, ada yang nak habiskan baucar buku lah. Memang dah tak kenal erti penat kot masing masing ni hah. Hahaha !
Eh mana ada Nani shopping pun, tu barang orang lain. Haha ! Apa - apa pun memang mengenali kalian antara anugerah yang paling terindah yang Allah hantarkan untuk Nani. Terima kasih sebab sentiasa mewarnai hari hari saya dan sayang kalian Lillahi Taala :)

Kluang Station di Quill City Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hah korang dah habis ke edisi makan segala jenis ketupat dan rendang? Hehe. Nani memang dah lama tutup cerita bab Raya ni tambah pulak bila dah selamat balik ke Selangor ni kan. Hujung minggu baru ni Nani dengan kawan menapak ke Quill City Mall. Gigih hah dari Petaling Jaya datang sini semata mata nak berjalan. Lagi pun mall ni senang nak pergi sebab dekat dengan Stesen Monorail Medan Tuanku. Pertama kali sampai sini so macam teruja sikit nak explore segala jenis kedai yang ada. Mall ni boleh tahan jugaklah besarnya tapi macam tak ramai sangat orang. Mungkin sebab sekarang orang masih sibuk beraya kan. Tapi Nani suka bila tak ramai sangat orang macam masa yang Nani pergi baru ni. Senang nak cari tempat makan, senang nak solat. Memang semuanya lah senang. Heheh. 
Masuk tengok wayang pun tak ramai sangat orang. Nani pandang kawan Nani, kawan Nani pandang Nani balik. Hahah ! Masing masing macam " eh kenapa tak ada orang pun tengok wayang dekat sini?" Tapi apedehal kan tak ada orang, layan aje lah movie sambil makan popcorn. Habis layan movie, terus cari tempat makan. Sebab pertama kali datang sini kan, malam tu dah google siap siap food outlets yang ada dekal Quill City Mall ni hah. Mula mula nak makan dekat Kaw Kaw Burger tapi sebab takut tak kenyang Nani ajak kawan makan dekat Kluang Station.                                Kluang Station
Jom lah kita masuk mengisi perut yang dah berjoget riang ria di Hari Raya tu kan. EH ! Sebelum datang sini dah set dalam kepala nak makan chicken chop dengan nasi apa entah namanya. Sekali buka menu zasss tukar nak makan benda lain pulak. Sekarang baru nak akui nafsu makan seorang perempuan boleh bertukar bebila masa sahaja. Hahaha ! 
Kluang Station
Mee Rebus Kluang Station (RM11.50)
Sedap sangat sangat sangat tau mee rebus dekat sini sebab kuah pekat, portion banyak pulak tu. Tambah pulak ada cili potong memang layan lah semangkuk ni hah. Korang kalau pergi Kluang Station ni wajib cuba mee rebus dekat sini. Memang tak akan menyesal. Berpeluh peluh makan bila gigit cili potong tu hah. 
Kluang Station
Nasi Daging Dendeng Kluang Station (RM13.50)
Kawan Nani pilih nasi daging dendeng ni, pun sedap jugak. Nasi yang ditambah dengan telur goreng, papadom dan jugak acar. Boleh lah terubat rasa rindu nak makan daging dendeng air tangan ibu bila makan ni. Menu ni sesuai jugak untuk kanak kanak sebab daging dendeng tu tak pedas sangat. 
Dekat Kluang Station ni ada banyak lagi menu lain yang korang boleh cuba, antaranya roti jala, nasi lemak, mee siam dan banyak lagi lah. Menu untuk kanak kanak pun ada. Senang cakap, Kluang Station ni sesuai lah kalau nak bersantai dengan keluarga atau kawan kawan. Nampaknya lepas ni panjang lah langkah Nani ke Quill City Mall kalau teringin nak makan mee rebus. Hahah ! Korang kalau nak makan dekat sini boleh lah cari Kluang Station dekat Lower Ground Floor. 

LG- 05 Lower Ground Floor Quill City Mall,
No 1018, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 10.00 malam 
No. Telefon : +603-2602 2039

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip

Assalamualaikum & Hello.
Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip
Klik SINI untuk join. 

Mood Raya Lagi Ke?

Assalamualaikum & Hello.
Sekejap aje masa berlalu dah nak berhujung minggu pun ha. Tuan blog ni pun hari Isnin tu aje yang dia sempat update cerita Raya lepas tu menyepi, hari ni baru muncul balik. Biasalah lepas balik dari cuti Raya kan, haruslah banyak kerja yang nak kena siapkan. Ada yang tanya masih dalam mood beraya ke sampai tak sempat update blog? Hahaha. Mood beraya tu ada tapi tak ada lah sampai terbawa bawa tak nak update blog sendiri. Memang sibuk sangat minggu baru ni, siang dengan kelas nya, ,malam pulak ada meeting dan banyak lagi lah benda benda nak kena buat. Ulang rutin yang sama setiap hari, dah nak dekat hujung minggu ni baru lah rasa lega sikit. Tambah pulak Internet yang sendu sangat dua tiga hari ni lagi lah menjejaskan Nani nak membebel dekat sini. EH !
Sorry sangat sangat untuk yang singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak sempat nak balas lagi. Hujung minggu ni Insha Allah pelan pelan kita kayuh untuk sampai jugak dekat rumah korang tinggalkan jejak kasih. Gitu. Entry pasal Raya pun banyak lagi ni yang tak sempat baca. Iya lah, nak jugak kan tengok baju Raya korang yang cantik cantik tu semua. Nani tahun ni warna Kelabu jadi pilihan ibu dengan abah, ikutkan aje sementara masih berpeluang beraya dengan ibu dan abah ni ha. Mana tahu tahun depan beraya dengan orang lain pulak. Hahaha ! Kemain angan angan dia tu. 
Gambar yang tak ada motif pun, saje letak nak bagi meriah sikit entry ni. Hahaha !
Nak tahu jugaklah, korang masih dalam mood beraya lagi ke? Bila Nani scroll Instagram ramai betul yang kongsikan gambar pergi ke rumah terbuka lah, sambutan hari Raya dekat sekolah lah. Meriah sangat ha masing masing. Nani? Usahkan rumah terbuka, nak makan dekat kafe pun kadang kadang tak sempat jadi nan hadonya nak pergi rumah terbuka bagai kan. Hujung minggu ni aje ingat nak terjah mana mana restoran yang terbuka. Hahaha. Korang mesti lah banyak rumah terbuka yang nak kena pergi kan. Hehe. Apa apa pun, selamat berhujung minggu korang !

Raya Raya Raya !

Assalamualaikum & Hello.
Lama betul bercuti Raya kali ni sampai blog pun dianak tirikan. Ingat hari tu boleh lah jugak bukak blog masa dekat Pahang, sekali wifi dekat rumah buat hal pulak dah. Makanya nan hado lah entry selama seminggu baru ni. Alhamdulillah malam tadi Nani dah selamat menjadi perantau semula selepas beberapa jam menghadap jammed dekat Karak, Bentong dengan Gombak. Ha menggedik lagi nak balik petang, hadaplah segala jenis jammed tu kan. Bila dah balik sini, memang tamatlah dah cerita ketupat, lemang segala bagai melainkan ada yang undangan open house. Gitu.

Nani balik Pahang Jumaat tu lagi dah sebab tak ada kelas kan. Alang alang balik aje lah Pahang terus daripada duduk sini tak ada buat apa apa. Nak shopping pun malas sebab tak nak bersesak dengan orang ramai. Hahah ! Kalau ke Bangi Sentral tu pusing seploh kali pun belum tentu ada parking. So nya awal awal lagi kita cabutlah balik Pahang tolong ibu mengemas rumah sikit sikit, lepas tu kita hadap biskut Raya. Tahun ni rajin dia lain macam sikit nak buat kuih Raya. Hahaha ! Nani buat dua jenis lepas tu ibu buat dua jenis. Lain lain semua kita tunjuk aje :p
Cornflakes madu air tangan Nani. Eheh ! Cornflakes madu ni hah yang paling senang sangat nak buat sebab tu tiap tahun tak pernah tak buat. Sabtu pagi awal awal ajak ibu teman pergi bakery cari bahan nak buat semua kuih Raya. Nasib baiklah ibu rajin nak melayan anak dia ni ha. Nani buat tiga kotak cornflakes yang kecil tu dapatlah satu tupperware besar. 
Double Chocolate Chip Cookies
Ini pulak double chcocolate chip cookies, cubaan pertama kali buat cookies nampaknya menjadi. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi dekat sini. Hitam tu bukan hangit okeh tapi sebab Nani tambah serbuk koko. Bila makan tu ada lah rasa pahit pahit manis gitu. Ikut citarasa sendiri lah kan, kalau tak nak ada rasa pahit pahit tak payah letak. 
Raya pertama sibuk beraya dekat kampung, raya kedua baru lah masak soto dengan ibu sebab saudara mara semua nak datang beraya dekat rumah. Memang meriah lah bila dah berkumpul satu keluarga besar. Nani kalau bab bab masak menu utama ni memang haruslah bagi ibu aje yang buat. Nani buat bergedil boleh pulak terlupa nak letak garam. Hadoi lah, tapi pakcik makcik cakap sedap je ha. Eh kompius pulak aku dengan tekak diorang ni. Hahaha ! Mungkin sebab makan dengan sup tu kan dia dapat cover rasa tawar tu. Hehe. 
Sabtu petang girlfriends ni datang beraya dekat rumah. Apeni semua makin cantik macam pwincess ! Yang paling simple tu tentulah tuan rumah kan. Diorang dah bagi tahu nak datang pagi tu tapi biasa lah tuan rumah kan mana sempat nak bersiap pakai lawa lawa. Sampai je dua buah kereta depan rumah, baru terhegeh hegeh cari tudung. Hahaha ! Terima kasih sudi datang beraya ke kediaman rasmi saya. 
Di kesempatan ini, Nani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan Nani mohon maaf andainya ada ayat ayat Nani atau komen komen Nani yang selama ini mengguris hati dan perasaan kalian. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Kalau ada yang nak buat open house tu boleh lah jemput Nani. EH ! Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kosong kosong tau !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page