Mr Dakgalbi di Setapak

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas rasanya minggu yang paling banyak makan makanan Korea. Hahah! Dua hari hari berturut turut pulak tu. Nani bukan lah jenis peminat tegar makanan korea ni, tapi kalau orang dah ajak layan jugak lah. Heheh. Mula mula tu ingat tak nak pun join sebab risau tekak tak boleh nak terima. Tapi setelah berkali kali dia orang menghasut, Nani pun on jugak lah. Bila lagi kan nak cuba. Gigih sangat pergi Setapak malam tu semata mata nak makan dekat Mr. Dakgalbi. Mr. Dakgalbi ni ada banyak cawangan sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Kalau tak silap Nani dekat Setia City Mall pun ada jugak. Heheh. Lain lain cawangan Nani tak ingat dekat mana 😁
Mr Dakgalbi di Setapak
Tak ada lah susah sangat nak cari restoran ni. Kalau ada Waze lagi senang. Heheh. Oh ya, Dakgalbi tu maksud nya ayam. Eh Nani pun baru tahu. Selama ni dengar je diorang asyik cakap Dakgalbi, tapi tak tahu maksud nya apa πŸ˜†
Mr Dakgalbi di Setapak
Ini lah muka muka yang bertanggungjawab bawa Nani makan dekat Mr. Dakgalbi. Sebab dia orang dah selalu makan sini so Nani ikut je menu yang dia orang pilih. 
Mr Dakgalbi di Setapak
Dekat sini bila kita order memang dia orang akan masak dekat depan kita macam ni. Memang konsep dia gitu lah. Warna merah tu ayam lepas tu ada topoki, kobis dengan apa entah yang hijau tu. Hahah! 
Mr Dakgalbi di Setapak
Yang putih tu bukan bihun okay tapi kobis yang dipotong halus. Memang nampak macam bihun & Nani pun memula tu ingat bihun. Heheh. Lagi dua tu macam biasalah kimchi dengan plain soup. Tapi sup tu macam masin sikit, Nani tak boleh nak terima. 
Mr Dakgalbi di Setapak

Mr Dakgalbi di Setapak
Taraaa ini lah set yang dia orang pilih. Satu set ni dalam RM80++ boleh makan dalam lima orang. Memang banyak sangat. Kawan Nani pilih nasi dengan maggi. Kalau nak pilih nasi je pun boleh. Ada jugak side dish yang lain kalau nak add tapi malam tu kiterang berlima ambil set yang ni aje. Sedaap sangat, patutlah beria dia orang ajak datang makan dekat sini. Kiranya tak sia sia lah ikut. Hahah! Oh ya, dalam nasi dengan maggi tu ada cheese sekali sebab tu harga jadi mahal sikit. Tapi kalau datang ramai macam Nani hari tu, sorang dalam RM15 lepas tu makan lah sampai kenyang. Walaupun ada cheese tapi tak ada lah muak sangat pun. Just nice! Korang dah pernah cuba makan dekat Mr. Dakgalbi? 

30 comments:

  1. Yang last tu macam menyelerakan. Yang kimchi tu macam tak boleh telan ja haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nani pun sebelum ni bila nak makam risau je kalai tekak tak boleh nak terima. Tapi dah try baru ni, ok je. Hehee

      Delete
  2. tk brp bole mkn menu korea..dlu masa akak pegi bercuti korea dlm seminggu ada la 2x je mkn menu korea..selebihnya mkn kebab & nasi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Yeke kak. Nani ni pun baru je try nak makan. Setakat ni boleh terima lagi lah.

      Delete
  3. Replies
    1. Sedaaap! Lagi lagi sebab ada cheese ;)

      Delete
  4. Replies
    1. Nanti boleh lah try. Nani ni pun baru je belajar makan. Hehee

      Delete
  5. nampak sedap. nanti nak makan. thanks share!tapi tulah, bak kata Nani kena ramai barulah berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss! Kena ramai baru syok. Kalau sorang je macam tak berbaloi nak order yang ni kak Sal. Hehee

      Delete
  6. macam pernah dengar somewhere nama tu. memang Korean Food restaurant yang famous ek? hehehe cici kureng sikit bab makanan korea ni. tak pernah try pun. Nak jugak cuba tapi takut takleh masuk tekak -.- kena ada geng baru berani try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Rasanya famous jugak & ada dekat lapan kot cawangan diorang. Haritu ada snap gambar cawangan Mr Dakgalbi ni tapi Nani dah terdelete. Boleh try dulu lepas ni, Nani pun baru je nak belajar makan. Heheh 😊

      Delete
  7. Mr dak galbi. Kalau halal, insyaallah Maznee nak cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti boleh lah try. Sedaap!

      Delete
    2. Sedap ya. Tak yah pergi korea lah lepas ni
      .
      Haha

      Delete
  8. nak try tapi tak menyempat lagi.sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti wajib pergi tau. Sedaaap! Nani dari mula mula macam takut tak boleh terima dek tekak, tapi dah makan ok aje πŸ‘Œ

      Delete
  9. Teringin nak bawa suami dan anak makan makanan korea...tp nanti akak sorang je yg hadap diorang tgk akak...kena gi ngan dik nani lah...baru ngam hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Jom kak Juju. Kita ni dah dekat sangat tapi tak berpeluang lagi nak jumpa. Hehe. InshaAllah nanti 😍

      Delete
    2. hahaha...26 Mac akak free...besday akak kot nani nak belanja hahahhaa

      Delete
  10. few month lepas baru je makan dakgalbi kt tropicana city mall..dah la makan berdua je..memang puas sangat....cukup lah sekali makan dakgalbi..haha

    ReplyDelete
  11. selalu pergi yg dkt sri petaling,,sedapp sgtt benda nii,tp pokai la if gi selalu sobs!

    ReplyDelete
  12. beum pernah cuba dakgalbi ni. tapi memang suka hidangan mereka yang ala2 bbq

    ReplyDelete
  13. tak pernah cuba lagi makanan korea ni...

    ReplyDelete
  14. sedapnya. berbaloi dengan menu yang ada.

    ReplyDelete
  15. Tk pernah lg mkn --' nampak tempting jugak ye

    ReplyDelete
  16. Gambar last tu pembuka selera Siqah untuk ke MR Dakgalbi. Ada kat CItta Mall tapi Siqah takde kawan nak ajak sekali. kedai ni kena g ramai2 baru berbaloi kan. Nanti Siqah cuba jugak makan kat sini. Hii

    ReplyDelete
  17. untunggg la naniii..pegi x ajakkk...ni nk nangis niii.
    πŸ€’

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page