Terima Kasih 2015 !

Assalamualaikum & Hello.
Tik tok tik tok, beberapa jam lagi nak melangkah ke tahun 2016. Dah ready ke belum ni nak masuk tahun baru? Hehehe. Kalau 2014 yang lepas Tahun Pandai Memasak  tahun ni tak tahu apa yang pandainya. Hahaha ! Mungkin tahun ni lagi pro memasak. Ewah, over sungguh ! Untuk tahun mendatang ni Nani cuma harapkan sentiasa dikelilingi orang orang yang baik dan dimurahkan rezeki. In Sha Allah bila minta yang baik baik, Allah akan bagi dan hantar yang baik baik juga. Senyum.
Ada satu benda dalam tahun 2015 ni yang paling Nani ingat bila orang panggil "Cik Manis" Hahaha! Dulu kan blog guna cikmanissweet.blogspot.com sebelum tukar www.inanihazwani.com Dari situ lah melekatnya orang panggil Cik Manis. Sampai sekarang kot orang panggil. Hahaha! Malu lah masa mula - mula dulu orang panggil macam tu, tapi lama lama dah terbiasa. Bila orang panggil Cik Manis automatik akan menyahut. Hahaha! 
Rasanya 2015 ni banyak sangat kenangan manis, alhamdulillah. Harap 2016 akan datang banyak lagi kenangan manis yang boleh dilakar. Gitu. Dikelilingi kawan - kawan yang ceria memang akan buat hidup kita jadi warna warni. Hahaha! Terima kasih buat semua yang jadi sebahagian daripada kenangan saya untuk 2015. Sayang semua yang datang dalam hidup.

p/s : Siapa boleh cadangkan dekat area KL/ Selangor ni mana best untuk bercuti? Rsa macam nak pergi vacation tahun depan. Hahaha. 



Churros Inani Hazwani

Assalamualaikum & Hello.
Asyik tengok aje orang buat churros memang seorang Inani Hazwani tak boleh tahan lah. Kawan pulak asyik cakap senang je nak buat. Haishh apa lagi google punya google resepi memang senang hah, bahan pun ada dekat rumah. Banyak juga resepi nak buat churros ni, tapi macam biasa lah yang paling senang tu yang Nani buat. Hahahah ! Nak pula makan sendiri, letak aje lah ikut suka hati kan. 
Churros Inani Hazwani
Haaaa ini lah dia rupa Churros Inani Hazwani. Amatur kan memang lah tak sama panjang pendeknya itu. Nani pulak acah acah dah pro terus paipkan acuan dalam kuali panas. Itu pasal lah tak tahu panjang mana yang Nani tekan. Alah panjang pendek churros tu tak penting, yang penting rasa dia tu. Sedap lah jugak pada tekak Nani ni hah. Tapi Nani lagi suka makan yang dekat gula tu aje, bila cicah dengan coklat tu rasa tak sedap. 
Orang dalam rumah ni pulak cakap sedap lagi cicah dengan coklat. Hahaha. Entahlah. Tekak masing - masing kan. Menjadi lah cubaan pertama membuat Churros. Gula tu nampak kasar sebab Nani guna gula biasa, tak guna gula ising. Nak mesin gula tu hajatnya tapi pengisar kering kat rumah rosak. Tabur aje lah gula yang dah ada tu kan, asal ada rasa manis sudah. 

Majlis Kesyukuran - Part 1

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni family sebelah ibu Nani buat Majlis Kesyukuran sekali dengan Majlis Cukur Jambul untuk sepupu yang baru lahir. Memang jadi tradisi dalam keluarga kalau kenduri akan buat gotong royong memasak apa semua. Nenek Nani tak suka sangat catering ni, dia lagi suka kalau masak sendiri. Khamis pagi tu dah balik kampung sebab banyak sangat benda nak kena buat. Biasalah kan kalau memasak sendiri ni, tenaga memang kena kerah banyak lah. Tapi dekat felda ni memang ramai lah jiran tolong juga. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Majlis Cukur Jambul untuk budak kecil ni hah. Hana ni behave sangat dia, orang bising bising tepi telinga dia pun, sikit tak ganggu dia punya tido. Baik sangat awak ni sayang. 
Gulai Lemak Labu
Gulai Lemak Labu
Gulai Ayam
Gulai Ayam 
Ikan Keli Goreng Berlada
Ikan Keli Goreng Berlada
Acar Timun
Acar Timun
Menu utama masa kenduri baru ni, semua masakan kampung. Ada juga sambal belacan, ikan masin goreng. Kecur air liur taip entri ni. Hahaha ! Lepas rindu nak makan masakan kampung yang sedap - sedap. Lepas solat jumaat orang lelaki datang buat tahlil lepas tu baru lah Majlis Cukur Jambul si kecil tu tadi. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Masa ni Nani tolong bawa dulang yang ada bedak sejuk, bunga rampai dengan gunting. Memang adat dekat kampung Nani kena ada benda ni. Dah tak memasal mak cik mak cik ni sapu bedak sejuk kat muka den sekali. Hahaha! Siap dengan pakej doakan Nani pelamin tak lama lagi. Mana tau masin mulut mak cik tu kan, dah lah waktu tu hujan. Ehh. Doa lah yang baik baik untuk saya. Hahahaha! 2016 nanti mana tau kan :P
Majlis Kesyukuran - Part 1
Iklan gigi beserta eyebag berkilo kilo hah. Hahahah ! 
Dia bukan tido tu tapi sebab ambil gambar menghadap matahari dia silau agaknya. Rindu lah nak cubit cubit pipi awak tu dik. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Kekok ! Hahaha !
Paling tak pandai bila nak pegang baby yang baru lahir macam ni. Budak tu pun nampak tak selesa bila den yang pegang. Hahahah. Practice makes perfect kan? 





Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu jalan jalan pasar malam dekat PJ, ternampak ada sorang mak cik ni jual cempedak goreng. Nani pulak masa tu memang teringin nak makan cempedak goreng. Apa lagi, laju laju pergi dekat mak cik tu tanya berapa ringgit kan. Sekali, dia cakap RM 1 SEBIJI DIK ! Pehhh mahal sangat mak cik sampai seringgit sebiji, terus tak jadi Nani nak beli. 
Cempedak Goreng
Haa satu ni seringgit kau rasa? 
Balik Pahang cerita dekat abah yang cempedak goreng dekat PJ seringgit satu. Abah pun cakap mahal. Pagi Ahad tu pergi pekan sehari kebetulan ada orang jual buah cempedak sebiji baru empat ringgit. Isi cempedak tu banyak sangat, sampai boleh goreng dua kali. 
Cempedak Goreng
Cempedak yang Nani goreng pagi tadi. Puas hati dapat makan cempedak goreng, dah lama sangat teringin. Hahaha ! Nani bukan berkira sangat bab makan ni tapi kalau seringgit untuk sebiji cempedak goreng tu Nani rasa macam tak berbaloi. Empat biji dah empat ringgit. Pehhh ! 



Jatuh Cinta Dengan DwiDara Collagen Complex

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama Nani nak kongsikan tentang khasiat DwiDara Collagen Complex ni tapi sebab asyik busy memanjang tak sempat nak buat entry. Mujur ada DwiDara Collagen Complex ni dapat juga kekalkan tenaga Nani walaupun busy dengan macam - macam hal nak kena siapkan. Dekat dua minggu Nani consume produk ni, dapat rasa kelainan dia lepas dah guna. 
DwiDara Collagen Complex
Masa mula mula produk ni sampai dulu pun Nani dah jatuh hati dengan packaging dia. Lawaaaaa sangat ! Jom scroll bawah lagi untuk tahu apa khasiat sebenar DwiDara Collagen Complex ni. 
DwiDara Collagen Complex
Bahan - bahan yang terkandung dalam DwiDara Collagen Complex : 
  • Lemon
  • Madu
  • Epal
  • Limau Gedang
  • Kurma
  • Delima

DwiDara Collagen Complex
Khasiat & Kelebihan DwiDara Collagen Complex
Banyaaaaak sangat khasiat DwiDara Collagen Complex ni, tu yang buat Nani jatuh cinta berkali kali. Hahahah ! Bukan sahaja boleh buat kulit muka kita floles dan glowing semata - mata, nak maitainkan berat badan pun boleh hah. Beli satu produk dapat dua manfaat. Untung ke tak untung ni? Hehehe. 
DwiDara Collagen Complex
Kalau ada masalah kulit macam yang dekat atas ni, memang Nani reccomend korang guna DwiDara Collagen ni hah. Macam Nani kulit muka selalu sangat berjerawat & berminyak. Lepas tu mula lah hilang keyakinan diri nak bercakap dengan orang. Tapi dengan adanya DwiDara Collagen Complex ni, semua masalah Nani tu selesai !
DwiDara Collagen Complex
Sekarang ni Nani memang busy so tak ada masa lah nak consume produk yang nak kena bancuh ke shake bagai. DwiDara Collagen ni tak payah nak bancuh pun, tinggal koyakkan sachet lepas tu dah boleh makan. Haaaa senang ke tidak? Tak sampai seminit pun kan, dah dapat jaga kecantikan wajah kita. Nani memang suka produk yang senang macam ni. Hehehe !
DwiDara Collagen Complex
Teringin ke tidak nak beli? Haaaa kalau nak beli & consume produk DwiDara Collagen Complex ni, korang cepat - cepat terjah link dekat bawah ni tau! Banyaaak khasiat & tentunya dapat jaga kecantikan kita luar dan dalam lagi. Selamat Mencuba !







Produk Rysya Skincare

Assalamualaikum & Hello.

Produk Rysya Skincare

Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.



Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.





Che Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.



Produk Rysya Skincare

“Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” seloroh Che Ta.



Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang ramping dan kulit yang bersih.



Menurutnya, beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!! 



Antara kandungan dan keistimewaan yang ada dalam produk RYSYA SKINCARE :







LY FACIAL CLEANSER | RM 45



1. Vitamin C

- Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat

- Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak

- Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka

- Mencerahkan kulit

- Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.

- Bertindak sebagai agen anti-penuaan



  2. Licorice

- Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis

- Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.

- Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah

- Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi





Produk Rysya Skincare

LY FACIAL TONER | RM 45



1.    Phyto Placenta Extract

- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.



2.    Vitamin B3

- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.

- Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.

- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.



Toner Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Jika mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !



Produk Rysya Skincare

RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140



1. Pullulan

- Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.

- Bertindak sebagai antioksidan

- Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang



2.Glycine Soja ( Soya Bean )

- Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C

- Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit

- Melindungi kulit daripada radikal bebas

- Ejen anti-radang



3. Red Algae

- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino

- Membersih dan menyuburkan kulit



4. 24K Gold

- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit

- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit



Penggunaan serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.



Produk Rysya Skincare

RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140



1.    Red Algae

- Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi

- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit

- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit

- Meningkatkan keupayaan kelembapan



2.    Soy Placenta Extract

- Mengurangkan kedutan

- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah

- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan



3.    Virgin Coconut Oil

- Menghidratkan kulit

- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit

- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain

- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit





TESTIMONI RYSYA SKINCARE





Testimoni dari Illy Ariffin:-



Produk Rysya Skincare






Testimoni dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com



Produk Rysya Skincare
I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v





Produk Rysya Skincare

Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)



Produk Rysya Skincare

Produk Rysya Skincare




Penjagaan asas kulit muka ini sangat penting !

Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream!

Tak perlu make up bagai pun boleh lawa ! ;)





Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare : 




Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG, CHERAS, BANGI

Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!

Instagram: @rysyaskincareselangor / #rysyaskincareselangor


Whatsapp: 012-6460421

Dapat Ketuhar Pemanggang Sebiji !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa yang follow twitter suam suam kuku Nani tu mesti dah tahu pasal ni. Hehehe. Pagi tadi ibu WhatsApp cerita pasal Family Day pejabat abah yang buat semalam. Macam biasa lah kan, family day ada sukaneka, pakaian bertema bagai. Part yang paling seronok dah tentu tentu cabutan bertuah. Family Day kali ni Nani tak join. Lagi pun Selasa depan dah nak balik Pahang pun. Malas lah nak balik banyak kali, dengan ekonomi sekarang ni lagi. Huhu
Tak pelik lepas ni setiap kali sarapan ibu hidang biskut. Hahahah ! Tiga tin oii biskut dapat. Dekat rumah tu setakat lima orang je hah penghuninya, itu pun kalau semua ada. Siapa entah photobomb kat belakang tu. Kohkoh :p
Hamper tu dapat untuk Kategori Keluarga Ceria. Kalau ada Nani mesti lagi bertambah ceria. Kahkah! Haaa nampak tak apa dalam gambar tu. Cabutan bertuah kali ni memang bertuah sungguh abah. Sebelum2 ni jarang sangat abah dapat hadiah besar macam ni. Sekarang Nani pulak yang tak sabar nak balik nak merasmikan guna hadiah baru. Tak pelik lepas ni banyak resepi panggang memanggang dalam ni. Hahahahaha ! Bestnyaaa oii. 

p/s : Harap lepas ni ada lah dapat cabutan bertuah dapat stand mixer pulak. Penat den tiap kali nak buat kek guna hand mixer. Hahahaha ! 

Private Number

Assalamualaikum & Hello.
Petang semalam dapat call daripada private number tapi Nani tak perasan langsung. Nani ni memang spesis suka silentkan phone tambah pulak bila dekat bilik. Sebab private number tak boleh lah nak call back atau mesej kan. Huhi ! 
Private Number
Siapa lah agaknya pemilik private number ni? Hahaha ! Kalau dulu masa sekolah ada sorang kawan Nani ni dia guna private number tapi sekarang dah tak ada dah. Tak apa lah, Nani assume mungkin benda tak penting pun. Kalau penting mesti dia akan usahakan untuk call balik. Kan? 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Tahniah ibu dah selamat konvo :)

Thank You Awak !

Assalamualaikum & Hello.
Keluar pergi discussion untuk siapkan assignment, balik bilik roomate bagi kek pizza hut. Nani kalau bab makan memang laju, tak sampai hati nak tolak walaupun masa tu dah pukul sepuluh lebih. Hahaha ! Kek tu pun nampak menyelerakan, nak simpan makan esok pagi takut semut rasmikan dulu, Eheh ! 
Kek Coklat Pizza Hut
Rezeki supper malam tu, kek coklat dua potong. Sedap sangat ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page