Ekspo Buku PWTC

Assalamualaikum & Hello.
Ahad minggu lepas awal pagi lagi dah ke PWTC gara gara nak memborong novel di Ekspo Buku. Lepas subuh tu memang tak sambung tidur dah, terus bersiap siap nak pergi. Hahaha ! Lain macam betul semangat dia bila nak pergi ekspo buku ni. Nani pergi nak cari buku ESC, tulisan budak tomato tapi tak jumpa pula. Nampaknya kena cari dekat MPH atau Kinokuniya lepas ni.

Dulu memang Nani ni kira kaki novel lah sampai sanggup keluarkan duit setiap bulan nak beli novel & jadikan koleksi. Tapi lama lama makin kurang dan kurang. Sekarang ni pun kalau membaca dalam masa dua bulan tu sebuah novel je. Kadang kadang tak ada langsung. Huhuhu. 
Ekspo Buku PWTC
Mula mula niat nak pergi hari Jumaat tapi sebab mak cik Nani yang dalam pantang nak novel limited edition Hani Fazuha (novel tu cuma keluar hari Ahad) terpaksa lah pergi hari Ahad. Gitu.
Ekspo Buku PWTC
Haaa penuh tangan memborong buku fixie, novel yang orang kirim lagi. Ewah ! Padahal tu ada novel yang kawan Nani punya sekali bukan Nani sorang aje. Amboi kaya betulkan nak beli banyak banyak.


Ekspo Buku PWTC
First time jumpa Mira Filzah ni, cantik sangaaaaaat dia. Masa ni ada Wan Sharmila dengan sorang lagi pelakon dalam Tuan Anas Mikael tapi Nani tak ingat nama dia. Hahaha ! 
Ekspo Buku PWTC
Kebetulan masa ke PWTC tu, Bonde dengan anaknya, Atin ada pergi sekali, dapatlah jumpa, sebelum ni jumpa dekat alam maya je. Ewah ! Ekspo buku kali ni tak besar mana pada Nani, nak berjalan pun tak ada lah kena bersesak sesak. Siap boleh pusing banyak kali dekat rak buku tu haaa. Hahaha !





16 comments:

  1. saya pun pergi hari Ahad hari tu :)

    ReplyDelete
  2. seronok betul nani dpt beli buku jer..terpancar dekat muka..hehehee

    ReplyDelete
  3. alamak....melepas nak terjah sana....huhuhu

    ReplyDelete
  4. wahh best nyer! Lama dah tak pegi ekspo buku mcm nie

    ReplyDelete
  5. Kakak pun sekarang kalau baca novel dah tak sekhusyuk masa zaman anak dara dulu
    Lagi dah tua ni macam dah malas baca novel lebih suka baca buku motivasi.

    ReplyDelete
  6. happy kemain dpt buku ye nani hehe..

    ReplyDelete
  7. Oh, dekat Ekspo Buku rupanya Nani jumpa Mira Filzah tu.

    ReplyDelete
  8. Banyak nani shopping. Mm retis ka tu

    ReplyDelete
  9. Wah, borong banyak yer Nani ^-^

    ReplyDelete
  10. Bestnya memborong buku. Akak suka akak suka :)

    ReplyDelete
  11. Sempat bergambar pegang belon tu, nampak sangat keceriaannya bila pergi ekspo bukukan, Nani ^_^ Akak ni dah lama khatam dok baca novel. Novel yang beli tahun 2014 pun tak habis-habis lagi membacanya. Masih elok tersimpan nak buat khazanah negara!

    ReplyDelete
  12. Novelis tu mcm modella, Cikna pun giler novel tp nk g sini jauh la so beli time offer on9 je...
    P/S : lovenovel de promosi novel rm10 percuma kos penghantaran...;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page