Nasi Kandar Deen Maju di Penang

Assalamualaikum & Hello.
Masa dalam perjalanan balik dari padang kota ke hotel, Nani dapat sorang driver grab car yang ramah sangat. Suka tau dapat yang jenis peramah dan suka berborak ni. Lepas tu pak cik driver tu lah yang bagi tahu pasal Nasi Kandar Deen Maju ni paling sedap bagi dia. Nani pun ada jugak baca dekat blog orang lain pasal restoran ni. Nani ingatkan yang dekat Jelutong tu rupanyanya lain. Heheh. Mana lah saya tahu πŸ˜† Nani pernah baca ada yang cakap sampai dua jam kena beratur semata mata nak makan dekat sini. Fuhh gigihnya kan. Nani bila tahu macam tu, apa lagi siap je solat maghrib terus keluar. Ingat nak naik rapid ke komtar lepas tu jalan kaki je, sekali ada akak blogger tu cakap jauh kalau nak jalan kaki. Sebab risau ramai orang, terus ambil grab car. Heheh. 
Nasi Kandar Deen Maju di Penang
Masa Nani sampai orang memang dah start beratur tapi tak ada lah panjang sangat. Ada lah dalam sepuluh orang macam tu depan Nani. Heheh. Legaaa. Perut pun dah lapar masa tu, memang tak boleh nak berkompromi langsung. Nampak kedai ni macam kecik je kan tapi sebenarya luas jugak.
Nasi Kandar Deen Maju di Penang
Nani pilih ayam goreng dengan sayur kobis. Ikutkan minta telur masin sekali tapi mungkin dia tak dengar kot. Heheh, Sepinggan ni cuma RM6.50 aje. Banyaklah nasi dia, tak habis pun makan. Terlupa nak mintak separuh. Hahah! Selain dari nasi putih, ada jugak nasi tomato dengan nasi apa entah yang warna kuning. Nani tengok hari tu orang meja sebelah makan. Dia siap makan dua pinggan woo. Terperanjat tengok. Hahah! Iya lah, Nani yang sepinggan ni pun puas nak habiskan. Memang betul lah cakap pak cik grab car tu, sedaaap! Ayam goreng dia tu paling Nani suka. Korang yang nak makan nasi kandar sedap, boleh lah ke sini. Selamat mencuba! 

8 comments:

  1. lama dah gak tak pekena nasi kandar

    ReplyDelete
  2. Panjang benar kisah inani mengembara di penang ni ya
    .
    Haha
    .
    πŸ˜€ Nasi kandar dapat yanf best memang mahsyuk
    .
    Makan masa panas panas pulak

    ReplyDelete
  3. Harga yg sgt berpatutan tu. Sedapnye.. dah lama tak mkn nasi kandar kt penang..

    ReplyDelete
  4. Deen maju tak pernah try lagi.. selalu Deen ja..

    ReplyDelete
  5. mmg tempat dia sbb tu sedap kot nani....

    ReplyDelete
  6. Banyaknya nasi diaa, berbaloi dgn harga :D

    ReplyDelete
  7. Berbaloi ni... berselera tengok... lapar pulak jadinya nie hehehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page